Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Cuba fikir elok elok

..anda rasa anda dah cukup bersyukur?..

Sunday, January 29, 2012

Hari yang semakin indah.


Hari yang indah.
Toleh kanan, nampak Cda. Toleh kiri, nampak Salma.

Aku, "Salma!"
Salma, "Hoi! (terkejut) Ha ha ha, tak nampak la Lyne buka mata ke tak. Ha ha"
Aku, "Lor, ha ha. Salmaaaaa, esok pagi jangan balik dulu tau. Tunggu orang bangun dulu. K k. Orang takut Cda balik awal pagi".
Salma, "Nak bangun pukul berapa?"
Aku, "9-10 camtu la"
Salma, "Huh! Orang nak bangun pukul 12 esok"
Aku, "Erkkk!"

Tu perbualan malam tadi. Semalam Salma tidur dengan aku. He he. Rumah sana tinggal Salma sorang je, tu la dia tidur rumah sini.

Suka suka!

Aku nak suruh dia stay sini je sepanjang hari ni. Tapi dia tak nak. Cda lak dah balik Raub.

Salma,"Lepas transfer cite ni, orang nak balik la" (transfer movie dari external ke laptop)
Aku, "Alaaa, nak balik dah ke? Stay je la sini =(" 
Salma,  "Ah! Orang nak balik. Nak mandi. Nak masak megi"
Aku, "Ala!. Asyik asyik makan megi je. Makan la lain"
Salma, "Nak makan apa??"
Aku, "Hurmm, nak makan bubur? Orang masakkan"
Salma, "Ha! Lama tak masak? Sempat tak tunggu cite ni transfer?" 
Aku, "Lama la"
Salma, " Ala! Tak nak la. Orang nak balik"
Aku, " =("

Few minutes later,

Aku, "Salma nak makan roti dengan telur goreng tak?"
Salma, "Nak!"

Few minutes lepas makan roti, Salma pun balik. Aku pula, terus hadap laptop. Sebelum dia balik, dah janji pukul 6 petang ni nak makan sama sama.

Selasa ni Salma nak balik dah. Sedih. Rasa cam nak ikat Salma dalam almari, tak nak bagi dia balik Johor. Huk huk huk.

Makin lama, makin aku tak boleh nak tidur sorang sorang. Aih! Apa nak jadi la aku ni? I'm no longer a strong lady as before. Macam budak kecik!

Sejak kebelakangan ni, aku banyak cerita pasal perasaan aku kan. (macam sebelum ni tak, ha ha). Mesti korg bosan baca. Jangan jangan dah tak nak buka blog aku ni. Tapi nak buat cam mana, dah memang itu fungsi blog aku ni. Tempat untuk aku bercerita kisah hidup aku.

Tak mustahil juga, dari blog ni korg boleh detect aku ni jenisnya macam mana. Wawawaaaaaa @_@

♥GIVE IT A CLICK IF YOU LIKE IT AND SHARE IT♥ ▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒

Saturday, January 28, 2012

In a circle, it repeated by itself


Perasaan.
Pernah kau rasa satu perasaan, dan kemudian ia hilang. Diganti dengan satu perasaan yang lain dan kemudian datang lagi perasaan yang sebelumnya. Dan ia berulang ulang, membentuk satu pusing?

Sayang - Marah - Benci - Rindu


Manusia ni macam macam.

Aku dan roomate aku ada satu circle yang tak terancang. Awal pagi, dia bangun, dia buka tingkap bilik luas luas. Aku bangun, aku pandang dia. 

Comelnya la roomate aku ni tidur. 

Tapi pagi ni dia tak ada. Keluar mencari sesuap nasi. Untuk pertama kalinya selepas hampir seminggu, aku rasa tenang bila aku buka mata. Tapi bila aku toleh ke sebelah, kosong dan aku teringat dia keluar. Aku pejam balik mata, few minutes later perasaan tu datang balik. Aku cuba tepis. Kali ni aku ok. Dan aku bangun dengan senyuman.

Arini tingkap tak terbuka. Aku kadang kadang kalau ingat aku buka la kalau dia tak bukakan. Tingkap tu akan terbuka sehingga petang. Hujan sekalipun, ia tetap tak ditutup. Sebab tempias hujan tak masuk. He he.

Bila petang melabuhkan cahayanya, aku akan tutup tingkap. Aku ada satu perasaan unease kalau tingkap terbuka di waktu pertukaran siang ke malam. Rasa tak selamat.

Aku terfikir, aku ni manusia paranoid ka apa?

Then, after Isyak macam tu roomate aku akan buka tingkap balik. Nak bagi angin malam masuk bilik. Sedap. He he. Tingkap tu akan terbuka sampai la ktorg nak tidur. Dan aku akan tutup tingkap tu sebelum aku naik katil. Kalau tak, sampai ke pagi la tingkap tu terbuka. Lagi sekali, tengok tingkap terbuka masa kita tidur akan buat aku rasa unease juga.

Pelik.

So, lepas tutup tingkap baru naik atas katil. Kalau time tu roomate aku tak tidur lagi, dan dia tengah baca buku, aku akan baca buku sekejap. Selalunya dalam dua pages je la. Then baru aku tidur. Tapi kalau time tu dia dah tidur, aku akan tidur terus. Sebab aku akan tutup pintu dan lampu terus. Lagi satu kebiasaan aku sebelum tidur, aku mesti nak tutup pintu dan kunci. Rasa unsecure kalau di biar terbuka. Sama macam tingkap la, kalau aku tak tutup roomate aku pun tak tutup pintu. Sekarang je kot dia akan tutup pintu bilik. 

Nanti dah naik katil, malas nak turun balik untuk tutup lampu. Aku tak boleh tidur kalau lampu terbuka. Roomate aku, "Cda tak kisah kalau nak tutup or buka lampu masa tidur. Ikut Lyne la".

Aku taknak puji roomate aku lebih lebih.

So sepanjang satu sem pertama tahun akhir nie, macam ni la circle hari hari ktorg. Siang sama ada ada kelas, or just laying down on bed or just chatting all way round. 

notabersepah:
.. roomate aku adalah housemate aku, classmate aku, dan coursemate aku.


♥GIVE IT A CLICK IF YOU LIKE IT AND SHARE IT♥ ▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒

Friday, January 27, 2012

Pernahkah kau merasa.


Pernahkah kau merasa
Hatimu Hampa
Pernahkah kau merasa
Hatimu Kosong

Antara potongan dari lirik lagu Hampa Hatiku - Ungu. Lagu ni rancak. Best la juga bawa karok sorang sorang dalam bilik.

Sengih

Seperti yang tersedia maklum, entri entri lepas aku banyak bercerita pasal perasaan. Perasaan aku;
- yang asyik risau tak henti henti, 
- yang setiap kali aku terjaga dari tidur aku akan rasa tidak tenang,
- terasa unsecure. 
- terasa nak menangis tapi airmata tak keluar
- terasa macam terhempit, dan tak boleh nak keluar dari satu ruang sempit

Dan sejak roomate aku ada, perasaan tu sedikit sebanyak terkikis. Tapi still, waking up with such weird feeling, tak pernah tak ada. Cuma bezanya, kalau sebelum ni, perasaan tu lama sangat dalam hati. Berjam jam kita dah bangun tidur, perasaan tu masih di situ. Sekarang, perasaan tu sekejap je, bila dah almost one hour on bed dengan minda sedar, boleh chill down then rasa tenang sikit. Maybe sebab kita tahu, sebelah kita ada seseorang, kita tak keseorangan.

