Malam ni merupakan malam yang sedikit emosi, untuk aku.
Kunyah perlahan nasi dan sardin.
Aku sedang menikmati supper dan tiba tiba this thing come cross my mind. My daddy.
Asingkan tulang dan perut ikan sardin dan letak ke tepi.
Aku sedang melayari laman Twitter, melihat dan tweeting sometimes.
Asalnya aku tweet begini "bila sedih2 ni, xtau knp mesti terigt ngn abg
long. n rasa nk jumpa dia je. tp segan r, eventho abg tp ktorg jrg
berbual. xtau nk borak apa.".
Kemudian, someone reply on it saying, "huhu...ko sme dgn ak..tp ak sume kakak..even rapat tp dorg xtau kes life ak sgt..sbb ak pendiam cikit kt rmh bab life ni".
All of sudden, aku teringat abang aku up status berbunyi begini: miss my dad so much.. wish him here scolding me..
Abang aku baru putus cinta.
I was actually wishing the same. Mungkin kalau daddy ada, hidup aku sedikit berbeza, perwatakan aku mungkin sedikit lain. Mungkin aku akan kurang boros. Yela, takut kena siasat awat duit cepat je flowing.
Tapi seringkali juga, bila berbicara pasal ayah, aku akan cuba cari sudut positive. Dan aku akan come out with this conclusion: Kerana dia tak ada la, aku jadi setabah sekarang.
When I was in my secondary school, someone used to say. Orang yang tak ada ayah atau ibu ni adalah orang yang paling tabah.
Kerana tanpa dia, aku belajar untuk membuat keputusan sendiri. Kerana tanpa dia, aku mengorak langkah sendiri. Dari masuk sekolah berasrama penuh, seterusnya menjejak kaki ke kolej matrikulasi dan akhirnya ke menara gading, semuanya aku putuskan sendiri. Which collage I want to go and what course I think suit me well enough, semua aku decide sendiri. Dan pesanan dia yang paling aku ingat adalah "Lagi jauh kau belajar, lagi bagus".
Perkara terakhir yang dia ada dengan aku adalah semasa pendaftaran masuk sekolah berasrama penuh. Dia yang isikan borang, carikan bilik asrama. Dan pada masa ini, baru aku sedar. Keempat empat jari kanan beliau kecuali ibu jari ada terpahat tattoo. Ya, tattoo. Jari tunjuk tertulis L, jari tengah tertulis O, jari manis tertulis V dan jari kelingling huruf E. Kesemuanya membentuk L-O-V-E.
12 tahun aku hidup, baru aku perasan. Betapa selama ini aku jarang memerhati ayah sendiri. Pathetic aite? Dan tahun yang sama itu adalah the only year yang mana, I wish him Happy Birthday. The first and last. Never had thought in my mind that there will be no more wishing on him.
Terkilan
Dia pergi meninggalkan kami 4/12/2002. Aku ingat lagi, makcik yakni adik kepada daddy berkata kepada kakak aku, "Aku tak puas lagi bersama dengan dia", menangis. Dia yang sudah berpuluh tahun pun merasa begitu, bagaimana dengan aku yang hanya 13 tahun?
Untuk 4 tahun pertama, my mom kept saying this. Tahun dia meninggal, dia buat banyak planning. One of it was our Christmas Eve. He told mommy, "Kena jemur banyak padi ni, nanti Christmas mesti meriah, semua nak balik Kuching". But, in the end, the padi yang dia and my mom jemur digunakan masa majlis pengebumian dia.
Rumah aku makan nasi hasil dari padi tanaman sendiri. So, dari kecil aku tak makan beras beli tu.
And my mom was sangat terkilan pasal tu. Sebab apa yang dia plan, had turn to something else that left everyone speechless.
Diam
Mungkin kalau dia masih ada, dia dah bawa my mom datang melawat aku kat sini.
Malam ini, aku terfikir. Apa sebenarnya perasaan disayang ayah? Sejujurnya, aku jarang spent time with my dad during his lifetime. Walaupun profesion dia hanyalah guru, tapi kegiatan harian dia sangat packed. Kalau tak mengajar, dia turun ke kebun. Kalau tak turun ke kebun, dia berburu di hutan. Dia adalah seorang yang tak pernah mahu duduk tidak berbuat apa. Sentiasa mahu melakukan sesuatu.
Sebelah malam, dia akan duduk hadap tv, sambil di depannya ada sebuah meja dan typewriter di atasnya. Sambil menonton Buletin Utama, untuk setengah jam pertama, dia akan ajar abang aku atau aku sendiri read text in English. Sebelum aku masuk tadika, dia la yang mengajar aku how to speak in English and taught me Math. Sebab tu masa tadika, aku dapat nombor 2. Selepas itu, baru dia buat kerja dia. Pukul 10, semua yang sekolah pagi esok mesti masuk tidur.
Aku masih ingat van lama dia yang berwarna hijau. Rindu van itu.
Sepanjang aku sekolah rendah, dia hanya pernah datang sekali untuk majlis terima hadiah. Masa aku darjah 6. Sebab tahun sebelumnya aku tak naik stage. Ha ha. Setiap kali diutarakan jemputan, dia akan tanya "Terima hadiah tak?". Jawapan aku pastilah tak. Jadi dia tak kan datang.
Aku pernah sekali tersesat di theme park, di Brunei. Dan seingat aku, itu adalah pertama kali dia pukul aku. Cuma pukul di pipi sedikit. Dan aku menangis nak rak. Bila aku tengok dia menghampiri, aku mesti takut. Takut dia lagi marah. Tapi ternyata, dia mendekat sebab nak pujuk. Mungkin ayah aku ni tak pandai pujuk orang. Dia cuma tarik aku, dan kata "Dah, pergi main ni" sambil tunjuk gelungsur.
Aku yang berumur 5tahun. :)
Setiap kali ahli keluarga berbicara tentang dia, perkataan yang sering didengar adalah garang. My dad adalah yang paling garang antara 10 adik beradik. Even yang lebih tua dari dia pun takut kalau dia dah marah. Itu adalah antara sebab kenapa hampir 1 daerah Kota Samarahan ni kenal dia. Adik lelaki dia cakap, "Tengok muka pun dah takut, apa lagi kalau dia dah bersuara". At some moment, we laughed. Mungkin kalau dia masih ada, kami anak anak dia tak akan tahu pun pasal semua ni.
Always come across my mind adalah, macam mana kalau daddy ada lagi. Aku selalu harap, kan best kalau daddy ada. The picture must be perfect.
And I was actually miss the moment we had our dinner together, bertujuh tolak ke tepi abang sulung. Abang sulung aku tak duduk dengan ktorg, jadi dalam memori aku hanya ada kami bertujuh. Setiap kali dinner, mesti makan bersama. Sekarang, kalau aku balik rumah, hanya makan dengan kakak dan abang ipar. My mom, timing makan dia tak sama bak kata kakak aku. Jadi my mom selalu makan seorang sambil tengok tv.
Memang betul, bila kita tak ada salah seorang dari mereka, kita akan jadi tabah tanpa kita sedar. Itu adalah kelebihan anak yatim. Nak tak nak, kita kena buat keputusan sendiri. Mungkin itu yang mendorong aku jadi decision maker in some circumstances. Dan aku tak pernah homesick sehingga lah aku masuk university level.
Senyum
Untuk korg yang masih ada ayah, hargailah masa yang ada. One day, when
you reminisce the moment, akan rasa sedikit terkilan sebab apa yang
sepatutnya korg buat dengan dia, korg tak sempat pun nak buat.
No comments:
Post a Comment