Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Cuba fikir elok elok

..anda rasa anda dah cukup bersyukur?..

Thursday, March 31, 2011

perbualan.


di dalam kereta di suatu tengahari yang hening dan nyaman:

co-pilot yg hensem: lin, aku lupa nak pakai seat belt la. (selepas hampir separuh perjalanan)
BGP: oish! pakai-pakai. ko nie blablabla..
co-pilot yg hensem: tapi.. ko pun xpakai gak.
BGP: erk?! #$^^*$#@

dalam bilik yang sedap untuk tidur:

BGP: salma, lapar laaaaaaa *muka sedih* jom kuar makan.
ex-sayang: laaaa, g la makan.
skandal ex: tu megi separuh xmasak lagi (tunjuk bungkus megi tergantung kat softboard yang tinggal separuh)
BGP: alaaaa, mesti dah lemau.
skandal ex: #&*#@!. tapi.. kalau dah masak nanti, hilang la kan lemau dia. 
BGP: @%##$&#!!& 

*sebenarnya nak bercerita pasal bulan februari & mac yang penuh kegilaan nie. tapi idea xdak plus, otak asyik fikir assignment & final. so nak berfikir balik apa yang terjadi sepanjang those 2months pun terkial2, sampai malas dah nak berfikir. baik fikir lecture note yang bersepah nie. 

triple cheese burger: nampak cam sedap kan? im drooling dah nie!

notabersepah:
..lepaskan..



♥GIVE IT A CLICK IF YOU LIKE IT AND SHARE IT♥ ▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒

Sunday, March 27, 2011

lucky


-LUCKY-
JASON MRAZ feat COLBIE CAILLAT


Do you hear me,

I'm talking to you
Across the water across the deep blue ocean
Under the open sky, oh my, baby I'm trying
Boy I hear you in my dreams
I feel your whisper across the sea
I keep you with me in my heart
You make it easier when life gets hard

I'm lucky I'm in love with my best friend
Lucky to have been where I have been
Lucky to be coming home again
Ooohh ooooh oooh oooh ooh ooh ooh ooh

They don't know how long it takes
Waiting for a love like this
Every time we say goodbye
I wish we had one more kiss
I'll wait for you I promise you, I will

I'm lucky I'm in love with my best friend
Lucky to have been where I have been
Lucky to be coming home again
Lucky we're in love every way
Lucky to have stayed where we have stayed
Lucky to be coming home someday

And so I'm sailing through the sea
To an island where we'll meet
You'll hear the music fill the air
I'll put a flower in your hair
Though the breezes through trees
Move so pretty you're all I see
As the world keeps spinning round
You hold me right here right now

I'm lucky I'm in love with my best friend
Lucky to have been where I have been
Lucky to be coming home again
I'm lucky we're in love every way
Lucky to have stayed where we have stayed
Lucky to be coming home someday

Ooohh ooooh oooh oooh ooh ooh ooh ooh
Ooooh ooooh oooh oooh ooh ooh ooh ooh 


*lagu nie my besti yang bagi. aip! jangan salah faham. bukan boy ok, it's she yang bagi nie. dia suruh dengar, best katanya. mula2 macam malas la babe. arghhhhh. malas! tapi later aku dengar juga. itu pun lepas aku baca lirik dia. hoho. aku kalau nak tarik minat dengan suatu lagu, lirik kena mantap selain music yang menarik hati. serious! lagu nie best. jadi awak2 di luar tu, sila la dengar. lagi2 kalau awak2 tu tengah bercinta dengan best friend awak sendiri. selamat mendengar! ♥

notabersepah:
..i'll always feel im lucky enough to be in love with my bestfriend even we're not meant to be.. *wink*
..Tuhan je tau *senyum*
..i miss some1's odour..>.<





♥GIVE IT A CLICK IF YOU LIKE IT AND SHARE IT♥ ▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒

Sunday, March 20, 2011

broga+cherakah = made me sleep like a python


haluu~

arini saya dengan berbesar hati bercerita pasal hari rabu yang penuh dengan peluh & gelak tawa. & xlupa juga penat yang melimpah ruah.

