Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Cuba fikir elok elok

..anda rasa anda dah cukup bersyukur?..

Saturday, April 30, 2011

masa untuk emo: izinkan aku



izinkan saya menjadi seseorang yang beremosi malam ini.

***
1229am. april 30 2011.

hati dah semakin tenang. tiba tiba malam nie, semua jadi macam tak betul. missing someone? maybe. hating some? also maybe.

'jangan dikenang cinta lalu. jadikan kisahku pengajaranmu'

someone tweet this for me. ya. kalau dibandingkan kisah aku dengan dia memang kisah aku tak seberapa. kisah dia, kalau aku dengar, kalau dia cerita dekat aku, memang aku sendiri rasa sebak. serious. kisah dia sangat tragik. seperti cerita novel. & aku hampir menitiskan air mata sebaik saja dia habis meluahkan segala kesedihan. kisah aku pula, kecil je. umpama bertepuk sebelah tangan. dulunya berbunyi, tapi sekarang dah sepi. tapi aku tak boleh nak elak rasa sedih. perempuan memang dianugerahkan hati yang lembut, hati yang mudah tersentuh. semua perempuan macam tu. sekeras mana seseorang perempuan, hati dia tetap sama macam perempuan yang lain. jadi, bila nama dia timbul, apa sahaja pasal dia yang muncul, hati aku tersentak. 'kenapa aku rasa macam nak tersedak bila nampak mereka?'. ingat dialog nie dalam cerita My Girl? dia cakap sambil dia tepuk dada. sakit rasa dia. itu yang aku rasa bila aku dapat tahu anything pasal dia.

kalau diikutkan, memang penat. penat hidup macam ni. penat asyik asyik rasa sedih. penat hari hari cakap kat diri sendiri 'dont be stupid'. penat meminta, 'sy nak hilang ingatan'. aku tak pernah minta nak ingat. jauh dari nak. kalau aku boleh tak ingat, aku tak kan ingat. tak nak!

in twitter:
cane ea rsnya kalau kena langgar ngn kete. xpun kena gesel tepi sampai terpelanting ke rumput. korg leh imagine x apa aku ckp nie.

pastu, aku kena marah. ye, tak patut minta benda yang bukan bukan. tapi aku teringin nak tahu apa perasaannya hilang ingatan. lagi lagi sekarang ni, aku tak suka benda yang aku selalu ingat.

bodoh? memang. manusia lemah macam aku memang bodoh. tapi sekurang kurangnya, aku masih mampu berfikir rasional. masih mampu teruskan hidup. cuma adakalanya aku emosi. & kau boleh ketawa sepuasnya melihat aku camni. tak apa. sekali 'ha' kau keluar dari setiap 'hahaha' kau tu, aku akan doakan. setiap sinis yang timbul dari senyum kau, aku akan doakan juga. Tuhan mendengar doa orang yang teraniaya. kau tahu tu kan?

'If you love another after her, then go for another'
if you really love her, you wont fall for me. because once you fall for another girl, your love for her is actually not the true as you thought.

'bukan aku tak sudi bersama. cuma diri tak sanggup terluka. dulu terlalu percaya. tak sangka aku mangsa. fobia cinta.'
tahu lagu nie? sedap kan. aku pun tak sangka aku akan jadi mangsa. tak pernah sangka.

*sempat buat puisi kat page zinesatumalam. kalau ada masa, aku post masuk blog. kalau ada masa. :)

notabersepah:
...............................


♥GIVE IT A CLICK IF YOU LIKE IT AND SHARE IT♥ ▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒

Friday, April 29, 2011

final exam is over, just sounds so lovely.



arini jiwa kacau sikit. kenapa entah. bangun dari tidur. tengok hp. lama dah tak letak hp tepi bantal, pagi tadi tiba2 nak letak tepi bantal. selalu (kalau tak ada kelas), letak je kat mana mana; atas meja, atas kepala katil, bawah katil, tepi katil. so, bangun tengahari tadi check hp. sebab pagi tadi masa nak tidur pukul 6 pagi rasa cam ada bunyi msg masuk. '5 new messages'. aih, banyak nau. 2msg dari kak syima, 2msg dari kawan, 1msg dari KBH. KBH? damn! aku lupa nak check nama aku kat list penempatan luar sem ada ke tak. d'oh!! tolak ketepi msg dari KBH walaupun sounded so important. buka msg kak syima. alamak! 1st msg pukul 9++, 2nd pukul 11++. kak syima, SORRY!!!!!! serious, tak perasan langsung msg masuk. i slept like a phyton which just ate a 10kg cow. >,<

dalam otak masih memikirkan rotiboy. sedih je rasa arini. aih! shuh! shuh! sedih, pergi kau!!

*******************************************

ok, atas tu adalah apa yang aku type around... 3days ago(?) tertinggal entry nie, sebab tak ada idea nak tulis apa lagi. it's ok. exam dah habis.  abeh doh! abeh doh! *muka bersinar* merdeka macam mana pun, hati tetap sedih beb! paper hancur! nie semua gara gara hal lama. padan muka awak! siapa suruh dok teringat hal tu sampai apa yang dibaca, yang dihafal selama nie semua dok terbang terbang dah. WUAAAAAAAAAAAAAA!!!!! benci aih! sepatutnya boleh je nak sumbat jawapan dalam buku jawapan tu. sebab soalan banyak minta effect. contoh acute & chronic effect untuk ecstasy & amphetamine. dua dua tu 10markah each. banyak kot contoh effect. kalau pun tak ingat which effect untuk dua dadah tu, boleh je nak tulis mana mana effect sebab mostly dadah dia ada effect yang lebih kurang. tapi memang tak boleh nak fikir. tak boleh nak recall. ingat sikit sikit je. apa yang difikir diingat entah hape2 je. GERAM! pasal alcohol pula, pagi tu around 3am, ktorg dok discuss pasal tu, dah ingat dah mechanism semua tapi tak boleh juga nak ingat masa exam. DEAD! DEAD! DEAD! i've been bullied to the dead. *crying*

itu cerita pasal last paper. Forensik Toksikologi & Kimia Dadah. *muka geram* 

another paper yang kinda dead.. is Microbiology. WAWAWAWAWAWAWAWA *response hiperbola* lecturer kata, topik after midsem je keluar, esei ada dua tapi jawab satu. so boleh pilih la kan. sekali buka question paper. hantuk kepala atas meja exam. soalan *MCQ ada SEMUA TOPIK. esei pula memang ada dua soalan, jawab KESEMUA soalan. MANTAP ah! nasib baik je dua dua esei tu memang ada baca topik dia, tp more fokus to one topic only. yang lagi satu topik, just baca gitu gitu je. yang MCQ pula, perghhhh. aku dah lama tak rasa nak golek golek atas meja exam, nie rasa nak golek golek balik. SUSAH! MCQ bukan calang calang tau tak! salah tanda potong 1/2 markah! nah, hambik kau! aku tanda semua betul. adalah dalam 3 4 soalan aku jawab semua betul. mentang mentang dulu dia bagi midsem senang, nie dia bagi susah gedabak. dah la midsem dulu aku jawab tak ok. tak study sangat. padan muka sekali lagi buat awak!!

