Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Cuba fikir elok elok

..anda rasa anda dah cukup bersyukur?..

Friday, June 24, 2011

pagi yang sayu


bangun pagi.
celik je mata. teringatkan perihal semalam. banyak. bukan ingat satu perkara je. ah, bodohkan. tengok hp, ada sms. *terus capai hp, sbb teringat xreply lg msg kakak ipar* aku agak lembap kalau texting in iban. sebab kadang kadang aku tak tahu ejaan dia macam mana. bercakap memang senang, tapi kalau aku iban campur malay la gamaknya. macam iban celup pula. jangan la nanti anak aku tak pandai cakap iban, ye dak.

siap-siap ke office.
dah siap semua, baju pun baru iron pagi ni. cakap kat intan, 'intan, aku turun dulu'. sekarang turn BGP menyumbang bakti membawa kami ke tempat praktikal. aku turun, panaskan kereta, buka radio-satu kemestian, dan aku termenung lagi.

*alamak, sakit perut la pula. g toilet sat*

*sambung*

petang semalam.
izni sms. 'lyne, jom g s.alam arini.kte mkn pizza.hehe'. fikir punya fikir, tanya intan, intan kata tak tahu. masing masing tak tahu jalan. pastu tanya min, minta teman. bagi pula banyak alasan. last last, aku lak bengang. 'dahla, takyah g! berkira sangat!'. terus hilang mood aku. lari ke pantry, minum teh. lately nie, aku senang nak marah, senang nak bengang. benda kecil macam nie pun aku rasa sakit hati je. aku sms izni, 'xtau la nak g ke x. tkot xsempat la..'. bila fikir balik, memang tak sempat. dorg nak buka puasa. ktorg pula paling awal keluar ofis pukul 5. kalau budak laki nie tak nak ikut, kena hantar dulu dorg balik kolej. sampai kolej almost 6 dah. jalan nak keluar bangi nie yang jammed teruk. kalau dari ofis terus ke sana maybe tak ada masalah sebab boleh terus jumpa tol. sampai sana mesti dah maghrib dah. pastu balik, mesti dah lewat. esok kerja lagi. masa balik, nak ke parking, memang aku tak cakap pape. memang aku tunjuk muka tak puas hati. selalunya bila sampai kat kereta, aku keluarkan kunci dari beg, aku pandang faiz, pastu aku pandang min. signal, siapa nak drive balik nie. tapi petang tu, aku nonong je pergi kat seat driver. dah buka pintu, baru faiz kata biar dia yang drive. on the way, min dapat call. dari adik dia. mak dia pengsan, jantung terhenti. aku dengar tapi aku tak pandang pun masa dia cerita sebab aku tengah bengang lagi. lagipun, ingat tak ada apa apa. sampai kat bilik, faiz call intan kata mak min dah meninggal. aku jadi speechless. petang tu juga dia balik.

tengahari semalam.
lunch hour. dorang ajak turun beli makanan. masa keluarkan purse baru teringat, aku tak ada duit. tinggal sen je ni, lupa nak withdraw. aku tanya siapa nak jadi sugarmummy aku. semua pandang, sebab masing masing bawa duit cukup cukup. intan suruh min pinjamkan, tapi min bagi alasan. aku kata, 'tak payah la!'. faiz gelak gelak, dia nie tak payah minta pinjam, selalu pun duit cukup cukup makan dia je. min, 'hek eleh, majuk lak dia. nah ambil la'. aku pun marah, 'aku tak nak pinjam duit kau, aku nak duit intan'. tapi intan pula tinggal rm2 T_T.

kat pantry pagi nie.
masuk ofis, terus sambung kerja semalam. dah sambung apa yang patut, dah start wiping, aku pergi pantry. arini, pantry sunyi. bancuh nescafe, duduk sorang sorang. tiba tiba rasa sayu. semalam rasa cam tak patut pula aku kasar dengan dia, nak nak pula lepas tu dapat khabar yang tak disangka. mak meninggal tak sama dengan orang lain meninggal. aku pula yang rasa nak menangis. airmata dah bergenang. teringat 7 tahun dulu. bila orang yang kita sayang meninggal, pastu tak sempat pula nak jumpa, memang sampai bila bila kita tak kan percaya yang dia dah meninggal. izni cerita kat intan, dila nangis nangis je masa bagitau kat dorg yang duduk shah alam. *terdiam* aku yang setakat kawan sekelas pun rasa sebak, nie kan pula dia, mak bf dia tu. papepun, kita doakan yang terbaik untuk dia.

sedih sedih macam nie, rasa nak jumpa dia. sebab aku tahu, tengok muka dia baru aku rasa lega. hp dah pegang. tapi aku fikir lagi, nak buat apa. karang tak pasal pasal pula awek orang ngamuk dengan aku. aritu pun dah ada couple gaduh sebab aku pergi sms bf dia. adoi. aku kalau sms orang, bersebab sayang. bukan saja saja nak msg dia berborak. ini yang aku tak suka kawan dengan orang yang dah ada gf. petang nie dah la intan balik. tinggal aku sorang sorang dalam bilik. kak syima pula sampai malam. maybe aku patut  luangkan masa petang nie mandikan BGP. budak busuk nie dah kotor sangat.

*adoi, gedik la device nie. dok canceling canceling je, cuba la smooth macam semalam.. kalau macam nie, sampai minggu depan pun tak siap nak buat wiping nie semua.. grrrr!
notabersepah:
.. tabahlah hati.. musim hujan sekarang, sampai masa akan muncul juga pelangi yang mewarnai hidup.. :)
.. xsabar tunggu esok, nak g bentong, jumpa orang kesayangan. berharap esok adalah hari yang baik baik je.
.. dpt sms dari izni kata nak datang sini petang nie.. lega~


♥GIVE IT A CLICK IF YOU LIKE IT AND SHARE IT♥ ▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒

No comments:

Related Posts with Thumbnails