cadangan dimulai daripada cik syima; jom ke broga pagi esok. plan punya plan, ajak punya ajak. akhirnya terkumpullah 15 ahli forensic ukm tahun 3 yang vogue lagi bergaya. 12ladies+3gentlemen. ketua program adalah pencadang sendiri, cik syima dan penasihat cik lynot. pada mulanya seramai 18orang yang pergi dengan 4kereta tapi ada 3 yang cancel atas sebab tertentu.

perancangan dicatat di note fb

plan bergerak dari ukm 530, tapi tersasar sebab ada yang bangun lewat termasuk driver yang ini. mana nak start engine kereta bagi panas dulu etc. last2 hanya 3kereta yang gerak sebab ada 15orang, 5orang in each car. so bergerak dari ukm 550, berhenti kat stesen petronas untuk dorang solat subuh.

sampai kat bukit broga, pukul 7pagi. plan nak pergi seawalnya sebab nak tengok matahari terbit. sempat nie. so naik dan daki, penat juga sebab dahla stamina memang xkuat warming up pun xbuat. memang semput la. xsampai 30minit, sampai juga! aku orang ke 5 rasanya yang sampai. nie baru sampai 1st puncak. curam sket la tapi best! best bawa lari2. min punya hal la nie, tengok dia lari2 naik atas, rasa nak juga lari2. tapi xsampai pun 5meter, kaki dah lenguh gila. so 5meter lari2 stop sat, then sambung lagi lari2. sampai puncak 1st, tunggu yang lain sampai. dorang sampai je, terus panggil shida. empunya slr memang famous masa nie *gelak* bergambar sakan sat kat situ then baru teruskan ke puncak kedua. 
best lari2 kat sini- nak naik puncak 1st

R&R di puncak pertama

perjalanan dari puncak 1st ke 2nd

R&R di puncak ke2-belakang tu puncak 1st

nak naik puncak kedua xcuram sangat. majority dorang stop kat puncak kedua. xlarat nak naik puncak ketiga yakni yang last! mula2, xnak juga naik tapi bila tengok dorang berdiri gila megah kat batu besar before sampai puncak ketiga, terasa nak pula naik. so naik la dengan paeh, paeh kena hantar slr kat dorang. sampai kat batu besar, jerit2 dengan dorang yang kat puncak kedua. stop lama gak kat batu tu, then baru naik lagi. nak pergi kat puncak yang ada bendera malaysia. puncak tertinggi kat broga, 400meter. gila puas hati bila tengok papan nama 'selamat datang ke puncak' then tengok bendera malaysia terpacak kat situ. 

dari puncak ke2 ke puncak ke3

batu besar! R&R puncak ke3

buat gaya tugu negara kat batu besar

bergambar macam x ingat dunia. kat bendera terpacak tu, kena naik atas batu besar. gila besar, nak naik pun susah. perlu ada orang tolong tarik dari atas. yang berjaya naik sampai puncak tertinggi 9orang je. tapi yang naik ke batu besar tu 8 orang je, sebab zue xnak naik. dia kata, takut nanti xleh nak turun. ktorg ber7 siap buat gaya tugu negara atas tu. and macam2 pose juga. rasa cam xpercaya boleh sampai. yela, tasek ukm yang beberapa meter tu je pun xlarat nak buat joging. *tersengih* 
selamat datang ke puncak bukit broga!!

menunggu shaza naik

tugu negara yang kurang menjadi =_="

lepas puas bergambar dan puas dipanggil oleh mereka yang kat bawah suruh turun, baru ktorg turun. part turun nie pun best, best bawa lari! min la nie. semua sebab min. nasib baik xterbabas masa turun bukit. masa nak turun laluan hutan pun lari2 juga, tapi aku sorang je yang lari. at 1st nak kejar zue, sebab aya kata zue dah kat depan sekali. dah lepas zue, still juga nak lari2. lastly, jadi orang 1st sampai bawah! tunggu dorang sampai dulu baru gerak sama2 pergi kat kereta. agak penat tapi larat lagi la nak drive. plan nak tengok matahari terbit tinggal impian je, sebab masa dah sampai puncak, it's sooo cloudy. sempat pun naik before sunrise, xleh juga sebab matahari kena tutup dengan awan. sayang~

turun2~

sebelum berangkat turun, kesemua 15ahli

sampai kat bawah dah!

