BGP atau nama IC beliau Kirro adalah merupakan kesayangan aku. Selain daripada tutt, tuuut dan tuuutttt.
Hehe
Bertitik pada tarikh 4/4/2012, beliau telah jatuh sakit. Beliau terbatuk batuk di Jalan Pahang, di simpang masuk jalan Tasik Titiwangsa.
Ok la, stop using crap words.
BGP memang ada masalah clutch since last January. Tapi atas kekangan duit pada masa tu, tak hantar pergi bengkel untuk tukar clutch plate. Lepas "duit gaji" masuk, still tak hantar BGP sebab kekangan masa pula. I always send BGP to Shah Alam, trusted bengkel. Ya, Shah Alam is jauh, tapi better hantar yang jauh tapi dipercayai dari hantar yang dekat tapi kita tak yakin.
Sepatutnya nak hantar BGP last Friday, tapi tak sempat. Then, the next Tuesday on the way nak balik K4 tiba tiba BGP tak boleh masuk gear reverse! Sebelum ni memang pernah jadi, sangkut kat gear 1, tak boleh nak tolak masuk gear reverse. But then ok balik lepas mati dua tiga kali (sebab lepas clutch). Tapi kali ni punya, dah mati banyak kali still tak boleh tolak gear.
Sigh.
Lama juga la ktorg sangkut. Me, Zu and Izni. Then Zu pun call ayah dia tanya kepastian. Pastu memang comfirm dah la, BGP tak boleh nak gerak. Gear memang sangkut yang mana mana pun tak boleh nak tolak. Stuck kat gear 2 tapi handle kat position free gear.
Last last call classmate lelaki dulu untuk tolong alihkan BGP ke bahu jalan sebab time ni, BGP dok depan gate rumah orang ha ><,. Then call pula rumate, suh datang ambil ktorg.
Din and Min sampai, so Din pun check dulu gear. Try tolak BGP. Tak boleh. Eh? Alamak! Kalau alih pun tak boleh, macam mana nak letak ke tepi. Gulp gulp gulp. Then, Din pun suggest cari bengkel suh pomen check. And dia and Min pun pergi la mencari bengkel terdekat. Tapi masalahnya time tu dah pukul 11, mana bengkel buka T.T
Pastu, Cda dengan Lina sampai. Cda pun call abang dia and abang dia kata nak datang. Phewww. Din dengan Min stay dengan ktorg sebab risau juga nak tinggal perempuan je. Lewat malam and kat titiwangsa pula tu. Kes bunuh dengan kes nyaris culik baru je jadi tak sampai seminggu. Cuak kot!
Lepas abang Cda datang, kawan kawan Kak Syima pun datang. Ramai juga yang teman dan tengok tengok masalah BGP. Tapi last last BGP memang tak boleh diselamatkan.
Sedih
Abang Cda pun suggest, kena towing and hantar bengkel. Dia ada kawan yang ada bengkel kat Keramat and I thought kalau Keramat dekat sangat dah tu, boleh la. So, abang Cda pun call abang bengkel. Then towing and hantar kat bengkel abang tu. Nasib baik towing abang tu charge harga biasa, RM80. Selalunya kalau tengah malam camtu, boleh kena charge double price kot.
Ktorg ikut sekali hantar BGP sebab aku nak tau bengkel tu kat mana. Memang aku selalu lalu pun jalan tu, sama jalan nak g rumah student. Then abang tu pesan, esok dia check apa yang rosak and kos repair.
Balik tu kena tahan dengan pakcik guard. Tapi Salma dah bagitau pakcik guard yang ktorg kereta rosak, akan balik lewat. Ada la kena interview dengan pakcik guard berdua. Nasib baik bukan pakcik guard yang tuuu. Pakcik guard yang ni baikkkkk.
Hehehe
Masa tengah tunggu abang Cda datang tengokkan BGP pun ktorg risau Din dengan Min. Sebab dorg duduk K1, entry K1 ketat dah sekarang sejak kes nyaris culik tu. So, ktorg memang push suruh siapa siapa kawan kat K1 bagitau kat pakcik guard yang dorg berdua kena tolong ktorg kereta rosak. Kalau tak nanti dorg pula kena marah dengan pakcik guard.
So, macam tu la malam ktorg berlalu. 3 jam juga ktorg tersadai. Thanks alots kat siapa siapa yang datang dan teman. Zu dan Izni mangsa asal, Cda dan Lina yang datang kemudiannya bertujuan jemput ktorg balik, Din dan Min yang tolong dan teman sampai BGP berjaya dihantar, along Cda yang datang tengokkan masalah BGP, Kak syima and the geng seramai 4 orang, ramai tu terkejut tengok, haha. Lastly abang bengkel yang sanggup datang pukul 1 pagi.
Masa hantar BGP ke bengkel, aku tunpang kereta abang tu. So dia cerita la, dia datang pun sebab along Cda tu call dia. Kalau tak dia tak datang dah. Btw, muka abang ni mengingatkan aku kepada seseorang.
Rindu
Sekarang BGP dah sehat. Lega walaupun duit melayang layang. Ha ha ha.
Gambar yang sempat dirakan:
Mereka teman sambil main game. Burger atas kereta Cda tu Syira punya. Burger menghirup udara tengah malam.
Mereka yang bergosip sementara menunggu. Aku sebagai tuan BGP tak boleh nak jauh jauh.
Nama dia BaKaR. Dia la yang towing BGP. Terima kasih BaKaR.
BGP sedang ditarik.
Akhirnya di atas towing.
Gambar gelap sebab snap pakai hp murah je. Ha ha. Lupa nak ambil gambar semua orang yang ada. Tapi sempat ambil video masa tengah tarik BGP naik atas towing.
Video pun gelap gila. Dengar suara aku je. Pastu suara orang lain tak dengar sangat, dah cam aku borak sorg sorg lak. :P
Esoknya pergi K1 sebab nak ambil barang pos, pakai kereta Cda. Kena tahan kat guard sebab tak ada sticker UKM, then pakcik guard tegur. "Eh, awak yang rosak kereta semalam tu kan?" Ha ha ha, ye pakcik saya la tuuuuu.
Sekian, laporan semasa... Wink!
No comments:
Post a Comment