Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Cuba fikir elok elok

..anda rasa anda dah cukup bersyukur?..

Thursday, November 24, 2011

Setangkai Anggur dari Taman Syurga.

petang yang agak kedengaran bunyi tukangan di depan sana. construction. dari pagi sampai malam. tapi tak terasa mengganggu. mungkin kerana ianya bukan di depan mata. mungkin juga kerana sudah terbiasa.

arini masa banyak dihabiskan ke arah yang tak berfaedah. online. fb. game. tapi bukan 100%. mungkin dalam 30% digunakan untuk menyiapkan lab report yang perlu dihantar arini. 25% digunakan untuk bermain spider solitare. bila otak enggan berfikir, tangan sentiasa cenderung untuk menekan butang permainan ini. 5% digunakan pula untuk fokus kepada buku sudoku. lagi 5% untuk membaca, tak kira membaca buku atau article dalam internet. dan agak kecewa bila satu webpage nie tak boleh dibuka. masalah laptop barangkali. jadi kesimpulannya, 35% secara kasar, berada di fb. tanpa berbuat apa apa. hanya duduk menatap. ya, pembaziran masa. bila nak berubah, Tuhan je yang tahu. bila hati akan diketuk untuk menjadi yang lebih baik, Tuhan je yang tahu.

terdiam.

hantar lab report sekitar pukul 330pm. masuk Bangunan Yayasan Selangor dengan langkah yang agak pantas. berjalan keseorangan membuatkan kita kadang kadang enggan berjalan seperti itik. menekan butang lif, naik ke tingkat 6. tiada siapa siapa di office. langkah diatur menuju ke bilik Mr. Pua. agak sukar diselit di bawah pintu. pasti dah penuh timbunan kertas di sebelah sana. selesai. cepat cepat mengorak langkah ke lif untuk turun. tapi setiba di jalanan, hati terasa enggan melintas, enggan naik ke rumah. tapi otak gegaskan langkah untuk melintas. banyak kereta petang nie. dan aku, macam biasa dengan muka selamba melintas walhal kereta sedang bergerak tak henti.

balik. makan. baca buku. bacaan tersinggah di satu topik. tertanya tanya aku baca buku apa? yang pasti bukan buku Jangan Bersedih tulisan Dr. Aidh.

Setangkai Anggur dari Taman Syurga. bukan tajuk besar, cuma tajuk kecil.

 Jabir meriwayatkan bahawa, "Ketika kami tengah melakukan solat berjamaah bersama Rasulullah s.a.w., iaitu antara solat zuhur atar asar, tiba tiba saya melihat baginda seakan akan sedang memakan sesuatu, dan baginda terhenti cukup lama sebelum melanjutkan gerakan berikutnya dan kami pun demikian. Setelah selesai solat, Ubay bin Ka'ab bertanya kepada baginda, 'Wahai Rasulullah, kami belum pernah melihat engkau mengerjakan suatu dalam solat seperti yang kami lihat tadi.' Sasulullah s.a.w. lalu menjawab, '(Di pertengahan solat tadi) diperlihatkan kepadaku syurga dengan segala keindahan di dalamnya. Aku kemudian memetik setangkai anggur yang ada di sana dan memakannya. Aku sebenarnya juga bermaksud membawakannya untuk kamu semua, namun tiba tiba ia menjauh dariku. Sekiranya setangkai anggur itu dapat ku bawa ke sini maka walaupun seluruh makhluk yang berada di antara langit dan bumi ini memakannya, ia belum akan habis, bahkan tidak akan berkurang sedikit pun. Setelah itu, diperlihatkan kepadaku neraka. Ketika aku melihat nyalanya yang membara aku segera mundur ke belakang. Kebanyakkan penghuninya yang aku lihat adalah kaum wanita, iaitu yang apabila dipercayakan suatu rahsia kepada mereka maka mereka lalu mendedahkannya kepada orang lain; ketika orang lain meminta suatu kepada mereka maka mereka bersikap bakhil, tetapi sebaliknya ketika mereka meminta sesuatu kepada orang lain maka mereka bersikap memaksa."

bakhil. itulah point utama yang sebenarnya diutara oleh penulis. kedekut dalam erti kata lainnya. sebenarnya ada penjelasan oleh penulis, pendek tapi re-type yang atas nie je.

ok, itu je perkongsian arini.
♥GIVE IT A CLICK IF YOU LIKE IT AND SHARE IT♥ ▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒

No comments:

Related Posts with Thumbnails