Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Cuba fikir elok elok

..anda rasa anda dah cukup bersyukur?..

Friday, December 2, 2011

Sequel mimpi aku. korang pernah?


tadi dalam twitter, aku bercerita pasal mimpi. jadi, ini aku pindahkan masuk ke sini. kan dah lama tak update blog. urmmmm

semalam, or sebetulnya pagi tadi. aku mimpi. mengingatkan aku dengan mimpi mimpi aku yang terdahulu. seolah olah bersambung. pernah aku cerita pasal mimpi aku yang dulu dulu tu?

first mimpi...
aku mimpi aku tunang. pakai cantik cantik. phewitttt! tapi yang peliknya, aku tunang pakai kebaya. or maybe just baju kurung moden. pelik. kenapa aku tunang tak pakai dress, ye dak? aku tengah tunggu orang, tepi tingkap yuuuuu. ke pintu sebenarnya ea? aku rasa tingkap kot. then datang seorang lelaki. dari belakang. aku pun senyum lebar lebar. tunang aku la tu kot. tapi muka dia tak nampak langsung haaaaaa. nampak badan ja. dah, sampai sini ja mimpi aku.

second mimpi...
aku mimpi aku pakai white wedding dress. waaaaaahhhh. aku ada impian untuk design baju wedding sendiri tau. dress kembang, long sleeve, white creamy, veil aku tak fikir lagi, kembang tak meleret, cukup sampai ankle ja. hi hi. design ja tau, bukan jahit. kang bukan jadi baju kahwin, jadi alas meja makan ja. huu. ok sambung. aku tengah tunggu kemungkinan-besar-groom-aku. tapi aku tak tunggu kat church, bukan kat rumah aku sendiri juga. rumah mertua aku kot. another kepelikan lagi di situ. aku tunggu dan tunggu. well, hidup aku memang salah satu hobi yang tersenarai adalah menunggu seseorang. ha ha. ini, aku gelak sinis. then datang seseorang in white tuxedo. tadaaaaaa. bakal suami aku kot. tapi aku tak nampak pun muka dia. kabur. misteri kan. later, aku tak mimpi pun upacara perkahwinan. and i dont even see a Father who should come to bless the marriage. urmmm. tengok tengok dah terjaga.
macam nie haaaa yang aku nak. ngeee


third mimpi...
mimpi ketiga ni aku mimpi, jeng jeng jeng. aku mimpi, aku dah ada anak. anak??! seingat aku, aku tak pernah lagi mimpi aku pregnant. tup tup dah ada anak. tengah menyusukan anak lak tu. pandai pula aku jadi mak ye. kui kui. aku dapat rasa anak aku comel. montel. tak macam pipi aku pun. ikut gene ayah ye. ha ha. dalam mimpi ni, aku rasa tak ada suami aku muncul. tapi ada ramai orang. and aku tak tau kalau aku kenal ke dak orang orang dalam tu. mimpi ni kejap ja. just mimpi susukan baby. tapi kan, kenapa aku rasa baby aku besar? errrrr~

forth mimpi...
haaaa. mimpi yang nie aku anggap mimpi ke empat as the sequel from the previous one. mula mula aku tak ingat apa apa pun. tapi bila aku cerita kat kawan kawan (perempuan kan suka bergosip) tiba tiba aku teringat balik kat mimpi mimpi aku yang lepas. eh? bersambung ka? tu yang aku teringat nak tweet then masuk pula dalam blog nie. so mimpi yang ke empat nie, aku mimpi aku kat rumah mertua. la la la la la. aku tengah makan ngan mertua. ada suami aku juga. then, habis makan. aku gaduh dengan suami aku. sebab, aku tak pasti. aku minta hp dia. aku tengok la inbox, call log. apa yang aku tengok dalam hp aku rasa kabur. tapi yang pasti aku tak suka apa yang aku nampak. suami lak dok minta balik hp, tapi aku tak nak bagi. siap lari lari lagi dari dia tak nak bagi balik. dia pula dok nak juga hp tu. macam sembunyikan sesuatu. last last aku tak puas hati, aku baling hp tu then aku sepak. sepak cam bola aku cakap kat kau. depan aku ada pintu, aku sepak masuk pintu. then aku jerit. "GOLLLLLL!!!!" gila bongok aku weis. jadi isteri perangai camni lagi?? aish! tapi yang aku respect gila. dia langsung tak marah. walau merengus pun tak. muka tak payah cerita, tak nampak pun. lepas aku sepak masuk gol hp, aku masuk dapur. bibik tengah masak air. tapi dah nampak jug teh atas meja. banyak pula bibik nie nak buat air. bila air masak, aku tutup api. aku masuk dapur lagi satu jenguk bibik. konon nak lari dari suami. merajuk la tuu. suami lak ikut ja belakang. sebab rasa kekok tengok suami dok ikut, aku pun cakap la kat bibik "bibik, saya buat air teh k". aku pun terus la ke tempat air panas tadi. tup tup, suami aku lak yang tengah bancuh air teh. eh?! cepat sungguh. tiba tiba aku terjaga sebab ada orang ketuk pintu bilik. eh, dah pagi. tengok jam. pukul 830. lab explosion pagi ni pukul 9. alamak! malasnyaaaaaaaa. haaa, masa nie la aku recall mimpi aku tu. aku ada keyakinan lelaki tu someone yang aku kenal. dari cara aku treat dia, dari cara dia sabar. sama. entah kenapa dalam mimpi tu feel aku kuat tu dia. sampai aku rasa memang aku nampak dia walaupun muka dia aku tak nampak pun. tapi bila dah bangun, aku pula "yeke tu dia tadi?".

notabersepah:
.. lab explosion arini, berlaku sedikit letupan. Mr Puan kata maybe sebab buang fuel oil dalam sink... dengar gak la tadi cam bunyi belereng meletup. pastu ada bau belerang. nie aku suka. ha ha. tapi then, hidung jadi sakit. rasa tak selesa gila kot.. 

♥GIVE IT A CLICK IF YOU LIKE IT AND SHARE IT♥ ▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒

2 comments:

☻UsaGi NaNa☻ said...

sy tahu siapa. cnfm bkn sy kan???siyes mimpi cmtuh ek. boleh lak smbung2.huhuhu~

►içéq◄ said...

nana:
a'a, mimpi yg saiko.. wuuuu~~~

Related Posts with Thumbnails