Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Cuba fikir elok elok

..anda rasa anda dah cukup bersyukur?..

Tuesday, September 7, 2010

sayang ini sahabat cinta




[ini kata hati,fahamkan ia agar anda boleh faham sy]


aku melihat kebahagian di depan mata
aku lihat  senyum tawa di setiap ketika
tapi bahagiakah kita jika itu jalannya
ke jauhkah kita jika pegangnya kejap
ada lagikah tawa mesra mengiring hari
mampukah kita gedong indah sarat di lara hati
walau ramai mereka berkata pergi
tapi sedar jiwaku berkata tidak
tujunya kesana bukan itu mahu ku
walau membimbit erti,bukan kosongnya genggam

ya,memang kataku bertatahkan puisi berlapik cinta

omongku berintikan manisnya sayang
jadi,dengarkan ini bila hati ku berkata...



cinta,
bukan ku pinta jauhnya syurga
cukuplah dingin angin menggesel pagi
kataku mungkin indah di rasa
cahaya tertera berlitupkan cinta
tidak ku harap bantah melintang
lantang bersuara berkata jangan
andai perkahwinan itu atas redhanya
akanku canang ke seluruh alam
ini duniaku penuh duri bermadu
ada sakitnya,ada manisnya


teman,
walau cetek persahabatan kita
walau dalam indah tasik bicara
akan ku ingat segala jasanya
rindu ini pada dia yang memanja
kau umpama cinta dalam diam
tapi layaknya kita hanya berteman
sentiasa ku rasa itu yang terbaik
walau terang mereka berkata
kita sepadan,manis bersama
tapi itu bukan yang aku rasa


sayang,
gaulnya kita seperti salad hijau
ada hijaunya,ada juga berlainan warna
kita berkawan tapi lagaknya bercinta
bukan mahu menyulam harapan
cuma ini yang ku rasa tulus
selesa kita seperti aku dan mereka
selesanya aku seperti berteman wanita
manja ini bukan ku reka sahaja
cuma terpancar kerana selesa
andai kau tidak selesa, enakkan suaranya
lembutkan pandangannya membisik merdu
kerana aku mudah terguris jika tiada yang kena




sahabat,
itu engkau melingkar jiwa
ada di setiap hela kata, menungkah rasa
rajuk ini kau risau bertanya
tidakku harap pujuk yang tiba
tapi kau tetap bicara yang sama
'kenapa sayang?'
sedarkah kau,aku mudah terpujuk lembut
walau kau tidak bicara begitu
kerana aku tidak akan sanggup 
melihat sendu,melihat risau
di wajah polos,yang aku rindu


biar jiwa merintih marah
biar rasa tersenyum sedu
kau sahabat,kaulah cinta
rindu sayang ini kemasnya ku simpan
agar istimewa ini ada rasanya di setiap masa
agar manisnya kau yang rasa
dengarkan mereka berkata
manja ku ini semuanya sudah merasa
tapi bagi ku,hanya kau satu-satunya
bukan kawan perempuan yang pernah merasa..
-sadelinevateriabadar-


nota bersepah:
..puisi yang berideakan nescafe..untuk sahabat,teman,kawan dan sayang..
..mesti korang xpaham kan isi puisi ni?..haha~

♥GIVE IT A CLICK IF YOU LIKE IT AND SHARE IT♥ ▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒

2 comments:

kertasgraf said...

Marvellous!! Terang sangat nak dedicate kt sape :p

►içéq◄ said...

kertasgraf:
heh..=)

Related Posts with Thumbnails