Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Cuba fikir elok elok

..anda rasa anda dah cukup bersyukur?..

Tuesday, November 1, 2011

aktiviti hari ini vs 'i will fall for a boy who will'


great day people!

it's Tuesday. and it's holiday! apa? korang kerja? Selasa kan, kerja la. ktorg yang study nie, cuti la bila kelas takdak. ha ha. sila katakan kami bahagia walaupun dalam hati sebenarnya gundah gulana. bersenang lenang sekarang seringkali membawa maksud, kesibukan tak terkira di hujung sem. tak percaya, tengok la in the end of the semester nanti macam mana.

memandangkan cuti dah bermula, yakni dari minggu lepas, minggu ni konon konon ada kelas. Isnin Rabu kelas Mr Pua, Selasa pula ada mootcourt kat Bangi. last last, semua cancel. some might Yahooo! on it, some might, alah! rugi je balik sini~! cuti 3 minggu direct kot nie!! makanya, arini, saya memulakan misi 'room cleaning day' !. ha ha. cleaning la sangat. bilik hari hari macam sarang burung. kemas arini, esok esok messy balik. tapiiiiiii. tapi sekurang kurangnya, kita tak bazirkan masa buat benda tak berfaedah. betul tak? kemas bilik boleh puaskan hati juga. iron baju, kemas almari. setakat nie, meja je yang tak termampu dek kudrat untuk dikemas. too many stuffs. sampai budak kelas pun dok bebel kalau tengok. *sigh*

bila rasa mood mengemas dah berlari lari ke stadium shah alam (mana lak datangnya shah alam nie?) aku pun stop untuk menikmati kopi. sambil melihat housemate menikmati megi masing masing, aku memegang buku tulisan Dr Akram Ridha. tajuk? p cari sendiri noo. *tongue* aku mencuri sedikit megi Shida, barulah aku selak lambaran terakhir yang aku baca, dan aku baca perlahan lahan setiap bait ayat. bukan selalu aku boleh menghayati setiap perkataan dalam suatu buku. memandangkan buku yang selalu aku baca tertinggal dalam kereta sejak hari last aku keluar aritu, ini je buku yang ada untuk aku baca. sambil sambil tu juga, tangan lincah mencapai hp bilamana ada sms masuk. demi kawan yang dalam kesedihan, aku gagahkan juga jemari membalas setiap sms. aku kan pemalas kalau bab reply msg (kecuali tetttttt). 

selesai dari itu, Shida dan Zue sibuk mencari cari apa aktiviti arini. dan aku khabarkan. 'nak buka laptop la arini'. jadi aku off laptop yang terpasang dari semalam agar sejuk seketika. khuatir kalau dibuka masa panas, yang seperti panasnya hati ini melihat orang yang kita sayang bergesel gesel ayat dengan perempuan lain, kang meletup pula. (anda percaya?). setelah yakin laptop kurang panas,  aku pun alihkan laptop ke ruang tamu. keluarkan screwdriver. bersama Zue, sama sama membuka setiap butir screw. selesai, aku buka dengan rakus tapi penuh hati hati. perghhh. hitam oi!! Zue pun terlopong melihat (tipu je lebih) dan aku katakan '4tahun dah nie'. ha ha. ini rupanya keadaan kipas yang 4 tahun tak pernah dicuci. padan la panas je memanjang. yang hitam tu bahagian kipas je tau. dalam dalam mana berani den nak buka. karang meletup betul betul pula nanti.

selesai mengorek debu debu yang ada dengan cotton bud, aku tutup kembali. juga bersama Zue. terima kasih Zue atas pertolonganya. *senyum lebar lebar*

