Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Cuba fikir elok elok

..anda rasa anda dah cukup bersyukur?..

Tuesday, December 28, 2010

simple note #6



saya minta maaf, saya memang bodoh sebab cakap macam tu. tapi saya xnak jadi hipokrit. 
kalau saya jelaskan hal yang sebenarnya, awak akan terima kan penjelasan saya?

i cried everynight when we fought

nota bersepah:
..sedih..sy xnk kita jadi camnie..sy nak kehidupan yang dulu, kehidupan kita yang penuh gelak tawa..





♥GIVE IT A CLICK IF YOU LIKE IT AND SHARE IT♥ ▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒

Thursday, December 23, 2010

kalau kau lupa, aku ingin ingatkan


ingat lagi tak, dia pernah cakap 'sila jaga saya elok2 k!' dan kau kata 'baek!'. kau pernah tak semat dalam hati kau kalau dia memang memaksudkan apa yang dia cakap dan dia mengharapkan agar kau akan menjaga dia sehingga akhir hayat?

ingat lagi tak, kau pernah kata kalau kau dan dia ada jodoh, kau nak kahwin dengan dia. dan kau katakan kau sayang dia sangat2. walau dia tak mahu percaya tapi dia gembira kau berkata begitu dan masa itu, dia meletakkn harapan yang bukan mainan. dia cuba yakinkan diri dia bahawa kau dan dia boleh bersama walaupun dia sendiri sedar semuanya mungkin mustahil.

ingat lagi tak dia pernah letak status 'And I didn't mean to get so close and share what we did, And I didn't mean to fall in love, but I did, And you didn't mean to love me back but I know you did' dan kau katakan kepada dia 'awk, awk tgk ayat ketiga status ***** awk tu. yes, i did'. kemudian kau berterus terang kau dah lama memendam rasa sayang itu pada dia, cuma kau takut untuk meluah. dia gembira, sekurang2nya dia tahu dia tak bertepuk sebelah tangan.

kau sedar tak, dia bahagia bila kau selalu ada untuk dia. dan dia kesal bila kau membelakangkan dia di saat seseorang yang pernah buang kau dulu kembali. pernahkah kau terfikir kalau dia  pernah menyematkan dalam diri dia 'kalau awak dah xsayangkan saya dan awak memilih orang lain, saya rela asal awak bahagia tapi saya tak rela kalau awak memilih orang yang sama yang tinggalkan awak terkontang kanting dulu. sakit ditinggal orang yang sama untuk kali kedua pasti lebih menyakitkan dan saya tak kuat melihat awak disakiti'. dia juga selalu marahkan kau bila timbul nama seseorang. sebab dia tak mahu kau bersedih. dan terbukti kau masih bersedih bila seseorang itu muncul dalam hidup kau balik. dia juga risau kalau kau abaikan dia jika seseorang itu mendampingi kau. kau tahu kan, dia sayangkan kau dan dia tak  mahu kehilangan kau.

kau ingat lagi tak, betapa kau marahkan dia bila dia keluar dengan lelaki lain. dia cuba memujuk kau walaupun kau sendiri tahu dia bukan jenis yang pandai memujuk orang. kau masih berkeras hati sehingga dia tak tahu mahu menjelaskan kepada kau bagaimana lagi. saat itu, kau patut lihat betapa teruknya dia menangis sepanjang malam sehingga dia tak sedar dia terlena dalam airmata. dengan bangun paginya bermata bengkak dan dia masih menangis. dan kau juga patut lihat betapa susahnya dia nak berhenti menangis bila kau kata 'lepas nie kita jangan jumpa lagi la'. kerana dia menyangkakan kau mahu membuang dia jauh dari kau.

kau ingat tak, dia pernah kata 'we better as bff' dan aku pasti kau mesti sedar yang ini, dia tiada pendirian dalam keputusan yang dia buat. aku pun adakalanya tersedar. walau mulut dia katakan itu tapi hati dia mahukan yang lain. sebab aku tahu, dia sebenarnya anggap kau lebih dari kawan. dia hanya mahu sedapkan hati dia bahawa sebagai kawan adalah lebih baik. dia tak mahu terluka disebabkan kau tapi di akhir setiap perbalahan, dia tetap terluka dengan kau. tapi untuk hal ini aku juga nak kau tahu suatu perkara, dia bukan tidak mahu tetapkan pendirian dalam keputusan yang dia buat. cuma dia tak mahukan kau serba salah, tak mahukan kau merasa susah dan terpaksa memilih dia. dia sayangkan kau dan dia mahu yang baik2 untuk kau jadi menyusahkan kau adalah sesuatu yang dia cuba elak. aku pernah sarankan dia untuk berterus terang tapi katanya tidak perlu. kini, dia terkilan kau dan dia sudah tak seperti dulu. dan dia terkilan kau sudah menetapkan kau dan dia hanya kawan.

