Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Cuba fikir elok elok

..anda rasa anda dah cukup bersyukur?..

Friday, November 18, 2011

Tabiat wanita yang seringkali melupakan kebaikan yang pernah diberi


YA TUHAN KAMI, BERIKANLAH AMPUNAN BAGI KAMI ATAS DOSA DOSA KAMI DAN SIKAP BERLEBIHAN KAMI DALAM URUSAN KAMI

Manikam Ketiga
BERTERIMA KASIH KEPADA ORANG YANG BERBUAT BAIK HUKUMNYA WAJIB

Berbohonglah kepada hawa nafsu
bila kau bicara dengannya
Jika kau jujur kepadanya
nescaya akan pudarlah semua yang kau harapkan

 Khaizaran adalah seorang hamba wanita yang dibeli oleh Khalifah Al-Mahdi dari suku Nukhas. Khalifah lalu memerdekakan, menikahi, memuliakannya, dan merasmikan untuk kedua orang tuanya dengan gelaran terhormat. Namun, ketika dia marah,  dia berkata kepada Khalifah: "Aku tidak pernah menyaksikan kebaikan sedikitpun pada dirimu."

 Dari keluarga Barmak pun ada seorang perempuan yang pada mulanya adalah seorang hamba perempuan yang biasa diperjual-belikan, lalu Raja Maghrib Al-Mu'tamid bin 'Abbad membelinya dan terus memerdekakannya serta menjadikannya sebagai permaisuri. Ketika sang permaisuri melihat hamba hamba perempuan sedang bermain lumpur, ia merindukan masa lalunya dan timbul keinginannya bermain lumpur seperti mereka. Al-Mu'tamid pun memerintahkan agar dibuatkan untuk isterinya itu sejumlah minyak wangi yang warnanya seperti lumpur, lalu masuklah si isteri ke dalam lumpur itu dan bermain main di dalamnya. Dan adalah isterinya itu bila marah kepada suaminya, ia suka mengatakan: "Sesungguhnya aku tidak pernah melihat suatu kebaikan pun pada dirimu." Akan tetapi, Al-Mu'tamid hanya tersenyum dan mengatakan kepada isterinya: "Juga tidak ada kebaikan saat aku membuatkan lumpur minyak wangi untukmu?" Isterinya pun menjadi malu kerana jawapan suaminya itu.

 Memang sudah merupakan tabiat wanita - kecuali sebahagian kecil dari mereka - melupakan segala kebaikan, ketika suami atau orang lain melakukan kelalaian dan kesalahan kepadanya. Dalam hadith Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam yang mulia disebutkan:

"Wahai kaum wanita, bersedeqahlah kalian, kerana sesungguhnya aku melihat kalian adalah majoriti penghuni neraka." Mereka bertanya: "Mengapa demikian, wahai Rasulullah?"  Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam menjawab: "Kerana kalian cepat mengutuk, banyak mencela dan selalu mengingkari kebaikan suami."

Dalam riwayat lain beliau bersabda:

Ketika neraka diperlihatkan kepadaku, ternyata ku lihat majoriti penduduknya terdiri dari kaum wanita, kerana sikap buruknya kepada suami dan selalu mengingkari kebaikanya. Seandainya engkau berbuat baik kepada seseorang di antara mereka selama setahun, kemudian dia melihat sesuatu yang tidak disukainya darimu, nescaya ia akan mengatakan kepadamu: "Aku belum pernah melihat suatu kebaikan pun pada dirimu."

 Oleh kerana itu, apabila seseorang sudah mengetahui watak wanita memang sedemikian, maka dia tidak akan marah, gelisah dan tidak tegang urat sarafnya ketika wanita mengingkari kebaikannya atau mendakwa bahawa dia tidak pernah melihatnya berbuat suatu kebaikan pun, padahal ia telah berbuat banyak kebaikan untuknya.

source: Jangan Bersedih, Jadilah Wanita Yang Paling Bahagia


*aku post article nie sebab aku pernah macam nie. 
ada seorang kawan, selalu buat baik, selalu tolong aku. tapi bila dia buat sesuatu yang aku tak suka, sebagai contoh tiba tiba membatalkan pertemuan sedangkan dah janji nak jumpa, aku marah sangat. dan aku kata 'Tak boleh ke dalam sehari saya minta teman awak tak ada hal?? Dari semalam sampai sekarang ada je. Susah sangat ke saya nak pinjam masa free awak?!" Beberapa minit selepasnya, aku terfikir, kenapa aku marah macam tu sekali sedangkan selama ni, dia selalu luangkan masa bila aku minta tolong. Mungkin ini yang orang kata muhasabah diri. Jadi, aku tak jadi nak marah lagi. Sebab aku tak sepatutnya marah. Dan bila baca article kat atas nie, aku fikir panjang. Mungkin memang ini adalah salah satu sifat semulajadi seorang wanita. Korang mesti ada juga kan?

*Mungkin juga ini adalah alasan kukuh kenapa seorang wanita perlukan sorang suami yang punya sifat penyabar yang tinggi. So, harap harap suami aku nanti adalah seorang yang penyabar dalam melayan aku yang kuat cemburu dan suka nak marahkan benda yang remeh. Amin! :D


♥GIVE IT A CLICK IF YOU LIKE IT AND SHARE IT♥ ▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒

2 comments:

Noor Fatin said...

betol yunk. kekadang aku pun selalu mcm tu. termarah faiq sedangkan perkara remeh temeh je. padahal selama ni dia caring sgt dengan aku dan sebabkan satu sebab je, aku marah dia.. wuuwuwwu~

menyesal woo. aku memang kuat cemburu. haha

►içéq◄ said...

fatin: haha. sama la yang. so, pasni, kena hati2 tau, kena belajar bersabar. nnt klo dah kahwin, dosa tu buat suami camtu. aku skg pun nk belajar sabar byk2 la. kesian suami aku nnt. haha ^^

Related Posts with Thumbnails