Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

I blog for fun, not for money, not for others.

...beliau mengetengahkan blog ini sebagai kawan kedua selepas sahabat dari dunia reality..if you're looking for any facts or berita semasa, sila kurangkan kunjungan anda ke istana pasir ini kerana yang ada di sini hanya puisi2 sumbang dan cerita2 sengal+gedik yang beliau lalui sepanjang beliau menghela nafas dan menggunakn fungsi oxygen dengan jayanya..beliau sering menjadikan istana pasir ini sebagai canvas untuk hati beliau bergolek2 dan segala ayat2 yang digunakan mungkin benar mungkin penipuan, jadi sila pastinya anda tidak meletakkan kepercayaan 100% di sini..namun, kata hati yang beliau tiupkan di sini adalah dari hati yang naif..moga angin sampaikan rasa hati itu untuk siapa2 yang membaca because this is what the she called it, the 'small things inside' that everyone might experienced..

==========================================================

Sunday, January 29, 2012

Hari yang semakin indah.


Hari yang indah.
Toleh kanan, nampak Cda. Toleh kiri, nampak Salma.

Aku, "Salma!"
Salma, "Hoi! (terkejut) Ha ha ha, tak nampak la Lyne buka mata ke tak. Ha ha"
Aku, "Lor, ha ha. Salmaaaaa, esok pagi jangan balik dulu tau. Tunggu orang bangun dulu. K k. Orang takut Cda balik awal pagi".
Salma, "Nak bangun pukul berapa?"
Aku, "9-10 camtu la"
Salma, "Huh! Orang nak bangun pukul 12 esok"
Aku, "Erkkk!"

Tu perbualan malam tadi. Semalam Salma tidur dengan aku. He he. Rumah sana tinggal Salma sorang je, tu la dia tidur rumah sini.

Suka suka!

Aku nak suruh dia stay sini je sepanjang hari ni. Tapi dia tak nak. Cda lak dah balik Raub.

Salma,"Lepas transfer cite ni, orang nak balik la" (transfer movie dari external ke laptop)
Aku, "Alaaa, nak balik dah ke? Stay je la sini =(" 
Salma,  "Ah! Orang nak balik. Nak mandi. Nak masak megi"
Aku, "Ala!. Asyik asyik makan megi je. Makan la lain"
Salma, "Nak makan apa??"
Aku, "Hurmm, nak makan bubur? Orang masakkan"
Salma, "Ha! Lama tak masak? Sempat tak tunggu cite ni transfer?" 
Aku, "Lama la"
Salma, " Ala! Tak nak la. Orang nak balik"
Aku, " =("

Few minutes later,

Aku, "Salma nak makan roti dengan telur goreng tak?"
Salma, "Nak!"

Few minutes lepas makan roti, Salma pun balik. Aku pula, terus hadap laptop. Sebelum dia balik, dah janji pukul 6 petang ni nak makan sama sama.

Selasa ni Salma nak balik dah. Sedih. Rasa cam nak ikat Salma dalam almari, tak nak bagi dia balik Johor. Huk huk huk.

Makin lama, makin aku tak boleh nak tidur sorang sorang. Aih! Apa nak jadi la aku ni? I'm no longer a strong lady as before. Macam budak kecik!

Sejak kebelakangan ni, aku banyak cerita pasal perasaan aku kan. (macam sebelum ni tak, ha ha). Mesti korg bosan baca. Jangan jangan dah tak nak buka blog aku ni. Tapi nak buat cam mana, dah memang itu fungsi blog aku ni. Tempat untuk aku bercerita kisah hidup aku.

Tak mustahil juga, dari blog ni korg boleh detect aku ni jenisnya macam mana. Wawawaaaaaa @_@

♥GIVE IT A CLICK IF YOU LIKE IT AND SHARE IT♥ ▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒

Saturday, January 28, 2012

In a circle, it repeated by itself


Perasaan.
Pernah kau rasa satu perasaan, dan kemudian ia hilang. Diganti dengan satu perasaan yang lain dan kemudian datang lagi perasaan yang sebelumnya. Dan ia berulang ulang, membentuk satu pusing?

Sayang - Marah - Benci - Rindu


Manusia ni macam macam.

Aku dan roomate aku ada satu circle yang tak terancang. Awal pagi, dia bangun, dia buka tingkap bilik luas luas. Aku bangun, aku pandang dia. 

Comelnya la roomate aku ni tidur. 