kemudiannya, kata dia kepada aku, 'kenapa sekarang aku dah tak rasa apa yang pernah dia kata dulu?, kenapa aku rasa dia dah berubah dan makin menjauh?, apa dia dah lupa atau dia dah tak sayangkan aku lagi?' 

jadi, aku katakan kepada dia. 'sayang, manusia sering kali lupa akan apa yang pernah mereka katakan. mungkin kau sendiri pernah terlupa akan apa yang pernah kau katakan atau janjikan. begitu juga orang lain, begitu juga dia. jadi, jangan salahkan dia atas apa yang dia lupakan tapi ingatkan dia kembali akan apa yang perlu dia ingatkan tentang kau berdua. menyokong satu sama lain adalah lebih bermakna dari kau mementingkan diri sendiri. mungkin melupai boleh menjadi penyelesaian terbaik jika ternyata hati dia bukan untuk kau'.

dia merenung aku dan berkata 'aku tak kuat, tak kuat untuk menahan dia terus sayangkan aku atau membiarkan dia pergi tinggalkan aku demi orang lain'. lantas dia berlalu pergi tanpa sempat aku berkata lagi.


nota bersepah:
kalau aku xpuas hati, aku akan tetap xpuas hati walaupun benda tu dah lama, walaupun xberkaitan dengan aku..


♥GIVE IT A CLICK IF YOU LIKE IT AND SHARE IT♥ ▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒

Sunday, December 19, 2010

i miss calling you sayang


semalam punya semalam, 17/12/10 banyak juga  hal yang berlaku. bangun pagi, errr, agak lambat. on9 jap, then baru mandi. mak pula dah bising2 suruh cat pagar umah abang. takot petang nanti hujan. adoii. bila rajin xsampai2, memang malas la nak buat apa2. tghr baru mandi, then siap2 nak mula kerja. hah! ai jadi orang rajin. lap2 sikit pagar, baru mula cat. 'sapu 2 lapisan, baru tahan' akak ipar cakap, aku pun kata 'ok!'. start dlm pukul 2 and finish almost at 7. pheww! penat juga. kaler biru langit tau, cantek~

dalam tempoh mengecat tu, budak2 lorong nie main kat luar. main bola la, main anak kucing la, main kejar2 la. sampai ada yang terkena cat. habis kerja cat2, g la menapak depan tv. cinta kirana. my mom n sis in law suka tengok cite nie, xleh miss! dalam masa yang sama nie, akak ipar panggil anak buah, jaydison balik umah. kan dah lewat, xkan nak main sampai malam2 pula. akak ipar kata, 'eh, balik! xnak ikut keluar ke?' jaydi tanya la nak g mana, ktorg pula main2 la jawab nak g mana. sekali dia mengamuk, sampai ke dapo lari. kena pula abang dia suka sakat dia, makin menjadi la jaydi tu marah. sampai masuk bawah meja makan. lama juga, sampai 1 point, dia nak tumbuk abang n mak dia. budak2. apa la sangat ngan penumbuk. 2nd time dia nak tumbuk mak dia, xdapat, dia geram dia ambik pin bowling mainan dia, dia nak pukul mak dia pula. aih! aku dah menyirap nie. pantang tengok budak2 naik kepala. aku pun tolak dia, n marah dia terus. at 1st, dia lawan balik, nak pukul aku jgak la. aku pun rampas pin bowling tu, aku pukul tangan dia kuat2. serius kuat. banyak kali juga.  terdiam kejap dia. aku marah2 lagi. gila bengang aku time tu. dia stop nangis, dia lari kat dapo, lari kat abang aku yang ngah smoking kat belakang. ceh! saje je la tu nak tagih simpati. sebab dia tau, klo dia ngade2 lagi, memang abang aku lak marah dia. klo abang aku yang marah, abeh r. pastu abang aku pujuk la dia, siap dukung2. aku dah wat muka kelat. tapi pastu, kesian pula. mesti dia terkejut, sebab aku xpenah marah dia apatah lagi pukul. >.< tapi malam tu dia ok la, nak cakap ngan aku dah.  ngade2 lagi depan aku!
yang mengamuk di bawah meja..tgk betul2~


tak lama lepas anak buah aku stop mengamuk, akak aku pun sampai dari kuching. dia, suami dia, makcik aku, cucu makcik aku. drive dari kuching ke miri, kira awal juga dorang sampai dalam jam nie, around 8pm. 