pembonceng BGP

pembonceng JML

pembonceng WGH

si jiwang. ehe~

owh, masa kat puncak. dorang nie dah berbincang. 'lepas nie, kita pergi cherakah pula, berbasikal'. tanya driver, ketiga2 driver ok je. so, gerak terus ke shah alam and paeh lead. before tu, stop kat bangi untuk lunch. otw ke shah alam, gila jam. dahla kaki lenguh baru lepas naik broga, kena pula jam. bukan setakat kaki jadi penat, dengan tangan2 pun jadi penat sebab dok tukar gear. nasib baik lepas & selamat sampai kat cherakah.

menikmati ice cream!

barisan yang berbasikal

sampai kat cherakah (taman pertanian malaysia) dalam pukul 12tghr. sampai2 tengok ada pakcik ice cream. so stop kat depan gerbang, makan ice cream dulu. aku xbeli sebab aku curi dari dorang. jimat duit aku *gelak* masuk dalam TPM, bayar rm3 dan terus ke tempat basikal. rm5 untuk 1jam pertama, next jam rm1 di-charge. ktorg pun berkayuh dan kayuh. masa kayuh mula2 memang ok lagi tapi masa balik, perghhh rasa nak tercabut kaki naik bukit. even xberkayuh, just heret basikal naik bukit pun rasa kaki dah xmampu. penat!


perhentian pertama. penat broga xhilang lagi

taman cactus!

gila ancient batu2 sini.

basikal yang bertempiaran


bila dah sampai kat tempat simpan basikal, rasa relief gila2. sampai juga akhirnya. habis berbasikal, ingat nak balik terus. tapi ternampak bus yang pusing taman, dorang pun ajak naik tu. free. bestnya dapat rasa angin. lepas dari naik bus nie, baru ktorg sedar kalau sebenarnya ktorg berbasikal pada arah yang salah =_=! sepatutnya ke kanan tapi ktorg gerak ke kiri. kalau kanan banyak tempat boleh singgah, nama pun laluan bus, means kebanyakan tempat lawatan kat situ la. tapi sebab dah penat sangat, ktorg balik terus lepas turun dari bus. 
otw nak balik. dah xlarat dah =_=!

dalam bus!

sampai kat kereta, bagi kunci kat min, suruh min drive. xlarat dah nak drive *penat gila!* masa nak balik nie, nyaris bergesel dengan satu kereta kat roundabout. suka suki dia je nak menyelit antara kereta aku and kereta salma. nasib baik dua2 kereta nie classmate laki yang drive, kalau x mesti dia nak salahkan ktorg kalau girl yang bawa. dahla kereta aku ada sticker P, baru lagi. paeh dah siap buka tingkap and menurut salma paeh kata 'woi, nak mati ke?!'. dah gaya cam nak cari gaduh pula. pastu usha kereta tu, tengok penuh calar2, cermin lampu belakang pun dah pecah. hurm, no wonder la main masuk je lane orang. memang jenis xsayang kereta. agaknya bila dia dah sedar dua kereta nie se-geng, dia pun reserve sket kereta dia. then otw balik, xsampai pun half perjalanan dah tertidur. *sengih* jaga2 tengok dah masuk ukm. tengok jam pukul 4 dah. xsampai sejam dari shah alam. min ngan paeh nie drive cam pelesit ke apa. tapi yang penting dah selamat sampai! terima kasih tolong drive! ^_^

sampai bilik, on9 sat. pastu tidur. terjaga pukul 630. then tidur lagi. terjaga pukul 220 pagi dengan xmandi lagi! so, mandi dulu, on9 kejap, baca nota kejap then tidur lagi. kelas pukul 8 nie haaaa~

notabersepah:
..minggu ini minggu bahagia. berharap ianya berlanjutan. xnak ada pape lagi yang menggoncang hati beliau ag. eh, wait! ada pbl and assignment, itu dah cukup menggoncang hati la weis! 





