Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Cuba fikir elok elok

..anda rasa anda dah cukup bersyukur?..

Monday, June 6, 2011

duit makan


arini nak bercerita sedikit pasal duit makan. kalau korg, berapa yang korg akan belanjakan dalam sehari untuk makan? RM5? or RM10? ke lebih? eh?

kalau aku pula..

dulu, tengah dalam sem ada la RM10. itu secara kasar. kadang kadang less than that. standard la. tengahari makan RM5, malam makan RM5. apa? banyak? uishhh. aku nie jenis wajip makan. tak makan maksudnya tak indah la hari hari aku. so mostly, i'll spend around RM10 perday for food.

itu dalam sem. sekarang nie aku luar sem. cuti la. so, cuti nie, aku kerja part time. cuba teka berapa aku spend untuk makan? hurmmmmmmmmmmm. lepas kira kira, tolak ini tolak itu, ada la dalam RM15. ha? banyak? agak la. aku pun terkejut. pagi aku breakfast, keluar duit. tengahari nak makan, keluar lagi duit. petang lapar and mengantok, beli sikit makanan and beli nescafe. malam habis kerja, makan lagi. so total up semua, sampai gak la RM15. banyak kan. mana la duit sekejap je lesap. *sigh*

so, 1 way aku nak kurangkan belanja makan, aku masak nasi sendiri. lauk je beli. lauk pun jarang dah beli sayur. serious, lama dah rasa tak makan sayur. >.< tang tu, boleh la save dalam RM1. nescafe pula, ha yang nie memang susah nak tinggal. dulu aku beli yang Giant punya, RM2. nak jimat beli yang bungkus dari kedai makan. selalu beli kat kedai makan tu charge RM1.80. ok la, even just kurang 20sen. awal awal kerja dulu, suka beli roti kat Giant. sekarang dah kurang. nak makan, terus makan nasi tengahari. jimat dah dalam RM2-RM3. awal awal kerja dulu pun suka gak beli makanan yang goreng punya, eg: nugget. beli mesti dalam 2 or 3 cucuk. 1cucuk RM1. sekarang bila dah tak beli, save dah dalam RM3 kat situ. kalau ada pun beli apa apa petang, selalunya beli kopok lekor or pisang goreng, kongsi dengan budak sama kerja la, sorg RM1. sekarang since aku balik sorg sorg malam, tak ada dah makan malam. habis kerja, terus balik. kat situ dah tersimpan lebih kurang RM5. aku rasa dalam tempoh nie, aku just belanja less than RM10. hebat tak? :P

itu tempoh aku kerja part time. sekarang kan aku praktikal. putrajaya. mahal la juga makanan dia. kalau compare dengan kat luar putrajaya, makanan dia up RM1. contoh; kalau kau beli nasi + ayam goreng + sayur, paling paling pun charge within RM3.50, paling murah kan, paling mahal pun ada la RM4. kalau kat sini, tempat aku praktikal charge dia untuk makanan yang sama is RM5. up seringgit. aku rasa dia kira ikut genap. ayam dan ikan, semua jenis masakan RM3. so, bila bayar, bayar dalam RM4 or RM5 camtu la. walaupun mahal sangat tapi senang la nak kira, tak payah pakai syiling semua. bila fikir, tak boleh nak save nie, ada kang aku makan pasir. so, aku dengan intan plan nasi masak sendiri. means beli lauk je la, sama macam masa aku part time aritu. tapi belanjawan kali nie lebih kurang macam masa aku dalam sem la. around RM10. beli ayam/ikan + sayur = RM4, kalau makan belah malam, maybe dalam RM4-5. air semua tak payah, sebab kat office boleh bancuh air. air free, nescafe, milo semua dah ada. aku je gedik nak bawa nescafe 3in1 pergi office *tongue* itu kalau malam ada makan, kalau makan siang je means just spend less than RM5 for food perday. wow! harap harap boleh jimat la weis!!

*bila dah hidup macam nie, baru sedar, penting kira duit nie. tak boleh belanja suka suka hati korg. belanja suka suka hati, ambik korg makan pasir kat umah.
*lagi satu, mesti teringat pesan mama izni kat dia, "kak urn tak payah la makan mahal2, makan murah2 cukup la". adoi, terasa aku. haha~

notabersepah: 
.. xdak duit dah sekarang, cukup2 wat makan je ;(




♥GIVE IT A CLICK IF YOU LIKE IT AND SHARE IT♥ ▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒

2 comments:

NOOR FATIN said...

betol tu. masa aku kat asrama, baru la pandai nak jimat duit, makan lauk sikit2, jimat2, hahaha. baru tau betapa pentingnya duit dan xleh boros2, amik makanan sesuka hati. hehe

rindu kamu yunkk

►içéq◄ said...

fatin:
kan? dulu xreti2 nk berjimat, skg ambik kau! hahaha. nak makan lauk apa pun pk byk2 kali dlu.. ekeke

miss u tooo la cayunk! <3
-iceq-

Related Posts with Thumbnails