Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Cuba fikir elok elok

..anda rasa anda dah cukup bersyukur?..

Friday, January 27, 2012

Pernahkah kau merasa.


Pernahkah kau merasa
Hatimu Hampa
Pernahkah kau merasa
Hatimu Kosong

Antara potongan dari lirik lagu Hampa Hatiku - Ungu. Lagu ni rancak. Best la juga bawa karok sorang sorang dalam bilik.

Sengih

Seperti yang tersedia maklum, entri entri lepas aku banyak bercerita pasal perasaan. Perasaan aku;
- yang asyik risau tak henti henti, 
- yang setiap kali aku terjaga dari tidur aku akan rasa tidak tenang,
- terasa unsecure. 
- terasa nak menangis tapi airmata tak keluar
- terasa macam terhempit, dan tak boleh nak keluar dari satu ruang sempit

Dan sejak roomate aku ada, perasaan tu sedikit sebanyak terkikis. Tapi still, waking up with such weird feeling, tak pernah tak ada. Cuma bezanya, kalau sebelum ni, perasaan tu lama sangat dalam hati. Berjam jam kita dah bangun tidur, perasaan tu masih di situ. Sekarang, perasaan tu sekejap je, bila dah almost one hour on bed dengan minda sedar, boleh chill down then rasa tenang sikit. Maybe sebab kita tahu, sebelah kita ada seseorang, kita tak keseorangan.

Aku pun rasa hairan sebenarnya. Roomate aku balik sini hari Rabu, malam. Dan aku terus angkat barang aku dari rumah sana bawa balik sini. Kalau sebelum ni, duduk dalam bilik ni perasaan memang berkocak. Tapi bila roomate dah ada, walaupun dia tengah tengok movie kat ruang tamu, aku sendirian di bilik tidur online, perasaan aku tak berkecamuk langsung. Weird aite?

Aku cerita dekat dia masa kami makan sama sama semalam. Dan dia, "Cda jadi penyelamat lyne, haha". 

Tiba tiba rasa dah lama tak setenang itu. Senyum

Pagi tadi, seperti biasa aku bangun dengan perasaan unsecure, takut, tak tenang etc. Tiba tiba aku teringat kat mommy. Yep, my mom. 

Aku teringat, dulu semasa my dad meninggal, she used to say. Few months before dad passed away, bila dia bangun tidur dia selalu rasa sedih, rasa nak menangis, kadang kadang rasa takut. Serupa macam apa yang aku rasa. Dia ada perasaan camtu since September, and my dad, he died on December. And she said, macam satu petanda tapi dia tak pernah terfikir penghujungnya jadi macam tu.

Terdiam

Aku cuma berharap apa yang aku rasa ni bukanlah satu petanda. Aku tau jodoh dan ajal di tangan Tuhan. But please God, not in a meantime. Aku tak kuat lagi for another lose. 

Lets pray that everything will be fine ok. Sayang semua orang ketat ketat. Tak sedia lagi nak kehilangan siapa siapa especially family.

=')


♥GIVE IT A CLICK IF YOU LIKE IT AND SHARE IT♥ ▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒

2 comments:

☻UsaGi NaNa☻ said...

better ko bc balik buku jadilah wanita yang paling bahagia. tp kalo as islam bykkn berzikir or istighfar utk elak tusukan setan. maybe sbb U SHOULD HAVE A BOYFWEN!!!

►içéq◄ said...

nana:
aku dah lama tinggal buku tu, letak je atas meja sbb skg aku baca buku len.. huuuu~
aku xnk bf, aku nak suami.. kui kui kui~

Related Posts with Thumbnails