♥GIVE IT A CLICK IF YOU LIKE IT AND SHARE IT♥ ▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒

Monday, March 14, 2011

aku dan nasihat


arini, aku try buka ym aku. yay! boleh on! haha. selepas hampir setahun aku xbuka disebabkan ada masalah, dok hang je bila on, at last boleh gak. pasni xbuka dah la skype, since ym dah ok. dulu selalu on9 skype sebab ym buat hal. tapi susah kalau on skype, sebab xramai budak kelas yang on skype. =_=! and dulu on skype sebab nak chat dengan some1, sekarang that some1 dah xda. so rasanya xda masalah la kalau x on skype. kan?

ok, berbalik pada ym. excited buka, aku tengok siapa yang on. 'my favourite face' on9 tapi ada tanda busy berstatus AFK. ohoo, busy pula dah tapi aku buzz juga. ehe. then aku nampak nama some1 yang familiar. so aku buka message archive dia. rindu. ya, rindu zaman dulu selalu main kat ym. aku baca balik apa ktorg pernah chat. dan aku jumpa balik segala nasihat aku pernah bagi kat dia . luahan hati dia masa dia putus cinta dulu. dan aku terdiam sekejap. 




kawan: aku rasa mcm sem ni aku nk drop. 
aku xleh sgt stdy

aku: byk ke subject sem nie?
kawan: eh.. 
byk jgk.. 
aku xnk la drop paper. 
rugi masa aku je. 
kalau dia x suka aku. 
aku kena kuat terima semua ni

aku: hurmm. 
nk xnk ko kena kuat. 
tu pilihan dia.
 n ko kena gak trime

kawan: yup..
 betul tu

aku: ko still ada kawan2. 
aku pn ada. 
family lg. 
xkn nk drop sem lak. 
xkesian ke tgk family

kawan: baeklah..
 aku xnk drop.
 xnk..
 xnk..
 klu aku dpt teruk mcm mana?

aku: xkn teruk punya.
 nnt aku teman ko study.
 klo otak ko melayang masa study.
 aku sepak ko laju2

kawan: jgn..
 sakit..

aku: haha.
 tau pn.
 ko kena igt babe.
 mana 1 yg penting for long n short term. 
n mana 1 yg ko kena pk in the moment

kawan: long term..
 aku x anggap dgn dye moment je.
 family aku ngan dye dah kenal kami..

aku: u see.
 ko ngn dia adalah long term punya kisah.
 study adalah short term punya hal.
 long term ko boleh pk bila2 masa

kawan: ermmm
aku: even sampai thn depan pn xpe
 tapi
 short term
 ko kena pk masa tu
 n study adalah short term

kawan: susahnya nk hadapi hidup ini
aku: sume benda penting
 tp kena tau la mana 1 nk didahulukan. 
aku xminta ko lupakan *dia.
 benda tu susah

kawan: klu nk lupakan, aku cuba amek masa. 
tp aku x tahu lama mana. 
mungkin 20 tahun?

aku: ko mmg perlukan masa untuk sume tu. 
myb ko perlukn the whole life nk lupakan dia.
 tp ko jgn lupa bg chance kt diri ko sndiri

kawan: utk diri aku?
 untk ape?
 aku rasa kosong..

aku: untuk truskn hidup la.
 jgn terlalu biarkn kenangan ngn dia 24hrs dlm otak ko

kawan: hati aku ni..
 rasa mcm..
 entah la..
 susah aku nk ckp..
 mcm tersusuk ape tah..
 pedih sgt.
 dgr nama pon dah pedih aku rasa.
 klu tgk gmbar, brg2 dye..lg la..
 mcm nk mati pon ade..
 klu aku xsbr, aku rasa, aku dah bunuh diri..

aku: ishh.
 jgn babe.
 wat masa nie mmg sume tu pedih.
 cam susah nk lupa.
 benda tu kn ambik masa

kawan: skrg ni, aku tgh dgr lagu shahir.
 pedih sgt rasa.
 lagu ni mmg tepat ke muka akuu.
 sedih rasa

aku: hurmm.
 aku rasa.
 apa2 hal yg relate kt dia.
 ko simpan jauh2

kawan: dr pagi td, aku dgr je, nangis..
 brg2 dye tu?

