tajuk atas tu tajuk movie. tapi aku bukan nak buat review movie. jangan tertipu. aku pinjam sat tajuk.
aku selalu fikir banyak kali kalau aku nak sumpah seranah siapa siapa. aku cuba elak maki hamun orang & ya, setakat ini aku belum lagi maki hamun orang depan batang hidung dia. aku cuba elak sumpah seranah pakai ayat seperti contoh babi. hey! kau suka sebut sebut babi, nanti dia kejar kau then dia sondol kau, baru kau tahu. pastu nanti dia kata, 'siapa suruh kau selalu panggil aku, ni ha aku datang cari kau'. best tak kalau itu jadi. aritu KBH dikunjungi spesies ini. budak budak pun sampai takut nak keluar. sangat besar katanya.
abaikan cerita babi.
baru baru ini, aku marah dengan beberapa perkara. tak pernah aku marah dengan seseorang yang aku panggil kawan sebegini marah. apa hantu yang merasuk pun aku tak tahu. kalau ikut hati, nak juga kata 'eh! g MATI la kau!'. bukanlah cakap depan muka dia, maksud aku tweet sebegitu di twitter atau buat status ayat ayat macam tu kat fb. tapi aku cuba sabarkan hati. apa guna sumpah seranah orang. nak nak pula mendoakan orang mati. tak ada kerja. tapi tadi masa reply tweet kawan, ada juga sekali terkeluar ayat pergi mati tu. lalala. aku selalu fikir. kalau sekarang aku sumpah seranah. tiba tiba tahun depan, orang ni yang jadi laki aku. tapi aku harap bukan kau yang jadi suami aku. tak ingin. oh lupa, bukan aku je yang tak ingin, kau pun sama. so, we're equal. tapi tu la, masa depan mana kita tahu. takdir kadang kadang saje bagi kita jalan jauh. belok sana, belok sini. jatuh sana, jatuh sini. terhantuk situ, tergelincir sini. tingtang tingtang, baru sampai di destinasi. bila la aku nak sampai. jauh lagi perjalanan aku nih.
selepas case yang berlaku kurang dari seminggu, sambil kala itu mendengar lagu aizat-perpisahan, jari aku berlari lari atas papan kekunci,
kat twitter/skype aku type camni: dulu kita satu jiwa satu impian. susah senang kita bersama. namun itu semua hanya sementara. sekarang awak blh pergi mati~
kat fb aku type camni: dulu kita satu jiwa satu impian. susah senang kita bersama. namun itu semua hanya sementara. sekarang awak blh pergi berambus~
pastu ada kawan tegur kat fb. kat twitter tak kata camtu pun. aku pun kata, ayat pergi mati tu ganas sangat. katanya lagi, tapi nampak lagi kental. aku pun fikir, betul juga. patut letak je pergi mati. tapi bukankah tak elok mendoakan orang mati. hurm. takpa, mulut aku tak masin.
ada satu malam nie pula. aku lapar. aku buka fridge. kolej aku ada fridge setiap blok. tv pun satu setiap blok. hebat tak kolej aku? aku selak bahagian sejuk beku. eh? agak kosong. aku selak sana, selak sini. WOISH! bekas aku yang berisi 7 ekor udang & nugget aku yang tinggal 3 ketul dah HILANG! aku selak lagi. kot kot ada yang alihkan. tak ada. damn! not again. aku suspect kena buang. kena curi? mungkin juga. sudah lah hati tengah bengang dengan so-called-kawan ni, jadi pula hal hilang makanan. balik bilik, buka twitter. aku bebel bebel lagi. lahanat! ini perkataan yang keluar masa kawan tanya aku apa yang hilang. entah apa la aku carut. sesuai ke pakai lahanat dalam case aku nih? aku cakap lagi. aku sumpah kau dapat cancer usus. nah! aku yakin kalau aku tak salah letak. kalau pun aku salah letak. bila masa pula aku alihkan nugget aku. last aku keluarkan bekas udang tu beberapa hari yang lepas. kalau masuk hal hal makanan nie, mesti terfikir pasal perut. tu yang keluar cancer usus. tapi mulut aku jarang masin. takpa la, bukan rezeki kau tu, ingatan seorang sahabat kepada aku. bukan rezeki aku. nasib baik aku sempat makan udang tu. kalau tak kempunan je la.
jadi point di sini, aku tak nak menyesal di kemudian hari. MENYESAL. perkataan ini yang selalu berlegar dalam kepala otak aku kalau aku nak buat sesuatu atau aku nak cakap sesuatu. aku tak nak menyesal buat itu buat ini kata itu kata ini. aku cuba elak kata kat diri sendiri, 'eii, menyesal! blablabla'. tapi kali ini aku memang tak boleh nak elak. 'eiii, menyesal la kenal kau!'.
& lagi, aku cuba elak sumpah seranah, cuba elak maki hamun sebab aku tak nak rasa bersalah. arini aku tingtang tingtang kutuk kau,maki kau bagai. esok lusa kau datang tolong aku. kan ke bongoknya tu. paling paling pun kalau kau bukan datang tolong aku, kau just datang berbual baik punya lenggok dengan aku. ini pun boleh buat aku rasa bersalah. sebab tu aku susah nak benci orang. aku tak boleh kalau ada orang baik dengan aku. walaupun cuma baik depan depan sahaja. tak boleh. nanti aku rasa bersalah. nanti aku menyesal. ingat pesanan di atas, tak nak menyesal di kemudian hari.
kejadian kali ni memang sangat sangat menguji kesabaran aku. aku pernah juga kena back-stabbed dengan kawan. pernah juga ditinggalkan kawan terkontang kanting. pernah disakit hati, berjauh hati, apa apa yang hati la. tapi aku masih boleh rasa dihargai oleh mereka ni. masih diberi kasih sayang. masih diberi pinjam bahu oleh orang yang pernah ada sejarah gaduh dengan aku. aku pernah juga marah marah kawan kawan aku, pernah tak bercakap seminggu sebab ada krisis bersama. tapi belum pernah lagi kawan kawan aku yang ni, arini susah cari aku, esok dah senang terus lupa. in just 24hours terus buat macam tak kenal. kau orang pertama. so, tahniah! & tahniah juga kerana kau berjaya menjadi 'kawan' pertama yang aku benci. tapi tak payah risau. aku tak akan benci kau melantun lantun. orang kata kalau benci lebih lebih nanti jadi sayang, aku tak mahu itu. sebab case kita ni, sebab terlalu sayang lah sampai dah jadi benci. lepas ni, kalau aku tolong kau pun. itu sebab aku bukan macam kau. lupa kawan.
notabersepah:
.. last paper khamis nie!!! :DDDD
♥GIVE IT A CLICK IF YOU LIKE IT AND SHARE IT♥
▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒
.. last paper khamis nie!!! :DDDD
3 comments:
aku harap dia baca dan fahamkan apa kau rasa.
ske bc belog lin pebuh dgn bebel...ble jmpe x pnh pon bebel..huhuhu~
fatin:
ntah la sayang.. org camni campak masuk longkang je.. dia faham ke xfaham ke, sy xpeduli dah.. i dont need this kind of fren and this kind of fren dont deserve me as a fren as well.. huh~
nana:
haha.. aku bebel masa marah je.. masa jumpa korg mana ada marah2.. :P
Post a Comment