malam lepas xda pape, jadi pula benda lain. adoi. aku penat la benda yang sama je jadi. aku nie bukan tunggul la sayang. tolong la paham.

nota bersepah:
..entah..


♥GIVE IT A CLICK IF YOU LIKE IT AND SHARE IT♥ ▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒

Friday, December 17, 2010

LadyEll buat Giveaway,JOM JOIN!!

copypaste entry asal :


Caranya:-

1.Buat n3 di blog anda mengenai giveaway ni dengan tajuk :LadyEll buat Giveaway,JOM JOIN!!
dan hantarkan url link anda di ruangan komen post ini.(1 point)

2.Follow blog "Life of ladyEll" (1 point)

3.Tag rakan anda sekurang2nya 2 orang (1 point)

4.Letak gambar banner beserta link giveaway ini di sidebar anda (1 point)

Sekiranya keempat-empat langkah ini berjaya anda ikuti,anda telah mengumpul 4 points dimana lebih besar peluang untuk anda menang.



Syaratnya:-

1.Sesiapa saja yang bergelar blogger dan mempunyai alamat di Malaysia,layak  menyertai.Kalau duduk oversea pun boleh tapi ada alamat Malaysia ya.

2.Tarikh giveaway ini berjalan serta merta mulai sekarang sehingga 30 Disember.

3.Hadiah surprise menanti bakal pemenang.dan hanya seorang yang akan dipilih.Tapi bergantung pada penyertaan,jika ramai penyertaan maka hadiah saguhati akan diadakan.

4.Pemanang akan dipilih random melalui cara "cabutan bertuah".

5.Pemenang akan diumumkan secepat mungkin setelah tamat giveaway ini.Insya'Allah..


Ok,Good Luck!!
people tagged:

1. nana aka usagi kecik
2. norlina

banner :


siap dah!

♥GIVE IT A CLICK IF YOU LIKE IT AND SHARE IT♥ ▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒

"My 1st GiveAway in 2011"


[cetaktampal syarat] :

Yang nak join, boleh baca syarat kat bawah nie..syarat dye senang je :
  1. Uolss hanya perlu buat entry bertajuk "My 1st GiveAway in 2011"
  2. Letak baner GA nie okai..letak taw dalam post entry dengan sidebar uolss..
  3. Tag 3 orang..make sure yang kena tag tu tau k..nak tag lebih 3 orang pown takpe..macih banyak2..
  4. Follow blog kita sebab senang kan nak tau pasal perkembangan dye..mane laa tau kalau tetibe je Fieza tutup awal GA nie..dah follow, selitkan id sekali ye =)
  5. Sape2 pown boleh join..terbuka pada lelaki dan perempuan..

[cetaktampal hadiah] :

hadiah dye sweet sangat >.< sesuai untuk orang yang dah berkahwin, bakal berkahwin, yang belum berkahwin, teruna dan dara..heee~ =)

[cetaktampal pesanan penaja] :

BTW, My Eldest sis akan pick secara random nama2 pemenang melalui system Lucky Draw..soo, sape2 pown boleh menang..moh2 join reramai >.<

[cetaktampal tarikh tutup] :

Tarikh tutup: 26 February 2011
(kemungkinan besar juga Fieza akan tutup lebih awal GA nie) 

[the banner] :



[blogger yang ditag] :


1. nana aka usagi kecik
2. famy
3. norlina


nie pula link ke entry asal :


http://hafidzahhafidz.blogspot.com/2010/12/my-1st-giveaway-in-2011.html


^_^)
♥GIVE IT A CLICK IF YOU LIKE IT AND SHARE IT♥ ▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒

Thursday, December 16, 2010

simple note #5



- nota yang hampir basi -

sy cepat moody lately sebab :
1. awak salu gantung soalan sy 
2. awak tau sy xsuka tapi awak buat jgak apa yg sy xsuka 
3. awak agaknya lupa sy tgh tunggu awak 
4. awak perlekehkan sesuatu yg bg sy bukan hal kecil 
5. awak selalu kata xda pape sedangkan awak ada pape.. 


then, awak still boleh tanya kenapa saya salu xde mood?


