Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Cuba fikir elok elok

..anda rasa anda dah cukup bersyukur?..

Thursday, April 19, 2012

Asyik aku yang menjaga hati orang


Dunia. Apa yang ada?

Manusia dan perangainya.

Seringkali kita didengarkan keluhan hati. Dan mungkin kita juga yang mengeluh resah.

Ada masa bila kita mendengar seseorang berkata "Sesungguhnya aku terasa dengan dia", kita tanyakan "Dia tau?".

Sering kali, jawapannya pasti tidak.

Aku suka meng-ekspresikan apa yang aku rasa. Melainkan aku rasa perkara itu bodoh, maka aku diamkan. Keluhan yang aku dengar, sering aku rasa, insan ketiga itu patut tahu. Dalam erti kata lain, mungkin kau patut berterus terang dengan ke-terasa-an kau terhadap dia. Siapa tahu, di masa lain dia mungkin akan mengulang kejadian yang kau terasa-kan itu. Jadi, untuk mengelak si dia tidak melakukan benda yang sama, terus terang lah. Sekurangnya dia sedar apa kesalahan dia.

Tetapi jika kau berkeputusan untuk senyap dan membiarkan suatu perkara itu terkubur, jangan kau berkecil hati sebanyak dua kali ganda jika perkara yang sama berulang lagi. Kerana kau sendiri yang memberi peluang perkara itu terjadi lagi.

Pasti kita semua selalu mendengar frasa ini, "Asyik aku yang menjaga hati orang, tetapi tak ada siapa yang mahu menjaga hati aku".

Cuba kau fikir, kepincangan itu di pihak kau atau di pihak lagi satu?

Kalau aku, satu sahaja jawapan aku bagi. "Kalau kau penat jaga hati orang, jadi usahlah jaga. Jaga sahaja hati sendiri". 

Ya, jawapan aku agak berbunyi "penting diri". 

Tapi sebenarnya aku bernada sarcastic.

Kerana aku berfikir,
kenapa dia berkata begitu?. Mahu tunjukkan kepada dunia bahawa hanya dia yang berfikir untuk orang sekelilingnya? Mahu tunjukkan bahawa, insan di tepinya tidak pernah memikirkan hati orang lain?.

Ah, semua tu bullshit.

Aku paling benci frasa tu! Seolah olah, dia sahaja yang menjaga hati orang, padahal banyak yang terasa dengan dia.

Jaga la hati orang dan hati sendiri. Kalau betul kau ikhlas menjaga hati, pasti tak timbul isu siapa jaga hati siapa bukan.

*Sesungguhnya dunia aku sedang tunggang langgang. Dan apa yang aku bebel kat atas sebenarnya tak ada kaitan dengan hidup aku ni. Mohon dipinjamkan kekuatan siapa yang ada.

♥GIVE IT A CLICK IF YOU LIKE IT AND SHARE IT♥ ▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒

5 comments:

Azhar Ibrahim said...

*hulurkan kekuatan 1HP untuk awak*

►içéq◄ said...

Azhar:
1HP???

Azhar Ibrahim said...

1HP = 1 horse power

-..-"

►içéq◄ said...

azhar:
oh, haha.. ok, br tau. thnx btw. sy ambil 1HP tu tanpa segan silu. ^^

pet said...

sabar iceq :)

Related Posts with Thumbnails