Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Cuba fikir elok elok

..anda rasa anda dah cukup bersyukur?..

Saturday, March 5, 2011

my 1st 5hours of driving with 1 R&R


greeting!

arini, nak cerita pasal weekend lepas, which is 26-27th of february. yaaa, penutup bulan februari. 

sabtu, ada kelas. HM, nama panjang Khidmat Masyarakat. jangan tanya aku, knp HM bukan KM. aku xtahu ler, kod subjext je tu kot. so. lepas kelas HM. eh, bukan2. HM minggu nie xda kelas tapi ganti dengan bengkel. *terdiam* lupa la nama bengkel tu. bengkel motivasi. best. sebab penceramah dia cerita pasal experiences dia buat khidmat masyarakat. he's from JKM. jadi, secara general itu adalah kerja dia. khidmat masyarakat nie best sebenarnya kalau kita xsibuk dengan commitment lain. serious. aku pernah buat khidmat masyarakat pun sebab join program rakan muda. program anak angkat. the best experiences ever, sebab program nie ajar aku untuk berkomunikasi dengan orang lain yang kita langsung xkenal tapi kita ajar diri kita untuk kenal dorg. dulu aku xpandai nak berbual dengan elders, tapi sekarang dah boleh la sikit2. walaupun xcukup lagi nak buat bekal hadap bakal mak mertua tapi boleh la setakat nak hidup. xda la berlagak zombie depan bakal mak mertua.

sebenarnya bukan nak cerita pasal HM. nak cerita pasal KERETA. ye, kereta. sabtu lepas HM tamat dalam pukul 11, makan sat. makan free. dalam tempoh bengkel, sambil dengar sambil berfikir juga. berfikir siapa boleh teman aku balik kuantan. tanya budak2 nie, semua xfree. yang free pun, xboleh bawa manual plus agak payah nak bermalam. motif balik kuantan? ai nak ambil kereta ler. so plan dia camni. sabtu petang balik kuantan. sampai probably senja/malam. so kena bermalam. kalau nak balik hari, kena drive malam la. im avoiding that. so kena balik ke ukm pagi ahad. masa tengah2 bengkel, aku tanya dua tiga orang yang aku rasa boleh tolong. semua xboleh. sampai kat seorang nie. aku msg, walau dia duduk selang 3 orang je. dia reply kata dia ada appointment dengan kawan. lepas tu, aku nangis. xda siapa nak teman. ye, aku kuat touching sini. bagitau kak syima xda orang leh teman, semua xfree. sedih. then, kak syima supposely got another plan on the day. but cancel it out semata2 nak teman aku *terharu* masa makan tu, almost semua budak kelas tanya. dan risau. dan ada juga yang bagi suggestion. then, ktorg pun bertolak dari ukm pukul 1. tunggu bus ke ktm. ambik ktm ke bukit jalil. bus ke kuantan. sampai kuantan pukul 7. lega.

sampai kat kuantan, abang bawa makan. pergi telok cempedak. 1st time datang sini. tapi sayang xnampak laut, dah malam. nampak air dan pantai je. angin sangat kuat! pantai buat aku rindu seseorang. lepas makan, lepak kejap kat pantai. jalan2 tengok barang. almost midnight baru balik dan sampai rumah. tidur awal sebab esok nak gerak awal. nak elak jalan penuh dengan lori panjang!

pagi gerak dalam pukul 9. after hantar abang kat tempat kerja sebab motor dia tinggal kat situ. siap dengan gps dan mental, xlupa keberanian. hoh! bergerak dengan doa banyak2 dalam hati. ye la, aku nie new driver. this is my 4th time pegang stering, xtermasuk masa ambik lesen aritu. and 2nd time bawa manual, 1st time jalan jauh aka highway. kawan2 semua dah warning, kata highway karak tu bahaya. sebab jalan dia bukit and macam ular. ya, aku perasan jalan tu. cuak juga. tapi hati kena berani. ye x?. nak xnak, aku kena bawa juga. sooner or later, aku akan drive through this highway juga. lagipun abang sendiri cakap 'kalau korg dua confident boleh bawa, bawa ja la'. yerp, he had confident on me to drive by my own. 