* kdg2 xtau la nape mood nie terumbang ambing..adakah faktor nak balik ke ukm ahad nie turut menyumbang???

nota bersepah:
..xmandi lagi..
..sila abaikan nota nie..sy cuma putus fius sekejap.. >.<



♥GIVE IT A CLICK IF YOU LIKE IT AND SHARE IT♥ ▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒

Tuesday, December 14, 2010

simple note #4


im eagarly wanna see you
but yesterday tell me dont


dont wanna look back, it scared me

yup, i am ego 

nota bersepah:
..risau..
♥GIVE IT A CLICK IF YOU LIKE IT AND SHARE IT♥ ▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒

Sunday, December 12, 2010

marah sbb apa pn aku xtau..



"kalau hari2 camnie, gila la aku. siapa2 tolong bookingkan aku satu katil kat tanjung rambutan. aku mungkin perlukan satu nanti. huh~"


bila cemburu, mesti nak marah2 kan. orang kata, cemburu tandanya sayang. habis kalau x cemburu, xsayang ke?. kalau nak tunjuk sayang, kena marah2 ke?. penat la marah2. aku xpaham kenapa ada couple yang suka gado2. siap maki2 lagi. kata sayang, tp bila gado, bukan main lagi marah. baik xpayah couple. memang gado tu perkara biasa, even suami isteri pun boleh gado2, itu aku paham . tapi beragak la!

aku penah ada kawan. perempuan. pacaran dengan senior. awal2 memang la manis. madu pun kalah. tp orang kata, madu asli xda la manis sangat..*hurm*.. then, dorang futher study. jauh juga. sorang kat pulau, sorang kat mainland. bermula la zaman gado dorang. tapi ini aku dengar cerita, kesahihannya boleh dipercayai sebab dia sendiri penah juga cerita. bukan di alam reality, kat alam maya je. back to the story. dia kata dorang selalu gado. asal contact je gado. gado bukan hal kecik, gado besar punya. lepas tu, aku ada la nasihat sikit walaupun aku nie bukannya expert sangat nasihat orang. tapi aku x ingat la aku cakap apa. bila dia kata dia nk minta putus, memang aku sokong. sebab aku fikir, kita bila couple mesti la nak happy2. kalau dah dok gado je, happy kebendanya. baik xpayah, nama je couple tapi situasi macam musuh je. tapi dorang putus kejap je, 2hari kot. sambung balik, kata xleh. lorrr. aku memang xnak dah komen bila dia kata dorg dah on balik. 

ye, memang aku xkan paham sebab aku single. xde ehem2. tapi fikir logik sendiri la. kalau dah sayang tu, pandai2 la jaga hubungan. kalau kata sayang, tunjuk la sayang. nie x, kata sayang tapi maki hamun. aku xtau apa cerita dorang dah skg. tapi aku harap kalau dah on balik dengan alasan xboleh nak break. make sure pastu, jangan dok gado je. asal gado je maki2, sumpah2. gila xbahagia hidup! kalau lepas tu pun still nak gado2 cam before tu, huh, xtau la hubungan jenis apa aku nak label tu..

*jangan kondem aku sebab aku xda boyfren, aku just xpuas hati ngan certain thing yang berlaku.. walaupun benda tu dah berzaman..

"klu nk mrh2, xpyh la msg.."
oh, ok.. xmsg la.. g la kuar berpoya2 sampai malam.



nota bersepah:
..SERABUT!..
..aku leh paham kalau marah sebab cemburu, aku dah rasa. tapi kalau marah sebab lain, urm no comment la.tggu sendiri rasa..

♥GIVE IT A CLICK IF YOU LIKE IT AND SHARE IT♥ ▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒

Tuesday, November 30, 2010

nama2 yang terlibat..

hanya entri merapu..sekian~

hellooo~~
kali nie, nak mentioning pasal nama2 orang tertentu. dah lama x update kan, and agak malas nak update panjang2 walaupun ada idea. so, here we go~~~


  1. MICHEALAS BADAR
  2. JOCELYN DAYA
FAKTA:

  • they married before the husband finish his study on coming as a teacher
  • they wrote love letter before asking for a marriage
  • 3-4 hours of driving between their hometown and imagine they were in the year of no transport but on foot.
  • they use the last name only for formal event. the 1st name is actually a christian name.

