Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Cuba fikir elok elok

..anda rasa anda dah cukup bersyukur?..

Saturday, August 24, 2013

Nasi Kerabu Makcik Pasar Malam Bangi


Hye there,

Sesungguhnya pada malam ini, sabtu bersamaan, hari pasar malam Bangi, saya mengidam nasi kerabu makcik yang sedap tu. :(


Ini gambar tahun 2011. Tahun kegemilangan menggilai nasi kerabu. Kak Syima la yang introduced nasi kerabu makcik ni dulu. Lauk aku ambil semua sama; daging bakar & telur masin, sambal tak mahu. Sambal makcik ni pedas, jadi aku selalu request tak mau sambal. Budu ok. Sebab budu sikit, tak ada rasa sangat.

Kalau ikutkan pasar malam Bangi kat Seksyen 1 tu, Selasa & Sabtu. Tapi Selasa kan kerja, so kalau nak pergi, Sabtu la. Hari ni, tak sempat. Tadi pergi ofis kejap siapkan kerja, lepas tu pergi beli barang kat Carrefour. Makanya, terpaksa la tunggu Sabtu depan. Tapi itu pun tak tahu boleh pergi ke tak. Petang tu ada budak gemok nak bertunang, tak tahu sempat ke tak nak pergi. Kalau sempat, tak tahu jugak kalau bebudak ni free tak nak sesama pergi pasar malam. Sebab ingat nak makan kat sana, kalau bawak balik, macam tak sedap pulak. Makan sensorang, macam forever alone sangat. Harapkan Silver tu, ermmm, terima kasih sajo la. Ini pun tak nampak batang hidung. Dok melepak dekat tingkap dapur sajo kerja.

Dulu masa duduk Bangi, almost everyweek beli nasi kerabu ni. Memang tahap gila la minat. Bila dah naik final year, pindah KL, setahun tu, rasanya 2x je kot makan. Sebab dah jarang pergi Bangi. Kalau pergi pun, bukan Sabtu & selalunya sebab ada urusan. 

Saya rindu nasi kerabu makcik ! Air liur terasa meleleh dah ni. Sobsobsob
\
Saya harap ada rezeki minggu depan dapat makan nasi kerabu ni. Amen ~


♥GIVE IT A CLICK IF YOU LIKE IT AND SHARE IT♥ ▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒
Related Posts with Thumbnails