Entry ni dah lama sebenarnya nak buat tapi kekangan masa untuk transfer gambar membuatkan entry ni lambat nak naik.
So, pada 20Jan2012 yang lepas aku pergi check out kolej then check in kolej for penempatan sem luar. Settle dari tu, aku bergerak terus ke KTSN1. Sebab nak ambil barang pos. Since aku tak yakin alamat kolej yang aku duduk sekarang, takut barang tak sampai jadi aku pakai alamat kolej first. Dijamin sampai.
Tadaaaaa~
So, lepas dah ambil barang pos ni dari office kolej aku pun terus ke cafe. Kerana roomate kesayangan tunggu kat sana. Oh, lupa nak bagitau. Aku datang dengan roomate aku nie ha. Kami sama sama check out tadi.
Tadaaaaaa lagi!
Nie la ha barang yang sampai. Aku beli online. Kitab Terfaktab. Nipis and kecil je rupanya. Aky ingatkan tebal or besar. Agak kecewa dari segi size, tapi kawan kata baca dulu, best. So aku baca je la. Tak kan dah beli tak baca ye dak. (Ada je buku aku beli tak baca, hahaha) Boleh tahan la. Aku baru baca sikit. Disebabkan buku ni kecil dan nipis, so aku akan baca kalau aku keluar jalan. So, free time, aku akan baca buku ni. Kalau time nak tidur, aku baca buku lain. Buku yang tebal la selalunya. Sebab nak bawa bukul tebal keluar jalan, leceh weis. Beg berat sebab buku je. Senget bahu kang.
Another tadaaaaaaa~
Jadi, inilah CikMuda yang teman aku. Nama fb kami dua CikMuda ok!. He he. Tak nak bagi korang nampak muka dia, so aku crop. Kah kah kah! Aku sayang gila dengan roomate aku nie. Walaupun dia tak sayang aku, tak pa. Aku memang tak kan bagi orang buli dia. Walaupun aku tengok je kalau budak budak nie usik dia dengan abang sampai dia tarik muka merajuk dia. Sebab aku pun suka juga buli dia! :D
Dalam ramai ramai budak kelas, dia la antara yang sangat bersabar. Selain Salma la. Kalau aku buli je, dorg pasrah. Tapi roomate aku ni makin lama makin garang tau. Dia marah kalau aku buat benda yang dia tak suka aku buat. Contohnya, kalau aku asyik nak menyakitkan diri sendiri.
Terdiam.
Dia kata dia tak suka aku camtu. :( Semua orang tak suka. Jahat kan aku. Orang dah sayang, tapi sendiri tak nampak.
Ok la. Tu je perkongsian arini. Izinkan aku mengundur diri. Sila jaga diri anda molek molek. Sayang semua!
No comments:
Post a Comment