Aku pun rasa hairan sebenarnya. Roomate aku balik sini hari Rabu, malam. Dan aku terus angkat barang aku dari rumah sana bawa balik sini. Kalau sebelum ni, duduk dalam bilik ni perasaan memang berkocak. Tapi bila roomate dah ada, walaupun dia tengah tengok movie kat ruang tamu, aku sendirian di bilik tidur online, perasaan aku tak berkecamuk langsung. Weird aite?

Aku cerita dekat dia masa kami makan sama sama semalam. Dan dia, "Cda jadi penyelamat lyne, haha". 

Tiba tiba rasa dah lama tak setenang itu. Senyum

Pagi tadi, seperti biasa aku bangun dengan perasaan unsecure, takut, tak tenang etc. Tiba tiba aku teringat kat mommy. Yep, my mom. 

Aku teringat, dulu semasa my dad meninggal, she used to say. Few months before dad passed away, bila dia bangun tidur dia selalu rasa sedih, rasa nak menangis, kadang kadang rasa takut. Serupa macam apa yang aku rasa. Dia ada perasaan camtu since September, and my dad, he died on December. And she said, macam satu petanda tapi dia tak pernah terfikir penghujungnya jadi macam tu.

Terdiam

Aku cuma berharap apa yang aku rasa ni bukanlah satu petanda. Aku tau jodoh dan ajal di tangan Tuhan. But please God, not in a meantime. Aku tak kuat lagi for another lose. 

Lets pray that everything will be fine ok. Sayang semua orang ketat ketat. Tak sedia lagi nak kehilangan siapa siapa especially family.

=')


♥GIVE IT A CLICK IF YOU LIKE IT AND SHARE IT♥ ▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒

Thursday, January 26, 2012

Selepas 3malam aku berkelana bersama kerisauan aku yang tak henti henti


Sila anggap entry ni dibuat sebab aku dah bosan sangat.

Masuk malam semalam, dah tiga malam aku tak tidur rumah sendiri aka bilik sendiri. He he. Lepas rumate aku balik Ahad tu, petang aku pergi jumpa kawan sekolah. Keluar sama sama, lama kan dah tak jumpa. Plan asyik tak jadi je nak jumpa. So, Ahad tu keluar sekejap je. Petang, then kawan kata "Jum la lyne, tido UM malam tok". Aku tergoda. Ha ha. So, aku pun tidur la UM malam tu. Esoknya aku tolong hantar sorg schoolmate ke KL Sentral, then petang tu hantar lagi dua orang ke KLIA. Thanks to Mr. Bestfriend sebab jadi driver.

Malam Isnin tu pula, pergi rumah kawan. Tidur rumah dia pula. Sebab tak larat nak drive balik. Rasa macam nak demam. Tambah pula setiap kali tengok jam konon konon nak balik, mesti terbayang bayang depan mata, rumah kosong. I'm insane perhaps. Hoh! Ketidak-sanggupan keseorangan makes me think of something unreasonable. 

Malam seterusnya, aku tidur rumah sana. Tapi Messi tak ada masa tu. Aya hantar kat akak dia. Sebab ofis kolej kata nak check bilik untuk tengok ada setinggan tak. Tapi sekurang kurangnya ada Salma and Shaza. Pastu tengok Running Man sikit kat Youtube. He he. Hidup tak la sesunyi yang di-imaginasi.

Semalam, ke dua hari yang lepas, aku ada up satu entry: "Dont Leave Me, Please". Dan seperti biasa, aku share dekat FB. Dan aku kena marah. Wawawawaaaaa~


Tadi dia balik sini, dia sebut lagi pasal entry aku tu depan Shaza. 

Dia, "Apa la sedih sangat entry tu"
Aku, " Nangis tak? hehe"
Dia, " Tak :P"
*aku dah lupa apa dia bual ngn Shaza*

Then Shaza pun pergi baca. Dia buat muka. Ha ha. Pastu ada sorg kawan yang aku kenal kat Friendster suatu ketika dahulu komen gak kat entry tu.



Teringat dulu pernah ada orang share something almost similar. Tapi tak ingat sangat apa. 

Tersengih

Aku ngah tunggu orang masuk meminang je ni bhai. Kalau ada sekarang juga aku terima. Ha ha 

Dan dan je aku


Dalam rumah aku ni, aku seorang je yang tak suka tengok tv. Sepanjang satu sem ktorg ber-tv, sekali je aku pernah on tv tu. Tu pun sebab nak buka channel 8tv, nak buka hotfm punya slot. Selain tu, memang tak pernah dah. 

Mula mula memang tak perasan pun tv tu dah hilang. Bila tunjuk kat kawan tempat iron, baru perasan aerial terconggak atas meja. Patut kereta pun hilang.

So, arini dia balik sini sebab weekend nanti dia nak mengajar. Aku tunggu dia dari pagi tau. Aku ingat tak jadi nak balik. Kalau dia tak jadi balik, memang malam ni aku tidur rumah sana lagi la (walaupun kak syima and siti dah balik. Dua ni housemate aku haaa). Baru je ingat nak bebel bebel kat FB, tup tup balik dari makan tadi dapat text dari dia;

Dia, "Lin. Cda nak drivethru mcd ni. nak pesan pe2?"
Aku, dengan muka happy reply. "Nak coke larrrrrgeeeee! He he. Ala, sempat x? Kter baru pasan msg" after 10minutes from her first sms.
Dia, "Sempat sempat, haha"

So, now she's here. Maka aku pun balik la ke tempat asal. Sepanjang hari ni, aku lepak rumah sana. Tak nak balik rumah sini. Nanti aku sedih. Even tadi tidur petang kat rumah sana pun, hati aku dah sedih masa bangun tu. Weird me right. Sometimes, I never knew what is actually wrong with me. Sigh. Nasib baik toleh sebelah, ada Shaza tengah tidur gak. So, sedih tu hilang sikit demi sikit. Psychology trick maybe.

Aku memang sengaja tunggu rumate aku ni balik sini dulu. Baru aku nak tidur kat bilik sendiri. Aku tak nak nanti aku bangun tidur, aku sorang sorang, bilik kosong.

Sedih

So, bila dia dah ada kat rumah, aku akan mulakan aktiviti mengemas aku! Ha ha


♥GIVE IT A CLICK IF YOU LIKE IT AND SHARE IT♥ ▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒

Wednesday, January 25, 2012

Akhirnya sampai juga buku yang aku beli online.


Entry ni dah lama sebenarnya nak buat tapi kekangan masa untuk transfer gambar membuatkan entry ni lambat nak naik. 

So, pada 20Jan2012 yang lepas aku pergi check out kolej then check in kolej for penempatan sem luar. Settle dari tu, aku bergerak terus ke KTSN1. Sebab nak ambil barang pos. Since aku tak yakin alamat kolej yang aku duduk sekarang, takut barang tak sampai jadi aku pakai alamat kolej first. Dijamin sampai.