untuk paper Teknologi DNA Forensik lak. ehe *sengih* paling confident paper nie la. susah memang susah tapi sebab soalan dia agak tak susah, boleh la jawab. tapi perasaan tak susah tu timbul maybe sebab, lecturer kata soalan 8 esei kena jawab semua! kitorg dah terlopong ternganga masa dengar. biar betul?! patut bagi masa 2jam30minit. so, memang study mantap punya la. akan tetapi *skema* buka je question paper, GILA AH! soalan objektif 15, esei 4 jawab semua. kita ditipu bulat bulat lagi sekali!! Yew (classmate) pun kata, *NX paper cannot be trusted! nasib baik soalan senang, objektif gila senang, esei 1 soalan sangat confident jawab. harap harap apa yang ditulis tu semua betul. amen! tapi ada dua soalan esei dia, aku tak baca pun! wawawawawa. hilang 40markah. kecewa punya hal, keluar exam sejam awal. pffffft!

aritu bagitau ada lima paper kan. lagi dua tu paper kimia. KIMIA! malas nak cerita. *gelak setan* yang kimia ni, Kimia Bio-Organik & Instrumentasi Kimia II so so je la. yang instrument boleh la nak menjawab compare to bio-org. pffftt! im just not so good in chemistry. kalau dapat double degree pun tak tau nak rasa bangga ke tak. tapi tak dapat double degree rasa cam sayang gila weis! study kimia macam budak pure chem dah nie!



habis je paper semalam terus meronggeng dengan budak kelas. eh, tak tak. sebelum tu, aku pergi bank dulu, kena settle something, then pukul 3 ada meeting pasal subjek HE untuk kelas ktorg & second year forensic. habis dari tu, aku singgah bengkel. BGPnye belting bising balik. apa la pervert nau kereta aku nie.  dok suka phewit phewit kat orang lain. aishh. kereta lagi dua biji, WJV & WGH lak terus ke econsave, beli coolblog. BGP pun ke econsave juga lepas betulkan belting (tapi still juga bising masa g makan td, apakah!) nak hantar borang econsave. ai dah dapat kerja! wuawuawuawua. atleast ada juga benda nak dibuat cuti ni sementara nak tunggu LI. *senyum lebar* selesai hal kat econsave, bergerak ke putrajaya. singgah masjid besi sat, member mau solat asar. masuk masjid kena tutup kepala, so yang jadi mangsa adalah selendang intan. dok tunggu dorang siap siap lepas solat tu, intan transformkan selendang dia jadi tudung kat kepala aku. nampak pelik, sebab selendang tu tebal, bukan shawl kan. apa, nak tengok? wekk! tak boleh! then, ktorg jalan jalan pergi kat satu tempat nie tak tau nama. *gelak* lupa nak tengok papan nama dia. tapi kat sini dia cerita pasal sejarah Tanah Melayu & Malaysia ikut tahun.

disebabkan ktorg lahir tahun 1989 kecuali shaza, so gambar kat sini je. :D
(camera: aya, penangkap: shaza)

1989!


habis pusing kat sini, ktorg gerak lagi. stop sat kat tepi jambatan (bukan jambatan yang cantik tu), makan angin. sementara nak tunggu mahgrib masuk. gosip gosip kat sini, sambil sakat shida, bincang pasal nak pergi rumah shida bulan 6 nie untuk kenduri kahwin abang dia & banyak lagi la. bila dah pukul 7 lebih baru ktorg gerak ke masjid putrajaya lama. apa ntah nama dia. kali nie, aku tunggu kat luar je. parking pun depan masjid so tak ada la takut sangat. lepak kat situ sampai dorg habis solat then baru gerak ke tempat makan. kali nie makan kat Perantau Hill. tempat nie baru buka dengar kata. best meja dia, duduk bersila. tapi makanan sangat lambat sampai. pukul 9 baru boleh makan. balik 930. kepala gila sakit time  nie. rasa cam nak hentak kat tayar BGP je. so, balik terus & sampai je kat kolej, on9 sat & mandi. then terus terbongkang atas katil sampai pagi tadi.

Perantau Hill. 


so, itu cerita final exam saya untuk tahun tiga semester 2 kali ini. *senyum lebar lebar* tak sangka kan dah tiga tahun rupanya. walaupun pedih rasa hati dikoyak rabak oleh paper toxico nie, tapi hidup tetap diteruskan. ok. bye. nak kemas bilik. esok nak kena check out dah. satu benda pun tak kemas lagi. tadi azni datang bilik, 'kak lin! xkemas pape lg?!' ehe. nak wat cane, kunci stor pun baru pagi tadi ambil dari office kolej. dua luggage ai teringgal dalam tu der.

*MCQ = multiple choice question. merupakan soalan betul salah. 1soalan ada 5jawapan, so pilih true or false. jawapan betul 1, dapat 1markah. tapi kalau salah, potong 1/2 markah.
*NX is Forensic Science punya code jabatan.

notabersepah:
.. kemas & kemas!


♥GIVE IT A CLICK IF YOU LIKE IT AND SHARE IT♥ ▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒

Thursday, April 28, 2011

aku pun ada twitter


yela, yela. tak private twitter dah. g la follow nak sangat kan. tak faham bila tiba tiba ada unknown people send follow request, bajet aku nie artis? kalau ye pun nak biasakan diri dengan twitter, nak minta ajar guna twitter ni macam mana, tak payah la kot nak follow unknown. TAK PAYAH! lagi lagi aku nie bukan pengtweet tegar. kalau kau nak sangat follow orang yang kau tak kenal, pergi la follow orang yang tak privatekan twitter. aku nie private twitter sebab dalam tu personal. & tak ada benda penting pun dalam tu. tak ada gosip pasal artis. tak ada info pasal gemba bumi. yang ada, cerita pasal makanan, pasal kelas, pasal exam, pasal malam nie nak makan kat mana, pasal sakat shida dengan din, pasal aku marah marah dia, pasal aku sedih. 

