Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

I blog for fun, not for money, not for others.

...beliau mengetengahkan blog ini sebagai kawan kedua selepas sahabat dari dunia reality..if you're looking for any facts or berita semasa, sila kurangkan kunjungan anda ke istana pasir ini kerana yang ada di sini hanya puisi2 sumbang dan cerita2 sengal+gedik yang beliau lalui sepanjang beliau menghela nafas dan menggunakn fungsi oxygen dengan jayanya..beliau sering menjadikan istana pasir ini sebagai canvas untuk hati beliau bergolek2 dan segala ayat2 yang digunakan mungkin benar mungkin penipuan, jadi sila pastinya anda tidak meletakkan kepercayaan 100% di sini..namun, kata hati yang beliau tiupkan di sini adalah dari hati yang naif..moga angin sampaikan rasa hati itu untuk siapa2 yang membaca because this is what the she called it, the 'small things inside' that everyone might experienced..

==========================================================

Friday, January 13, 2012

Nak, lepas tu tak nak.

bila kita berkeputusan untuk melepaskan seseorang yang kita sayanggggg sangat sangat, kita akan cuba buka pintu hati kita untuk orang lain pula. kenal orang ni, kenal orang tu.

arini nampak seseorang. hurm. smart. lawak. baik. calon ni. borak borak. terpikat dah.

esoknya pula, nampak lagi dia

'eh, yang semalam'. cakap tanpa perasaan dan berlalu pergi. dia tegur pun kita layan ala kadar.

orang yang mulanya kita rasa ada kimia. yang kita rasa boleh kita terima kerana terasa ada keserasiannya di situ. tapi selepas seketika, kita rasa 'tak nak la dia. malas. tak da hati lagi'.

kita rasa kita dah buka pintu hati untuk orang lain. tapi sebenarnya? pintu hati tu hanya terbuka sedikit. kemudiannya ia tertutup kembali.

penghujungnya. orang yang baik itu kita hanya anggap sebagai kawan.

diam.

dan yang jahat itulah yang kita tunggu sampai bila bila.

diam lagi.

aku harap kalau suatu hari nanti, aku kahwin dengan pilihan keluarga. yang mana, kita belum kenal 100%, hati aku tak macam tu. arini kahwin.

suami: hai *senyum mesra*
aku: hai *senyum malu2 bajet comel*
suami dan aku: *borak mesra*

esok pindah masuk rumah dia konon nak tinggal bersama. tapi masa tengah punggah barang;

suami: awak letak barang sana k. *nada ambil berat*
aku: ok *takda perasaan*

mati la aku.

tapi semua tu mungkin angan angan je. sebab mak aku awal awal dah kata. 'eh, malas la aku nak jodoh2kan orang. nak kahwin, pegi cari sendiri'.

-.-

mummy, your youngest lady ni tak ada siapa siapa pun lagi. tak pandai nak ngorat laki, apatah lagi cari sendiri.

tapi aritu balik rumah dia tegur, 'kahwin ke idak anak perempuan aku ni nanti?'.

lalalalalalalala~


♥GIVE IT A CLICK IF YOU LIKE IT AND SHARE IT♥ ▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒

1 perutusan diraja:

Syafique Azawadi said...

http://www.facebook.com/pages/Guinea-Pig-Malaysia-Arkus/326551267375973

Related Posts with Thumbnails