jangan terlalu memaksa, nanti si dia tidak suka,
jangan terlalu sayang, nanti si dia rimas,
jangan terlalu cemburu, nanti si dia jemu.
Aku pernah memaksa. Sedangkan aku sendiri tak suka dipaksa. Aku pernah sayang. Dan tak pernah sekali pun sayang tu luntur. Aku pernah cemburu. Dan cemburu tu amat lah bodoh.
Aku pernah hancurkan satu hubungan kerana kebodohan aku sendiri. Jadi sekarang, aku nak berubah. Aku akan gunakan masa single aku nie dengan sebaik baiknya. Aku nak pastikan, dia yang layak untuk aku, calon ayah kepada anak anak aku tak perlu melayan karenah aku yang entah apa apa ni. Aku nak bila aku dah jumpa dia, aku dah berubah. Dan aku akan jadikan sejarah lama ni sebagai pengajaran untuk aku, juga sebagai mangkin untuk aku berubah. Kawan kawan doakan ok.
Senyum.
Seminggu ni, banyak betul berita mengejut aku dapat. Kawan kawan putus cinta, begitu juga kenalan. 2 tahun yang lepas, ramai betul yang bercinta. Dan tahun ini, ramai pula yang putus cinta. Untuk kawan yang baru je, harapnya kuat. Kita sama sama kuat ok.
Peluk anda.
Aku kagum betul dengan dorang. Dorang sangat kuat di saat macam ni. Kalau aku? Hurmm. Sampai jatuh sakit kot aritu. Turun 3kg haaa. Pastu tak reti reti pula nak naik balik. Tapi kawan aku yang seorang ni, dia sangat kuat. Mungkin juga sebab dia dah penat menangis. Dia call aku dua kali. Dan dia tak menangis. Melihat dia sebegitu, buatkan aku terfikir. Kenapa dia boleh sebegitu tabah dan menerima kenyataan, tapi aku tak boleh? Aku mengambil masa yang panjang untuk terima sesuatu itu terjadi. Setahun. Ya, setahun untuk aku betul betul lupakan perasaan tu.
Kawan aku yang lagi pula, aku nampak kesedihan di mata dia. Tapi dia masih tabah untuk bercerita. Walau dia sedar hubungan tu dah tak nampak hala tuju, tapi dia yakin dengan apa yang jadi. Aku cemburu melihat ketabahan mereka. Mungkin kerana dulu, dia pernah terluka dan kecewa yang amat. Jadi untuk yang ini, dia mampu untuk menguruskan perasaannya sendiri. Dan dia juga lah yang selalu memberi aku semangat. Teman aku ke mana mana. Bawa aku pergi tasik untuk tenangkan hati. Bawa pergi makan McD bila aku enggan keseorangn di bilik.
Memaksa. Bukan nak sangat paksa orang, tapi kita terdesak untuk memaksa. Tapi penghujungnya? Tak berbaloi pun la nak paksa orang. Dia nak pergi, biarkan. Dia nak stay, kita alu alukan. Siapa kita untuk kawal kehendak orang. Tak guna pun la. Bazir masa.
Kerana terlalu sayang, kita jadi kecewa. Bak kata si dia, sebab kita sayanglah kita sakit hati. Yerp, he's right. Aku sayangkan dia sangat sangat. Sebab tu benda kecil pun aku boleh marah. Ha ha. What a nonsense. Stop it la young lady. Anda dah dewasa, patut kawal emosi dengan baik. Ya, aku tengah mengata diri sendiri la ni.
Bukan perempuan namanya kalau tak cemburu. Lelaki pun reti gak cemburu. Walaupun cemburu ni banyak buruknya, tapi tak ada cemburu bahaya juga. Pentingnya cemburu untuk pasangan suami isteri. Kalau tak, nanti senang senang orang nak dekat dengan suami/isteri kita. Itu kan hak kita secara dunia. Secara tak dunia, kita ni hak Tuhan kita la kan. Tapi tu la, overdose cemburu ni bahaya sangat! Disebabkan cemburu ni la, aku ditinggalkan. Cemburu buta. Ish ish ish. Aku kena buang ni, kesian laki aku nanti. Ha ha.
Serious
Sebenarnya tak susah pun nak jaga suatu hubungan tu kalau keduanya saling bersandar. Saling percaya. Saling yakin. Masing masing nak. Masing masing sayang. Masing masing setia. Masing masing menjaga.
Yang membuatkan ia susah, bila salah satu pihak endah tak endah. Tak kan guna pertahankan suatu hubungan kalau salah seorang tu berkeras untuk mengundur diri.
Dan jarang kita dengar kalau keduanya ada sifat yang sama. Sebab tu gaduh je.
Menda aku merepek ni
Jangan percaya cakap aku la. Aku ni bercinta pun tak. Ha ha ha
Yang penting, aku nak seseorang yang boleh buat aku tenang. Dan aku sendiri boleh buat dia tenang. Baru wujud keserasian ye dak. He he
2 comments:
Kdg kala, berpisah adalah jln terbaik utk kita sedar akn kesilapan kita, berubah menjadi lbih baik supaya layak mendapat kn yg terbaik juga..
P/s: perempuan ble dh terbiase..akn smpai state 'hati kering'..
fadh:
yerp.. supaya mata tu terbuka, jgn ambik endah kekurangan diri.. :)
p/s: aku harap ati aku kering dah..
Post a Comment