Ok, benda nie aku copy paste dari orang je tau. Sama sama la kita ambil sebagai pengajaran/tips atau apa sahaja untuk kita menempuh kehidupan yang macam macam nie. Terutama dalam yang sibuk bercinta. Yang sedang berbahagia atau yang sudah kecundang.
Kadang kadang dalam banyak banyak hal, kita tak sepatutnya menyalahkan orang lain dalam perhubungan kita. Sebab dalam kita tak sedar, mungkin salahnya pada kita. Cuba fikir, dalam kita nak yang terbaik dari dia, ada tak kita menjadi yang terbaik terlebih dahulu untuk diri kita seterusnya untuk dia. Dalam kita mengharapkan kebaikan dari dia, ada tak kita menghulur kebaikan waima sedikit kepada dia atau orang lain. Dalam kita menangis keesakan kerana dia tidak lagi memberi kebahagian kepada kita, ada tak kita fikir dosa kita yang terdahulu. Dan dalam kita mengharapkan kesucian dari dia, ada tak kita menjaga kesucian diri kita demi dia sebelum perkahwinan kita dengan dia terbina.
10 NASIHAT UNTUK ORANG YANG BERCINTA:
1. Janganlah kau membiarkan kemanisan bercinta dihirup sebelum engkau berkahwin dengan ‘si dia’.
2. Bercintalah kau dengannya sekadar sahaja. Kelak mungkin ‘si dia’ bukan jodoh untukmu.
3. Jika kau ingin berbahagia seumur hidup, tahanlah dirimu untuk berbahagia sebelum engkau berhak menjadi milik ‘si dia’.
4. Jika engkau menyintainya, binalah asas perkahwinan dengan tidak melanggar syariat-Nya.
5. Kebahagiaan yang kau lihat sebelum berkahwin hanya palsu, yang hakikatnya adalah selepas kau diijabkabulkan.
6. Jikalau engkau inginkan pasangan hidupmu yang terbaik dalam untukmu, maka engkaulah yang patut menjadi yang terbaik dahulu.
7. Membina keserasian sebelum berkahwin bukanlah dengan cara berdating, cukuplah sekadar engkau tahu apa yang perlu kau tahu.
8. Bercintalah untuk mencapai cinta-Nya.
9. Jika engkau masih belum bercinta, tahanlah dirimu untuk bercinta sehingga yakin cinta tersebut membawamu ke gerbang perkahwinan.
10. Jangan biarkan nafsumu dengan cinta yang tidak diterima di sisi Allah, kelak Allah akan tarik kebahagiaan darimu.
RENUNGAN UTK DIRI SENDIRI DAN UTK SEMUA :)
notabersepah:
.. ada di antara nasihat nie, aku pernah buat yang bertentangan. dan akhirnya bukan bahagia yang aku dapat. semoga kebahagia untuk aku itu tetap ada walaupun bukan sekarang. amin~
No comments:
Post a Comment