*terdiam*

apa kebenda la aku merepek ni.

TWITTER
pernah dengar kan? seperti facebook, twitter is one of the famous internet medium. kebanyakan internet-addicted ada twitter. ada yang berpendapat, twitter can be a short blog. sebab, anything yang berlaku dalam tempoh kita di depan lappy on9, kita akan tweet. dulu aku buat twitter, sebab aku nak express apa aku rasa. aku nak elak buat status bukan bukan. aku tak nak update status fb setiap 5 minit & kemudian buat orang meluat. apa la asyik asyik update status. nak pergi berak pun nak bagitau kat status. see. benda camni la yang nak dielakkan. kalau kat twitter, you'll free to write anything. tambah tambah pula, kalau follower kurang. kalau nak buat luahan perasaan pun, takat tu je yang tahu. tak macam fb, friend dengan 500 orang, 500 orang tu la tau kau sakit perut nak pergi membuang. kalau dalam twitter, 10 followers, 10 tu je yang tahu kau tengah menangis. banyak beza kan. setakat ni aku pernah approve 3 unknown. tapi yang sorang tu unfollow balik dah. maybe dia tengok aku tweet benda bodoh. benda tak ada manfaat, so dia unfollow. lagipun aku tak follow dia. buat apa nak follow, bukan ada fungsi pun. not my friend either. in fact he never say hi in the twitter itself. & i don't really have intention to befriend with people i don't know from where.

setakat ini, dalam exam week, fungsi twitter adalah buku nota. kalau dah penat nak tulis shortnote, type kat twitter. contoh:
ini masa nak exam DNA aritu.

ini kawan yang printscreen. masa nie, baru bangun tidur, baru habis mandi, baru pakai cantek2. & terus menghadap nota. rajin kan saya sekarang. pffft! anda percaya?

lately nie asyik sakit kepala. so selalu juga la tweet kata 'sakit kepala!'. classmate kata, maybe sebab caffeine withdrawal symptom. sebab sejak selalu pergi library ni, dah jarang minum nescafe sekerap dulu. tapi serious la, memang tak best je rasa, tengok notes sekejap dah sakit kepala. thats why aku kalau pergi library yang katanya nak study, aku tetap bawa lappy. tetap on9. tetap on fb. tetap buka twitter. aku perlu alihkan sekejap pandangan aku dari notes. sama ada, aku akan hilang fokus, bosan atau sakit kepala terlalu melihat ke bawah (nota atas meja)


pernah terfikir nak publickan twitter. sebab bila private & kita mention someone yang tak follow kita, dia tak boleh baca apa yang kita tweet. tapi masalahnya kalau public, segala macam privacy dalam tu dah tak jadi privacy. so, how? tak payah public. senang cerita. 


notabersepah:
.. last paper! last strike!



♥GIVE IT A CLICK IF YOU LIKE IT AND SHARE IT♥ ▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒

Monday, April 25, 2011

apa perasaannya??



apa perasaannya bila ada kawan kita lebih percayakan orang lain lebih dari kita, yang katanya teman rapat? 

sedih tak bila kawan kita dapat tahu sesuatu dari orang lain tapi tak pernah bertanya sendiri kepada kita kebenaran yang dia dengar & alasan kenapa kita begitu? 

kecewa tak bila kita tersedar sebenarnya kawan kita tak pernah berusaha ke arah memperbaiki persahabatan sedangkan kita sebenarnya sangat sayangkan persahabatan tersebut?

senyum saja sayang. bak kata mereka, ramai lagi kawan kawan yang lebih sayangkan kau. walaupun jauh sudut hati kau, kau sebenarnya sangat rindukan keadaan yang dulu. :)

notabersepah:
.. melarikan diri ke library.. perlu study walau hati sebenarnya memberontak.. & it's 2:08 in the morning.. 
.. kuatkan hati.. apa yang terjadi nie semua dugaan.. Tuhan mahu ajar kau membezakan mana penting mana tak penting untuk kau fikir masa genting..
.. sabar.. marah2 pun tak guna.. tgk apa dah jadi bila kau marah2.. ada yang melenting & sentap.. & mula salahkan kau.. jadi, sabar..


♥GIVE IT A CLICK IF YOU LIKE IT AND SHARE IT♥ ▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒

Saturday, April 23, 2011

lu langsi lu mati [bukan movie review]


tajuk atas tu tajuk movie. tapi aku bukan nak buat review movie. jangan tertipu. aku pinjam sat tajuk.

aku selalu fikir banyak kali kalau aku nak sumpah seranah siapa siapa. aku cuba elak maki hamun orang & ya, setakat ini aku belum lagi maki hamun orang depan batang hidung dia. aku cuba elak sumpah seranah pakai ayat seperti contoh babi. hey! kau suka sebut sebut babi, nanti dia kejar kau then dia sondol kau, baru kau tahu. pastu nanti dia kata, 'siapa suruh kau selalu panggil aku, ni ha aku datang cari kau'. best tak kalau itu jadi. aritu KBH dikunjungi spesies ini. budak budak pun sampai takut nak keluar. sangat besar katanya. 

abaikan cerita babi.

baru baru ini, aku marah dengan beberapa perkara. tak pernah aku marah dengan seseorang yang aku panggil kawan sebegini marah. apa hantu yang merasuk pun aku tak tahu. kalau ikut hati, nak juga kata 'eh! g MATI la kau!'. bukanlah cakap depan muka dia, maksud aku tweet sebegitu di twitter atau buat status ayat ayat macam tu kat fb. tapi aku cuba sabarkan hati. apa guna sumpah seranah orang. nak nak pula mendoakan orang mati. tak ada kerja. tapi tadi masa reply tweet kawan, ada juga sekali terkeluar ayat pergi mati tu. lalala. aku selalu fikir. kalau sekarang aku sumpah seranah. tiba tiba tahun depan, orang ni yang jadi laki aku. tapi aku harap bukan kau yang jadi suami aku. tak ingin. oh lupa, bukan aku je yang tak ingin, kau pun sama. so, we're equal. tapi tu la, masa depan mana kita tahu. takdir kadang kadang saje bagi kita jalan jauh. belok sana, belok sini. jatuh sana, jatuh sini. terhantuk situ, tergelincir sini. tingtang tingtang, baru sampai di destinasi. bila la aku nak sampai. jauh lagi perjalanan aku nih.