Tapi pagi ni dia tak ada. Keluar mencari sesuap nasi. Untuk pertama kalinya selepas hampir seminggu, aku rasa tenang bila aku buka mata. Tapi bila aku toleh ke sebelah, kosong dan aku teringat dia keluar. Aku pejam balik mata, few minutes later perasaan tu datang balik. Aku cuba tepis. Kali ni aku ok. Dan aku bangun dengan senyuman.

Arini tingkap tak terbuka. Aku kadang kadang kalau ingat aku buka la kalau dia tak bukakan. Tingkap tu akan terbuka sehingga petang. Hujan sekalipun, ia tetap tak ditutup. Sebab tempias hujan tak masuk. He he.

Bila petang melabuhkan cahayanya, aku akan tutup tingkap. Aku ada satu perasaan unease kalau tingkap terbuka di waktu pertukaran siang ke malam. Rasa tak selamat.

Aku terfikir, aku ni manusia paranoid ka apa?

Then, after Isyak macam tu roomate aku akan buka tingkap balik. Nak bagi angin malam masuk bilik. Sedap. He he. Tingkap tu akan terbuka sampai la ktorg nak tidur. Dan aku akan tutup tingkap tu sebelum aku naik katil. Kalau tak, sampai ke pagi la tingkap tu terbuka. Lagi sekali, tengok tingkap terbuka masa kita tidur akan buat aku rasa unease juga.

Pelik.

So, lepas tutup tingkap baru naik atas katil. Kalau time tu roomate aku tak tidur lagi, dan dia tengah baca buku, aku akan baca buku sekejap. Selalunya dalam dua pages je la. Then baru aku tidur. Tapi kalau time tu dia dah tidur, aku akan tidur terus. Sebab aku akan tutup pintu dan lampu terus. Lagi satu kebiasaan aku sebelum tidur, aku mesti nak tutup pintu dan kunci. Rasa unsecure kalau di biar terbuka. Sama macam tingkap la, kalau aku tak tutup roomate aku pun tak tutup pintu. Sekarang je kot dia akan tutup pintu bilik. 

Nanti dah naik katil, malas nak turun balik untuk tutup lampu. Aku tak boleh tidur kalau lampu terbuka. Roomate aku, "Cda tak kisah kalau nak tutup or buka lampu masa tidur. Ikut Lyne la".

Aku taknak puji roomate aku lebih lebih.

So sepanjang satu sem pertama tahun akhir nie, macam ni la circle hari hari ktorg. Siang sama ada ada kelas, or just laying down on bed or just chatting all way round. 

notabersepah:
.. roomate aku adalah housemate aku, classmate aku, dan coursemate aku.


♥GIVE IT A CLICK IF YOU LIKE IT AND SHARE IT♥ ▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒

Friday, January 27, 2012

Pernahkah kau merasa.


Pernahkah kau merasa
Hatimu Hampa
Pernahkah kau merasa
Hatimu Kosong

Antara potongan dari lirik lagu Hampa Hatiku - Ungu. Lagu ni rancak. Best la juga bawa karok sorang sorang dalam bilik.

Sengih

Seperti yang tersedia maklum, entri entri lepas aku banyak bercerita pasal perasaan. Perasaan aku;
- yang asyik risau tak henti henti, 
- yang setiap kali aku terjaga dari tidur aku akan rasa tidak tenang,
- terasa unsecure. 
- terasa nak menangis tapi airmata tak keluar
- terasa macam terhempit, dan tak boleh nak keluar dari satu ruang sempit

Dan sejak roomate aku ada, perasaan tu sedikit sebanyak terkikis. Tapi still, waking up with such weird feeling, tak pernah tak ada. Cuma bezanya, kalau sebelum ni, perasaan tu lama sangat dalam hati. Berjam jam kita dah bangun tidur, perasaan tu masih di situ. Sekarang, perasaan tu sekejap je, bila dah almost one hour on bed dengan minda sedar, boleh chill down then rasa tenang sikit. Maybe sebab kita tahu, sebelah kita ada seseorang, kita tak keseorangan.

Aku pun rasa hairan sebenarnya. Roomate aku balik sini hari Rabu, malam. Dan aku terus angkat barang aku dari rumah sana bawa balik sini. Kalau sebelum ni, duduk dalam bilik ni perasaan memang berkocak. Tapi bila roomate dah ada, walaupun dia tengah tengok movie kat ruang tamu, aku sendirian di bilik tidur online, perasaan aku tak berkecamuk langsung. Weird aite?

