Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

I blog for fun, not for money, not for others.

...beliau mengetengahkan blog ini sebagai kawan kedua selepas sahabat dari dunia reality..if you're looking for any facts or berita semasa, sila kurangkan kunjungan anda ke istana pasir ini kerana yang ada di sini hanya puisi2 sumbang dan cerita2 sengal+gedik yang beliau lalui sepanjang beliau menghela nafas dan menggunakn fungsi oxygen dengan jayanya..beliau sering menjadikan istana pasir ini sebagai canvas untuk hati beliau bergolek2 dan segala ayat2 yang digunakan mungkin benar mungkin penipuan, jadi sila pastinya anda tidak meletakkan kepercayaan 100% di sini..namun, kata hati yang beliau tiupkan di sini adalah dari hati yang naif..moga angin sampaikan rasa hati itu untuk siapa2 yang membaca because this is what the she called it, the 'small things inside' that everyone might experienced..

==========================================================

Saturday, January 28, 2012

In a circle, it repeated by itself


Perasaan.
Pernah kau rasa satu perasaan, dan kemudian ia hilang. Diganti dengan satu perasaan yang lain dan kemudian datang lagi perasaan yang sebelumnya. Dan ia berulang ulang, membentuk satu pusing?

Sayang - Marah - Benci - Rindu


Manusia ni macam macam.

Aku dan roomate aku ada satu circle yang tak terancang. Awal pagi, dia bangun, dia buka tingkap bilik luas luas. Aku bangun, aku pandang dia. 

Comelnya la roomate aku ni tidur. 

Tapi pagi ni dia tak ada. Keluar mencari sesuap nasi. Untuk pertama kalinya selepas hampir seminggu, aku rasa tenang bila aku buka mata. Tapi bila aku toleh ke sebelah, kosong dan aku teringat dia keluar. Aku pejam balik mata, few minutes later perasaan tu datang balik. Aku cuba tepis. Kali ni aku ok. Dan aku bangun dengan senyuman.

Arini tingkap tak terbuka. Aku kadang kadang kalau ingat aku buka la kalau dia tak bukakan. Tingkap tu akan terbuka sehingga petang. Hujan sekalipun, ia tetap tak ditutup. Sebab tempias hujan tak masuk. He he.

Bila petang melabuhkan cahayanya, aku akan tutup tingkap. Aku ada satu perasaan unease kalau tingkap terbuka di waktu pertukaran siang ke malam. Rasa tak selamat.

Aku terfikir, aku ni manusia paranoid ka apa?

Then, after Isyak macam tu roomate aku akan buka tingkap balik. Nak bagi angin malam masuk bilik. Sedap. He he. Tingkap tu akan terbuka sampai la ktorg nak tidur. Dan aku akan tutup tingkap tu sebelum aku naik katil. Kalau tak, sampai ke pagi la tingkap tu terbuka. Lagi sekali, tengok tingkap terbuka masa kita tidur akan buat aku rasa unease juga.

Pelik.

So, lepas tutup tingkap baru naik atas katil. Kalau time tu roomate aku tak tidur lagi, dan dia tengah baca buku, aku akan baca buku sekejap. Selalunya dalam dua pages je la. Then baru aku tidur. Tapi kalau time tu dia dah tidur, aku akan tidur terus. Sebab aku akan tutup pintu dan lampu terus. Lagi satu kebiasaan aku sebelum tidur, aku mesti nak tutup pintu dan kunci. Rasa unsecure kalau di biar terbuka. Sama macam tingkap la, kalau aku tak tutup roomate aku pun tak tutup pintu. Sekarang je kot dia akan tutup pintu bilik. 

Nanti dah naik katil, malas nak turun balik untuk tutup lampu. Aku tak boleh tidur kalau lampu terbuka. Roomate aku, "Cda tak kisah kalau nak tutup or buka lampu masa tidur. Ikut Lyne la".

Aku taknak puji roomate aku lebih lebih.

So sepanjang satu sem pertama tahun akhir nie, macam ni la circle hari hari ktorg. Siang sama ada ada kelas, or just laying down on bed or just chatting all way round. 

notabersepah:
.. roomate aku adalah housemate aku, classmate aku, dan coursemate aku.


♥GIVE IT A CLICK IF YOU LIKE IT AND SHARE IT♥ ▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒

0 perutusan diraja:

Related Posts with Thumbnails