selepas case yang berlaku kurang dari seminggu, sambil kala itu mendengar lagu aizat-perpisahan, jari aku berlari lari atas papan kekunci,

kat twitter/skype aku type camni: dulu kita satu jiwa satu impian. susah senang kita bersama. namun itu semua hanya sementara. sekarang awak blh pergi mati~


kat fb aku type camni: dulu kita satu jiwa satu impian. susah senang kita bersama. namun itu semua hanya sementara. sekarang awak blh pergi berambus~


pastu ada kawan tegur kat fb. kat twitter tak kata camtu pun. aku pun kata, ayat pergi mati tu ganas sangat. katanya lagi, tapi nampak lagi kental. aku pun fikir, betul juga. patut letak je pergi mati. tapi bukankah tak elok mendoakan orang mati. hurm. takpa, mulut aku tak masin.

ada satu malam nie pula. aku lapar. aku buka fridge. kolej aku ada fridge setiap blok. tv pun satu setiap blok. hebat tak kolej aku? aku selak bahagian sejuk beku. eh? agak kosong. aku selak sana, selak sini. WOISH! bekas aku yang berisi 7 ekor udang & nugget aku yang tinggal 3 ketul dah HILANG! aku selak lagi. kot kot ada yang alihkan. tak ada. damn! not again. aku suspect kena buang. kena curi? mungkin juga. sudah lah hati tengah bengang dengan so-called-kawan ni, jadi pula hal hilang makanan. balik bilik, buka twitter. aku bebel bebel lagi. lahanat! ini perkataan yang keluar masa kawan tanya aku apa yang hilang. entah apa la aku carut. sesuai ke pakai lahanat dalam case aku nih? aku cakap lagi. aku sumpah kau dapat cancer usus. nah! aku yakin kalau aku tak salah letak. kalau pun aku salah letak. bila masa pula aku alihkan nugget aku. last aku keluarkan bekas udang tu beberapa hari yang lepas. kalau masuk hal hal makanan nie, mesti terfikir pasal perut. tu yang keluar cancer usus. tapi mulut aku jarang masin. takpa la, bukan rezeki kau tu, ingatan seorang sahabat kepada aku. bukan rezeki aku. nasib baik aku sempat makan udang tu. kalau tak kempunan je la.

jadi point di sini, aku tak nak menyesal di kemudian hari. MENYESAL. perkataan ini yang selalu berlegar dalam kepala otak aku kalau aku nak buat sesuatu atau aku nak cakap sesuatu. aku tak nak menyesal buat itu buat ini kata itu kata ini. aku cuba elak kata kat diri sendiri, 'eii, menyesal! blablabla'. tapi kali ini aku memang tak boleh nak elak. 'eiii, menyesal la kenal kau!'

& lagi, aku cuba elak sumpah seranah, cuba elak maki hamun sebab aku tak nak rasa bersalah. arini aku tingtang tingtang kutuk kau,maki kau bagai. esok lusa kau datang tolong aku. kan ke bongoknya tu. paling paling pun kalau kau bukan datang tolong aku, kau just datang berbual baik punya lenggok dengan aku. ini pun boleh buat aku rasa bersalah. sebab tu aku susah nak benci orang. aku tak boleh kalau ada orang baik dengan aku. walaupun cuma baik depan depan sahaja. tak boleh. nanti aku rasa bersalah. nanti aku menyesal. ingat pesanan di atas, tak nak menyesal di kemudian hari.

kejadian kali ni memang sangat sangat menguji kesabaran aku. aku pernah juga kena back-stabbed dengan kawan. pernah juga ditinggalkan kawan terkontang kanting. pernah disakit hati, berjauh hati, apa apa yang hati la. tapi aku masih boleh rasa dihargai oleh mereka ni. masih diberi kasih sayang. masih diberi pinjam bahu oleh orang yang pernah ada sejarah gaduh dengan aku. aku pernah juga marah marah kawan kawan aku, pernah tak bercakap seminggu sebab ada krisis bersama. tapi belum pernah lagi kawan kawan aku yang ni, arini susah cari aku, esok dah senang terus lupa. in just 24hours terus buat macam tak kenal. kau orang pertama. so, tahniah! & tahniah juga kerana kau berjaya menjadi 'kawan' pertama yang aku benci. tapi tak payah risau. aku tak akan benci kau melantun lantun. orang kata kalau benci lebih lebih nanti jadi sayang, aku tak mahu itu. sebab case kita ni, sebab terlalu sayang  lah sampai dah jadi benci. lepas ni, kalau aku tolong kau pun. itu sebab aku bukan macam kau. lupa kawan. 

notabersepah:
.. last paper khamis nie!!! :DDDD


♥GIVE IT A CLICK IF YOU LIKE IT AND SHARE IT♥ ▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒

Friday, April 22, 2011

merekalah madu, merekalah penawar.


aritu buat status kat skype.. 'adakalanya ramai kawan pun xguna juga, walaupun merekalah madu, mereka jugalah penawar'.

kemudian ada kawan tanya,
'bkn ke mereka yang racun n penawar??'

this exam week, kinda makes me emosionally unstable. sikit2 nak touching, sikit sikit nak merajuk, sikit sikit nak marah, sikit sikit nak nangis. cengeng!. yang jadi mangsa adalah kawan kawan. itu yang sampai terkeluar status macam kat atas. status tu memang sengaja buat ayat macam tu. sebab, seteruk mana saya marah, seteruk mana saya berjauh hati, sekerap mana mereka hilang bila saya perlukan mereka, kawan kawan saya tak ada yang jadi racun, cuma madu. setakat ini kecuali seseorang. ya, ada seorang yang dah jadi racun dalam kamus persahabatan. *mantap dop ayat nih? hah!* selama 22 tahun hidup nie, tipulah kalau kata tak pernah gaduh dengan kawan. dari zaman sekolah, pernah je menangis kerana kawan. kat uni, apatah lagi. sampai bengkak mata gaduh. tapi seteruk mana gaduh, seteruk mana kena tikam belakang, seteruk mana marah, mereka terutamanya kawan sekelas tak pernah jadi racun atau duri yang mencucuk maruah atau menjaja persahabatan. walaupun adakalanya memang sakit hati juga dengan certain perkara, tapi mereka nie tak pernah tak menghargai kawan masing masing. susah senang tetap ada. walau bukan semua ada, tapi sekurang kurangnya ada seseorang yang di sisi. meneman di kala perlu, mendengar di kala sedih. memang ada yang menghilang di kala kita perlu tapi akan kembali untuk sesuatu yang lain.