Aku cerita dekat dia masa kami makan sama sama semalam. Dan dia, "Cda jadi penyelamat lyne, haha". 

Tiba tiba rasa dah lama tak setenang itu. Senyum

Pagi tadi, seperti biasa aku bangun dengan perasaan unsecure, takut, tak tenang etc. Tiba tiba aku teringat kat mommy. Yep, my mom. 

Aku teringat, dulu semasa my dad meninggal, she used to say. Few months before dad passed away, bila dia bangun tidur dia selalu rasa sedih, rasa nak menangis, kadang kadang rasa takut. Serupa macam apa yang aku rasa. Dia ada perasaan camtu since September, and my dad, he died on December. And she said, macam satu petanda tapi dia tak pernah terfikir penghujungnya jadi macam tu.

Terdiam

Aku cuma berharap apa yang aku rasa ni bukanlah satu petanda. Aku tau jodoh dan ajal di tangan Tuhan. But please God, not in a meantime. Aku tak kuat lagi for another lose. 

Lets pray that everything will be fine ok. Sayang semua orang ketat ketat. Tak sedia lagi nak kehilangan siapa siapa especially family.

=')


♥GIVE IT A CLICK IF YOU LIKE IT AND SHARE IT♥ ▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒

Thursday, January 26, 2012

Selepas 3malam aku berkelana bersama kerisauan aku yang tak henti henti


Sila anggap entry ni dibuat sebab aku dah bosan sangat.

Masuk malam semalam, dah tiga malam aku tak tidur rumah sendiri aka bilik sendiri. He he. Lepas rumate aku balik Ahad tu, petang aku pergi jumpa kawan sekolah. Keluar sama sama, lama kan dah tak jumpa. Plan asyik tak jadi je nak jumpa. So, Ahad tu keluar sekejap je. Petang, then kawan kata "Jum la lyne, tido UM malam tok". Aku tergoda. Ha ha. So, aku pun tidur la UM malam tu. Esoknya aku tolong hantar sorg schoolmate ke KL Sentral, then petang tu hantar lagi dua orang ke KLIA. Thanks to Mr. Bestfriend sebab jadi driver.

Malam Isnin tu pula, pergi rumah kawan. Tidur rumah dia pula. Sebab tak larat nak drive balik. Rasa macam nak demam. Tambah pula setiap kali tengok jam konon konon nak balik, mesti terbayang bayang depan mata, rumah kosong. I'm insane perhaps. Hoh! Ketidak-sanggupan keseorangan makes me think of something unreasonable. 

Malam seterusnya, aku tidur rumah sana. Tapi Messi tak ada masa tu. Aya hantar kat akak dia. Sebab ofis kolej kata nak check bilik untuk tengok ada setinggan tak. Tapi sekurang kurangnya ada Salma and Shaza. Pastu tengok Running Man sikit kat Youtube. He he. Hidup tak la sesunyi yang di-imaginasi.

Semalam, ke dua hari yang lepas, aku ada up satu entry: "Dont Leave Me, Please". Dan seperti biasa, aku share dekat FB. Dan aku kena marah. Wawawawaaaaa~


Tadi dia balik sini, dia sebut lagi pasal entry aku tu depan Shaza. 

Dia, "Apa la sedih sangat entry tu"
Aku, " Nangis tak? hehe"
Dia, " Tak :P"
*aku dah lupa apa dia bual ngn Shaza*

Then Shaza pun pergi baca. Dia buat muka. Ha ha. Pastu ada sorg kawan yang aku kenal kat Friendster suatu ketika dahulu komen gak kat entry tu.



Teringat dulu pernah ada orang share something almost similar. Tapi tak ingat sangat apa. 

Tersengih

Aku ngah tunggu orang masuk meminang je ni bhai. Kalau ada sekarang juga aku terima. Ha ha 

Dan dan je aku


Dalam rumah aku ni, aku seorang je yang tak suka tengok tv. Sepanjang satu sem ktorg ber-tv, sekali je aku pernah on tv tu. Tu pun sebab nak buka channel 8tv, nak buka hotfm punya slot. Selain tu, memang tak pernah dah. 

Mula mula memang tak perasan pun tv tu dah hilang. Bila tunjuk kat kawan tempat iron, baru perasan aerial terconggak atas meja. Patut kereta pun hilang.