aku: letak dlm kotak simpan dlm stor
kawan: perlu ke aku buat semua tu?
aku: babe.
 sume tu buat ko cedey.
 i bet tgk nama dia kt fb pn ko dah cam nk nangis


kawan: mmg.. aku nk tgk profile fb dia tp x leh..dia delete aku. aku sedih sgt
aku: tgk kn. dia seyesly nk lupakan ko. hati mmg susah nk paksa. tp ko kena paksa hati ko yg ko pn xleh pk byk pasal dia. lebih baik terluka skg dpd ko terluka nnt. sakitnya tetap sama. myb lebih pedih kalau dia still biar ko igt dia
kawan: iceq. lps ni ko marah aku klu aku nk msj dia
aku: ye..mmg aku akan marah ko
kawan: ko marahkn aku. ko pukul aku klu aku cube igt kt dia
aku: kalau rasa2 rindu tu. msg je aku. aku salu wat camtu klo aku rindu sum1. huhu

kawan: boleh aku msj ko klu aku igt kt dia?
aku: mesti la boleh. ko xmsg aku. siap ko
kawan: tp mest penat ko nk layan
aku: aku g sekeh2 ko. xpe la. im ur bff afterall. apa fungsi bff klo xsepak bff sndiri
kawan: ko boleh teman aku kn?
aku: BOLEH LA~
kawan: yup..betul tu
aku: aku akan teman ko bila2 pn

apa dia cerita kat aku, apa yang dia rasa masa tu, adalah apa yang aku rasa sekarang. roda hidup. sentiasa berputar. dulu dia yang rasa macam tu, sekarang aku pula. bezanya, dulu dia ada aku, aku pula? xpa, dia dah bahagia sekarang. itu yang penting. bila aku baca balik message archive nie, baru aku sedar. aku pun dah terpesong agak jauh dari diri aku yang sebenarnya. masa nie, aku pun baru lepas break up, so aku sedikit sebanyak faham apa dia rasa, sedih dia, sentapnya rasa bila nampak nama ex kita kat fb. cuma aku xfaham sedalamnya, sebab aku xterasa sangat dengan break up tu. dan aku kuat teruskan hari2 aku. tapi kenapa masa tu aku kuat, sekarang aku goyah sangat? sekarang, i cried like a widow who just lose her husband, i cried hardly that i fall asleep with tears. aku lupa mana satu priority aku. aku lupa mana yang patut aku dahulukan. aku terlalu sibuk fikir pasal masalah hati sampai aku terlepas sesuatu yang aku patut fikir. 

aku bagi korang baca nie, sebab aku nak korang fikir juga. pasal long term and short term. nie lecturer aku masa matrik yang cakap. kena tahu which 1 yang long term penting dan xpenting dengan short term yang penting dan xpenting. aku ingat lagi, dia suruh buat 4kotak: important long term, not important long term, important short term, not important short term. dia bagi contoh, family, friends and study etc. both study and family are important. family is for important long term while study is in important short term list. yang not important tu aku x ingat la. kenapa dia letak camtu? long term adalah sesuatu yang kau ada sampai bila2; family. untuk study, time nie je kau akan study. nanti kau kerja dah. so, kau memang kena fikir pasal study time tu juga. thats what making it short term important. untuk friends pula, i'll put them in not important short term. means, kurang penting tapi perlu untuk kau fikirkan dalam masa terdekat (kawan bukan selama2 dengan kita). jadi masa ni (dalam lect), kau perlu fikir pasal study, bukan pasal family kat rumah, bukan juga pasal masalah kau gaduh dengan kawan. untuk long term not important, hurmm, no idea. semua tu depends dengan diri kita untuk tentukan. pandai2 la susun. itu motif lecturer aku senanya.  aku pula terlupa pasal nie sebab terleka mengejar dunia. sekarang, aku akan buat apa yang aku nasihat kat kawan nie. move on. tak guna kita tunggu seseorang kalau seseorang itu memang xda intention pun kat kita. biarkan dia kejar kebahagiaan dia, kita jangan biar kebahagiaan kita pula terbabas.

notabersepah:
..rindu main audible!! :D



♥GIVE IT A CLICK IF YOU LIKE IT AND SHARE IT♥ ▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒

Thursday, March 10, 2011

jealousy had turn me into a weirdos


Cemburu.
sinonim dengan perempuan. kurang sinonim dengan aku 5tahun yang lepas tapi sedikit sinonim dengan aku untuk beberapa bulan yang lepas.