*korek entry lama lama..

kawan kawan yang selalu ada dengan kita. yang hampir setiap hari di depan mata. adalah kawan kawan yang berpotensi buat kita marah. mungkin juga sakit hati. saya jarang nak marah marah. cuma selalunya berjauh hati & kawan yang sering buat saya rasa berjauh hati adalah kawan sekelas. ye la, kalau kawan yang kenal on9 or selain sekelas, camne nak kecil kecil hati, jumpa pun tak. tapi perasaan sayang tak pernah hilang. memang kebelakangan ni, selalu sangat merajuk. tapi bukan senang nak merajuk lama lama dengan orang yang setiap hari kita jumpa. apatah lagi itu kawan yang selama ini nampak jatuh bangunnya kita. sedangkan keluarga sendiri pun tak melihat susah senang kita di sini. sebab tu kalau ada rasa macam nak bengang, mesti cepat cepat jauhkan diri. sebab tak nak nanti marah betul betul. kalau once dah marah, muka orang tu pun saya tak nak tengok dah, nak bercakap apatah lagi. tak hingin langsung aih! macam case yang dulu tu. tapi sebab sama sama belajar satu kelas, sekolej juga, akhirnya hubungan tu ok. 2minggu gaduh, seminggu diperlukan untuk ktorg kembali bergurau senda. sebab tu juga saya tak suka marah orang, nanti jadi kekok. ada juga yang gaduh sebab perkara kecil. darah muda. gaduh & berbaik. kenangan semua nih. kadangkala memang terlupa, tapi sebab ada simpan semua tu dalam blog so akan ingat balik bila korek korek entry lama. *senyum*

kawan kawan yang saya ada, walaupun nampak macam tak penting tapi dalam hati mereka tetap penting. mereka seolah olah mempunya suatu kuasa di muka mereka. yang mana apabila kita pandang, segala sakit hati, amarah, sedih pasti hilang. gelak ketawa mereka seperti music yang indah. kadang kadang dengan hanya melihat nama mereka di notification fb pun boleh buat tersenyum. sebab tu dengan kawan kawan, kita jarang bersedih. sebab tu dengan kawan kawan baru saya merasa hidup yang bahagia, baru merasa hari hari yang 'alive'. dengan kawan kawan sahaja kita merasa suasana gelak ketawa yang bagai nak gila, gurau senda yang bodoh, sakat menyakat yang menghiburkan. mereka sentiasa jadi madu, sentiasa bagi kenangan manis. sentiasa jadi penawar untuk semua kesulitan. ye, ini yang saya rasa & berlegar dalam kepala bila setiap kali saya pandang tenung muka korg! walaupun hanya berhubung melalui twitter or fb, bukan secara nyata tapi kemeriahan berkawan tetap terasa. bilamana mereka beramai ramai di twitter & fb, bergurau senda, memang tergelak sorang sorang depan laptop. jadi, bila mereka senyap, tak berjumpa di luar atau tak tweeting, terasa ada kekosongan, terasa ada sesuatu yang tak lengkap. nanti masa cuti, mesti saya jadi lonely ranger lagi macam aritu. sorang sorang di twitter, sorang sorang di kolej. *menangis*

*to one of my deary friend, thanks. lots of thanks. kau dah tunjukkan kat aku bagaimana rasanya ada kawan yang tak pandai menghargai orang lain. selama nie, aku tertanya-tanya juga apa perasaannya punya kawan yang macam nie. tak sangka pula aku akan dapat pengalaman tu dari kau. terima kasih banyak-banyak. sampai mati aku akan ingat.

notabersepah:
.. dalam masa beberapa hari yang sibuk dengan paper Teknologi DNA Forensik, sempat siapkan 3 entry termasuk yang sebelum entry nie.. memang xdak kerja kan.. now, 1 paper left!!!


♥GIVE IT A CLICK IF YOU LIKE IT AND SHARE IT♥ ▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒

Thursday, April 21, 2011

pandai masak?


aritu. kat fb. ada orang tegur. kenapa tak pandai masak. ada yang siap suruh belajar masak. aku reply kat kawan nie. aku kata.


kalau lelaki nie melihat saya berdasarkan kebolehan saya memasak, dia boleh cari lain. saya xda masalah. 

lelaki selalu macam nie. ye. memang betul. perempuan patut pandai memasak. sebab air tangan isteri adalah antara penguat rumahtangga. tapi pernah ada orang tanya kenapa saya kata saya tak pandai masak? kalau ada orang tanya pun saya tak nak jawab juga. *bagi lidah dengan muka selenge* sedangkan dalam twitter dok bertweet tweet kata nak masak ini nak masak itu. takpa, saya jawab dalam nie. 

perempuan kalau pandai masak. tak semestinya dia perlu heboh kat satu dunia kalau dia pandai memasak. saya lebih suka orang tahu saya tak pandai masak. daripada dorang tahu saya reti masak tapi nanti masak tak sedap langsung. saya sedang dalam proses belajar. dari form1 saya duduk asrama penuh. sampai form5. pastu matrik setahun. mana nak cekup dapur. habis matrik, masuk ukm. hambik kau, masak pakai rice cooker je. paling lama saya pernah spend masa kat rumah after habis darjah enam is LESS than 3months. masa untuk saya masuk dapur terhad. ok, itu alasan sebenarnya. awak ingat saya nie perempuan bandar sangat ke sampai mak saya tak reti nak suruh saya belajar masak? ingat saya nie anak bongsu manja, mak saya akan bagi saya senang lenang goyang kaki tak masuk dapur? my mom siap cakap. 'aku dulu umur 19tahun dah dukung anak tau x'. masa nie saya umur 19tahun lagi. tengah terhegeh hegeh potong sayur. umur 19tahun tapi masak pun terkial kial lagi. saya tak bagitau kat orang yang saya boleh masak walaupun reti sikit sikit sebab saya tahu saya masak tak sedap. awak pergi tanya mana mana kawan perempuan awak. berapa ramai yang BOLEH masak nasi BUKAN pakai periuk elektrik. berapa ramai yang ada belajar masak nasi untuk 50orang makan. awak ingat dulu saya belajar masak nasi pakai periuk elektrik?  masak nasi pakai kayu api je mak saya tak ajar dulu.