Tadaaaaa~


So, lepas dah ambil barang pos ni dari office kolej aku pun terus ke cafe. Kerana roomate kesayangan tunggu kat sana. Oh, lupa nak bagitau. Aku datang dengan roomate aku nie ha. Kami sama sama check out tadi.


 Tadaaaaaa lagi!


Nie la ha barang yang sampai. Aku beli online. Kitab Terfaktab. Nipis and kecil je rupanya. Aky ingatkan tebal or besar. Agak kecewa dari segi size, tapi kawan kata baca dulu, best. So aku baca je la. Tak kan dah beli tak baca ye dak. (Ada je buku aku beli tak baca, hahaha) Boleh tahan la. Aku baru baca sikit. Disebabkan buku ni kecil dan nipis, so aku akan baca kalau aku keluar jalan. So, free time, aku akan baca buku ni. Kalau time nak tidur, aku baca buku lain. Buku yang tebal la selalunya. Sebab nak bawa bukul tebal keluar jalan, leceh weis. Beg berat sebab buku je. Senget bahu kang.

Another tadaaaaaaa~


Jadi, inilah CikMuda yang teman aku. Nama fb kami dua CikMuda ok!. He he. Tak nak bagi korang nampak muka dia, so aku crop. Kah kah kah! Aku sayang gila dengan roomate aku nie. Walaupun dia tak sayang aku, tak pa. Aku memang tak kan bagi orang buli dia. Walaupun aku tengok je kalau budak budak nie usik dia dengan abang sampai dia tarik muka merajuk dia. Sebab aku pun suka juga buli dia! :D

Dalam ramai ramai budak kelas, dia la antara yang sangat bersabar. Selain Salma la. Kalau aku buli je, dorg pasrah. Tapi roomate aku ni makin lama makin garang tau. Dia marah kalau aku buat benda yang dia tak suka aku buat. Contohnya, kalau aku asyik nak menyakitkan diri sendiri. 

Terdiam.

Dia kata dia tak suka aku camtu. :( Semua orang tak suka. Jahat kan aku. Orang dah sayang, tapi sendiri tak nampak.


Ok la. Tu je perkongsian arini. Izinkan aku mengundur diri. Sila jaga diri anda molek molek. Sayang semua!




♥GIVE IT A CLICK IF YOU LIKE IT AND SHARE IT♥ ▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒

Tuesday, January 24, 2012

Dont Leave Me, Please.


Bermula 20 Januari yang lepas, bermula sudah cuti semester untuk sesi 2011/2012. Sekejap je kan dah habis satu sem. Wuarghhhhhhh! Sedar tak sedar rupanya, tinggal satu sem je lagi untuk menamatkan perjuangan 4 tahun pengajian.

Bila hidup dah terbiasa berteman, kawan kawan sentiasa di sekeliling dan tiba tiba kita keseorangan, sedih dia terasa sangat sangat. Entah kenapa, hati rasa gelisah sangat sangat. Rasa takut ditinggalkan kuat mencengkam hati. Nak kata takutkan rumah yang tinggal aku seorang je, rasanya tak. Aku lagi suka. Sebab aku jenis yang suka sorang sorang. Tapi tak tahu kenapa kali ni, bila memikirkan balik rumah, tengok dinding, tak ada orang pun nak tanya "Lyne dari mana?" "Lyne, jom p makan". Semua tu tak ada. Hati jadi sayu. Rasa nak menangis.

Tadi pergi kejap rumah sana. Nak hilangkan sayu. Atleast rumah sana ada Salma, boleh borak borak, ada Messi, boleh main main. On the way, memikirkan Salma yang bakal pulang. Tiba tiba, air mata bergenang.

Tahan sebak.

Tiba tiba rasa kesian sangat kat diri. Baru je kawan up status kat fb.

"Don't depend too much on anyone in this world because even your shadow leaves you when you're in darkness"

And he's right. Aku mungkin terlalu bergantung dengan orang lain, dengan kawan kawan, dengan dia. Jadi bila aku ditinggalkan walau sekejap (sebulan je), aku rasa payahnya hidup. Bangun dari tidur, hati rasa sayu, rasa nak nangis. Tapi air mata enggan keluar. Semalam pergi rumah kawan. Rasa macam tak nak balik. 1, sebab rasa cam tak larat nak drive, badan rasa panas yang macam nak demam. 2, dapat rasa balik rumah mesti akan sedih, sebab tak ada siapa siapa pun kat rumah. 3, aku tak nak tidur sorg sorg. Aku dah lama kot tak tidur sorg sorg. Tiba tiba kena tidur sorg sorg for a month. :'( 

Kesat air mata.

Entah kenapa, kali ni aku tak suka cuti. Sedangkan sebelum ni, cuti adalah antara yang kita semua tunggu. Aku plan cuti ni, aku nak bersenang lenang. Kemas rumah. Almaklumlah aritu rumah and bilik bersepah sebab busy sangat dengan exam. Tapi perasaan aku sekarang ni. Tak tahu la nak cakap apa. Semua kusut.

I miss everyone! Korang cepat la balik sini!

Tadi kat rumah sana, belek kalender. Bajet bajet hari apa yang kosong. Salma kata nak balik Isnin nanti. Jadi minggu depan, I'll be all alone. Sampai la Sabtu tu, Sabtu besties day. Orang Bentong nak mai sini. Nak lepak pantai. Harap harap, kesedihan ni semua terusir pergi la. Tak sanggup rasa tahan ni semua. Orang putus cinta pun kalah kot. 

Propa lebih,

Minggu seterusnya pula my mom is coming!! With my sist and her friend. Sangat sangat tak sabar ok! Tapi nanti, dorg akan land at Senai, then naik tren to Kuantan. So aku plan, Jumaat baru aku gerak ke Kuantan. Khamis kena mengajar lagi. 9th till 14th February. He he. Rasa macam kelas on Tuesday nak minta cancel la. Nak spend time with family maaaa. This will be my mom's first time being here. So, mesti la nak ada dengan dia kalau boleh everyday!

Kalau tengok tengok, masa kosong aku in which I'll be all alone tak sampai pun seminggu. Paling paling pun, dalam lima hari. Lama masa nak tunggu semua orang balik la. From 14th till 20th. 20th tu dah start sem baru. Tak tahu macam mana nak hadapi hari hari tu.

Propa lagi.

Dari dulu, aku memang tak suka ditinggalkan. Dasar anak manja, ye ye aku tau tu aku. Dulu pernah juga aku gaduh dengan dua budak kelas sebab dorg tinggalkan aku masa nak pergi kelas. Oh, what a life. Otak aku masa tu budak budak lagi. Sekarang dah up sket la. Tapi still, never want to be left behind.

Sedih.

Tapi kan. Lambat laun, orang yang kita sayang ni akan tetap tinggalkan kita. Bila masing masing dah grad, dah kerja, dah berkahwin, dorg tak kan ada dah dengan kita. Masing masing akan sibuk dengan life masing masing. Mungkin aku pun tak kan ada masa untuk orang lain.

Tengok fb pun tak ada apa apa. Nak buka youtube pula, selow nak mampus. Adoi!

Dan tadi aku terfikir, ini ke perasaan orang yang  bunuh diri tu. Kan dorg selalu cakap "Sy tak boleh hidup tanpa awak", "Hidup ni rasa tak bermakna, aku  nak bunuh diri". Glup! Sebab aku rasa macam hidup ni nak tak nak je. 