  1. CLAISDELL LORREN
  2. JACQUELINE
  3. HUMPREY LINCOLN
  4. WALTER QUINCY
  5. VALENTINE PEARSON
  6. SADELINE VATERIA


FAKTA:


  • starting and ending with 15 letters of a name..
  • all got 1st n 2nd name expect NO.2
  • origin of no3: president of US,abraham lincoln?
  • origin of no4: their mom's fav actor during the pregancy
  • origin of no5: were born on valentine's day
  • origin of no6: name after a school teacher who work together with the father.

  1. JEFF COLLVEN
  2. JAYDISON PUNPUN
  3. HUMPRIYA
  4. HUMPRISCA
FAKTA:

  • prince and princess
  • origin of no2: name after his dad's late grandfather, Punpun
  • origin of no3: hum come from her father's name, and the mom love hindustan.

nota bersepah:
..tiba2 rasa nk tulis cerpen pasal sesuatu..huuu~

♥GIVE IT A CLICK IF YOU LIKE IT AND SHARE IT♥ ▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒

Wednesday, November 24, 2010

puisi jadi diari jiwa

on 13/11

pergi bangsar..motif: pergi pelancaran buku RANAP Fynn Jamal. ada bersama adalah niya, biela, nana dan aril. sebelumnya di klcc. nana, biela dan aril ke Aquaria, aku dan niya pula lepak kt taman klcc. ke bangsar naik putra (yeke putra? x ingat la), then naik taxi. nasib baik xsusah cari KEDAI BUKU SILVERFISH, pelancaran tu di sini. mula2 agak was2 nak masuk sebab xtahu betul ke x. tapi terjah je la dulu, pastu baru nampak ada satu bilik kat belakang ramai orang and nampak kak Fynn. so, betul la tempat yang dituju nie. duduk dan dengar, ada yang berpuisi dan ada yang menyanyi. ada jayzuan, orang ini diminati oleh biela. and dia bawak lagu 'for lover', sedap lagu nie. nak? bak email, aku bagi. promote nie *sengih* last baru turn kak Fynn, dia story pasal buku dia and dia mention, puisi yang dia buat umpama diari hidup dia. bila dia baca balik puisi2 tu, dia boleh ingat puisi tu di fasa hidup dia yang mana. 

then i thought, when i have crisis in my life, i wrote poem. dan tanpa sedar, aku pun punya diari. *senyum* bila aku buka balik puisi2 yang aku x-tau-boleh-dipanggil-puisi-ke-x, aku akan recall apa yang berlaku pada masa aku tulis puisi2 tu. kebanyakannya adalah zaman kejatuhan, lebih banyak airmata yang mengiring puisi berbanding gelak tawa. banyak puisi berlingkar pada persahabatan yang hampir retak, banyak juga yang berkisar patah hati. jarang yang berlagu gembira. ilham2 hanya bertandang di kala emosi jauh di bawah, kenapa begitu aku pun xtau. jujurnya, aku kurang selesa bercerita perihal sedih kepada sesiapa, maka aku luahkan ia di dalam puisi. jika gembira, aku lebih senang berkongsi secara terus dengan mereka2 yang di sisi. bila menangis, aku akan menangis sorang2 di atas katil. pathetic? mungkin juga. tapi apa boleh buat. im hardly seeking for some1 to share the bitterness, xpernah terfikir mahu ke bilik seseorang untuk meminjam bahu atau menekan punat hp meminjam telinga sesiapa. tapi walaupun aku begitu, jangan dielak aku dari berkongsi masalah. aku sedia mendengar. im honoured to when you want me to listen. jangan risau, walau aku xbercerita secara terus apa yang berlaku, aku akan bercerita bila hati dah tenang, bilamana apa yang berlaku sudah aku kira basi jika ianya makanan. sehingga tiada lagi airmata mahu keluar untuk aku iringkan semasa aku khabarkan sedih itu.

