Hari kedua.
Hari kedua nie, masuk macam biasa. Shift pagi nie, kena kemas kemas pula bahagian freeze. Tak tahu sangat nak buat apa, just tolong tolong la. Then, supervisor suruh susun bahagian sejuk yang letak sayur etc. habis kat situ, aku pergi kacau norli tengah check roti. Tiba tiba ada sorg nie panggil, suruh buatkan kobis. Gila banyak weis~!! Buat kobis tu start dari pukul 9++ sampai pukul 12. Pukul 12 rehat. Then ada akak nie pesan, lepas rehat masuk timbang *yeay!* ganti staff yang nak rehat.so, aku pun g rehat dengan sorg staff nie. Then baru bermula peranan aku. Tapi aku tak timbang la, tolong seal plastic beg. Nak timbang, kena tahu bar code. Haaa, part nie la yang sengsara sikit. Dia kata, kena ingat semua bar code. Sebab sikit je barang yang ada kat button timbang. Korg boleh imagine kan machine timbang dia macam mana? Kat sini aku dah rasa sikit beban dia. Come on la weis. Aku nie baru je lepas habis exam, baru je nak rilek otak dari mengingat things. Tup tup, masuk kerja part time kena mengingat lagi. In one week lak tu. Kalau tak ingat, kena marah. *hantuk kepala* tapi aku fikir, just give it a try la dulu. Tak cuba tak tahu kan. Maybe senang je kerja nie. So kerja sampai petang, pukul 6. Kerja sealing je, then try belajar tengok macam mana dorg timbang. Try ingat mana mana code barang yang customer selalu beli. Balik petang nie, terbongkang lagi atas katil. Sakit kaki! Berdiri macam non-stop dah nie. -.-
Hari ketiga pula aka hari last….
Hari ketiga, as usual. Punch masuk. Ada meeting pula. Meeting staff. Semua staff yang ada gather and ktorg staff baru introduce ourselves. Kat sini, timbang kena hentam, especially from cashier. Kata timbang salah laa, ada barang tak seal la. Habis meeting nie, meeting antara staff timbang sekali dengan supervisor. Kena lagi. dia warning, pasnie tak nak dengar timbang kena hentam. And kalau ada salah timbang, dia bagi memo. Again, beban makin memberat. Oh my. Aku pandang norli, norli pandang aku. Hari ni, kerja macam biasa, macam semalam. Tapi kali nie, ktorg dibagi chances untuk try timbang. Tukar tukar la. Kalau customer dah queue panjang, staff lama ambil alih. Sambil sambil tu borak juga la. Dorg cerita, kalau queue panjang, manager marah. So, kena cepat. Kalau salah timbang, kena marah juga. Dorg pesan juga, dah timbang tu, check dulu harga betul ke tak. Means tak boleh la nak super duper cepat la kan. Then ktorg fikir, kalau macam tu, memang queue akan panjang la. Kenapa pula manager nie nak marah. Korg boleh faham tak apa aku cakap nie? Nak pastikan harga betul, kena belek dulu tanda harga. Means gonna take time la kan. Bila take time, queue probably jadi panjang. Manager nie pula, marah kalau queue panjang because customers gonna wait longer, marah juga kalau kita salah timbang. So, benda nie menimbulkan dilemma untuk ktorg yang newbie, yang still banyak lagi tak ingat. Aku ok sikit la, sebab bila queue panjang je, staff lama ambil alih so memang tak ada masalah pun dengan customer. Norli aritu kena tegur dengan customer. Since ada certain barang ktorg tak tahu nama. So, customer tu tegur dia tak kan tak tahu nama sayur tu. Dia tak nampak kot norli pakai tag ‘New staff’.
Balik kerja pukul 6, cakap dengan norli “tak boleh la kerja nie, tak larat nak mengingat”. Maka, ktorg pun teruskan perjalanan ke Warta sebelum ke kedai makan. Misi: cari kerja baru. Pusing pusing Warta, naik tingkat 1, Nampak iklan lekat “JAWATAN KOSONG”. Mula mula usha stall jual baju budak budak. Gaji ok, kerja jaga stall je. Then, ktorg usha lagi satu kedai baju. Gaji rendah sikit. Kerja serve customer. Then, ktorg tengok lagi satu kedai. Kedai kasut. Mula mula, segan nak masuk. Norli la yang pergi tanyakan. Terus jumpa bos. Bos lak tanya bila boleh start kerja. Uih, gaya cam senang je nak dapat. Sama macam orang lain, semua nak yang kerja lama. Ktorg kata boleh kerja sampai bulan 9. Bos lak kata, dia memang perlukan pekerja sampai atleast raya sebab memang dia urgent nak pekerja. Pekerja langsung tak ada. Yang ada sekarang nie pun, dia pinjam kejap dari kedai beg dia. Bila dengar dia cakap camtu, rasa cam tak sampai hati lak sebab ktorg plan sebenarnya nak kerja sebulan je. Sebab 1month later, ktorg nak praktikal dah. So, norli pun terus terang, bulan 6 maybe nak berhenti sebab ada program uni. Bos kata tak apa, kerja je dulu sementara dia cari pekerja tetap lain. So, ktorg akan start kerja esoknya, and no more econsave!!!!
See you at next entry!
notabersepah:
.. updating blog in the office again, using notebook.. sigh~ tak reti la pakai notebook. i want larger laptop!!!!
No comments:
Post a Comment