tadi blogwalking kejap. jenguk satu blog nie, dari isnin aritu aku nak masuk blog dia. tapi kekangan internet kat office yang slow plus banyak sangat blocking plus faktor pakai mini notebook mungkin turut menyumbang tak boleh nak buka blog dia. so, arini teringat pula nak buka sebab tadi buka dashboard nampak link blog dia. dashboard blog tau, bukan dashboard kereta. o.0
aku buka blog dia dan aku scroll sampai ke page sebelah takat mana yang aku tak baca lagi. dia baru kahwin, so kebanyakan cerita pasal dia kahwin gak la. then aku stop kat satu entri nie. gambar dia kahwin, comel je. then aku baca apa dia type kat bawah gambar. tiba tiba aku rasa, sweetnya. aku suka apa dia cakap kat situ. nak baca? jap aku copy paste.
***
pedamping.
carilah seorang lelaki yang menerima kita seadanya,
untuk dibuat pendamping dunia akhirat.
jangan mencari seorang lelaki yang mendampingi kita kerana harta dan kecantikan fizikal.
aku dah dapat pendamping.
doa aku,semoga cinta dan sayang dia pada aku sampai bila -bila.
kalau dia satu hari nanti dia kalah pada ujian kesetiaan yang allah uji,
aku harap aku masih punya hati untuk dia.
harapan aku tinggi.
semoga dia berjaya harung ujian kesetiaan itu nanti sebab hanya dia yang aku harap pendamping di akhirat sana.
amin.
***
sebenarnya aku cetaktampal nie tak tanya pun owner blog. glup glup. sesukahati aku je kan. so, sorry akakkkkkkkk. kat blog akak nie tak ada chatbox, ke browser aku yang lambat loading tak tahu la. entri pula jauh ke belakang, so kalau aku komen, tak tahu kalau dia baca ke tak. so how? jap, biar aku letak link. kalau nak baca blog full, click sini. kalau nak baca entri yang aku cetaktampal, click sini. serious, aku sangat suka entri yang nie, especially ayat last before amin. *senyum lebar2*
pendamping. mula mula tengok tajuk entri nie kat dashboard. nak cite pasal antu ke? *giggle* semua orang nak pendamping, pasangan hidup. tipu aih siapa tak nak. tapi ada kawan aku awal awal dah kata tak nak kahwin. hurmm. tak pernah tengok orang sikh kahwin, bila dah dapat kawan sikh, tak nak kahwin la pula. *sigh* comel kan bila dengar orang kahwin muda. walaupun sebenarnya it's kinda scary. lalalala~
notabersepah:
.. aku rasa cam nak keluar, nak jumpa orang. tapi xtau nk jumpa siapa. ada siapa2 nak jumpa aku tak skg???..
.. dapat rasa impian aku nak kawen awal bakal terkubur.. xpe, God must have a better plan for me, amen. :)
No comments:
Post a Comment