Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Cuba fikir elok elok

..anda rasa anda dah cukup bersyukur?..

Sunday, March 20, 2011

broga+cherakah = made me sleep like a python


haluu~

arini saya dengan berbesar hati bercerita pasal hari rabu yang penuh dengan peluh & gelak tawa. & xlupa juga penat yang melimpah ruah.

cadangan dimulai daripada cik syima; jom ke broga pagi esok. plan punya plan, ajak punya ajak. akhirnya terkumpullah 15 ahli forensic ukm tahun 3 yang vogue lagi bergaya. 12ladies+3gentlemen. ketua program adalah pencadang sendiri, cik syima dan penasihat cik lynot. pada mulanya seramai 18orang yang pergi dengan 4kereta tapi ada 3 yang cancel atas sebab tertentu.

perancangan dicatat di note fb

plan bergerak dari ukm 530, tapi tersasar sebab ada yang bangun lewat termasuk driver yang ini. mana nak start engine kereta bagi panas dulu etc. last2 hanya 3kereta yang gerak sebab ada 15orang, 5orang in each car. so bergerak dari ukm 550, berhenti kat stesen petronas untuk dorang solat subuh.

sampai kat bukit broga, pukul 7pagi. plan nak pergi seawalnya sebab nak tengok matahari terbit. sempat nie. so naik dan daki, penat juga sebab dahla stamina memang xkuat warming up pun xbuat. memang semput la. xsampai 30minit, sampai juga! aku orang ke 5 rasanya yang sampai. nie baru sampai 1st puncak. curam sket la tapi best! best bawa lari2. min punya hal la nie, tengok dia lari2 naik atas, rasa nak juga lari2. tapi xsampai pun 5meter, kaki dah lenguh gila. so 5meter lari2 stop sat, then sambung lagi lari2. sampai puncak 1st, tunggu yang lain sampai. dorang sampai je, terus panggil shida. empunya slr memang famous masa nie *gelak* bergambar sakan sat kat situ then baru teruskan ke puncak kedua. 
best lari2 kat sini- nak naik puncak 1st

R&R di puncak pertama

perjalanan dari puncak 1st ke 2nd

R&R di puncak ke2-belakang tu puncak 1st

nak naik puncak kedua xcuram sangat. majority dorang stop kat puncak kedua. xlarat nak naik puncak ketiga yakni yang last! mula2, xnak juga naik tapi bila tengok dorang berdiri gila megah kat batu besar before sampai puncak ketiga, terasa nak pula naik. so naik la dengan paeh, paeh kena hantar slr kat dorang. sampai kat batu besar, jerit2 dengan dorang yang kat puncak kedua. stop lama gak kat batu tu, then baru naik lagi. nak pergi kat puncak yang ada bendera malaysia. puncak tertinggi kat broga, 400meter. gila puas hati bila tengok papan nama 'selamat datang ke puncak' then tengok bendera malaysia terpacak kat situ. 

dari puncak ke2 ke puncak ke3

batu besar! R&R puncak ke3

buat gaya tugu negara kat batu besar

bergambar macam x ingat dunia. kat bendera terpacak tu, kena naik atas batu besar. gila besar, nak naik pun susah. perlu ada orang tolong tarik dari atas. yang berjaya naik sampai puncak tertinggi 9orang je. tapi yang naik ke batu besar tu 8 orang je, sebab zue xnak naik. dia kata, takut nanti xleh nak turun. ktorg ber7 siap buat gaya tugu negara atas tu. and macam2 pose juga. rasa cam xpercaya boleh sampai. yela, tasek ukm yang beberapa meter tu je pun xlarat nak buat joging. *tersengih* 
selamat datang ke puncak bukit broga!!

menunggu shaza naik

tugu negara yang kurang menjadi =_="

lepas puas bergambar dan puas dipanggil oleh mereka yang kat bawah suruh turun, baru ktorg turun. part turun nie pun best, best bawa lari! min la nie. semua sebab min. nasib baik xterbabas masa turun bukit. masa nak turun laluan hutan pun lari2 juga, tapi aku sorang je yang lari. at 1st nak kejar zue, sebab aya kata zue dah kat depan sekali. dah lepas zue, still juga nak lari2. lastly, jadi orang 1st sampai bawah! tunggu dorang sampai dulu baru gerak sama2 pergi kat kereta. agak penat tapi larat lagi la nak drive. plan nak tengok matahari terbit tinggal impian je, sebab masa dah sampai puncak, it's sooo cloudy. sempat pun naik before sunrise, xleh juga sebab matahari kena tutup dengan awan. sayang~

turun2~

sebelum berangkat turun, kesemua 15ahli

sampai kat bawah dah!