So, arini dia balik sini sebab weekend nanti dia nak mengajar. Aku tunggu dia dari pagi tau. Aku ingat tak jadi nak balik. Kalau dia tak jadi balik, memang malam ni aku tidur rumah sana lagi la (walaupun kak syima and siti dah balik. Dua ni housemate aku haaa). Baru je ingat nak bebel bebel kat FB, tup tup balik dari makan tadi dapat text dari dia;

Dia, "Lin. Cda nak drivethru mcd ni. nak pesan pe2?"
Aku, dengan muka happy reply. "Nak coke larrrrrgeeeee! He he. Ala, sempat x? Kter baru pasan msg" after 10minutes from her first sms.
Dia, "Sempat sempat, haha"

So, now she's here. Maka aku pun balik la ke tempat asal. Sepanjang hari ni, aku lepak rumah sana. Tak nak balik rumah sini. Nanti aku sedih. Even tadi tidur petang kat rumah sana pun, hati aku dah sedih masa bangun tu. Weird me right. Sometimes, I never knew what is actually wrong with me. Sigh. Nasib baik toleh sebelah, ada Shaza tengah tidur gak. So, sedih tu hilang sikit demi sikit. Psychology trick maybe.

Aku memang sengaja tunggu rumate aku ni balik sini dulu. Baru aku nak tidur kat bilik sendiri. Aku tak nak nanti aku bangun tidur, aku sorang sorang, bilik kosong.

Sedih

So, bila dia dah ada kat rumah, aku akan mulakan aktiviti mengemas aku! Ha ha


♥GIVE IT A CLICK IF YOU LIKE IT AND SHARE IT♥ ▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒

Wednesday, January 25, 2012

Akhirnya sampai juga buku yang aku beli online.


Entry ni dah lama sebenarnya nak buat tapi kekangan masa untuk transfer gambar membuatkan entry ni lambat nak naik. 

So, pada 20Jan2012 yang lepas aku pergi check out kolej then check in kolej for penempatan sem luar. Settle dari tu, aku bergerak terus ke KTSN1. Sebab nak ambil barang pos. Since aku tak yakin alamat kolej yang aku duduk sekarang, takut barang tak sampai jadi aku pakai alamat kolej first. Dijamin sampai.

Tadaaaaa~


So, lepas dah ambil barang pos ni dari office kolej aku pun terus ke cafe. Kerana roomate kesayangan tunggu kat sana. Oh, lupa nak bagitau. Aku datang dengan roomate aku nie ha. Kami sama sama check out tadi.


 Tadaaaaaa lagi!


Nie la ha barang yang sampai. Aku beli online. Kitab Terfaktab. Nipis and kecil je rupanya. Aky ingatkan tebal or besar. Agak kecewa dari segi size, tapi kawan kata baca dulu, best. So aku baca je la. Tak kan dah beli tak baca ye dak. (Ada je buku aku beli tak baca, hahaha) Boleh tahan la. Aku baru baca sikit. Disebabkan buku ni kecil dan nipis, so aku akan baca kalau aku keluar jalan. So, free time, aku akan baca buku ni. Kalau time nak tidur, aku baca buku lain. Buku yang tebal la selalunya. Sebab nak bawa bukul tebal keluar jalan, leceh weis. Beg berat sebab buku je. Senget bahu kang.

Another tadaaaaaaa~


Jadi, inilah CikMuda yang teman aku. Nama fb kami dua CikMuda ok!. He he. Tak nak bagi korang nampak muka dia, so aku crop. Kah kah kah! Aku sayang gila dengan roomate aku nie. Walaupun dia tak sayang aku, tak pa. Aku memang tak kan bagi orang buli dia. Walaupun aku tengok je kalau budak budak nie usik dia dengan abang sampai dia tarik muka merajuk dia. Sebab aku pun suka juga buli dia! :D

Dalam ramai ramai budak kelas, dia la antara yang sangat bersabar. Selain Salma la. Kalau aku buli je, dorg pasrah. Tapi roomate aku ni makin lama makin garang tau. Dia marah kalau aku buat benda yang dia tak suka aku buat. Contohnya, kalau aku asyik nak menyakitkan diri sendiri. 

Terdiam.

Dia kata dia tak suka aku camtu. :( Semua orang tak suka. Jahat kan aku. Orang dah sayang, tapi sendiri tak nampak.


Ok la. Tu je perkongsian arini. Izinkan aku mengundur diri. Sila jaga diri anda molek molek. Sayang semua!




♥GIVE IT A CLICK IF YOU LIKE IT AND SHARE IT♥ ▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒
Related Posts with Thumbnails