"Jika dengan aku dahulu dia tergamak berzina dan berbuat dosa, apa yang menghalangnya untuk berzina dengan orang lain," syak seorang isteri, bekas pelaku dosa, semasa suaminya so-called outstation.
"Jika dengan aku dulu dia selamba badak pegang sana pegang sini, apa yang boleh menjamin dia menjaga rumahku dan maruah dirinya dari lelaki lain?" syak seorang suami, bekas pelaku dosa, ketika jauh di tempat kerja meninggalkan isteri di rumah sana.
prasangka yang wujud di dalam satu perkahwinan. yang mana hubungan mereka bermula dari zina. perhubungan yang kita seringkali dengar 'tak halal'. couple.
doaku.. jauhkan aku dari prasangka ini. amin.
aku mungkin bukan seorang perempuan yang menjaga segala yang aku ada. keluar berdua, pegang tangan. tapi, aku taknak dah semua tu. aku nak kan perhubungan yang bersih. agar zuriat yang lahir itu nanti, sifatnya bersih, seperti bersihnya ia dari dosa semasa ia dilahirkan.
pernah dgr? anak yang lahir, mana mungkin akan menjadi anak yang baik andai ia lahir dari perhubungan yang ada cela.
pintaku.. aku mahukan anak yang bersih, dari lahirnya sampai ke dewasanya.
aku mungkin tak layak meminta yang 'suci'. tapi tak salah kan berubah ke arah yang lebih baik agar kita layak mendapat yang terbaik. berusaha. Tuhan sentiasa mahukan umatnya berusaha untuk berubah ke arah yang lebih baik.
aku mungkin ada celanya suatu ketika dahulu. dan aku akan pastikan, cela itu akan tertinggal di masa lalu. tak akan terulang di masa depan.
pernah dengar? walau hanya dengan berpegangan tangan sahaja sudah dikira maksiat.
aku mahu elak itu. aku pasti setiap agama melarang perbuatan maksiat. dan aku mungkin jahil tentang agama. tapi aku tetap bersyukur. Tuhan bagi aku akal yang stabil untuk aku fikir mana baik mana buruk. Tuhan bagi aku pemikiran yang rasional untuk aku timbang tara kebaikan dan kejahatan.
aku mungkin jahat. suka marah. manusia. pasti tak terlepas dari setiap yang tercela. bukan manusia namanya kalau tak pernah marah, walau sekelumit. pasti ada. kuat cemburu. aku kan perempuan. lumrah sifatnya manusia. pantas melupakan kebaikan yang ditabur. ya, perempuan lagi. memang sifatnya begitu. dan aku, takkan pernah terkecuali.
tapi aku cuba menjadi yang terbaik. berubah menjadi yang baik baik. aku belajar kawal diri. belajar tidak mudah cemburu. belajar untuk sabar. belajar untuk tidak merungut sentiasa. tapi nama pun manusia. pasti akan terlepas waima sekilas setiap cacat cela.
dan yang terbaik itu bukan untuk siapa siapa. tapi untuk diri aku sendiri. dan seterusnya untuk dia yang entah siapa yang akan menjadi ayah untuk anak anak aku nanti.
"jadilah yang terbaik sebelum anda mengharapkan yang terbaik dari insan lain"
amen~
♥GIVE IT A CLICK IF YOU LIKE IT AND SHARE IT♥
▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒
2 comments:
nice
balqis:
^^
Post a Comment