then, kak Fynn bawa lagu dia. 'sampai tua' 'biar' 'no more'. aku ingat lagi lagu 'no more' dia pernah bawa masa AKAR 7 kat shah alam dulu. semua lagu tu, biela pernah bagi, tapi aku xdengar sangat, feel xmasuk. bila dengar kak Fynn bawa live, baru aku leh dapat feel. and aku sangat suka lagu 'sampai tua'. dia cerita, itu adalah lagu dia nyanyi ots, masa dia dan bf yang skg adalah suami dalam kereta dan menangis. lagu tu memang menusuk ke jiwa.
AKAR-7

terus terang aku cakap, bila jiwa kacau. aku akan dengar lagu2 kak Fynn. atas saranan biela awalnya. masa aku down to the earth dulu, biela suh dengar lagu Phoenix, katanya 'cuba dengar lagu phoenix banyak-banyak kali. semoga tersebar kekuatan aku buat kau disana yang bersendiri. jadi aku letak lagu tu singlely dalam playlist dan aku ulang dengar sepanjang hari. dan ya, suara kak Fynn tenangkan jiwa aku.'.

balik dari pelancaran, kami singgah BASKIN ROBBIN! biela mengidam ice cream kat sini. and it's our luck baskin robbin tu xjauh dari silverfish. keluar dari silverfish dalam jam 7 dan lepak di baskin robbin sehingga jam 9. then baru balik, cari taxi dan terus ke stesen putra dan balik terus ke ukm. PENAT! dan aku sempat bertemu dengan sorang senior masa sekolah dulu. dia pun layan juga event2 camni. dan dia invite datang ke Rantai Art Festival 2010 "GRAVITY" di Balai Seni Lukis Negara pada 20-26/12/10. click sini untuk maklumat.

kami di event pelancaran RANAP; my senior yang tudung hitam
dan gambar adalah hak milik abg ini


nota bersepah:
..sy dah mula claz driving..1st day claz, masuk road n uncle trus ajar jalan mana pakai untuk test jpj nnt, then baru dia ajar parking, 3penjuru dan bukit. setakat nie semuanya baik2 saja ^_^
..xde gamba ngan kak fynn, sebab aku x involve sgt sebenarnya event camni..dan gambar semua ada pada nana..
♥GIVE IT A CLICK IF YOU LIKE IT AND SHARE IT♥ ▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒

Monday, November 22, 2010

"kids & baby photo contest"

hello~~


aritu kena tag ngan fatin untuk join 1 contest..sebagai pampasan, maka sy wajipkan diri sy untuk join juga contest nie sebab aritu dia dah suh buat 2 contest tapi dua2 xsempat nk buat! sorry babe! huk2~


***************************************




-click nama contest untuk ke laman contest-

syarat -syarat penyertaan.[cetak tampal penuh sensasi]

1. anda mesti menjadi follower blog kedua saya. http://sweetlikekisses.blogspot.com.Selepas ini pemenang akan di umum di blog baru:)..

2. anda mesti tag kepada 8 orang maksimum.tidak boleh kurang.dan bila anda telah tag anda mesti inform pada kawan anda yang mereka telah ditag.:)

3. letakkan banner contest di sidebar anda.

4. anda mesti sertakan satu gambar.tidak kisah gambar anda zaman baby,zaman anda budak budak,gambar adik anda,gambar anak anda,gambar anak saudara anda..

5. hantar link entry anda didalam kotak komen entry contest ini.

6.mesti mulakan title entry dengan nama contest.

7. wajib diberitahu didalam entry tentang contest ini dan hadiah yang bakal diberi kepada pemenang.


tarikh tutup sehingga  30 november 2010 .tetapi terpulang pada saya jika hendak menamatkan tarikh lebih awal:)..so be alert!:)


hadiah yang bakal dimenangi ialah earring dari lazo diamond jewellery.white gold.



***************************************


jadi, gambar yang dipertaruhkan adalah ;




*senyum lebar*
gambar sy bersama 2 abang dan sepupu. cute kan dengan puting di mulut? 


next, sy tag;

nana
biela
niya
famy
ariz
izni
syira
lina

♥GIVE IT A CLICK IF YOU LIKE IT AND SHARE IT♥ ▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒

Sunday, November 21, 2010

malam yang penuh kegilaan

haluuu~

arini ahad, semalam sabtu. malam semalam aku join venture ikut aunty pergi umah kawan dia. kawan aunty buat makan2. dan aku telah dibelasah penuh bergaya sampai pukul 4pagi. dengan 3round dibelasah Mr.W dan half round with Mr.B, bangun tengahari tadi badan aku merah2 elergik. dang! dan sekarang aku rasa nak demam. 


nota bersepah:
..mesti awak rasa sy bitch sekarang kan sayang? 

