Cemburu.
sinonim dengan perempuan. kurang sinonim dengan aku 5tahun yang lepas tapi sedikit sinonim dengan aku untuk beberapa bulan yang lepas.
cemburu bukan sekadar untuk pasangan kekasih. setuju?. kau patut setuju sebab memang ada yang berlaku. cemburu di antara kawan, tak kira lelaki atau perempuan. aku pernah terkena. dulu. tapi kami tetap berkawan. sejak itu, aku mula faham kalau cemburu itu universal. sama seperti sayang. kau boleh sayang siapa2, tak kira keluarga, kawan lelaki, kawan perempuan, kekasih, isteri, suami. begitu juga cemburu. kau boleh cemburukan kawan kau rapat dengan kawannya yang lain lebih dari kau rapat dengan dia. kau boleh cemburukan kakak angkat yang lebih rapat dengan adik kau. tak mustahil berlaku. *berfikir* aku rasa aku pernah menulis pasal nie dalam blog. tapi aku dah lupa. yaa, memang ada. cuma tajuk entri aku dah tak ingat. aku teringat aku pernah bertanyakan dia, 'boleh tak kalau aku nak publish pasal kita gaduh dulu dalam blog?'. dan dia bagi persetujuan. dan ya, kami bergaduh. cemburu yang membawa ke pergaduhan. dan kawan yang lagi seorang tak pernah tahu apa yang berlaku.
kalau kau rasa kau pelik sebab cemburukan kawan sendiri, jangan!. itu normal. kau hanya patut kawal rasa cemburu. sekarang, aku sedang cuba kawal rasa cemburu aku pada seseorang. memang bukan perkara senang nak mengawal cemburu, tapi tak mustahil kan. tapi memang tak boleh nak nafi, bila kau tersedar kau cemburukan kawan sendiri, kau rasa pelik. kenapa nak cemburu?. setiap orang ada alasan sendiri. begitu juga aku. alasan. alasan yang entah apa2.
untuk seseorang yang baru aku berbicara tadi.
memang agak kurang wajar untuk aku cemburu. tapi mungkin kau dah lupa serapat mana kita dulu. kerana cemburukan kau, aku bersikap pelik. kerana cemburukan kau, hidup aku tak tenang. kerana cemburukan kau, airmata aku hampir tumpah. kerana cemburukan kau, aku kehilangan seseorang yang dulu aku hormat sangat. kerana cemburukan kau, aku berfikir 'ini ke orang yang aku boleh harapkan?'. dan kau kata yang wajar cemburu adalah bekas kekasih kau yang dulu. masalahnya, bekas kekasih kau masih ambil tahu ke pasal kau yang sekarang? kalau masih, bagus untuk kau.
maaf la, aku luahkan di sini. sebab aku tak sanggup nak teruskan perbualan kita yang kekok tadi. kau masih mengurung diri kau dalam sangkar besi dan kau berharap dia yang bukakan pintu sangkar. kalau ini sikap kau, aku tak kan ambil peduli dah pasal kau. mungkin memang itu yang kau nak.
notabersepah:
..hectic week.. STRESS!
2 comments:
true!!!!jeles is subjektif
nana:
kan.. ada org xpernah tau pun~
Post a Comment