cemburu bukan sekadar untuk pasangan kekasih. setuju?. kau patut setuju sebab memang ada yang berlaku. cemburu di antara kawan, tak kira lelaki atau perempuan. aku pernah terkena. dulu. tapi kami tetap berkawan. sejak itu, aku mula faham kalau cemburu itu universal. sama seperti sayang. kau boleh sayang siapa2, tak kira keluarga, kawan lelaki, kawan perempuan, kekasih, isteri, suami. begitu juga cemburu. kau boleh cemburukan kawan kau rapat dengan kawannya yang lain lebih dari kau rapat dengan dia. kau boleh cemburukan kakak angkat yang lebih rapat dengan adik kau. tak mustahil berlaku. *berfikir* aku rasa aku pernah menulis pasal nie dalam blog. tapi aku dah lupa. yaa, memang ada. cuma tajuk entri aku dah tak ingat. aku teringat aku pernah bertanyakan dia, 'boleh tak kalau aku nak publish pasal kita gaduh dulu dalam blog?'. dan dia bagi persetujuan. dan ya, kami bergaduh. cemburu yang membawa ke pergaduhan. dan kawan yang lagi seorang tak pernah tahu apa yang berlaku.

kalau kau rasa kau pelik sebab cemburukan kawan sendiri, jangan!. itu normal. kau hanya patut kawal rasa cemburu. sekarang, aku sedang cuba kawal rasa cemburu aku pada seseorang. memang bukan perkara senang nak mengawal cemburu, tapi tak mustahil kan. tapi memang tak boleh nak nafi, bila kau tersedar kau cemburukan kawan sendiri, kau rasa pelik. kenapa nak cemburu?. setiap orang ada alasan sendiri. begitu juga aku. alasan. alasan yang entah apa2.

untuk seseorang yang baru aku berbicara tadi.
memang agak kurang wajar untuk aku cemburu. tapi mungkin kau dah lupa serapat mana kita dulu. kerana cemburukan kau, aku bersikap pelik. kerana cemburukan kau, hidup aku tak tenang. kerana cemburukan kau, airmata aku hampir tumpah. kerana cemburukan kau, aku kehilangan seseorang yang dulu aku hormat sangat. kerana cemburukan kau, aku berfikir 'ini ke orang yang aku boleh harapkan?'. dan kau kata yang wajar cemburu adalah bekas kekasih kau yang dulu. masalahnya, bekas kekasih kau masih ambil tahu ke pasal kau yang sekarang? kalau masih, bagus untuk kau.

maaf la, aku luahkan di sini. sebab aku tak sanggup nak teruskan perbualan kita yang kekok tadi. kau masih mengurung diri kau dalam sangkar besi dan kau berharap dia yang bukakan pintu sangkar. kalau ini sikap kau, aku tak kan ambil peduli dah pasal kau. mungkin memang itu yang kau nak.

notabersepah:
..hectic week.. STRESS!



♥GIVE IT A CLICK IF YOU LIKE IT AND SHARE IT♥ ▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒

Tuesday, March 8, 2011

not so a busy day


memutar lagu apa lagi by boneca
letak lagu boneca yang ada dalam simpanan dalam playlist dan dengar sepanjang ada di bilik
arini jiwa aku, hati aku, rasa aku, semua koyak. koyak. 
dan sepanjang hari ni aku tak dok dalam bilik
bangun agak lewat
terus siap, tengahari keluar ke bengkel
bukan bengkel motivasi, tapi bengkel kereta
budak kelas semua ingat aku nak pergi bengkel motivasi
aku nak baiki ekzos kereta. patah.
patah tu dah lama, tapi still boleh jalan
after rempit pergi PD aritu, aku risau sikit
sebab aku drive agak ganas
melambung, langgar lubang
risau ekzos tu tanggal ke apa
so baiki cepat2.
lepas pergi bengkel, pergi kajang
cari barang untuk dinner
ada yang tak cukup lagi
sepanjang petang kat kajang
penat. lapar.
baru makan pukul 1, pukul 4 dah lapar balik
msg teo kata nak dating malam nie. rindu.
nanti boleh bincang pasal dinner
and minta teo passkan sesuatu
balik dari kajang, buka fb
dan aku nampak sesuatu
ya. sesuatu.
aku buka skype, aku tukar status.
status untuk seseorang
perasaan aku: CEMBURU
cemburu yang tak bertempat, yang tak sewajarnya dirasa
tapi aku tetap cemburu

*baru aritu saya salam tangan awak, saya cium tangan awak, saya minta maaf dari awak. walau awak rasa maaf saya dah tak bermakna diucap sebab dah banyak kali dah maaf tu keluar, saya tetap minta maaf atas apa yang saya rasa nie.. 


notabersepah:
..kosong..

