Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Cuba fikir elok elok

..anda rasa anda dah cukup bersyukur?..

Saturday, January 14, 2012

mood aku pergi datingkah?


arini Sabtu. ya Sabtu. hari untuk berpoya poya di dalam bilik. dan kami yang bakal ber-last paper Isnin nanti menjadikan Sabtu yang indah ni sebagai hari untuk bertungkus lumus. (yeke? tengok semua tido je, ada yg tengok Jozan kat youtube, aku pula main fb memanjang)

aku buka nota Mr Pua. Introduction for Document Analysis. aku telek slide demi slide. damn! apa yang aku fikir nie. aku baca macam air jatuh dari langit (hujan). tak masuk langsung apa apa point yang ada.

sayang, tak boleh macam ni. last paper nie. jangan hancurkan!

aku pun pergi la menyemak page Nurul Dila.

aku: kami rindu awak :( *mukadimah terbaik*

dan tiba tiba aku terbayangkan mushroom soup di vivo yang lazat. tapi mahal. oh, tengok la kedai dia. high class gitu. damn! patutnya aku tak payah transfer duit kat Lejen Press semalam. aku beli buku Kitab Terfaktab online. pada masa yang sama, Sabtu dan Ahad ni dorg ada buka booth jual buku di Times Square. vivo tu letaknya pula di Times Square!

what the hell im doing?! kalau boleh beli by hand, kenapa sibuk beli by online. dan aku baru je mengajak Dila ke vivo! waaaaaa!!

sebab semalam aku fikir, malas nak keluar. dang!

dan tiba tiba lagi, kepala aku sakit. sakit kepala ni dah 2 hari bermaharajalela. malas la nak telan paracetamol woi!

dan aku terfikir, mana roomate aku pergi? ~~~~~ ohh, baru teringat, dia pergi hantar Zu mengajar. my bad. aku sungguh pelupa.

tak sabar nak habis paper. plan nak angkut BGP untuk penambahbaikan pun semacam bakal di-cancel. nota kepala agong yang ditunggu jatuh dari langit semacam tidak akan jatuh. hurm. kesian BGP. aritu jenguk dia. few days tak jumpa dia. nampak sangat ketidak-terurusan dia. sebulan dah kot tak mandi. kena pula tidur kat bawah pokok yang banyak gugurkan daun. memang berlambak lambak la daun atas dia. pity my baby!

btw, semalam aku bergolek golek dalam fb, aku terbaca status my senior yang terpilih untuk kemasukan ahli bomba (SPA). dah lama dah dia pass physical examination. susah woo. (walaupun hanya dengar dari mulut org).

physical training ni ada 3 jenis. 1. lari 3kilometer 2. panjat tali setinggi 2tingkat bangunan (pernah tengok menara bomba yang tinggi tu? ha tu la dia tali nak kena panjat) 3. angkat berat (tak ingat berapa kg tp mesti la berat ye dak)

jadi semalam statusnya berbunyi begini:


ish ish ish. tak patut kan. ingat senang ke nak lulus? aritu pegawai bomba kata, ada 10 budak forensik yang datang (terpilih), 4 je yang lepas. la ni dah GAGALkan sorang, 3 je la ea budak forensik yang berjaya? cam mana la boleh jadi kesilapan teknikal macam ni. dah la pegawai tu sendiri kata, "bukan nak dorg tak pakai spek, kita nak otak dorg tu menyiasat. bukannya nak suruh dorg padam api".

*sebenarnya aku was was nak letak printscreen tu dalam blog. hurm. kalau korg rasa aku patut remove it, tell me k. mana tau mengundang kontroversi. huhu

seterusnya, sorg lagi senior yang turut tak berpuas hati. ye la. kawan sendiri kan. kami sebagai junior pun rasa geram. beriya iya bagi tajaan JPA, pastu suh wat perjanjian, kerja dengan kerajaan 5tahun. tapi??


parody je.. ha ha ha ha.. 

antara banyak banyak syarat dalam tu, satu je aku lepas. BERKAWAD. tinggi tak lepas, mata tak lepas, angkat berat tak lepas. lari tu hurm lepas kot. kot la sampai 12minit tu. ha ha ha. panjat pokok pun tak reti, nak suh aku panjat tali? tali dah la strainght macam tu je, tak da simpul simpul sepanjang tali. tangan tak lurus, sangat bengkok ok. BMI tak payah cerita, dah la pendek, kurus lak tu. ha ha ha (gelak sinis)

terdiam

mana mood aku ni?

roomate pun dah balik wei. kenapa mood aku tak reti nak balik balik ni? pergi dating kat tasek titiwangsa ke apa?


♥GIVE IT A CLICK IF YOU LIKE IT AND SHARE IT♥ ▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒

No comments:

Related Posts with Thumbnails