dulu masa tahap 1 sekolah rendah kalau balik dari sekolah petang, lapar. tak ada maknanya mak nak masakkan. sendiri pergi goreng telur. makanan paling simple. tahu tak betapa jelesnya dengar mak orang lain siap sediakan makanan atas meja makan. sebab my mom just sediakan makanan tengahari & malam je. tak adanya kuih muih minum petang atas meja. awak ingat sebab apa saya ada parut melecur teruk kalau tak sebab kena simbah dengan kuah megi mendidih baru angkat dari dapur masa umur 7tahun. gara gara tunggu turn nak masak megi sendiri. sebab tu anak saudara bila dia dah umur 7tahun, saya ajar dia masak megi sendiri. ktorg adik beradik dulu semua masak sendiri. umur tak sampai lagi 10tahun dah kena belajar masak bubur camne, belajar tengok nasi masak camne. pernah dengar ada orang nak masak bubur tapi jadi nasi? gara gara lapar sangat, pergi taruh beras banyak banyak tapi air letak sikit. nasi hangit tak payah kira, sampai takut dah nak tinggalkan dapur kalau masak nasi.

saya pun nak juga masak untuk suami balik dari kerja. nak juga dengar suami puji masak sedap. nak juga masak makanan favourite mak mertua sedap sedap. semua perempuan nak macam tu. kalau saya ada dapur sekarang ni, memang saya nak belajar masak makanan kegemaran awak tu. walaupun awak tu bukan siapa siapa pun dengan saya, bakal suami apatah lagi. saya memang suka gembirakan hati orang dengan makanan. cuma sekarang saya masih dalam proses belajar. lebih baik cakap tak pandai masak daripada kata hanya pandai masak ayam masak kicap, ayam masak sup, goreng goreng ayam ikan telur, sardin, umai, bubur, sayur sayuran, spagetti, butter prawn, nasi goreng pataya. tengok. sikit je yang saya boleh masak. setakat boleh masak nie je ada hati nak bagitau pandai masak?

*siot r, lapar dah cakap pasal makanan malam2 camnie..
*tengok, tak pasal2 tercakap blh masak sikit2.
*terpaksa pakai saya awak, kalau pakai aku kau bunyi cam nak baham orang je. ish3.
*setakat nie fail bab potong ayam je. sbb tangan xkuat nak hayun pisau potong part yang ada tulang. & aritu pula kena gelak ngn mak & kakak sebab siang ikan sampai ikan terbang dari sinki. i think its been years dah xsiang ikan. sampai boleh lupa nak buang insang ikan camne. pffft!
*i like the feel of chopping onion. lalalalala~
*another reason aku jarang masak dulu is because aku masuk dapur masak nasi je. nanti ada la tiba2 bunyi orang potong ayam, bunyi orang tumis bawang, bunyi kuali tingtangtingtang. xsempat aku nak buat apa2, dah ada orang lain yang buat. yerp, my abang lebih pandai masak & lebih cepat masuk dapur dari adik bongsu kesayangan dia. why? sebab dia nak makan ayam, xnak makan lauk lain. so baik dia masak sendiri. cet!

notabersepah:
.. pape je la..
.. setakat nie berani kata pandai masak bubur sebab ada orang puji bubur aku masak sedap. siap nak lagi..


♥GIVE IT A CLICK IF YOU LIKE IT AND SHARE IT♥ ▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒

Wednesday, April 20, 2011

karma chameleon



tengok tak Maharaja Lawak #3? ada kan usop wilcha nyanyi. lagu tu sedap. korang tau tak lagu tu? so nie, nak share dengan korang lagu yang dia nyanyi tu. 

KARMA CHAMELEON
-by Culture Club-


Desert loving in your eyes all the way
If I listen to your lies would you say
I'm a man without conviction
I'm a man who doesn't know
How to sell a contradiction
You come and go, you come and go

Karma karma karma karma, karma chameleon
You come and go, you come and go
Loving would be easy if your colors were like my dream
Red gold and green, red gold and green

Didn't hear your wicked words everyday
And you used to be so sweet, I heard you say
That my love was an addiction
When we cling our love is strong
When you go you're gone forever
You string along, you string along

Karma karma karma karma, karma chameleon
You come and go, you come and go
Loving would be easy if your colors were like my dream
Red gold and green, red gold and green

Every day is like survival
You're my lover, not my rival
Every day is like survival
You're my lover, not my rival

I'm a man without conviction
I'm a man who doesn't know
How to sell a contradiction
You come and go, you come and go


kalau korang lupa, nie video usop wilcha nyanyi. dia nyanyi 'kome, kome, kome, kome, kome come and go', tapi sebenarnya lirik dia 'karma, karma, karma, karma, karma, chameleon. you come and go'. comel dak dia nyanyi? hehe





nie pula original song..

lepas dengar usop wilcha nyanyi, yang ada part  'everyday is like survival'. terus google. pastu terus download. suka dengar. walaupun tak faham lagu ni actually about what. it's ok, kita layan aje.

update nie sambil dengar lagu 'Maafkan kami-Altimet', ada part 'kami makan dulang mari jemput mari'

teringat masa 1st year dulu join budak usrah blok ktorg makan nasi minang aka makan dalam dulang. budak kelas yang ajak. mula mula segan juga. tiba2 lak nak join. tapi dorang tarik juga. rindunya. walaupun baru sekali tu je makan camtu. dahla dulang ktorg yang 1st habiskan nasi, pastu bising2 kecoh. bila entah boleh merasa makan macam tu. makan dalam dulang boleh mengeratkan silaturahim. sebab tu lah orang kata, keamanan dunia boleh dicapai di meja makan. *senyum*

notabersepah:
.. tenang x rasa skg? tenang kan? :)
♥GIVE IT A CLICK IF YOU LIKE IT AND SHARE IT♥ ▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒

Monday, April 18, 2011

simple note #15

this is my post #301

sebenarnya sangat penat hidup macam nie . penat . penat mengingatkan diri suatu kebenaran  . penat menyakinkan diri kalau semua itu hanya angan-angan . penat muhasabah diri . penat motivasikan diri . penat berfikiran positif . penat berkata 'sudah-sudah la tu' . penat nak sematkan dalam hati , 'kalau ada , adalah kan' . penatkan semuanya . tetapi , penat macam mana pun , itulah yang harus dibuat . itulah yang perlu kalau kita mahu teruskan hidup ini dengan baik , dengan penuh kehormat . ini semua hanya dugaan . dugaan sayang . tak lebih dari itu .

notabersepah:
.. arini agak sedih .. 