mula2 drive, smooth. oh, malam before abang ada tanya. 'esok ko nak bawa speed laju mana?'. aku. 'xtau, 60 kot paling laju'. abang gelak. 'xdanya ko akan bawa 60 je'. aku pun terfikir, 'ea?'. abang aku betul!. 60 tu is the slowest i drive. mana tak, jalan straight. plus kereta kurang, comfirm2 la bawa laju. mula2 memang was2 nak bawa laju. sebab still xbiasa lagi nak drive. kejap laju, kejap slow. lepas setengah jam camtu kot, baru maintain bawa atas 60. gear pun maintain kat gear 4 je. tapi dalam hati tetap pesan kat diri sendiri, 'jangan laju2'. kak syima pesan, 'nanti kita stop kat hentian genting sempah. bagi kereta sejuk kejap'. so, kita pun stop kat situ. hentian genting sempah tu hentian yang dekat dah dengan area yang bukit2 plus macam ular. rest kejap. kaki tangan pun dah lenguh gila. gila. stop setengah jam, makan abc. xda mood nak makan. orang tu msg, 'g kuantan xbgtau pun kan'. memang ada terfikir nak bagitau, tapi entah la.

keluar dari hentian genting sempah. gps wat hal. tapi dah betulkan, ok balik. so sini, kak syima memainkan peranan 'lin, slow sket'. kat sini la paling slow aku bawa. 50-60 je speed. aku peduli apa kalau orang lain bawa laju. yang penting nyawa ktorg and kereta aku selamat. dan yang penting jua, kereta xbuat hal mati tengah2 jalan. aku dok fikir, kalau xnaik tiba2 terkebelakang, mau gila panik aku. dan aku harap satu je kat jalan camni, jangan jam! rasanya dah lepas bukit2 tu, sampai satu area ktorg confius which jalan nak ambil. gps mengong, aku dahla xreti tengok gps. kat situ juga jam. polis buat block. rasanya ada kot mati engin sekali. *gelak* mati engin adalah wajip setakat ini bagi aku. kena hon ada la sikit2. 1st kena hon untuk perjalanan nie, nyaris terlepas simpang exit, so stop kat tengah2 between pembahagi jalan  sebab xkan nak belok terus ada kereta kat belakang kot. aku fikir, daripada ko hon kereta aku yang kat tengah2 tu, baik ko bagi jalan kat aku. bengong! and ya, im kinda pissing off sometimes while driving. certain car is kinda mengalahkan aku yang baru dapat P nie.

exit kat seremban etc. kat sini ktorg dah start x ikut gps. aku nak elak ikut jalan kajang. jam teruk kat kajang. so aku cari exit bangi. terkena jam lagi! adalah mati 3kali. semua pandang. maaf la, im a new driver. lagipun, kalau kau setakat reti bawa auto JE, kau xlayak kot nak hon aku yang bawa manual. ok, sila ignore kemarahan aku di situ. tapi jam kejap je. nasib baik masa naik flyover xjam. cuak kot kalau kena stop tengah2 nak naik. ada juga aku langgar kereta belakang tu. 2nd time kena hon is sebab kereta xguna kat depan ambil lane aku. so aku pun terambil la lane orang sebelah sebab nak elak dari langgar keta depan tu. xpasal2 kereta belakang hon. pasni aku kena praktis tangan aku tekan hon. dahla masuk lane xbagi signal, masuk membuta tuli. orang buta pun kalau nak jalan xda la nonong cam dia tu. like my brother said, orang nampak stikcer P baru memang akan kena buli. hurmm.

sampai kat ukm 2.15pm. parking kat bawah. matikan engin, pandang kak syima. aku terus jerit cam orang gila. and so did her. hug her like crazy sebab rasa cam xpercaya dah sampai ukm dengan selamat. thnx to those yang mendoakan perjalanan ktorg dan yang bagi banyak peringatan. thanx sebab risau, ada yang msg tanya ktorg camne. ada yang siap mimpi kereta aku lagi, bukan nak mimpi aku pun. *tongue* and a BIG THANX untuk kak syima sebab sanggup teman and sanggup merisikokan nyawa naik kereta yang kiter drive. *sengih*

notabersepah:
..semua orang risau kalau naik keta yang aku bawa.. 
..bagi nama di kelisa kuning, kiiro.. means yellow in japan.. ;)


♥GIVE IT A CLICK IF YOU LIKE IT AND SHARE IT♥ ▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒

2 comments:

Noor Fatin said...

wow! hehe nasib baik ada kawan., lega..

kiiro? kete warna kuning ek? nanti tunjuk la gambar! hehe

►içéq◄ said...

fatin:
tu la.. hehe.. a'a, kuning.. haha... xpasal2 minat kaler kuning skg.. kui2.. nnt aku tunjuk ea, x ambik pun lg gamba dia.. XDD

Related Posts with Thumbnails