Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Cuba fikir elok elok

..anda rasa anda dah cukup bersyukur?..

Tuesday, January 24, 2012

Dont Leave Me, Please.


Bermula 20 Januari yang lepas, bermula sudah cuti semester untuk sesi 2011/2012. Sekejap je kan dah habis satu sem. Wuarghhhhhhh! Sedar tak sedar rupanya, tinggal satu sem je lagi untuk menamatkan perjuangan 4 tahun pengajian.

Bila hidup dah terbiasa berteman, kawan kawan sentiasa di sekeliling dan tiba tiba kita keseorangan, sedih dia terasa sangat sangat. Entah kenapa, hati rasa gelisah sangat sangat. Rasa takut ditinggalkan kuat mencengkam hati. Nak kata takutkan rumah yang tinggal aku seorang je, rasanya tak. Aku lagi suka. Sebab aku jenis yang suka sorang sorang. Tapi tak tahu kenapa kali ni, bila memikirkan balik rumah, tengok dinding, tak ada orang pun nak tanya "Lyne dari mana?" "Lyne, jom p makan". Semua tu tak ada. Hati jadi sayu. Rasa nak menangis.

Tadi pergi kejap rumah sana. Nak hilangkan sayu. Atleast rumah sana ada Salma, boleh borak borak, ada Messi, boleh main main. On the way, memikirkan Salma yang bakal pulang. Tiba tiba, air mata bergenang.

Tahan sebak.

Tiba tiba rasa kesian sangat kat diri. Baru je kawan up status kat fb.

"Don't depend too much on anyone in this world because even your shadow leaves you when you're in darkness"

And he's right. Aku mungkin terlalu bergantung dengan orang lain, dengan kawan kawan, dengan dia. Jadi bila aku ditinggalkan walau sekejap (sebulan je), aku rasa payahnya hidup. Bangun dari tidur, hati rasa sayu, rasa nak nangis. Tapi air mata enggan keluar. Semalam pergi rumah kawan. Rasa macam tak nak balik. 1, sebab rasa cam tak larat nak drive, badan rasa panas yang macam nak demam. 2, dapat rasa balik rumah mesti akan sedih, sebab tak ada siapa siapa pun kat rumah. 3, aku tak nak tidur sorg sorg. Aku dah lama kot tak tidur sorg sorg. Tiba tiba kena tidur sorg sorg for a month. :'( 

Kesat air mata.

Entah kenapa, kali ni aku tak suka cuti. Sedangkan sebelum ni, cuti adalah antara yang kita semua tunggu. Aku plan cuti ni, aku nak bersenang lenang. Kemas rumah. Almaklumlah aritu rumah and bilik bersepah sebab busy sangat dengan exam. Tapi perasaan aku sekarang ni. Tak tahu la nak cakap apa. Semua kusut.

I miss everyone! Korang cepat la balik sini!

Tadi kat rumah sana, belek kalender. Bajet bajet hari apa yang kosong. Salma kata nak balik Isnin nanti. Jadi minggu depan, I'll be all alone. Sampai la Sabtu tu, Sabtu besties day. Orang Bentong nak mai sini. Nak lepak pantai. Harap harap, kesedihan ni semua terusir pergi la. Tak sanggup rasa tahan ni semua. Orang putus cinta pun kalah kot. 

Propa lebih,

Minggu seterusnya pula my mom is coming!! With my sist and her friend. Sangat sangat tak sabar ok! Tapi nanti, dorg akan land at Senai, then naik tren to Kuantan. So aku plan, Jumaat baru aku gerak ke Kuantan. Khamis kena mengajar lagi. 9th till 14th February. He he. Rasa macam kelas on Tuesday nak minta cancel la. Nak spend time with family maaaa. This will be my mom's first time being here. So, mesti la nak ada dengan dia kalau boleh everyday!

Kalau tengok tengok, masa kosong aku in which I'll be all alone tak sampai pun seminggu. Paling paling pun, dalam lima hari. Lama masa nak tunggu semua orang balik la. From 14th till 20th. 20th tu dah start sem baru. Tak tahu macam mana nak hadapi hari hari tu.

Propa lagi.

Dari dulu, aku memang tak suka ditinggalkan. Dasar anak manja, ye ye aku tau tu aku. Dulu pernah juga aku gaduh dengan dua budak kelas sebab dorg tinggalkan aku masa nak pergi kelas. Oh, what a life. Otak aku masa tu budak budak lagi. Sekarang dah up sket la. Tapi still, never want to be left behind.

Sedih.

Tapi kan. Lambat laun, orang yang kita sayang ni akan tetap tinggalkan kita. Bila masing masing dah grad, dah kerja, dah berkahwin, dorg tak kan ada dah dengan kita. Masing masing akan sibuk dengan life masing masing. Mungkin aku pun tak kan ada masa untuk orang lain.

Tengok fb pun tak ada apa apa. Nak buka youtube pula, selow nak mampus. Adoi!

Dan tadi aku terfikir, ini ke perasaan orang yang  bunuh diri tu. Kan dorg selalu cakap "Sy tak boleh hidup tanpa awak", "Hidup ni rasa tak bermakna, aku  nak bunuh diri". Glup! Sebab aku rasa macam hidup ni nak tak nak je. 

Aku tak tahu kenapa aku fikir macam tu. Tapi aku tak nak la bunuh diri. Gila apa. 

Sepanjang ada kat rumah sana, aku asyik memujuk Salma jangan pulang. Tak nak Salma pulang Johor. Tak nak! Tak nak! Tak nak!

Sedih

Nanti semua orang balik, siapa nak teman aku makan!!! Shaza bukan selalu makan malam, Aya pula masih busy dengan ethic. :(

Nampaknya hidup tak berpihak pada aku kali ni. Arghhhhhh!!

notabersepah:
.. kalau sayang aku, jangan tinggalkan aku tau.. :')


♥GIVE IT A CLICK IF YOU LIKE IT AND SHARE IT♥ ▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒

2 comments:

Mak Lin said...

Lin, orang-orang tua kata; kalau hidup dah start rasa sunyi macam ni, elok sangatlah U cepat-cepat kawin. OK? jangan lupa jemput tau. ngeh~

►içéq◄ said...

lin:
erkk.. seyes??? OMG! calon xdak lagi!! wawawaaaaaa..

tp knp ea? hahahaa.. :P

Related Posts with Thumbnails