Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Cuba fikir elok elok

..anda rasa anda dah cukup bersyukur?..

Monday, June 20, 2011

kegunaan CCTV (assignment Tn Syed)

Kegunaan:

1. Pengawasan

Sebagai pengawasan di perumahan, bangunan pejabat, lapangan terbang dan premis perniagaan seperti bank dan pusat membeli belah. Untuk merekod aktiviti sekitar kawasan tertentu. Jenayah seperti kecurian yang berlaku direkod dan pelaku boleh dikenalpasti.

2. Industri

Proses industry yang membahayakan nyawa pekerja memerlukan pengawasan dari jauh. Antara kamera yang digunakan adalah line scan camera dan thermografic camera yang membolehkan operator mengukur suhu. Penggunaan CCTV dalam industry mungkin diperlukan dari segi undang-undang.

3. Memantau lalulintas.

Kegunaan CCTV dalam lalulintas adalah untuk mengesan kesesakan dan kemalangan. CCTV juga dipasang untuk mengesan salah laku pengguna jalan raya seperti melanggar lampu isyarat. tetapi CCTV tidak berfungsi sebagai perangkap halaju.

4. Keselamatan pengangkutan awam.

CCTV digunakan untuk memudahkan operator mengendalikan pengangkutan awam. Contoh, operator boleh memastikan penumpang tidak berada di pintu semasa operator menutup pintu tren dan tidak membahayakan penumpang.

5. Kegunaan undang-undang

Digunakan di balai polis atau mana-mana agensi yang mengendalikan soal siasat. Merekodkan sesi soal siasat secara visual yang boleh dikemukakan di mahkamah. Juga sebagai langkah berjaga-jaga pihak berkuasa tidak menyalahgunakan kuasa menyoalsiasat.

♥GIVE IT A CLICK IF YOU LIKE IT AND SHARE IT♥ ▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒

2 comments:

Balqis Riza said...

keburukan cctv??

►içéq◄ said...

bal:
hurmm.. xcari yang tu.. ehehe

Related Posts with Thumbnails