Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Cuba fikir elok elok

..anda rasa anda dah cukup bersyukur?..

Friday, April 8, 2011

ada maksudnya bila kesenangan ditarik balik.


seorang kawan bercerita suatu masa dulu:

seorang kawan lelaki baru je kehilangan barang berharga. secara tepatnya, dicuri. dicuri dari dalam bilik & xdiketahui siapa pelakunya. kalau xsalah, yang hilang adalah kasut yang berharga ratusan ringgit. nasib baik slr kesayangan & laptop berada di dalam beg & beg tersebut khabarnya di dalam almari. maaf kalau ulangan cerita sy nie salah. kurang ingat jalan cerita sebenar. kawan lelaki ini tertidur kerana keletihan & xmenyedari pintu bilik terbuka xberkunci lantas mengundang kehadiran orang luar yang mengambil barang yang nampak di depan mata. setelah menyedari kehilangan & berbuat apa yang patut, beliau menelefon ayah tersayang. dikhabarkan apa yang telah berlaku. kemudiannya, ayah beliau berkata, 'kau bila last bagi derma kat orang?'. terdiam.


#########################################################

*semester 2 tahun 3 ini, banyak perkara dah berlaku. banyak sangat. mungkin Tuhan nak tunjuk kat aku makna susahnya hidup. jadi Dia tarik sedikit rezeki, tarik sedikit kesenangan. Dia datangkan susah dalam bentuk yang aku sendiri xterfikir. Dia ajarkan aku perlunya merasa susah agar aku lebih menghargai hidup. xselamanya kita senang, xselamanya kita berteman, xselamanya hidup sentiasa ceria. belajarlah merasa hidup susah agar kau kuat menempuh masa depan yang masih kabur takdirnya. agar kesusahan di masa depan rasanya hanya seperti digigit semut. mungkin Tuhan juga mahu tunjukkan; berilah. memberi sememangnya lebih baik dari menerima. bila kau memberi, pasti ada yang Tuhan ganti. walau bukan dalam bentuk yang sama, tapi pastinya berganti. kalau ganti xberganda, setimpal sudah tentu. kita je yang xsedar. bilamana kesenangan itu hilang, cuba kau fikir. kenapa? adakah kerana kau semakin hari semakin lupa diri? atau kerana kau sudah lama xmemberi? atau kerana kau belum melalui satu fasa yang mengajar kau menjadi tabah? setiapnya bersebab. sebab tu orang kata 'ada hikmahnya setiap yang terjadi'. kalau kau jenguk dalam2, selak luas2, kau akan nampak semuanya. jangan butakan hati dengan asyik merungut dan mengeluh berat. jangan hitamkan hati dengan meletak kesalahan pada orang lain. 


"No matter who tries to teach you lessons about life, you won't understand it until you go through it on your own". 


notabersepah:
.. jangan kedekut .. usah berkira ..
.. xselamanya kita berduit, jadi pandai2 la simpan duit tu ..
.. seminggu sebelum exam memberi aku satu perasaan yang susah nk ditafsir.. yang pasti, aku rindu.. =') 



♥GIVE IT A CLICK IF YOU LIKE IT AND SHARE IT♥ ▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒

2 comments:

Noor Fatin said...

entry ni buat aku tfikir.. bila last aku derma kt org? insaf..wuu

►içéq◄ said...

fatin:
hehe.. peringtan kita bersama.. aku pun terasa dah lama xderma2 nie.. :)

Related Posts with Thumbnails