Aku tak tahu kenapa aku fikir macam tu. Tapi aku tak nak la bunuh diri. Gila apa. 

Sepanjang ada kat rumah sana, aku asyik memujuk Salma jangan pulang. Tak nak Salma pulang Johor. Tak nak! Tak nak! Tak nak!

Sedih

Nanti semua orang balik, siapa nak teman aku makan!!! Shaza bukan selalu makan malam, Aya pula masih busy dengan ethic. :(

Nampaknya hidup tak berpihak pada aku kali ni. Arghhhhhh!!

notabersepah:
.. kalau sayang aku, jangan tinggalkan aku tau.. :')


♥GIVE IT A CLICK IF YOU LIKE IT AND SHARE IT♥ ▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒

Saturday, January 21, 2012

Paksa, Sayang, Cemburu


jangan terlalu memaksa, nanti si dia tidak suka,
jangan terlalu sayang, nanti si dia rimas,
jangan terlalu cemburu, nanti si dia jemu.

Aku pernah memaksa. Sedangkan aku sendiri tak suka dipaksa. Aku pernah sayang. Dan tak pernah sekali pun sayang tu luntur. Aku pernah cemburu. Dan cemburu tu amat lah bodoh.

Aku pernah hancurkan satu hubungan kerana kebodohan aku sendiri. Jadi sekarang, aku nak berubah. Aku akan gunakan masa single aku nie dengan sebaik baiknya. Aku nak pastikan, dia yang layak untuk aku, calon ayah kepada anak anak aku tak perlu melayan karenah aku yang entah apa apa ni. Aku nak bila aku dah jumpa dia, aku dah berubah. Dan aku akan jadikan sejarah lama ni sebagai pengajaran untuk aku, juga sebagai mangkin untuk aku berubah. Kawan kawan doakan ok.

Senyum.

Seminggu ni, banyak betul berita mengejut aku dapat. Kawan kawan putus cinta, begitu juga kenalan. 2 tahun yang lepas, ramai betul yang bercinta. Dan tahun ini, ramai pula yang putus cinta. Untuk kawan yang baru je, harapnya kuat. Kita sama sama kuat ok.

Peluk anda.

Aku kagum betul dengan dorang. Dorang sangat kuat di saat macam ni. Kalau aku? Hurmm. Sampai jatuh sakit kot aritu. Turun 3kg haaa. Pastu tak reti reti pula nak naik balik. Tapi kawan aku yang seorang ni, dia sangat kuat. Mungkin juga sebab dia dah penat menangis. Dia call aku dua kali. Dan dia tak menangis. Melihat dia sebegitu, buatkan aku terfikir. Kenapa dia boleh sebegitu tabah dan menerima kenyataan, tapi aku tak boleh? Aku mengambil masa yang panjang untuk terima sesuatu itu terjadi. Setahun. Ya, setahun untuk aku betul betul lupakan perasaan tu. 

Kawan aku yang lagi pula, aku nampak kesedihan di mata dia. Tapi dia masih tabah untuk bercerita. Walau dia sedar hubungan tu dah tak nampak hala tuju, tapi dia yakin dengan apa yang jadi. Aku cemburu melihat ketabahan mereka. Mungkin kerana dulu, dia pernah terluka dan kecewa yang amat. Jadi untuk yang ini, dia mampu untuk menguruskan perasaannya sendiri. Dan dia juga lah yang selalu memberi aku semangat. Teman aku ke mana mana. Bawa aku pergi tasik untuk tenangkan hati. Bawa pergi makan McD bila aku enggan keseorangn di bilik. 

Memaksa. Bukan nak sangat paksa orang, tapi kita terdesak untuk memaksa. Tapi penghujungnya? Tak berbaloi pun la nak paksa orang. Dia nak pergi, biarkan. Dia nak stay, kita alu alukan. Siapa kita untuk kawal kehendak orang. Tak guna pun la. Bazir masa.

Kerana terlalu sayang, kita jadi kecewa. Bak kata si dia, sebab kita sayanglah kita sakit hati. Yerp, he's right. Aku sayangkan dia sangat sangat. Sebab tu benda kecil pun aku boleh marah. Ha ha. What a nonsense. Stop it la young lady. Anda dah dewasa, patut kawal emosi dengan baik. Ya, aku tengah mengata diri sendiri la ni.

Bukan perempuan namanya kalau tak cemburu. Lelaki pun reti gak cemburu. Walaupun cemburu ni banyak buruknya, tapi tak ada cemburu bahaya juga. Pentingnya cemburu untuk pasangan suami isteri. Kalau tak, nanti senang senang orang nak dekat dengan suami/isteri kita. Itu kan hak kita secara dunia. Secara tak dunia, kita ni hak Tuhan kita la kan. Tapi tu la, overdose cemburu ni bahaya sangat! Disebabkan cemburu ni la, aku ditinggalkan. Cemburu buta. Ish ish ish. Aku kena buang ni, kesian laki aku nanti. Ha ha. 

Serious

Sebenarnya tak susah pun nak jaga suatu hubungan tu kalau keduanya saling bersandar. Saling percaya. Saling yakin. Masing masing nak. Masing masing sayang. Masing masing setia. Masing masing menjaga. 

Yang membuatkan ia susah, bila salah satu pihak endah tak endah. Tak kan guna pertahankan suatu hubungan kalau salah seorang tu berkeras untuk mengundur diri. 

Dan jarang kita dengar kalau keduanya ada sifat yang sama. Sebab tu gaduh je.

Menda aku merepek ni

Jangan percaya cakap aku la. Aku ni bercinta pun tak. Ha ha ha

Yang penting, aku nak seseorang yang boleh buat aku tenang. Dan aku sendiri boleh buat dia tenang. Baru wujud keserasian ye dak. He he



♥GIVE IT A CLICK IF YOU LIKE IT AND SHARE IT♥ ▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒

Friday, January 20, 2012

Aku la ni. Part 2 : Cemburu


Aku ni secara dalamnya adalah seorang yang kuat cemburu. Sifat semula jadi perempuan. Sifat semulajadi manusia juga.

Secara luarannya, sendiri la define.

Jadi, sebelum siapa siapa nak kenal aku dengan lebih lebih, awal awal aku cakap "Sanggup ke? Saya kuat cemburu tau". Ini kalau lelaki la. Tapi jarang aku cakap. Yang kenal banyak perempuan kan. [Jadi faham sendiri la kenal lebih lebih tu apa]

Dulu.
Aku tak pernah terfikir kalau aku ni jenis yang kuat cemburu. Aku selalu membayangkan aku ni adalah jenis yang "rilex la babe" punya orang. Aku boleh tolak ansur dengan orang yang aku sayang. Tapi, hakikatnya? Hell NO baby..

Orang selalu kata "cemburu tandanya sayang". Bagi aku pula "cemburu tandanya tamak". HA HA

Kenapa aku cakap camtu? Sebab. Memang sebab kau sayang, kau cemburu. Cemburu tengok dia rapat dengan lelaki/perempuan lain. Cemburu tengok dia gambar sebelah lelaki/perempuan lain. Cemburu bila hari hari ada lelaki/perempuan lain dok wallpost/komen kat FB dia. Kau kata kau sayang. Then kau kata, kau takut orang tu rampas dia dari kau. See? Dari situ, sebenarnya dah nampak kau tamak. Kau nak dia untuk diri kau sendiri. Tak boleh kongsi walaupun dengan kawan sejantina dengan dia.