♥GIVE IT A CLICK IF YOU LIKE IT AND SHARE IT♥ ▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒

Sunday, April 17, 2011

PERBELANJAAN


tengahari yang sepoi-sepoi bahasa & penuh bahang, kami menjamu selera di satu kedai yang agak familiar (apa ntah familiar in malay) di Bandar Baru Bangi, Seksyen 1. makan & makan sampai kenyang. di sini saya bersama, cik mantan timb bendahari srmukm & mak ikan kesayangan sy.  selesai makan, kami bergosip sebentar. jadi, topik gosip yang bertuah adalah salah satunya 'PERBELANJAAN LELAKI & PEREMPUAN'. bagaimana topik ini berbangkit, tidak lah pula saya pasti. di sini, cik mantan timb bendahari srmukm membangkitkan 'aku memang tak suka lah kalau lelaki ungkit kenapa perempuan berbelanja lebih'. beliau pun meng-list-kan beberapa perkara atau benda yang mana makhluk cantik ciptaan Tuhan perlu beli tetapi tidak untuk makhluk kacak ciptaan Tuhan.

1. tuala wanita.
- setiap bulan, makhluk cantik ciptaan Tuhan akan mengeluarkan satu perbelanjaan khas untuk membeli tuala wanita. sila ambil nota, tuala wanita sangat mahal ye tuan-tuan & puan-puan. paling murah kita boleh jumpa mungkin dalam lingkungan harga rm3++. kalau jumpa brand yang murahan sikit, ada la juga dalam RM2. tapi kebiasaannya yang murahan ini ada banyak kekurangan yang menjadikan ia bukan pilihan utama makhluk cantik ciptaan Tuhan ini

2. tudung
- ini untuk makhluk cantik ciptaan Tuhan yang beragama Islam ye tuan-tuan & puan-puan. katanya si penglipur lara, mana nak cari tudung macam-macam kaler, mana nak beli tudung yang matching dengan baju lagi. jadi, agak payah jika membeli satu tudung & tidak akan membeli tudung salam masa satu tahun. sebab mesti akan ada baju yang baru dibeli yang tak sesuai dengan tudung yang ada.  tudung pun mahal gak kan. kan? sebab selalu juga ikut kawan-kawan jenguk kedai tudung. phewit! mahal gila! kalau beli McD, dah boleh dapat doublecheese burger set medium.

3. seliper
makhluk kacak ciptaan Tuhan, kalau ada satu selipar sudah cukup. itu selipar nak pergi toilet, itu juga la selipar nak wat jalan-jalan pergi makan kat kedai mamak. betul tak? kalau tengok, macam tu la. kalau makhluk cantik ciptaan Tuhan pula, jarang nak tengok itu selipar toilet, itu nak pakai pergi makan kat McD atau iceroom. jadi, dalam simpanan mereka akan ada lebih dari sepasang sepatu. bukan kehendak yang dituruti tapi keperluan. bayangkan sudah bekerja, tak kan nak pakai selipar tali-tali kat depan turun kerja kat office? kalau tengok mesti pakai heel atleast 2 inches, bertutup. formal beb formal. kalau jalan-jalan, lelaki pakai sport shoe pun ok dah, either nak jalan-jalan kat mall, kat tepi pantai, kat taman. kalau perempuan, tak kan nak pakai heel 4 inches pergi joging atau pakai sport shoe jalan-jalan kat mall tapi pakai dress. eh?

4. barang makeup
- perempuan. sinonim dengan barang makeup. alatan solek, itu nama dia dalam malay kan? walaupun ada makhluk cantik ciptaan Tuhan yang kita jumpa yang tak pakai makeup tapi still, makeup adalah sesuatu yang terlalu biasa dengan manusia bergelar perempuan ini. tak kan lari. kalaupun tak nak pakai, tapi nanti masa kerja mesti pakai. kalau tak bos marah, sebab nampak selekah tak pakai makeup. well, kerja office, formal. *sarcastic* nasib baik dah biasa pakai makeup, kalau tak mau jadi badut bila tiba-tiba nak kena pakai makeup nanti. lelaki pula, tak payah langsung pakai makeup. kalau pakai juga, hurm, fikir-fikir lah sendiri ye.

itu antara hujah-hujah daripada saudari mantan timb bendahari srmukm yang saya ingat. kalau dikorek & ditimbang tara, banyak lagi sebenarnya. kebanyakan barang-barang di atas merupakan keperluan, bukan kehendak semata-semata seperti setengah manusia suka dok complain kata perempuan nie boros. memang ada sesetengahnya yang boros *sambil pandang muka sendiri kat cermin* tapi kalau kita tolak perbelanjaan yang bukan-bukan & kita ambil kira perbelanjaan yang perlu, perbelanjaan perempuan akan tetap mendahului perbelanjaan lelaki dua kali ganda. 

aihh, dahla. malas dah nak bercerita panjang2. DNA banyak tak baca lagi. exam nie haa jumaat depan!

notabersepah:
.. makan kol 2 tadi, kol 430 dah lapar balik. APAKAH?!


♥GIVE IT A CLICK IF YOU LIKE IT AND SHARE IT♥ ▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒

Monday, April 11, 2011

mood study mood jiwang



arini 1st paper for final exam 2nd semester 3rd year. walaupun seharian sibuk ber-study, belek nota sana sini, lukis structure itu ini, hafal & hafal, tapi mood men-jiwang xpernah putus2 sepanjang study week. termasuklah arini. itu yang menjenguk sekejap ke blog comel. ok, ada sedikit penipuan di situ, bukan takat jiw-jiw je, sebenarnya sekarang otak dah mula merewang2 ke udara. pffftt!


perjuangan  merdeka!


sem nie. ada 5subjek sahaja yang ber-exam. sila rujuk gambar. itu susunan exam. 1st adalah kimia bio-organik. arini. pukul 3setengah petang nanti. sekarang dah pukul 1240tghr. rest otak sat. kerja menghafal structure, biosynthesis je. harap2 masa masuk exam hall, semua hafalan masih lekat di otak. harap2.


berkenaan mood jiw-jiw pula. heh. nah, ambik nih!