selesai dari itu, aku switch on laptop, konon nak test, adakah akan sepanas seperti tadi akan semakin kurang. (cam sama je) ok la juga (kot). hurmm. sementara itu, aku mula membebel. hidup aku sekarang nie asyik membebel je. semalam aku bebel bebel dalam kereta kak syima sampai budak budak nie marah kata aku nie pot pet pot pet je, tak henti henti bercakap. arghhhh, mana perginya aku yang pendiam dulu??? ok, sambung balik cerita asal. aku bebel sambil tangan mencapai soket heater aku yang rosak. satu screw tak nak dibuka. dari semalam, Shida cuba dan tadi aku cuba. masih kukuh di tempat asal. kemudian Zue pula mencuba membuka screw yang terakhir. masih juga tidak berhasil. apa la screw ni degil bebenor. aku assume fius dia rosak. kalau betul, boleh je nak baiki sendiri, tak payah hantar kedai. tapi setiap yang aku ajukan permasalahan ni, semua suruh beli baru. hachum! bak mai duit korg, sekarang juga aku beli baru.

tengahari tadi, aku merenung fb. tanpa berbuat apa apa sehinggalah aku melihat satu gambar. sekarang nie kan pesen orang share gambar. dengar dengar ala ala macam tumbler. no idea. i dont have tumbler and never saw people with it. tapi sekarang aku memang suka share gambar gambar berkenaan yang bersangkut paut dengan hidup aku. dan gambar yang satu nie agak mengingatkan aku pada sesiapa saja yang sering bertanya. 'Lyne nak lelaki yang macam mana?' 'Apa ciri ciri yang Lyne nak kat lelaki?'. korg pasti selalu juga kan kena soalan yang macam nie. jangan tipu~


if you're looking for a boyfriend, above description might the best you wanna tell the world. but for me, i'm not looking for just an ordinary boyfriend. i'm looking for a man who can lead me in my home. menjadi ketua keluarga yang layak. menjadi pembimbing di kala setiap dari kami; isteri dan anak anaknya dihimpit permasalahan. memberi setiap yang perlu dalam menempuh hidup. mengadakan setiap persediaan agar anak anak kami sedia menghadapi hidup yang kita sendiri tahu banyak risikonya. bersandar di bahu aku dikala dia memerlukan sokongan. pegang erat jemari aku kerana dia yakin adanya aku, dia menjadi teguh dan kuat. dan bersama sama membina benteng keluarga yang sebetulnya. aku mahukan seorang LELAKI YANG DAH BERSEDIA MENJADI TUNGGAK DALAM SEBUAH KELUARGA. yang bersedia dari segi fizikal, jasmani mahupun agama. bukannya lelaki yang secara lisannya berkata sanggup sehidup semati, sanggup susah senang bersama, yang tegar menumpahkan airmata kerana wanita yang dicintai pergi meninggalkan, yang berhenti seketika dari suatu pekerjaan/permainan hanya untuk membalas sms dan seumpamanya. cukup la jika dia sudah bersedia menjadi seorang suami, ayah, pembimbing, pemberi nasihat dan membetulkan setiap yang salah. 

dan aku pernah membaca dalam suatu buku. lelaki selepas perkahwinan akan menjadi pendiam, lebih suka berkomunikasi sacara body language dan isyarat. sangat berbeza semasa bukan suami orang. suami jika memberi soalan 3 patah perkataan, isteri boleh menjawab dengan 3 helai kertas penuh jawapan, manakala 3 lori kertas punya soalan, suami boleh jawab dengan 3 patah perkataan. (sumber: buku tulisan Badrul Hisham Shari) jadi kenapa mengharapkan lelaki seperti di atas kalau akhirnya nanti, dia menjadi pendiam, menyampaikan sesuatu kepada kita melalui bahasa tubuh dan kemudian kita mula berprasangka yang dia dah berubah. lagi teruk kita tuduh dia ada perempuan lain dan tak sayang kita.

ok, itu je nak bebel arini. takda pun kuar berjoli. duit takdak dah! ha ha ha ~

notabersepah:
.. hujungnya pasti terselit sedikit sinar..


♥GIVE IT A CLICK IF YOU LIKE IT AND SHARE IT♥ ▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒

2 comments:

☻UsaGi NaNa☻ said...

sy ske baca bebelan org. tp x ske dengar. hihihi

►içéq◄ said...

nana:
hahha.. nasib baik aku bukan jenis suka bebel depan org sgt. ;P

Related Posts with Thumbnails