Hurmmm

Bila aku fikirkan balik, ye ke aku kuat cemburu? Nah! Tak kot. Aku suka marah je. Lagi lagi kalau aku di-ignore. Memang meletup la. Aku bukan penyabar sangat. Sebolehnya semua nak di-express.

Sebab tu semua lari.

Bahaya perempuan macam ni, kan.

Tapi aku tetap nak cakap kat orang aku kuat cemburu. Jadi, orang tak terkejut disebabkan benda remeh pun aku boleh marah.

Tersengih

Tapi kan. Aku rasa tak jadi la plan aku nak kahwin hujung tahun ni. Cam malas lak nak cari calon cepat cepat. Pastu kena lak kumpul duit banyak banyak. Dah grad nanti, entah dapat kerja terus ke tak.

Huh~

Dahla sikat aku hilang. Mana ntah lesap dalam bilik ni. -.-

Pastu semua buku yang aku beli pakai voucer RM200 PM bagi tu, semua pasal perkahwinan. Eh?


♥GIVE IT A CLICK IF YOU LIKE IT AND SHARE IT♥ ▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒

Monday, January 16, 2012

Aku la ni.


Aku ni, boleh dikatakan perangainya penuh kegedikan. Ya. Sila tanya mereka yang sudah hidup tiga tahun setengah dengan aku. Kenapa aku suruh tanyakan mereka, bukan kawan dari sekolah yang mana lagi lama kenal aku? Yaaaaa. Kenal lama, tapi kurang rapat. Aku dulu semasa sekolah ada taboo untuk rapat dengan orang yang mana membolehkan aku menjadi gedik. Yaa, aku manja sedikit dengan kawan sekolah. Manja dan gedik ada sedikit beza, bukan?

Tahun ke-4, aku ditakdirkan (ayat xleh blah kn?) sebilik dengan budak kelas. Kami tak rapat, biasa biasa ja. Tapi, dalam ramai ramai budak kelas. Dia adalah yang selalu aku buli. Aku suka pukul pukul manja dia. Aku suka jentik jentik pipi dia. Eiiii, geram! Dan dia, hanya membebel sorg sorg lepas tu. 

Sekarang, dia suka cakap. "ada aku kesah?!" setiap kali aku mengutarakan suatu percakapan. seperti:

aku: ala, sedapnya megi norli. dah lama tak makan megi. kami nak! kami nak!
norli: eh, p masak sendiri! (garang)
aku: cdaaaaaaa (rumate aku ni), kter dah lama tak makan megi. hihihi *muka gedik. sebenarnya nak minta dia masakkan*
rumate: ada aku kesah? *mata ke atas tangan ke dada*
aku: urmmmm *masuk bilik*

Masa sekolah, aku takut untuk rapat dengan orang. Aku hanya rapat dengan dua orang je, kot. Sebab aku sering disogokkan dengan cerita, kawan baik jadi musuh. Rapat sangat sampai boleh bergaduh. Aku jadi gerun. Cuak bro. Jadi aku tak berapa nak menggedik dengan orang. Matured sikit perangai. Ha Ha Ha

Dengan budak course aku sekarang, tak tahu kenapa boleh sangat rapat. Oh. Lupa. Kami kan 24/7 bersama.

Sekarang pun duduk serumah, sebilik. Gaduh gaduh pun, masih lagi bersama. Kami unik. Ya, memang ada lagi orang lain yang rapat, mesra, sentiasa bersama. Tapi cuba tanya, pernah dorg bergaduh, seminggu tak bercakap? Pernah? Kemudiannya berbaik. Kumpul dalam satu bulatan besar, slowtalk ramai ramai. Dan habisnya kami peluk cium, meminta maaf atas kesalahan yang bukan bukan. Korg ada kisah hidup macam ni?

Kalau ada, tahniah. Kita di posisi yang sama.

OK la, aku dah malas nak sambung cerita. Esok esok kita cerita lagi. *ayat terbaik kalau idea dah tak ada*

Daaaa. Have a great day ahead. Jaga diri molek molek. Kami sayang semua!


♥GIVE IT A CLICK IF YOU LIKE IT AND SHARE IT♥ ▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒

Sunday, January 15, 2012

aku mungkin bukan yang terbaik. tapi aku cuba.


"Jika dengan aku dahulu dia tergamak berzina dan berbuat dosa, apa yang menghalangnya untuk berzina dengan orang lain," syak seorang isteri, bekas pelaku dosa, semasa suaminya  so-called outstation.

"Jika dengan aku dulu dia selamba badak pegang sana pegang sini, apa yang boleh menjamin dia menjaga rumahku dan maruah dirinya dari lelaki lain?" syak seorang suami, bekas pelaku dosa, ketika jauh di tempat kerja meninggalkan isteri di rumah sana.


prasangka yang wujud di dalam satu perkahwinan. yang mana hubungan mereka bermula dari zina. perhubungan yang kita seringkali dengar 'tak halal'. couple.

doaku.. jauhkan aku dari prasangka ini. amin.

aku mungkin bukan seorang perempuan yang menjaga segala yang aku ada. keluar berdua, pegang tangan. tapi, aku taknak dah semua tu. aku nak kan perhubungan yang bersih. agar zuriat yang lahir itu nanti, sifatnya bersih, seperti bersihnya ia dari dosa semasa ia dilahirkan.

pernah dgr? anak yang lahir, mana mungkin akan menjadi anak yang baik andai ia lahir dari perhubungan yang ada cela.

pintaku.. aku mahukan anak yang bersih, dari lahirnya sampai ke dewasanya. 

aku mungkin tak layak meminta yang 'suci'. tapi tak salah kan berubah ke arah yang lebih baik agar kita layak mendapat yang terbaik. berusaha. Tuhan sentiasa mahukan umatnya berusaha untuk berubah ke arah yang lebih baik.

aku mungkin ada celanya suatu ketika dahulu. dan aku akan pastikan, cela itu akan tertinggal di masa lalu. tak akan terulang di masa depan.

pernah dengar? walau hanya dengan berpegangan tangan sahaja sudah dikira maksiat.

aku mahu elak itu. aku pasti setiap agama melarang perbuatan maksiat. dan aku mungkin jahil tentang agama. tapi aku tetap bersyukur. Tuhan bagi aku akal yang stabil untuk aku fikir mana baik mana buruk. Tuhan bagi aku pemikiran yang rasional untuk aku timbang tara kebaikan dan kejahatan.

aku mungkin jahat. suka marah. manusia. pasti tak terlepas dari setiap yang tercela. bukan manusia namanya kalau tak pernah marah, walau sekelumit. pasti ada. kuat cemburu. aku kan perempuan. lumrah sifatnya manusia. pantas melupakan kebaikan yang ditabur. ya, perempuan lagi. memang sifatnya begitu. dan aku, takkan pernah terkecuali.

tapi aku cuba menjadi yang terbaik. berubah menjadi yang baik baik. aku belajar kawal diri. belajar tidak mudah cemburu. belajar untuk sabar. belajar untuk tidak merungut sentiasa. tapi nama pun manusia. pasti akan terlepas waima sekilas setiap cacat cela.

dan yang terbaik itu bukan untuk siapa siapa. tapi untuk diri aku sendiri. dan seterusnya untuk dia yang entah siapa yang akan menjadi ayah untuk anak anak aku nanti.