♥GIVE IT A CLICK IF YOU LIKE IT AND SHARE IT♥ ▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒

Friday, November 19, 2010

mesej gantung



::setiap ketika..aku sentiasa terlupa..dan lekanya aku hingga terluka::

mukadimah agak jiwang untuk entri kali nie. 


agak2nya *terdiam* berapa puluh kali, berapa ratus kali, berapa ribu kali aku nak bagitau? aku xsuka msg aku digantung!, dan maksud aku msg itu adalah last msg aku yang ada ansara '?' di dalamnya. tapi ada orang xpaham, ke buat2 xpaham? kalau msg tu xda '?', sebaliknya '.' atau xber-ansara apa2 di belakang, xkisah la sayang. serious xkisah langsung, awak xbalas sampai esok pagi pun xpa. nanti kalau sy marah2, kata penat gado. tapi tgk sendiri apa awak buat. *sigh*

marah? xla, sy xmarah. just nak meluah apa terbuku di hati. selain dia, dia dan dia, sy hanya ada blog sebagai sandaran hati. nak terasa, ikut suka. *mencebik*

bila benda macam nie jadi, serious memang rasa dah malas nak pegang hp. check hp, kosong. ada pun msg, dari celcom. aku nie dah la jenis xsuka main sms, layan sms ngan certain orang je dan boleh dikira dengan 3 jari je beberapa orang tu. jari manja xtahan sakit nak tekan keypad. jangan sampai aku naik malas lak ngan main msg ngn kau wahai teman. ke sebenarnya kau yang dah naik muak layan perangai xbetul aku? oh lupa, kau pun ada benda lain nak kena buat. mana boleh 24/7 dengan aku je kan. kenapa aku selalu lupa akan fakta yang tu? opss, sorry my bad then.. *muka bodoh*

*gila r! aku nie dah cam ada kekasih pula meroyan macam ni..>.<


nota bersepah:
..LIC?~
..dan sebenarnya..aku pun suka gantung msg org..kalau msg tu bunyinya tergantung atau org tu aku xsuka layan..*muka setan*
..adakah aku kedengaran sarcastic di sini?..aku harap ya! kau kata tak, aku tembak nnt..
♥GIVE IT A CLICK IF YOU LIKE IT AND SHARE IT♥ ▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒

Tuesday, November 16, 2010

duajamlimabelasminit

hello people~~

semalam aku on9 di KL, arini aku on9 di miri, sarawak..yerp babe, im home! badan sangat sakit sekarang, gara2 angkat barang; 1luggage, 1beg lappy n 1handluggage berisi barang. puff! 

kali nie, aku balik miri instead to kuching. mummy xbagi balik kuching, katanya abg suh dia sambut christmas kat miri. ah! spend whole cuti kat miri pun miri la. aku nak ambik lesen cuti nie!! *gembira*

perjalanan bermula dari cheras, supossely malam tu terus ke aport tapi incik bff xbagi overnight kat aport sorang2..so, malam tu dok umah membe dulu kat cheras..next day, ambik 2nd tren to klia..incik bff tolong hantar sampai BTS, thnx babe tolong teman. aku memang sayang ko!

ambik tren dalam pukul 640am, sampai klia dalam 720am..sempat lagi. sampai sana terus check in, que pun dah panjang, risau juga kalau xsempat check in before 8..huh~ 735 sampai juga turn. check in then ke kfc. lapar! 

order nasi lemak ayam, target makan dalam 10 minit..dang! got the record!! berjaya habiskan nasi dalam 10minit, dan sila tolak timun dan hashbrown. xmakan tu semua..*giggle* tapi nasi memang licin. i should take the photo *geram!* habis makan n minum (kopi tak sedap), jam 8 gerak terus ke balai berlepas. ingat nak on9 kejap, and charge kejap mp3. bateri mp3 dah KO. tapi xsempat, xjumpa plug suis.

