Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Cuba fikir elok elok

..anda rasa anda dah cukup bersyukur?..

Friday, April 22, 2011

merekalah madu, merekalah penawar.


aritu buat status kat skype.. 'adakalanya ramai kawan pun xguna juga, walaupun merekalah madu, mereka jugalah penawar'.

kemudian ada kawan tanya,
'bkn ke mereka yang racun n penawar??'

this exam week, kinda makes me emosionally unstable. sikit2 nak touching, sikit sikit nak merajuk, sikit sikit nak marah, sikit sikit nak nangis. cengeng!. yang jadi mangsa adalah kawan kawan. itu yang sampai terkeluar status macam kat atas. status tu memang sengaja buat ayat macam tu. sebab, seteruk mana saya marah, seteruk mana saya berjauh hati, sekerap mana mereka hilang bila saya perlukan mereka, kawan kawan saya tak ada yang jadi racun, cuma madu. setakat ini kecuali seseorang. ya, ada seorang yang dah jadi racun dalam kamus persahabatan. *mantap dop ayat nih? hah!* selama 22 tahun hidup nie, tipulah kalau kata tak pernah gaduh dengan kawan. dari zaman sekolah, pernah je menangis kerana kawan. kat uni, apatah lagi. sampai bengkak mata gaduh. tapi seteruk mana gaduh, seteruk mana kena tikam belakang, seteruk mana marah, mereka terutamanya kawan sekelas tak pernah jadi racun atau duri yang mencucuk maruah atau menjaja persahabatan. walaupun adakalanya memang sakit hati juga dengan certain perkara, tapi mereka nie tak pernah tak menghargai kawan masing masing. susah senang tetap ada. walau bukan semua ada, tapi sekurang kurangnya ada seseorang yang di sisi. meneman di kala perlu, mendengar di kala sedih. memang ada yang menghilang di kala kita perlu tapi akan kembali untuk sesuatu yang lain.

*korek entry lama lama..

kawan kawan yang selalu ada dengan kita. yang hampir setiap hari di depan mata. adalah kawan kawan yang berpotensi buat kita marah. mungkin juga sakit hati. saya jarang nak marah marah. cuma selalunya berjauh hati & kawan yang sering buat saya rasa berjauh hati adalah kawan sekelas. ye la, kalau kawan yang kenal on9 or selain sekelas, camne nak kecil kecil hati, jumpa pun tak. tapi perasaan sayang tak pernah hilang. memang kebelakangan ni, selalu sangat merajuk. tapi bukan senang nak merajuk lama lama dengan orang yang setiap hari kita jumpa. apatah lagi itu kawan yang selama ini nampak jatuh bangunnya kita. sedangkan keluarga sendiri pun tak melihat susah senang kita di sini. sebab tu kalau ada rasa macam nak bengang, mesti cepat cepat jauhkan diri. sebab tak nak nanti marah betul betul. kalau once dah marah, muka orang tu pun saya tak nak tengok dah, nak bercakap apatah lagi. tak hingin langsung aih! macam case yang dulu tu. tapi sebab sama sama belajar satu kelas, sekolej juga, akhirnya hubungan tu ok. 2minggu gaduh, seminggu diperlukan untuk ktorg kembali bergurau senda. sebab tu juga saya tak suka marah orang, nanti jadi kekok. ada juga yang gaduh sebab perkara kecil. darah muda. gaduh & berbaik. kenangan semua nih. kadangkala memang terlupa, tapi sebab ada simpan semua tu dalam blog so akan ingat balik bila korek korek entry lama. *senyum*

kawan kawan yang saya ada, walaupun nampak macam tak penting tapi dalam hati mereka tetap penting. mereka seolah olah mempunya suatu kuasa di muka mereka. yang mana apabila kita pandang, segala sakit hati, amarah, sedih pasti hilang. gelak ketawa mereka seperti music yang indah. kadang kadang dengan hanya melihat nama mereka di notification fb pun boleh buat tersenyum. sebab tu dengan kawan kawan, kita jarang bersedih. sebab tu dengan kawan kawan baru saya merasa hidup yang bahagia, baru merasa hari hari yang 'alive'. dengan kawan kawan sahaja kita merasa suasana gelak ketawa yang bagai nak gila, gurau senda yang bodoh, sakat menyakat yang menghiburkan. mereka sentiasa jadi madu, sentiasa bagi kenangan manis. sentiasa jadi penawar untuk semua kesulitan. ye, ini yang saya rasa & berlegar dalam kepala bila setiap kali saya pandang tenung muka korg! walaupun hanya berhubung melalui twitter or fb, bukan secara nyata tapi kemeriahan berkawan tetap terasa. bilamana mereka beramai ramai di twitter & fb, bergurau senda, memang tergelak sorang sorang depan laptop. jadi, bila mereka senyap, tak berjumpa di luar atau tak tweeting, terasa ada kekosongan, terasa ada sesuatu yang tak lengkap. nanti masa cuti, mesti saya jadi lonely ranger lagi macam aritu. sorang sorang di twitter, sorang sorang di kolej. *menangis*

*to one of my deary friend, thanks. lots of thanks. kau dah tunjukkan kat aku bagaimana rasanya ada kawan yang tak pandai menghargai orang lain. selama nie, aku tertanya-tanya juga apa perasaannya punya kawan yang macam nie. tak sangka pula aku akan dapat pengalaman tu dari kau. terima kasih banyak-banyak. sampai mati aku akan ingat.

notabersepah:
.. dalam masa beberapa hari yang sibuk dengan paper Teknologi DNA Forensik, sempat siapkan 3 entry termasuk yang sebelum entry nie.. memang xdak kerja kan.. now, 1 paper left!!!


♥GIVE IT A CLICK IF YOU LIKE IT AND SHARE IT♥ ▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒

2 comments:

.: Cik Lynot :. said...

twitter dh jd mcm chat room..haha

►içéq◄ said...

lina:
tau xpe.. byk ag tpt lain, twitter juga tpt nk borak2, nk bincang pasal exam, nk tanya pasal kelas, nak ajak kuar mkn.. haha..

Related Posts with Thumbnails