♥GIVE IT A CLICK IF YOU LIKE IT AND SHARE IT♥ ▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒

Saturday, March 5, 2011

my 1st 5hours of driving with 1 R&R


greeting!

arini, nak cerita pasal weekend lepas, which is 26-27th of february. yaaa, penutup bulan februari. 

sabtu, ada kelas. HM, nama panjang Khidmat Masyarakat. jangan tanya aku, knp HM bukan KM. aku xtahu ler, kod subjext je tu kot. so. lepas kelas HM. eh, bukan2. HM minggu nie xda kelas tapi ganti dengan bengkel. *terdiam* lupa la nama bengkel tu. bengkel motivasi. best. sebab penceramah dia cerita pasal experiences dia buat khidmat masyarakat. he's from JKM. jadi, secara general itu adalah kerja dia. khidmat masyarakat nie best sebenarnya kalau kita xsibuk dengan commitment lain. serious. aku pernah buat khidmat masyarakat pun sebab join program rakan muda. program anak angkat. the best experiences ever, sebab program nie ajar aku untuk berkomunikasi dengan orang lain yang kita langsung xkenal tapi kita ajar diri kita untuk kenal dorg. dulu aku xpandai nak berbual dengan elders, tapi sekarang dah boleh la sikit2. walaupun xcukup lagi nak buat bekal hadap bakal mak mertua tapi boleh la setakat nak hidup. xda la berlagak zombie depan bakal mak mertua.

sebenarnya bukan nak cerita pasal HM. nak cerita pasal KERETA. ye, kereta. sabtu lepas HM tamat dalam pukul 11, makan sat. makan free. dalam tempoh bengkel, sambil dengar sambil berfikir juga. berfikir siapa boleh teman aku balik kuantan. tanya budak2 nie, semua xfree. yang free pun, xboleh bawa manual plus agak payah nak bermalam. motif balik kuantan? ai nak ambil kereta ler. so plan dia camni. sabtu petang balik kuantan. sampai probably senja/malam. so kena bermalam. kalau nak balik hari, kena drive malam la. im avoiding that. so kena balik ke ukm pagi ahad. masa tengah2 bengkel, aku tanya dua tiga orang yang aku rasa boleh tolong. semua xboleh. sampai kat seorang nie. aku msg, walau dia duduk selang 3 orang je. dia reply kata dia ada appointment dengan kawan. lepas tu, aku nangis. xda siapa nak teman. ye, aku kuat touching sini. bagitau kak syima xda orang leh teman, semua xfree. sedih. then, kak syima supposely got another plan on the day. but cancel it out semata2 nak teman aku *terharu* masa makan tu, almost semua budak kelas tanya. dan risau. dan ada juga yang bagi suggestion. then, ktorg pun bertolak dari ukm pukul 1. tunggu bus ke ktm. ambik ktm ke bukit jalil. bus ke kuantan. sampai kuantan pukul 7. lega.

sampai kat kuantan, abang bawa makan. pergi telok cempedak. 1st time datang sini. tapi sayang xnampak laut, dah malam. nampak air dan pantai je. angin sangat kuat! pantai buat aku rindu seseorang. lepas makan, lepak kejap kat pantai. jalan2 tengok barang. almost midnight baru balik dan sampai rumah. tidur awal sebab esok nak gerak awal. nak elak jalan penuh dengan lori panjang!

pagi gerak dalam pukul 9. after hantar abang kat tempat kerja sebab motor dia tinggal kat situ. siap dengan gps dan mental, xlupa keberanian. hoh! bergerak dengan doa banyak2 dalam hati. ye la, aku nie new driver. this is my 4th time pegang stering, xtermasuk masa ambik lesen aritu. and 2nd time bawa manual, 1st time jalan jauh aka highway. kawan2 semua dah warning, kata highway karak tu bahaya. sebab jalan dia bukit and macam ular. ya, aku perasan jalan tu. cuak juga. tapi hati kena berani. ye x?. nak xnak, aku kena bawa juga. sooner or later, aku akan drive through this highway juga. lagipun abang sendiri cakap 'kalau korg dua confident boleh bawa, bawa ja la'. yerp, he had confident on me to drive by my own. 