"jadilah yang terbaik sebelum anda mengharapkan yang terbaik dari insan lain"

amen~
♥GIVE IT A CLICK IF YOU LIKE IT AND SHARE IT♥ ▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒

Saturday, January 14, 2012

mood aku pergi datingkah?


arini Sabtu. ya Sabtu. hari untuk berpoya poya di dalam bilik. dan kami yang bakal ber-last paper Isnin nanti menjadikan Sabtu yang indah ni sebagai hari untuk bertungkus lumus. (yeke? tengok semua tido je, ada yg tengok Jozan kat youtube, aku pula main fb memanjang)

aku buka nota Mr Pua. Introduction for Document Analysis. aku telek slide demi slide. damn! apa yang aku fikir nie. aku baca macam air jatuh dari langit (hujan). tak masuk langsung apa apa point yang ada.

sayang, tak boleh macam ni. last paper nie. jangan hancurkan!

aku pun pergi la menyemak page Nurul Dila.

aku: kami rindu awak :( *mukadimah terbaik*

dan tiba tiba aku terbayangkan mushroom soup di vivo yang lazat. tapi mahal. oh, tengok la kedai dia. high class gitu. damn! patutnya aku tak payah transfer duit kat Lejen Press semalam. aku beli buku Kitab Terfaktab online. pada masa yang sama, Sabtu dan Ahad ni dorg ada buka booth jual buku di Times Square. vivo tu letaknya pula di Times Square!

what the hell im doing?! kalau boleh beli by hand, kenapa sibuk beli by online. dan aku baru je mengajak Dila ke vivo! waaaaaa!!

sebab semalam aku fikir, malas nak keluar. dang!

dan tiba tiba lagi, kepala aku sakit. sakit kepala ni dah 2 hari bermaharajalela. malas la nak telan paracetamol woi!

dan aku terfikir, mana roomate aku pergi? ~~~~~ ohh, baru teringat, dia pergi hantar Zu mengajar. my bad. aku sungguh pelupa.

tak sabar nak habis paper. plan nak angkut BGP untuk penambahbaikan pun semacam bakal di-cancel. nota kepala agong yang ditunggu jatuh dari langit semacam tidak akan jatuh. hurm. kesian BGP. aritu jenguk dia. few days tak jumpa dia. nampak sangat ketidak-terurusan dia. sebulan dah kot tak mandi. kena pula tidur kat bawah pokok yang banyak gugurkan daun. memang berlambak lambak la daun atas dia. pity my baby!

btw, semalam aku bergolek golek dalam fb, aku terbaca status my senior yang terpilih untuk kemasukan ahli bomba (SPA). dah lama dah dia pass physical examination. susah woo. (walaupun hanya dengar dari mulut org).

physical training ni ada 3 jenis. 1. lari 3kilometer 2. panjat tali setinggi 2tingkat bangunan (pernah tengok menara bomba yang tinggi tu? ha tu la dia tali nak kena panjat) 3. angkat berat (tak ingat berapa kg tp mesti la berat ye dak)

jadi semalam statusnya berbunyi begini:


ish ish ish. tak patut kan. ingat senang ke nak lulus? aritu pegawai bomba kata, ada 10 budak forensik yang datang (terpilih), 4 je yang lepas. la ni dah GAGALkan sorang, 3 je la ea budak forensik yang berjaya? cam mana la boleh jadi kesilapan teknikal macam ni. dah la pegawai tu sendiri kata, "bukan nak dorg tak pakai spek, kita nak otak dorg tu menyiasat. bukannya nak suruh dorg padam api".

*sebenarnya aku was was nak letak printscreen tu dalam blog. hurm. kalau korg rasa aku patut remove it, tell me k. mana tau mengundang kontroversi. huhu

seterusnya, sorg lagi senior yang turut tak berpuas hati. ye la. kawan sendiri kan. kami sebagai junior pun rasa geram. beriya iya bagi tajaan JPA, pastu suh wat perjanjian, kerja dengan kerajaan 5tahun. tapi??


parody je.. ha ha ha ha.. 

antara banyak banyak syarat dalam tu, satu je aku lepas. BERKAWAD. tinggi tak lepas, mata tak lepas, angkat berat tak lepas. lari tu hurm lepas kot. kot la sampai 12minit tu. ha ha ha. panjat pokok pun tak reti, nak suh aku panjat tali? tali dah la strainght macam tu je, tak da simpul simpul sepanjang tali. tangan tak lurus, sangat bengkok ok. BMI tak payah cerita, dah la pendek, kurus lak tu. ha ha ha (gelak sinis)

terdiam

mana mood aku ni?

roomate pun dah balik wei. kenapa mood aku tak reti nak balik balik ni? pergi dating kat tasek titiwangsa ke apa?


♥GIVE IT A CLICK IF YOU LIKE IT AND SHARE IT♥ ▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒

Friday, January 13, 2012

Nak, lepas tu tak nak.

bila kita berkeputusan untuk melepaskan seseorang yang kita sayanggggg sangat sangat, kita akan cuba buka pintu hati kita untuk orang lain pula. kenal orang ni, kenal orang tu.

arini nampak seseorang. hurm. smart. lawak. baik. calon ni. borak borak. terpikat dah.

esoknya pula, nampak lagi dia

'eh, yang semalam'. cakap tanpa perasaan dan berlalu pergi. dia tegur pun kita layan ala kadar.

orang yang mulanya kita rasa ada kimia. yang kita rasa boleh kita terima kerana terasa ada keserasiannya di situ. tapi selepas seketika, kita rasa 'tak nak la dia. malas. tak da hati lagi'.

kita rasa kita dah buka pintu hati untuk orang lain. tapi sebenarnya? pintu hati tu hanya terbuka sedikit. kemudiannya ia tertutup kembali.

penghujungnya. orang yang baik itu kita hanya anggap sebagai kawan.

diam.

dan yang jahat itulah yang kita tunggu sampai bila bila.

diam lagi.

aku harap kalau suatu hari nanti, aku kahwin dengan pilihan keluarga. yang mana, kita belum kenal 100%, hati aku tak macam tu. arini kahwin.

suami: hai *senyum mesra*
aku: hai *senyum malu2 bajet comel*
suami dan aku: *borak mesra*

esok pindah masuk rumah dia konon nak tinggal bersama. tapi masa tengah punggah barang;

suami: awak letak barang sana k. *nada ambil berat*
aku: ok *takda perasaan*

mati la aku.

tapi semua tu mungkin angan angan je. sebab mak aku awal awal dah kata. 'eh, malas la aku nak jodoh2kan orang. nak kahwin, pegi cari sendiri'.

