Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Cuba fikir elok elok

..anda rasa anda dah cukup bersyukur?..

Friday, June 3, 2011

cerita praktikal, siri 1


haluu~~
rindu tak? dah lama tak update kan. agak pemalas la sekarang ni. habis sem terus kerja part time, sekarang nie pula, weekdays praktikal, weekend buat part time.

untuk pengetahuan semua, aku dah start praktikal. setelah sebulan tunggu after habis sem, akhirnya hari nie pun tiba. apa yang berlaku sebulan nie, aku akan letak dalam blog, cerita aku ber-part time. tapi bukan sekarang la. agak malas sebenarnya nak menulis. kinda busy. balik bilik, penat. kadang kadang, sampai kolej petang terus tido. masa nak on9 agak terhad la. ini pun aku tengah typing dalam pejabat. nasib baik blog boleh buka. just facebok and twitter kena block. even nak buka email yahoo pun tak lepas. aihh~

itu cerita secara general. secara spesifik pula, meh nak cerita hari pertama.

hari pertama praktikal.
bangun agak lewat sikit. alarm tak dengar -.- itu pun intan yang kejut. pukul 630 kot bangun. terus mandi and siap siap. gerak pukul 7, almaklumla first time nak melayari jalan putrajaya di waktu pagi; waktu yang mana semua orang drive ke tempat kerja. so, takut jammed plus memang tak nak lewat untuk lapor diri, gerak la awal awal.

sampai kat pejabat, pukul 720. 730, ada orang turun jemput ktorg, Tn Ridhuan. owh, lupa nak bagitau. it's 4 of us yang praktikal kat sini. pegawai nie datang dan bawa ktorg naik ke pejabat, tingkat 6. before naik, hp ktorg semua kena off and seal. means seharian tanpa hp. nasib baik la aku takda siapa siapa nak msg, xdak la terasa sangat *gelak kat dorg* dah naik kat atas, baru tahu supervisor yang incharge ktorg tak sampai lagi, nanti pukul 830 baru dia datang jumpa ktorg. ktorg pun disuruh turun cafe dulu, breakfast. sampai kat pintu utama, terjumpa pula dengan tuan supervisor. dia pun suruh pergi breakfast dulu, 830 baru naik jumpa dia. i can say, our starting hour kinda chill la.

8++ ktorg dah naik. rasa macam agak lama duduk kat cafe. aku makan kuih and teh tarik. itu pun tak habis, bawa naik je. yang lain ada yang makan nasi lemak, ada yang makan mee.  nak naik kena pakai pass, so kena la panggil pegawai yang 1st jemput ktorg turun untuk bawa ktorg naik balik memandangkan ktorg belum ada pass. naik atas, tak 830 lagi. so duduk borak borak je la kat bilik mesyuarat. sharp 830, supervisor pun masuk. introducing nama masing masing, tuan supervisor pun bagi taklimat. habis taklimat, lawat aras bawah sekali. yang menemptkan bilik soal siasat, bilik kebal, lokap pun ada. then, baru dia bawa pusing office aras 6 yang menempatkan pegawai. siapa pegawai yang ada, dia perkenalkan.

habis semua tu, tengahari dah. so, lunch dulu. petang tak buat apa apa lagi. so, just bincang apa yang ada kat pejabat. apa peranan setiap pegawai. bincang juga pasal tawaran kerja JPA. harapan dorg kalau ktorg nie nanti after grad kerja kat sini. kalau ikutkan memang la nak kerja kat sini, tapi masalahnya semua tawaran bekerja JPA yang hold. >.<

then, ktorg balik. sama macam orang kerajaan yang masuk kerja pukul 8, ktorg balik pukul 5. kalau pagi tadi, aku yang drive, balik nie faiz yang drive. dia volunteer. aku pun ok je, penat gak rasa walaupun tak buat kerja.

sampai kolej dalam pukul 6. basuh muka, terus landing atas katil. PENAT! tidur macam tak ingat dunia. bangun pukul 8 tengok hp, ada msg dari bos kedai kasut. tanya kerja tak weekend, adoi tak dan nak reply. tunggu jumpa dia je la. so, 830 pergi mandi after on9 kejap. almost 9, keluar nak hantar BGP pergi mandi then singgap jap kat kedai kasut jumpa bos. kesian dia, pekerja lari, yang lagi sorg excident. tinggal sorg je pekerja tolong dia. esok kena bangun awal lagi. harap harap mampu bertahan selama dua bulan. 2 tahun mendatang,  im gonna face this for the rest of my life!! =.=

*sekarang aku update blog pakai laptop cawangan. susah la, tak biasa pakai laptop lain selain laptop sendiri. adoi.
*mesti korang tertanya tanya aku praktikal kat mana. nak teka tak?
*ada masa aku update hari kedua, hari ktrg dibagi task. *wink*
*so here, i can say again, our 1st day is just fine, chillllll je! :D
*sejuk cam gila la pejabat nie!!

notabersepah:
.. doakan yang baik baik ok untuk praktikal aku ni. :)


♥GIVE IT A CLICK IF YOU LIKE IT AND SHARE IT♥ ▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒

2 comments:

Unknown said...

jpa yg hold eh nnt?

ai tau u LI kat mner.nk cakap x? hihi

weekend pun keje.mmg kayalah nnt ye~ haha

►içéq◄ said...

syira:
ye r.. xleh kot nk sign kontrak trus ngn gov.. klo swasta lain cite la.. wekkkk, jgn gedik nk gtau :P
kaya r, haha~

Related Posts with Thumbnails