Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Cuba fikir elok elok

..anda rasa anda dah cukup bersyukur?..

Sunday, April 17, 2011

PERBELANJAAN


tengahari yang sepoi-sepoi bahasa & penuh bahang, kami menjamu selera di satu kedai yang agak familiar (apa ntah familiar in malay) di Bandar Baru Bangi, Seksyen 1. makan & makan sampai kenyang. di sini saya bersama, cik mantan timb bendahari srmukm & mak ikan kesayangan sy.  selesai makan, kami bergosip sebentar. jadi, topik gosip yang bertuah adalah salah satunya 'PERBELANJAAN LELAKI & PEREMPUAN'. bagaimana topik ini berbangkit, tidak lah pula saya pasti. di sini, cik mantan timb bendahari srmukm membangkitkan 'aku memang tak suka lah kalau lelaki ungkit kenapa perempuan berbelanja lebih'. beliau pun meng-list-kan beberapa perkara atau benda yang mana makhluk cantik ciptaan Tuhan perlu beli tetapi tidak untuk makhluk kacak ciptaan Tuhan.

1. tuala wanita.
- setiap bulan, makhluk cantik ciptaan Tuhan akan mengeluarkan satu perbelanjaan khas untuk membeli tuala wanita. sila ambil nota, tuala wanita sangat mahal ye tuan-tuan & puan-puan. paling murah kita boleh jumpa mungkin dalam lingkungan harga rm3++. kalau jumpa brand yang murahan sikit, ada la juga dalam RM2. tapi kebiasaannya yang murahan ini ada banyak kekurangan yang menjadikan ia bukan pilihan utama makhluk cantik ciptaan Tuhan ini

2. tudung
- ini untuk makhluk cantik ciptaan Tuhan yang beragama Islam ye tuan-tuan & puan-puan. katanya si penglipur lara, mana nak cari tudung macam-macam kaler, mana nak beli tudung yang matching dengan baju lagi. jadi, agak payah jika membeli satu tudung & tidak akan membeli tudung salam masa satu tahun. sebab mesti akan ada baju yang baru dibeli yang tak sesuai dengan tudung yang ada.  tudung pun mahal gak kan. kan? sebab selalu juga ikut kawan-kawan jenguk kedai tudung. phewit! mahal gila! kalau beli McD, dah boleh dapat doublecheese burger set medium.

3. seliper
makhluk kacak ciptaan Tuhan, kalau ada satu selipar sudah cukup. itu selipar nak pergi toilet, itu juga la selipar nak wat jalan-jalan pergi makan kat kedai mamak. betul tak? kalau tengok, macam tu la. kalau makhluk cantik ciptaan Tuhan pula, jarang nak tengok itu selipar toilet, itu nak pakai pergi makan kat McD atau iceroom. jadi, dalam simpanan mereka akan ada lebih dari sepasang sepatu. bukan kehendak yang dituruti tapi keperluan. bayangkan sudah bekerja, tak kan nak pakai selipar tali-tali kat depan turun kerja kat office? kalau tengok mesti pakai heel atleast 2 inches, bertutup. formal beb formal. kalau jalan-jalan, lelaki pakai sport shoe pun ok dah, either nak jalan-jalan kat mall, kat tepi pantai, kat taman. kalau perempuan, tak kan nak pakai heel 4 inches pergi joging atau pakai sport shoe jalan-jalan kat mall tapi pakai dress. eh?

4. barang makeup
- perempuan. sinonim dengan barang makeup. alatan solek, itu nama dia dalam malay kan? walaupun ada makhluk cantik ciptaan Tuhan yang kita jumpa yang tak pakai makeup tapi still, makeup adalah sesuatu yang terlalu biasa dengan manusia bergelar perempuan ini. tak kan lari. kalaupun tak nak pakai, tapi nanti masa kerja mesti pakai. kalau tak bos marah, sebab nampak selekah tak pakai makeup. well, kerja office, formal. *sarcastic* nasib baik dah biasa pakai makeup, kalau tak mau jadi badut bila tiba-tiba nak kena pakai makeup nanti. lelaki pula, tak payah langsung pakai makeup. kalau pakai juga, hurm, fikir-fikir lah sendiri ye.

itu antara hujah-hujah daripada saudari mantan timb bendahari srmukm yang saya ingat. kalau dikorek & ditimbang tara, banyak lagi sebenarnya. kebanyakan barang-barang di atas merupakan keperluan, bukan kehendak semata-semata seperti setengah manusia suka dok complain kata perempuan nie boros. memang ada sesetengahnya yang boros *sambil pandang muka sendiri kat cermin* tapi kalau kita tolak perbelanjaan yang bukan-bukan & kita ambil kira perbelanjaan yang perlu, perbelanjaan perempuan akan tetap mendahului perbelanjaan lelaki dua kali ganda. 

aihh, dahla. malas dah nak bercerita panjang2. DNA banyak tak baca lagi. exam nie haa jumaat depan!

notabersepah:
.. makan kol 2 tadi, kol 430 dah lapar balik. APAKAH?!


♥GIVE IT A CLICK IF YOU LIKE IT AND SHARE IT♥ ▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒

4 comments:

~cAhAyA kEmUL!aAn~ said...

perempuan perlu ade bnyk baju..
bkn sbb nafsu sgt..
tp laen majlis laen etika berpakaian..
lelaki tshirt g jogging pn bole wt g mall n mkn knduri..senang kn..huhu

►içéq◄ said...

fadh:
betul2.. tu lg difference between male female.. baju..

Balqis Riza said...

1. tuala wanita..
true..mahal..kalau kapas shj, memang la 2rgt..hahaha..

2. tudung..
esp now bl fesyen duk lilit kepala smpai takleh bernafas..hahaha..tp tudung ni ikot niat..kalau pakai tudung utk fesyen, mmg la byk belanja...kalau ikut wajib, tudung yg betul tu takde mahal mane..

3. selipar..NO KOMEN :D

4. barang make up
ho yeah!! hahahaha

overall, being a woman is not easy..

►içéq◄ said...

balqis:
yerp, so not easy.. haha..

Related Posts with Thumbnails