-.-

mummy, your youngest lady ni tak ada siapa siapa pun lagi. tak pandai nak ngorat laki, apatah lagi cari sendiri.

tapi aritu balik rumah dia tegur, 'kahwin ke idak anak perempuan aku ni nanti?'.

lalalalalalalala~


♥GIVE IT A CLICK IF YOU LIKE IT AND SHARE IT♥ ▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒

Sunday, January 8, 2012

I miss the old us v2.0


sebelum aku memulakan entri merapu gaban, izinkan aku menyampai seulas dua kata kata.

dah tak ada idea sebenarnya nak bermukadimah.

untuk abang,
aku nak minta maaf atas entry sebelumnya. walaupun abang tak marah, tapi saya ter-rasa bersalah. eh, apasal aku pakai saya ni. ha ha. sorry sorry. salah pula. aku terdetik nak tulis  nie sebab tadi mama meow kata, entry sebelum ni memang kedengaran mengutuk. oh, tak ada niat pun di hati nak mengutuk. sekadar nak gegurau je abang. abang kata tak marah, tapi cuak bila abang komen. abang mana pernah komen blog ittew. ittew risau la. rumate pun dah marah tadi sebab kutuk abang dalam blog. sedih ittew *gedik*. jadi ittew nak minta maaf terang terang. risau ittew kalau abang takmo tolong jagakan BGP ag. maafkan ittew tau abang. lenkali tak buat dah. sayang abang kot, mana boleh kutuk kutuk. he he he.

gedik. hi hi hi ~

dengan peredaran waktu yang sentiasa berputar, tak menunggu sesiapa. pastinya kita akan merindu detik detik tertentu dalam hidup kita. kenangan. memori. bunyi desiran pantai. deruan angin laut. rindu. 

enam bulan terbelakang ini, hidup agak terhempit. sibuk dengan kelas satu hal (walau kelas salu je cancel awal sem aritu), masalah hati lagi satu hal. sibuk dengan masalah sendiri sampai bestfriends sendiri terabai.

walau ada senarai mereka di facebook, di twitter, blog, tapi khabar mereka langsung tak ditanya. hanya menyebut nama mereka di dalam setiap doa. sedar mereka punya masalah, sedang menitiskan air mata, perlukan bahu untuk disandar, tapi hati sendiri pun terbeban dengan masalah yang ada. tak mampu untuk menghulurkan waima tangan sekalipun buat mereka. maaf kesayangan. aku belum mampu menjadi yang terbaik. belum terdaya memberi yang terbaik.

hati ini rindu. rindukan kenangan lama. rindukan persahabatan. tapi ada insan yang tak pernah mengerti. membuatkan hati ini selalu mencaci. tak boleh ke kita kembali macam dulu. keadaan sebelum tarikh 10/10/10 tiba.?? penat la memperbaiki persahabatan yang retak tu.

"I'm not angel-hearted, cursing is possible with me"

kali terakhir bertemu mereka, adalah semasa event Puisi Satu Petang. melihat Niya dari jauh, aku masih mampu menahan sebak. melihat Nana yang mendekat, aku ok lagi. kami dengar puisi. melihat Niya bersama puisinya walau tak begitu kedengaran. luarannya, mereka sihat sihat belaka. tapi dalaman, masing masing memahami. aku terluka, dia terluka, kau terluka. tapi masing masing berdiam. 

terdiam

sebelum pulang, bersama pertanyaan di hati, bila agaknya kita akan bertemu lagi, aku peluk erat Niya. dan aku teringat segala yang berlaku. setiap kesedihan dia yang mana aku tak pernah ambil pusing. betapa aku lupa, mana pergi tanggungjawab aku sebagai sahabat. mana janji aku pada dia: I'll walk this earth with you no matter what happen. sungguh, aku rasa lemah. sampai aku rasa, hanya ada kita di situ sehingga air mata enggan berhenti mengalir.

aku akan sentiasa mendoakan. agar perhubungan kita sampai ke syurga. semoga perhubungan ini diredhai, diberkati. walau kita berbeza agama, kasih sayang tetap tak mendiskriminasikan kita. walau kita berlainan latar belakang, kita ada satu peristiwa yang sama, cuma berlainan watak berlainan masa dan tempat. 

jadi, mari kita sama sama menjaga hati kita, persahabatan kita, lenggok kita, ikhlas kita dan rindu kita. sedangkan di akhirat nanti, kawan baik pun akan jadi musuh. saya tak nak kita macam tu. jaga diri kalian, sebagaimana agama kalian minta. saya sayangkan kalian dunia, akhirat. seperti saya mendoakan yang terbaik di dunia ini untuk kalian, begitu juga saya mendoakan yang terbaik di akhirat kelak. cinta hati saya sentiasa ada. tak berkurang, tak terkubur.

senyum


video in sangat sweet. sila tonton! dedikasi untuk Niya, Nana, Biela dan Famy.




♥GIVE IT A CLICK IF YOU LIKE IT AND SHARE IT♥ ▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒

apa la abang ni!

capai hp, ketik ketik dengan butang hp

aku: abg, tau tak alamat penuh k1?
abg: ce cek tenet

hampeh.

ni la antara sebabnya aku tak berapa nak minta tolong walaupun dah kenal 3tahun setengah. ittew segan tau dak.

ok ok. korg jangan salah faham. dorg ni la penyelamat di kala susah. just kadang kadang tu segan la nak minta tolong. kenal memang dah nak masuk 4tahun, tapi tak rapat pun. kadang kadang datang la juga gedik bergurau. tapi takat tu je la. tak ada pun la sampai nak bertepuk tampar. kang ada pula muka aku yang kena tampar dengan selipar putus.

kalau nak minta teman ke mana mana, jarang nak berdua. mesti minta orang lain teman sekali. tak nak biasakan diri berdua je dengan laki, nanti ada orang marah. tettttt. siapa yang marah tuuu? ha ha ha

tapi papepun, alamat k1 dah dapat. terima kasih abg syuk! :D

sejak duduk jauh dari family ni, kawan kawan la menjadi tempat bergantung, menjadi penyelamat, tempat berharap. semua la kawan. nanti kalau kereta rosak pun kawan juga yang 1st dicari. he he. sebab tu kena sayang kawan ketat ketat.

kalau minta tolong dengan kawan perempuan, memang selalu minta tanpa segan silu. tapi kalau minta dengan kawan lelaki, hurmmmmmmm agak la fikir banyak kali. ha ha. walaupun korg tengok aku ni menggedik memanjang minta tolong korg, sebenarnya dalaman ni ada konflik tau tak nak minta tolong. serba salah.

siapa abg kat atas tu, tak payah la nak teka ok.

ok, nak sambung study. isnin ni ada paper Asas Perundangan. Rabu pula paper Kimia Kebakaran dan Penyiasatan. tapi la ni, belajar kebakaran dulu. esok baru study Law. wawawaaaa~
♥GIVE IT A CLICK IF YOU LIKE IT AND SHARE IT♥ ▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒

Wednesday, January 4, 2012

pergi dan tak kembali


aku katakan 'aku taknak dah ambil tahu pasal kau'. tapi penghujungnya. tetap juga begitu. aku masih ambil tahu.

pandang kosong screen laptop

aku kata pada hati 'kali ni aku nekad nak lepaskan kau, bagi peluang kau cari orang lain dengan aman'. tapi penghujungnya. aku takkan biar kau begitu.

