Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

I blog for fun, not for money, not for others.

...beliau mengetengahkan blog ini sebagai kawan kedua selepas sahabat dari dunia reality..if you're looking for any facts or berita semasa, sila kurangkan kunjungan anda ke istana pasir ini kerana yang ada di sini hanya puisi2 sumbang dan cerita2 sengal+gedik yang beliau lalui sepanjang beliau menghela nafas dan menggunakn fungsi oxygen dengan jayanya..beliau sering menjadikan istana pasir ini sebagai canvas untuk hati beliau bergolek2 dan segala ayat2 yang digunakan mungkin benar mungkin penipuan, jadi sila pastinya anda tidak meletakkan kepercayaan 100% di sini..namun, kata hati yang beliau tiupkan di sini adalah dari hati yang naif..moga angin sampaikan rasa hati itu untuk siapa2 yang membaca because this is what the she called it, the 'small things inside' that everyone might experienced..

==========================================================

Wednesday, January 4, 2012

pergi dan tak kembali


aku katakan 'aku taknak dah ambil tahu pasal kau'. tapi penghujungnya. tetap juga begitu. aku masih ambil tahu.

pandang kosong screen laptop

aku kata pada hati 'kali ni aku nekad nak lepaskan kau, bagi peluang kau cari orang lain dengan aman'. tapi penghujungnya. aku takkan biar kau begitu.

"awak hanya boleh cari orang lain bila saya dah tak ada, tau?!"

tak ada.
boleh memberi banyak maksud. pergi meninggalkan. menghilangkan diri. atau mati. mati? 

aku pernah. dulu. lepas habis sekolah, sebelum masuk matrikulasi. sebelum tidur, aku terbayangkan mati, terbayangkan neraka. dan aku jadi takut sampai aku tak boleh nak tidur. bukan hanya satu malam, tapi lebih. seminggu mungkin. 

dan aku selalu membayangkan masa aku tengah drive, something bad happen. 

diam

orang kata, jangan jadi bodoh. dia tengok kau macam ni, dia lagi suka. dia suka tengok ada perempuan merana disebabkan dia. dia bangga tau tak. 

awak macam tu ke? suka ke? bangga ke?

jangan awak. tak baik tau. riak. nanti jodoh yang Tuhan tetapkan untuk awak buat awak macam tu, macam mana? atau pun anak perempuan awak nanti orang buat macam tu macam mana? awak tak fikir? 

aku tanyakan pada mereka, 'aku rindu dia, patut tak aku buang ego aku dan pergi jumpa dia?'. dan mereka berkata 'bagi dia peluang'.

bagi peluang. tapi sampai bila? sampai awak kahwin dengan orang lain bila awak dah berumur 26 tahun nanti?

oh, lupa. aku kata aku nak kahwin masa umur aku 23 tahun. aku dulu kahwin dari kau. -.-

"lepaskan dia pergi. kalau dia kembali, dia lah jodoh kau. kalau tak, dia bukan"

dan aku terfikir.

senyap. hanya ada bunyi kipas.

aku lepaskan kau pergi. walau tak sepenuhnya. dan kau tak kembali. (melainkan kalau tengok bola kat stadium sama sama tu dikira kembali, ai tak tahu la bro) yang kembalinya aku. aku. aku. aku. what's wrong with the world actually?! maksud aku, dunia aku. 

mungkin betul aku memang bodoh. nasib baik boleh lagi masuk universiti. 

berfikir,

tak ada la bodoh sangat, ye dak? lagi tak bodoh kalau aku boleh sambung master.

sakit kepala

mungkin aku patut tidur sekarang. sebab aku rasa sangat lapar. 

ingat kau! aku tunggu nasi lemak tu! jangan ingat aku lupa walaupun sekarang aku tengah sibuk final. aku sekeh kepala kau dengan wedges 3.5 inches aku.



♥GIVE IT A CLICK IF YOU LIKE IT AND SHARE IT♥ ▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒

0 perutusan diraja:

Related Posts with Thumbnails