*ni sebenarnya aku cetaktampal je dari blog orang. yang bold tu ye.
1] Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya.
(lepas kena tinggal ngan dia pun still nampak dia sorg juga, memang takda nampak dah orang lain)
2] Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak peduli! Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi impiannya.
(yang ni dari dulu aku rasa nonsence. dan sampai sekarang aku tak faham. kalau aku kata ni aku, aku tipu la tu. boleh aku gelak dengan sinis? ha ha ha ha)
3] Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah bertambah.
(bak kata roomate, dah nampak jahat dia, buruk dia, still juga sayang, still juga nak baik baik. dah gemuk pun sayang lagi. ye la, aku suka kot. ha ha ha.)
4] Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.
(betul la kot. sampaikan kita dah sampai stesen ktm mana pun dia suh bagitau)
5] Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti ‘Selamat Pagi’,'Selamat Hari Minggu’, ‘Selamat Tidur’, ‘Take Care’, dan lain-lain lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS-nya, kerana dengan kiriman SMS itulah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang berbeza,bukan “aku CINTA padamu”, tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.
(macam comel. tapi dah lama tak dapat msg macam ni. tak perlu dah)
6] Jika kamu menyambut hari ulang tahun dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS.
(bila dia call, gembira tak hingat. tapi panas tak sampai ke petang. ye dak?)
7] Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya.Dan saat itu, matanya pasti berkaca. kerana saat bersamamu itu tidak bisa berulang selalu.
(takda la sampai mata berkaca, igt crystal ka pa. tapi setiap kali ingat, akan sebak. hati perempuan kot)
8] Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengungkapkannya. kerana dia menyematkan kata-kata mu di hatinya,berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau
tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.
(tak ingat semua. tapi yang awak kata 'tak payah la cukur bulu kening' memang saya ingat sampai sekarang. tapi sekarang yang paling saya ingat; "klu awk nk kawen ngan sy, awk sanggup convert? boleh awk pkai tudung, ikut cara islam suma?")
9] Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia ingin tahu apa kegemaran kamu - kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya da berjaya.
(tak pernah pula aku buat tang ni)
10] Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema, atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk bertanya keadaan kamu - kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu.
(biar aku fikir balik yang ni...)
11] Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan tanyakan bila ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan SMS ‘good luck’ untuk memberi semangat kepada kamu.
(yang nie selalu dah. dulu la. sekarang aku tak buat dah, dia apatah lagi, sama je)
12] Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi baginya barang itu sangat istimewa.
(saya bagi awak jaga bebear yang paling saya sayang, yang saya peluk hampir setiap malam. dan saya bagi awak buku yang saya nak baca bila saya berkeputusan mendirikan rumah tangga)
13] Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung. Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.
(ingat lagi 1st time call awak. tapi tak ada idea pun nak cakap apa, just nak dengar suara. weird me)
14] Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada dekat dengan kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.
(owh, dulu aku selalu rasa macam ni. sampai sekarang pun. lagi sekali izinkan aku gelak dengan sinis. ha ha ha ha)
15] Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu. dan jauh dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu, pernah dengar ‘jauh di mata, jauh di hati?’
(tak pernah pula aku dengar)
16] Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.
(ya, sepatutnya. nanti kalau dah kahwin, jadi saudara la ye dak?)
17] Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.
(kalau call 100 kali tu, minta pelempang dari aku. kalau sms tengah malam, boleh dimaafkan. comfirm tak kacau tidur)
18] Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala. Namun ketika kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi.
(pernah ke dia buat? macam tak. ok.)
19] Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan dgn sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia!. bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu. dia tidak pernah mengelak dari menunaikan permintaan kamu walau sesukar mana permintaan mu.
(awak ajar saya ingat jalan macam budak kecil sebab saya susah nak ingat jalan. tapi saya suka! sebab akhirnya saya boleh ingat and drive sendiri. :D)
20].Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda berharga buatnya.
(dak pun aih. kalau sms bulan bulan lepas ada la juga simpan. tapi nanti kalau inbox dah penuh, aku delete juga. takda space katanya. satu je yang aku simpan; tiket wayang)
21] Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari kehidupan kamu, walaupun hal itu membunuh hatinya.
(tipu la kalau aku terus menghilang. tapi sebetulnya - lama lama bila dah faham erti sayang tu betul betul, kita sendiri akan tinggalkan dia. ye la, kalau betul kau sayang dia, kau nak tengok dia masuk neraka ka?? fikir la sendiri)
22] Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak pernah mencari orang lain. Dia sentiasa menunggu kamu.
(hurmm.. sentiasa menunggu? biar Tuhan je yang tentukan)
23] Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya. saat kau pinta dia berlalu,dia pergi tanpa menyalahkan kamu, kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta.
(dulu, ye aku menyalahkan dia. katanya sayang, tapi dalam diam dia menagih cinta lama. tapi sekarang, dah malas fikir. sebab awak sendiri pun entah faham ke tak makna cinta tu sendiri)
No comments:
Post a Comment