"A woman will go a long way for the man she's in love with. She'll go even further for the man who loves her back"

"Kalau kita sayang sangat dekat orang tu , kita lepaskan"

"I cant promise you a perfect relationship without arguments and differences. However I can promise you as long as you're trying, I'm staying"

manusia. itu yang susah nak dicapai, itu juga yang dia nak. itu yang buat dia terluka, itu juga yang dia kejar. 


"Berhenti berharap dan berhenti mencari rindu. Namun menunggu itu masih yang aku mahu. =') "

notabersepah:
.. GOOD LUCK!..



♥GIVE IT A CLICK IF YOU LIKE IT AND SHARE IT♥ ▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒

Saturday, April 9, 2011

simple note #14





"TOLONG BAGI AKU SEDIKIT KEKUATAN"

will these tears worth for you dear?


notabersepah:
.. airmata yang aku tahan akhirnya tumpah juga.. 
.. harap2 malam exam nanti, aku kuat semula.. amen~

♥GIVE IT A CLICK IF YOU LIKE IT AND SHARE IT♥ ▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒

Friday, April 8, 2011

ada maksudnya bila kesenangan ditarik balik.


seorang kawan bercerita suatu masa dulu:

seorang kawan lelaki baru je kehilangan barang berharga. secara tepatnya, dicuri. dicuri dari dalam bilik & xdiketahui siapa pelakunya. kalau xsalah, yang hilang adalah kasut yang berharga ratusan ringgit. nasib baik slr kesayangan & laptop berada di dalam beg & beg tersebut khabarnya di dalam almari. maaf kalau ulangan cerita sy nie salah. kurang ingat jalan cerita sebenar. kawan lelaki ini tertidur kerana keletihan & xmenyedari pintu bilik terbuka xberkunci lantas mengundang kehadiran orang luar yang mengambil barang yang nampak di depan mata. setelah menyedari kehilangan & berbuat apa yang patut, beliau menelefon ayah tersayang. dikhabarkan apa yang telah berlaku. kemudiannya, ayah beliau berkata, 'kau bila last bagi derma kat orang?'. terdiam.


#########################################################

*semester 2 tahun 3 ini, banyak perkara dah berlaku. banyak sangat. mungkin Tuhan nak tunjuk kat aku makna susahnya hidup. jadi Dia tarik sedikit rezeki, tarik sedikit kesenangan. Dia datangkan susah dalam bentuk yang aku sendiri xterfikir. Dia ajarkan aku perlunya merasa susah agar aku lebih menghargai hidup. xselamanya kita senang, xselamanya kita berteman, xselamanya hidup sentiasa ceria. belajarlah merasa hidup susah agar kau kuat menempuh masa depan yang masih kabur takdirnya. agar kesusahan di masa depan rasanya hanya seperti digigit semut. mungkin Tuhan juga mahu tunjukkan; berilah. memberi sememangnya lebih baik dari menerima. bila kau memberi, pasti ada yang Tuhan ganti. walau bukan dalam bentuk yang sama, tapi pastinya berganti. kalau ganti xberganda, setimpal sudah tentu. kita je yang xsedar. bilamana kesenangan itu hilang, cuba kau fikir. kenapa? adakah kerana kau semakin hari semakin lupa diri? atau kerana kau sudah lama xmemberi? atau kerana kau belum melalui satu fasa yang mengajar kau menjadi tabah? setiapnya bersebab. sebab tu orang kata 'ada hikmahnya setiap yang terjadi'. kalau kau jenguk dalam2, selak luas2, kau akan nampak semuanya. jangan butakan hati dengan asyik merungut dan mengeluh berat. jangan hitamkan hati dengan meletak kesalahan pada orang lain. 


"No matter who tries to teach you lessons about life, you won't understand it until you go through it on your own". 


notabersepah:
.. jangan kedekut .. usah berkira ..
.. xselamanya kita berduit, jadi pandai2 la simpan duit tu ..
.. seminggu sebelum exam memberi aku satu perasaan yang susah nk ditafsir.. yang pasti, aku rindu.. =') 



♥GIVE IT A CLICK IF YOU LIKE IT AND SHARE IT♥ ▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒

Sunday, April 3, 2011

simple note #13



sekarang, aku memang tak perlukan seorang lelaki untuk aku teruskan hidup di dunia. tapi. sampai suatu masa nanti, aku akan perlukan seorang insan bernama suami. kerana semua manusia termasuk aku, perlukan sesuatu yang dinamakan CINTA. :)


notabersepah:
.. hati sy dijentik ..
.. mendengar lagu yang pernah awak nyanyikan suatu masa dulu. lantas terbayang awak di depan mata.. pfffft! udah2 la tu.. let go! let go!



♥GIVE IT A CLICK IF YOU LIKE IT AND SHARE IT♥ ▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒

Saturday, April 2, 2011

lepaskan, sayang. hidup pasti lebih baik


lepaskan, meskipun kau rasa dia jodoh terbaik
lepaskan, mungkin dia adalah yang terbaik untuk orang lain
lepaskan, kerana yang terbaik untuk kau ada di situ, menunggu kau mencapai ia
lepaskan, apabila makna cinta hilang dari kamus hidup berdua
lepaskan, tiada gunanya kau simpan lagi hati yang enggan
lepaskan, hidup ini masih panjang untuk kau pegang erat dia
lepaskan, andai berjodoh pasti tak kemana tujunya
lepaskan, jika dia memilih untuk berpaling
lepaskan, bilamana dia memandang kau sepi melangkah kaki
lepaskan, di saat dia pandang gembira si dia yang lain
lepaskan, sungguh kau rasa pedih hati dihiris dia
lepaskan, tiada yang salahnya bila segalanya putus di tengah jalan
lepaskan, walau sedalamnya kau masih berharapkan dia
lepaskan, lepaskan sahaja yang mahu pergi
lepaskan, biarpun gelap kau rasa di hadapan mata
lepaskan, agar titian hidup kau lebih bersinar
lepaskan, sayang. hidup pasti lebih baik.

*tapi jangan lepaskan makanan bila ada yang menghulur~


lama dah xmakan big apple


notabersepah:
.. final is around the corner woiiii!!
.. is sailing steady..



♥GIVE IT A CLICK IF YOU LIKE IT AND SHARE IT♥ ▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒
Related Posts with Thumbnails