ingat lagi tak, dia pernah cakap 'sila jaga saya elok2 k!' dan kau kata 'baek!'. kau pernah tak semat dalam hati kau kalau dia memang memaksudkan apa yang dia cakap dan dia mengharapkan agar kau akan menjaga dia sehingga akhir hayat?
ingat lagi tak, kau pernah kata kalau kau dan dia ada jodoh, kau nak kahwin dengan dia. dan kau katakan kau sayang dia sangat2. walau dia tak mahu percaya tapi dia gembira kau berkata begitu dan masa itu, dia meletakkn harapan yang bukan mainan. dia cuba yakinkan diri dia bahawa kau dan dia boleh bersama walaupun dia sendiri sedar semuanya mungkin mustahil.
ingat lagi tak dia pernah letak status 'And I didn't mean to get so close and share what we did, And I didn't mean to fall in love, but I did, And you didn't mean to love me back but I know you did' dan kau katakan kepada dia 'awk, awk tgk ayat ketiga status ***** awk tu. yes, i did'. kemudian kau berterus terang kau dah lama memendam rasa sayang itu pada dia, cuma kau takut untuk meluah. dia gembira, sekurang2nya dia tahu dia tak bertepuk sebelah tangan.
kau sedar tak, dia bahagia bila kau selalu ada untuk dia. dan dia kesal bila kau membelakangkan dia di saat seseorang yang pernah buang kau dulu kembali. pernahkah kau terfikir kalau dia pernah menyematkan dalam diri dia 'kalau awak dah xsayangkan saya dan awak memilih orang lain, saya rela asal awak bahagia tapi saya tak rela kalau awak memilih orang yang sama yang tinggalkan awak terkontang kanting dulu. sakit ditinggal orang yang sama untuk kali kedua pasti lebih menyakitkan dan saya tak kuat melihat awak disakiti'. dia juga selalu marahkan kau bila timbul nama seseorang. sebab dia tak mahu kau bersedih. dan terbukti kau masih bersedih bila seseorang itu muncul dalam hidup kau balik. dia juga risau kalau kau abaikan dia jika seseorang itu mendampingi kau. kau tahu kan, dia sayangkan kau dan dia tak mahu kehilangan kau.
kau ingat lagi tak, betapa kau marahkan dia bila dia keluar dengan lelaki lain. dia cuba memujuk kau walaupun kau sendiri tahu dia bukan jenis yang pandai memujuk orang. kau masih berkeras hati sehingga dia tak tahu mahu menjelaskan kepada kau bagaimana lagi. saat itu, kau patut lihat betapa teruknya dia menangis sepanjang malam sehingga dia tak sedar dia terlena dalam airmata. dengan bangun paginya bermata bengkak dan dia masih menangis. dan kau juga patut lihat betapa susahnya dia nak berhenti menangis bila kau kata 'lepas nie kita jangan jumpa lagi la'. kerana dia menyangkakan kau mahu membuang dia jauh dari kau.
kau ingat tak, dia pernah kata 'we better as bff' dan aku pasti kau mesti sedar yang ini, dia tiada pendirian dalam keputusan yang dia buat. aku pun adakalanya tersedar. walau mulut dia katakan itu tapi hati dia mahukan yang lain. sebab aku tahu, dia sebenarnya anggap kau lebih dari kawan. dia hanya mahu sedapkan hati dia bahawa sebagai kawan adalah lebih baik. dia tak mahu terluka disebabkan kau tapi di akhir setiap perbalahan, dia tetap terluka dengan kau. tapi untuk hal ini aku juga nak kau tahu suatu perkara, dia bukan tidak mahu tetapkan pendirian dalam keputusan yang dia buat. cuma dia tak mahukan kau serba salah, tak mahukan kau merasa susah dan terpaksa memilih dia. dia sayangkan kau dan dia mahu yang baik2 untuk kau jadi menyusahkan kau adalah sesuatu yang dia cuba elak. aku pernah sarankan dia untuk berterus terang tapi katanya tidak perlu. kini, dia terkilan kau dan dia sudah tak seperti dulu. dan dia terkilan kau sudah menetapkan kau dan dia hanya kawan.
kemudiannya, kata dia kepada aku, 'kenapa sekarang aku dah tak rasa apa yang pernah dia kata dulu?, kenapa aku rasa dia dah berubah dan makin menjauh?, apa dia dah lupa atau dia dah tak sayangkan aku lagi?'
jadi, aku katakan kepada dia. 'sayang, manusia sering kali lupa akan apa yang pernah mereka katakan. mungkin kau sendiri pernah terlupa akan apa yang pernah kau katakan atau janjikan. begitu juga orang lain, begitu juga dia. jadi, jangan salahkan dia atas apa yang dia lupakan tapi ingatkan dia kembali akan apa yang perlu dia ingatkan tentang kau berdua. menyokong satu sama lain adalah lebih bermakna dari kau mementingkan diri sendiri. mungkin melupai boleh menjadi penyelesaian terbaik jika ternyata hati dia bukan untuk kau'.
dia merenung aku dan berkata 'aku tak kuat, tak kuat untuk menahan dia terus sayangkan aku atau membiarkan dia pergi tinggalkan aku demi orang lain'. lantas dia berlalu pergi tanpa sempat aku berkata lagi.
nota bersepah:
kalau aku xpuas hati, aku akan tetap xpuas hati walaupun benda tu dah lama, walaupun xberkaitan dengan aku..
No comments:
Post a Comment