"awak hanya boleh cari orang lain bila saya dah tak ada, tau?!"

tak ada.
boleh memberi banyak maksud. pergi meninggalkan. menghilangkan diri. atau mati. mati? 

aku pernah. dulu. lepas habis sekolah, sebelum masuk matrikulasi. sebelum tidur, aku terbayangkan mati, terbayangkan neraka. dan aku jadi takut sampai aku tak boleh nak tidur. bukan hanya satu malam, tapi lebih. seminggu mungkin. 

dan aku selalu membayangkan masa aku tengah drive, something bad happen. 

diam

orang kata, jangan jadi bodoh. dia tengok kau macam ni, dia lagi suka. dia suka tengok ada perempuan merana disebabkan dia. dia bangga tau tak. 

awak macam tu ke? suka ke? bangga ke?

jangan awak. tak baik tau. riak. nanti jodoh yang Tuhan tetapkan untuk awak buat awak macam tu, macam mana? atau pun anak perempuan awak nanti orang buat macam tu macam mana? awak tak fikir? 

aku tanyakan pada mereka, 'aku rindu dia, patut tak aku buang ego aku dan pergi jumpa dia?'. dan mereka berkata 'bagi dia peluang'.

bagi peluang. tapi sampai bila? sampai awak kahwin dengan orang lain bila awak dah berumur 26 tahun nanti?

oh, lupa. aku kata aku nak kahwin masa umur aku 23 tahun. aku dulu kahwin dari kau. -.-

"lepaskan dia pergi. kalau dia kembali, dia lah jodoh kau. kalau tak, dia bukan"

dan aku terfikir.

senyap. hanya ada bunyi kipas.

aku lepaskan kau pergi. walau tak sepenuhnya. dan kau tak kembali. (melainkan kalau tengok bola kat stadium sama sama tu dikira kembali, ai tak tahu la bro) yang kembalinya aku. aku. aku. aku. what's wrong with the world actually?! maksud aku, dunia aku. 

mungkin betul aku memang bodoh. nasib baik boleh lagi masuk universiti. 

berfikir,

tak ada la bodoh sangat, ye dak? lagi tak bodoh kalau aku boleh sambung master.

sakit kepala

mungkin aku patut tidur sekarang. sebab aku rasa sangat lapar. 

ingat kau! aku tunggu nasi lemak tu! jangan ingat aku lupa walaupun sekarang aku tengah sibuk final. aku sekeh kepala kau dengan wedges 3.5 inches aku.



♥GIVE IT A CLICK IF YOU LIKE IT AND SHARE IT♥ ▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒

Sunday, January 1, 2012

eh, masuk 2012 dah?

hye peeps!!

sedar tak sedar dah masuk tahun baru kan. dengar dentuman bunga api, pandang jam atas meja. dengan langkah lambat, aku menapak ke bilik norli. fuyooo, manyaknya bunga api. bilik norli menghadap klcc. so boleh anda agak suasana dia?? ha ha.

aku mulakan tahun baru dengan mandi. mandi? ye la mandi. arini tak mandi petang lagi. sebab sibuk tidur. preparation untuk stay up malam ni. he he.

seperti tahun tahun lepas. tahun ni, aku habiskan malam tahun baru dalam bilik. apa barang pergi berjongkang jongkit kat luar tu. buat semak. oh sorry to those yang suka pesta. aku memang tak berkenan kalau tempat banyak banyak orang ni. lemas. rimas.

cuma bezanya, tahun ni aku tak tidur awal. tahun tahun lepas, aku dah siap mimpi dah kot time time macam ni.  dan tahun lepas, aku habiskan dengan air mata. syukur, tahun ini aku tamatkan dengan hati yang kental. tanpa awak.

senyum

tak dinafikan, 2011 memberi banyak pengalaman, mengajar banyak erti kehidupan, menetapkan betapa pentingkan kita jaga hati dengan ketat. 2011 adalah tahun yang mengajar aku untuk menjadi kuat, berjiwa kental dan jangan sesekali mengalah untuk teruskan hidup. bila tengok balik entry lama, yang awal 2011 punya, macam malu gilaaaaa nak buka dan baca balik. lemahnya diri masa tu. dan betapa bersungguhnya saya minta awak balik pada saya. tapi penghujungnya? awak tetap pergi.

pasrah

seperti kebanyakan orang. dan seperti juga tahun lepas. mesti la aku berharap tahun mendatang ni akan penuh dengan rahmat dan kegembiraan. penghujung 2010, aku berharap datangnya 2011 tanpa air mata. tapi hakikatnya, air mata tu la kawan baik aku sepanjang 2011. and for that, thanks alot to you.

pada 2011, aku berharap hubungan kita akan lebih baik. aku harap hati kau masih ada kat aku. tapi, once again thanks to you for throwing it away. takpa awak, jodoh tu Tuhan dah tentukan.

pada 2010 dan 2011, puisi aku banyak berkisar pasal kau. dan harapan aku, puisi aku akan mengetuk hati kau untuk pertama kali. sebab sebelum ni aku tak pernah ketuk hati kau dengan puisi. aku ketuk dengan benda lain. tapi, yaaa thanks to you for ignoring all of them.

kalau kau rindu aku, kalau, baca la balik semua puisi aku buat sepanjang 2010/2011. dan nota nota kecil yang aku selit. lagu lagu yang aku sumbat masuk sini serta entry entry tertentu. dan semat dalam hati kau, semua ni tak berakhir lagi untuk aku. dan semat juga, hidup aku yang terbentuk sekarang adalah dipengaruhi oleh kau sebanyak 60%.

lagi 40%?. sama macam korg la. kawan kawan. family. orang luar. BGP.

dan boleh aku katakan. 55% dalam 2011 aku adalah menunggu kau. menunggu kau mandi, menunggu kau bersiap, menunggu kau datang jemput aku, menunggu kau call aku, menunggu kau text aku, menunggu kau balik dari program. menunggu dan menunggu.

dan untuk pengetahuan korg, kiraan % tu aku main kira je. ha ha ha. tapi tu lah hakikat 2011 aku.

terdiam

jadi. aku harap. dengan angka terakhir dalam setiap tarikh dah bertambah 1 nilainya, setiap yang boleh bertambah dalam diri kita turut bertambah juga. termasuk la berat badan aku. terkecuali pula air mata. kali ni, biarlah air mata tu untuk orang yang layak.

kenapa aku banyak cerita pasal air mata nie?

papepun, doakan yang terbaik untuk diri masing masing. tahun 2012 adalah tahun yang mencabar bagi aku, bagi kami. sebab ini adalah sem terakhir untuk pengajian ktorg. have a blast people! especially to dearest classmates. semoga penghujung 2012 akan menemukan kita di pesta konvokesyen dan berdiri di pentas DECTAR bersama sama. amin.

semoga apa yang terjadi pada 2011 tidak berulang lagi untuk 2012 ni. bagi la benda lain pula untuk aku rasa dan belajar. takkan nak bagi aku pengalaman putus cinta lagi kot. la la la la ~

dan yang paling penting. hujung 2012, AKU AKAN KAHWIN !!!

ha ha ha ha ha ha ha !!!

notabersepah:
.. bongok! haha
♥GIVE IT A CLICK IF YOU LIKE IT AND SHARE IT♥ ▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒
Related Posts with Thumbnails