Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Cuba fikir elok elok

..anda rasa anda dah cukup bersyukur?..

Sunday, January 8, 2012

I miss the old us v2.0


sebelum aku memulakan entri merapu gaban, izinkan aku menyampai seulas dua kata kata.

dah tak ada idea sebenarnya nak bermukadimah.

untuk abang,
aku nak minta maaf atas entry sebelumnya. walaupun abang tak marah, tapi saya ter-rasa bersalah. eh, apasal aku pakai saya ni. ha ha. sorry sorry. salah pula. aku terdetik nak tulis  nie sebab tadi mama meow kata, entry sebelum ni memang kedengaran mengutuk. oh, tak ada niat pun di hati nak mengutuk. sekadar nak gegurau je abang. abang kata tak marah, tapi cuak bila abang komen. abang mana pernah komen blog ittew. ittew risau la. rumate pun dah marah tadi sebab kutuk abang dalam blog. sedih ittew *gedik*. jadi ittew nak minta maaf terang terang. risau ittew kalau abang takmo tolong jagakan BGP ag. maafkan ittew tau abang. lenkali tak buat dah. sayang abang kot, mana boleh kutuk kutuk. he he he.

gedik. hi hi hi ~

dengan peredaran waktu yang sentiasa berputar, tak menunggu sesiapa. pastinya kita akan merindu detik detik tertentu dalam hidup kita. kenangan. memori. bunyi desiran pantai. deruan angin laut. rindu. 

enam bulan terbelakang ini, hidup agak terhempit. sibuk dengan kelas satu hal (walau kelas salu je cancel awal sem aritu), masalah hati lagi satu hal. sibuk dengan masalah sendiri sampai bestfriends sendiri terabai.

walau ada senarai mereka di facebook, di twitter, blog, tapi khabar mereka langsung tak ditanya. hanya menyebut nama mereka di dalam setiap doa. sedar mereka punya masalah, sedang menitiskan air mata, perlukan bahu untuk disandar, tapi hati sendiri pun terbeban dengan masalah yang ada. tak mampu untuk menghulurkan waima tangan sekalipun buat mereka. maaf kesayangan. aku belum mampu menjadi yang terbaik. belum terdaya memberi yang terbaik.

hati ini rindu. rindukan kenangan lama. rindukan persahabatan. tapi ada insan yang tak pernah mengerti. membuatkan hati ini selalu mencaci. tak boleh ke kita kembali macam dulu. keadaan sebelum tarikh 10/10/10 tiba.?? penat la memperbaiki persahabatan yang retak tu.

"I'm not angel-hearted, cursing is possible with me"

kali terakhir bertemu mereka, adalah semasa event Puisi Satu Petang. melihat Niya dari jauh, aku masih mampu menahan sebak. melihat Nana yang mendekat, aku ok lagi. kami dengar puisi. melihat Niya bersama puisinya walau tak begitu kedengaran. luarannya, mereka sihat sihat belaka. tapi dalaman, masing masing memahami. aku terluka, dia terluka, kau terluka. tapi masing masing berdiam. 

terdiam

sebelum pulang, bersama pertanyaan di hati, bila agaknya kita akan bertemu lagi, aku peluk erat Niya. dan aku teringat segala yang berlaku. setiap kesedihan dia yang mana aku tak pernah ambil pusing. betapa aku lupa, mana pergi tanggungjawab aku sebagai sahabat. mana janji aku pada dia: I'll walk this earth with you no matter what happen. sungguh, aku rasa lemah. sampai aku rasa, hanya ada kita di situ sehingga air mata enggan berhenti mengalir.

aku akan sentiasa mendoakan. agar perhubungan kita sampai ke syurga. semoga perhubungan ini diredhai, diberkati. walau kita berbeza agama, kasih sayang tetap tak mendiskriminasikan kita. walau kita berlainan latar belakang, kita ada satu peristiwa yang sama, cuma berlainan watak berlainan masa dan tempat. 

jadi, mari kita sama sama menjaga hati kita, persahabatan kita, lenggok kita, ikhlas kita dan rindu kita. sedangkan di akhirat nanti, kawan baik pun akan jadi musuh. saya tak nak kita macam tu. jaga diri kalian, sebagaimana agama kalian minta. saya sayangkan kalian dunia, akhirat. seperti saya mendoakan yang terbaik di dunia ini untuk kalian, begitu juga saya mendoakan yang terbaik di akhirat kelak. cinta hati saya sentiasa ada. tak berkurang, tak terkubur.

senyum


video in sangat sweet. sila tonton! dedikasi untuk Niya, Nana, Biela dan Famy.




♥GIVE IT A CLICK IF YOU LIKE IT AND SHARE IT♥ ▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒

No comments:

Related Posts with Thumbnails