Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Cuba fikir elok elok

..anda rasa anda dah cukup bersyukur?..

Wednesday, November 24, 2010

puisi jadi diari jiwa

on 13/11

pergi bangsar..motif: pergi pelancaran buku RANAP Fynn Jamal. ada bersama adalah niya, biela, nana dan aril. sebelumnya di klcc. nana, biela dan aril ke Aquaria, aku dan niya pula lepak kt taman klcc. ke bangsar naik putra (yeke putra? x ingat la), then naik taxi. nasib baik xsusah cari KEDAI BUKU SILVERFISH, pelancaran tu di sini. mula2 agak was2 nak masuk sebab xtahu betul ke x. tapi terjah je la dulu, pastu baru nampak ada satu bilik kat belakang ramai orang and nampak kak Fynn. so, betul la tempat yang dituju nie. duduk dan dengar, ada yang berpuisi dan ada yang menyanyi. ada jayzuan, orang ini diminati oleh biela. and dia bawak lagu 'for lover', sedap lagu nie. nak? bak email, aku bagi. promote nie *sengih* last baru turn kak Fynn, dia story pasal buku dia and dia mention, puisi yang dia buat umpama diari hidup dia. bila dia baca balik puisi2 tu, dia boleh ingat puisi tu di fasa hidup dia yang mana. 

then i thought, when i have crisis in my life, i wrote poem. dan tanpa sedar, aku pun punya diari. *senyum* bila aku buka balik puisi2 yang aku x-tau-boleh-dipanggil-puisi-ke-x, aku akan recall apa yang berlaku pada masa aku tulis puisi2 tu. kebanyakannya adalah zaman kejatuhan, lebih banyak airmata yang mengiring puisi berbanding gelak tawa. banyak puisi berlingkar pada persahabatan yang hampir retak, banyak juga yang berkisar patah hati. jarang yang berlagu gembira. ilham2 hanya bertandang di kala emosi jauh di bawah, kenapa begitu aku pun xtau. jujurnya, aku kurang selesa bercerita perihal sedih kepada sesiapa, maka aku luahkan ia di dalam puisi. jika gembira, aku lebih senang berkongsi secara terus dengan mereka2 yang di sisi. bila menangis, aku akan menangis sorang2 di atas katil. pathetic? mungkin juga. tapi apa boleh buat. im hardly seeking for some1 to share the bitterness, xpernah terfikir mahu ke bilik seseorang untuk meminjam bahu atau menekan punat hp meminjam telinga sesiapa. tapi walaupun aku begitu, jangan dielak aku dari berkongsi masalah. aku sedia mendengar. im honoured to when you want me to listen. jangan risau, walau aku xbercerita secara terus apa yang berlaku, aku akan bercerita bila hati dah tenang, bilamana apa yang berlaku sudah aku kira basi jika ianya makanan. sehingga tiada lagi airmata mahu keluar untuk aku iringkan semasa aku khabarkan sedih itu.

then, kak Fynn bawa lagu dia. 'sampai tua' 'biar' 'no more'. aku ingat lagi lagu 'no more' dia pernah bawa masa AKAR 7 kat shah alam dulu. semua lagu tu, biela pernah bagi, tapi aku xdengar sangat, feel xmasuk. bila dengar kak Fynn bawa live, baru aku leh dapat feel. and aku sangat suka lagu 'sampai tua'. dia cerita, itu adalah lagu dia nyanyi ots, masa dia dan bf yang skg adalah suami dalam kereta dan menangis. lagu tu memang menusuk ke jiwa.
AKAR-7

terus terang aku cakap, bila jiwa kacau. aku akan dengar lagu2 kak Fynn. atas saranan biela awalnya. masa aku down to the earth dulu, biela suh dengar lagu Phoenix, katanya 'cuba dengar lagu phoenix banyak-banyak kali. semoga tersebar kekuatan aku buat kau disana yang bersendiri. jadi aku letak lagu tu singlely dalam playlist dan aku ulang dengar sepanjang hari. dan ya, suara kak Fynn tenangkan jiwa aku.'.

balik dari pelancaran, kami singgah BASKIN ROBBIN! biela mengidam ice cream kat sini. and it's our luck baskin robbin tu xjauh dari silverfish. keluar dari silverfish dalam jam 7 dan lepak di baskin robbin sehingga jam 9. then baru balik, cari taxi dan terus ke stesen putra dan balik terus ke ukm. PENAT! dan aku sempat bertemu dengan sorang senior masa sekolah dulu. dia pun layan juga event2 camni. dan dia invite datang ke Rantai Art Festival 2010 "GRAVITY" di Balai Seni Lukis Negara pada 20-26/12/10. click sini untuk maklumat.

kami di event pelancaran RANAP; my senior yang tudung hitam
dan gambar adalah hak milik abg ini


nota bersepah:
..sy dah mula claz driving..1st day claz, masuk road n uncle trus ajar jalan mana pakai untuk test jpj nnt, then baru dia ajar parking, 3penjuru dan bukit. setakat nie semuanya baik2 saja ^_^
..xde gamba ngan kak fynn, sebab aku x involve sgt sebenarnya event camni..dan gambar semua ada pada nana..
♥GIVE IT A CLICK IF YOU LIKE IT AND SHARE IT♥ ▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒

No comments:

Related Posts with Thumbnails