pembonceng BGP

pembonceng JML

pembonceng WGH

si jiwang. ehe~

owh, masa kat puncak. dorang nie dah berbincang. 'lepas nie, kita pergi cherakah pula, berbasikal'. tanya driver, ketiga2 driver ok je. so, gerak terus ke shah alam and paeh lead. before tu, stop kat bangi untuk lunch. otw ke shah alam, gila jam. dahla kaki lenguh baru lepas naik broga, kena pula jam. bukan setakat kaki jadi penat, dengan tangan2 pun jadi penat sebab dok tukar gear. nasib baik lepas & selamat sampai kat cherakah.

menikmati ice cream!

barisan yang berbasikal

sampai kat cherakah (taman pertanian malaysia) dalam pukul 12tghr. sampai2 tengok ada pakcik ice cream. so stop kat depan gerbang, makan ice cream dulu. aku xbeli sebab aku curi dari dorang. jimat duit aku *gelak* masuk dalam TPM, bayar rm3 dan terus ke tempat basikal. rm5 untuk 1jam pertama, next jam rm1 di-charge. ktorg pun berkayuh dan kayuh. masa kayuh mula2 memang ok lagi tapi masa balik, perghhh rasa nak tercabut kaki naik bukit. even xberkayuh, just heret basikal naik bukit pun rasa kaki dah xmampu. penat!


perhentian pertama. penat broga xhilang lagi

taman cactus!

gila ancient batu2 sini.

basikal yang bertempiaran


bila dah sampai kat tempat simpan basikal, rasa relief gila2. sampai juga akhirnya. habis berbasikal, ingat nak balik terus. tapi ternampak bus yang pusing taman, dorang pun ajak naik tu. free. bestnya dapat rasa angin. lepas dari naik bus nie, baru ktorg sedar kalau sebenarnya ktorg berbasikal pada arah yang salah =_=! sepatutnya ke kanan tapi ktorg gerak ke kiri. kalau kanan banyak tempat boleh singgah, nama pun laluan bus, means kebanyakan tempat lawatan kat situ la. tapi sebab dah penat sangat, ktorg balik terus lepas turun dari bus. 
otw nak balik. dah xlarat dah =_=!

dalam bus!

sampai kat kereta, bagi kunci kat min, suruh min drive. xlarat dah nak drive *penat gila!* masa nak balik nie, nyaris bergesel dengan satu kereta kat roundabout. suka suki dia je nak menyelit antara kereta aku and kereta salma. nasib baik dua2 kereta nie classmate laki yang drive, kalau x mesti dia nak salahkan ktorg kalau girl yang bawa. dahla kereta aku ada sticker P, baru lagi. paeh dah siap buka tingkap and menurut salma paeh kata 'woi, nak mati ke?!'. dah gaya cam nak cari gaduh pula. pastu usha kereta tu, tengok penuh calar2, cermin lampu belakang pun dah pecah. hurm, no wonder la main masuk je lane orang. memang jenis xsayang kereta. agaknya bila dia dah sedar dua kereta nie se-geng, dia pun reserve sket kereta dia. then otw balik, xsampai pun half perjalanan dah tertidur. *sengih* jaga2 tengok dah masuk ukm. tengok jam pukul 4 dah. xsampai sejam dari shah alam. min ngan paeh nie drive cam pelesit ke apa. tapi yang penting dah selamat sampai! terima kasih tolong drive! ^_^

sampai bilik, on9 sat. pastu tidur. terjaga pukul 630. then tidur lagi. terjaga pukul 220 pagi dengan xmandi lagi! so, mandi dulu, on9 kejap, baca nota kejap then tidur lagi. kelas pukul 8 nie haaaa~

notabersepah:
..minggu ini minggu bahagia. berharap ianya berlanjutan. xnak ada pape lagi yang menggoncang hati beliau ag. eh, wait! ada pbl and assignment, itu dah cukup menggoncang hati la weis! 





♥GIVE IT A CLICK IF YOU LIKE IT AND SHARE IT♥ ▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒

6 comments:

ayaharith said...

amboi awk~~

►içéq◄ said...

aya:
amboiii.. ehehe~

.: Cik Lynot :. said...

haha..kantoi aya menung2 jiwe kat atas tu..haha

►içéq◄ said...

lynot:
tau xpeeee.. hahaha.. dok jiw2 je keja aya nie.. hik2~

insta: lea_na_nur_ said...

lin!!broka kt mne??mahu pegi jua~

►içéq◄ said...

nana:
kat n9 la nana.. heee.. pergi2, cantek wooo~

Related Posts with Thumbnails