mula2 drive, smooth. oh, malam before abang ada tanya. 'esok ko nak bawa speed laju mana?'. aku. 'xtau, 60 kot paling laju'. abang gelak. 'xdanya ko akan bawa 60 je'. aku pun terfikir, 'ea?'. abang aku betul!. 60 tu is the slowest i drive. mana tak, jalan straight. plus kereta kurang, comfirm2 la bawa laju. mula2 memang was2 nak bawa laju. sebab still xbiasa lagi nak drive. kejap laju, kejap slow. lepas setengah jam camtu kot, baru maintain bawa atas 60. gear pun maintain kat gear 4 je. tapi dalam hati tetap pesan kat diri sendiri, 'jangan laju2'. kak syima pesan, 'nanti kita stop kat hentian genting sempah. bagi kereta sejuk kejap'. so, kita pun stop kat situ. hentian genting sempah tu hentian yang dekat dah dengan area yang bukit2 plus macam ular. rest kejap. kaki tangan pun dah lenguh gila. gila. stop setengah jam, makan abc. xda mood nak makan. orang tu msg, 'g kuantan xbgtau pun kan'. memang ada terfikir nak bagitau, tapi entah la.

keluar dari hentian genting sempah. gps wat hal. tapi dah betulkan, ok balik. so sini, kak syima memainkan peranan 'lin, slow sket'. kat sini la paling slow aku bawa. 50-60 je speed. aku peduli apa kalau orang lain bawa laju. yang penting nyawa ktorg and kereta aku selamat. dan yang penting jua, kereta xbuat hal mati tengah2 jalan. aku dok fikir, kalau xnaik tiba2 terkebelakang, mau gila panik aku. dan aku harap satu je kat jalan camni, jangan jam! rasanya dah lepas bukit2 tu, sampai satu area ktorg confius which jalan nak ambil. gps mengong, aku dahla xreti tengok gps. kat situ juga jam. polis buat block. rasanya ada kot mati engin sekali. *gelak* mati engin adalah wajip setakat ini bagi aku. kena hon ada la sikit2. 1st kena hon untuk perjalanan nie, nyaris terlepas simpang exit, so stop kat tengah2 between pembahagi jalan  sebab xkan nak belok terus ada kereta kat belakang kot. aku fikir, daripada ko hon kereta aku yang kat tengah2 tu, baik ko bagi jalan kat aku. bengong! and ya, im kinda pissing off sometimes while driving. certain car is kinda mengalahkan aku yang baru dapat P nie.

exit kat seremban etc. kat sini ktorg dah start x ikut gps. aku nak elak ikut jalan kajang. jam teruk kat kajang. so aku cari exit bangi. terkena jam lagi! adalah mati 3kali. semua pandang. maaf la, im a new driver. lagipun, kalau kau setakat reti bawa auto JE, kau xlayak kot nak hon aku yang bawa manual. ok, sila ignore kemarahan aku di situ. tapi jam kejap je. nasib baik masa naik flyover xjam. cuak kot kalau kena stop tengah2 nak naik. ada juga aku langgar kereta belakang tu. 2nd time kena hon is sebab kereta xguna kat depan ambil lane aku. so aku pun terambil la lane orang sebelah sebab nak elak dari langgar keta depan tu. xpasal2 kereta belakang hon. pasni aku kena praktis tangan aku tekan hon. dahla masuk lane xbagi signal, masuk membuta tuli. orang buta pun kalau nak jalan xda la nonong cam dia tu. like my brother said, orang nampak stikcer P baru memang akan kena buli. hurmm.

sampai kat ukm 2.15pm. parking kat bawah. matikan engin, pandang kak syima. aku terus jerit cam orang gila. and so did her. hug her like crazy sebab rasa cam xpercaya dah sampai ukm dengan selamat. thnx to those yang mendoakan perjalanan ktorg dan yang bagi banyak peringatan. thanx sebab risau, ada yang msg tanya ktorg camne. ada yang siap mimpi kereta aku lagi, bukan nak mimpi aku pun. *tongue* and a BIG THANX untuk kak syima sebab sanggup teman and sanggup merisikokan nyawa naik kereta yang kiter drive. *sengih*

notabersepah:
..semua orang risau kalau naik keta yang aku bawa.. 
..bagi nama di kelisa kuning, kiiro.. means yellow in japan.. ;)


♥GIVE IT A CLICK IF YOU LIKE IT AND SHARE IT♥ ▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒
Related Posts with Thumbnails