kat balai berlepas, agak risau kalau tersalah balai tapi memang betul nie. kalau x, mesti akak jaga pintu tu bgtau. kan? tengok semua orang dah masuk kapal tapi kt digital board masuk letak chennai, huarghh! aku xdengar announcement td, telinga kena sumbat ngan mp3..>.<
then, abg jaga pintu tanya 'miri?' then dia suh masuk. nasib baik!

after check in td, tanya pegawai kaunter, pukul brape arrival to miri, sebab big boss tanya dah semalam sampai pukul brape. pegawai tu kata 1045am sampai, so kiranya depart from kl pukul 830, it's gonna be 2jam 15minit..?????!!!!...gila r!! 2jam dalam kapal???? xpernah dibuat oleh seorang aku!!! 

jadi lepas masuk kapal, dan kira dah 5minit berlepas, aku pun tido. tido, tido dan tido. terjaga bila abg pramugara kejut untuk makan. kali nie dapat nasi lemak, breakfast set. flight pagi kan. tapi sambal nasi lemak dia xsedap! sambal udang. so aku just makan nasi n telor dia je. nasib baik tadi dah makan dulu, kalau x kebulur la aku. 

lepas makan, kenyang sikit terus baca buku 'jayzuan', nabila punya. dia suh aku baca, best katanya. setakat nie aku baru baca sampai chapter 2, boleh tahan. cara penulisan dia sempoi. lepas baca, aku tido lagi. tido sampai setengah jam lagi nak sampai. then aku tahan mata xnak tertido sampai landing. pukul 1030 pilot announcement kejap lagi nak land dah..oyeay!

tapi flight kali nie x smooth landing! boleh rasa melampung masa tayar jejak tanah..=_=!

keluar kapal, on hp. 2msg masuk. dari big boss and incik bff. abg kata dia kat bekenu lagi, myb lambat sampai, suh tunggu dulu kalau dah sampai. aku reply kata 'ok, just arrive now'. masa que kat kaunter imigresen, abg call katanya 'lagi 15min sampai'. lepas imigresen, ambik luggage terus tunggu kat luar aport. tunggu sekejap je la. 

before balik umah, singgah dulu kat umah nenek sedara mak. kiranya pangkat moyang aku la tu. then baru balik umah dia, tapi petang tu kena gerak balik ke umah nenek sedara mak sebab nak dinner ramai2. 

dalam pukul 10 baru balik, tu pun sebab bf gemok dah call banyak2 kali suh balik, takot sorang2 sebab umah blackot. balik umah, mandi then tertidur kat ruang tamu. plan nak pn9 kejap before tido, tapi abang ngah pakai pc, lappy pula bf gemok pinjam nak main quake. terjaga pun sebab ada orang call, as usual second calling baru angkat. cakap kejap, then check dia misscall sekali, ada 1 msg dari dia. memang xsedar langsung. lepas tu sambung tido balik kat bilik. nk 0n9 pun, abg dah off pc, malas dah nk on balik. esok2 ada. 

sangat penat and sakit badan!

nota bersepah:
..akan bercuti selama sebulan 4hari..*senyum lebar*

♥GIVE IT A CLICK IF YOU LIKE IT AND SHARE IT♥ ▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒

Friday, November 12, 2010

bintang 14 hari

hello~~


semalam dapat satu lagu..bff bagi! *sengih*
lagu nie xtau la lagu baru ke lama, tp this is my 1st listening la
and saya sangat suka lagu nie! well, org yang suka lagu swayly slow. that's me *gelak*




-click untuk dengar dan download-

14 hari ku mencari dirimu
untuk menanyakan dimanakah dirimu
14 hari ku datangi rumahmu
agar engkau tahu tertatihku menunggumu


aku kangen sama kamu
apa kamu udah gak sayang aku

maafkanlah aku lari dari kenyataan
bukan karena aku tak punyai rasa sayang
maafkanlah aku mencoba tuk berlari
karena satu hati engkau pasti kan mengerti

* kamu pacar terbaikku
walau hanya sekejab di hatiku

reff:
mengapa hanya sekejab saja
ku merasakan indahnya dengan dirimu
mengapa hanya untaian kata
ku rasa tiada sempurna cerita cinta kita

repeat reff [2x]

nota bersepah:
..arini nak g pantai!!!
..is wondering..nape 14hari..tanya niya, niya marah pula..huh~

♥GIVE IT A CLICK IF YOU LIKE IT AND SHARE IT♥ ▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒
Related Posts with Thumbnails