Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Cuba fikir elok elok

..anda rasa anda dah cukup bersyukur?..

Saturday, August 4, 2012

Percubaan Masak Prawn Nestum


Waking up when my sister and my mom knocked hard on my door. And I heard some loud lorry outside our home. Well, being me is the same meaning as, bila bangun tidur memang akan buat bodoh dengan apa apa bunyi sekali pun hp tengah ringing.

Bangun bangun tengok lot sebelah tengah punggah (or ejaan dia pungah?) tanah. Tak tahu nak explain macam mana. Kan kalau kita nak bina rumah, tanah asal kena taruh tanah hitam and kuning tu. Itu la yang dorg tengah buat. Then ada satu pondok kecil, dorg robohkan. Since kat pondok tu, my family ada simpan some kayu lebihan rumah sekarang, so my family kena take part la robohkan pondok tu. Actually, itu la reason kenapa pintu bilik aku diketuk cam nak roboh tapi aku buat bodoh je.

In the middle of preparing stuff for lunch, I had this conversation with my sister.

Me, "Nak masak prawn nestum, jom esok cari prawn".
Sist, "Ish! Cari petang nanti"
Me, "Ahhh! Malas la arini"
Sist, "Cari petang ni!"

Then, she continued her cooking. I thought esok alang alang dah keluar, cari la sekali prawn esok, tapi my sist insist arini juga.

Later, when there just the two of us at the sink. My sist said something, "Kau dah cakap benda (nak masak prawn nestum) tu depan orang, kau kena masak and ajak orang makan sekali. Tak elok, dah cakap tapi tak ajak".

So, petang keluar cari prawn dengan perasaan yang sedikit malas untuk keluar. Singgah bazar kejap dan beli barag kat mart.

Tadaaa~~~

Prawn nestum versi aku!

First time try buat prawn nestum. Selama ni asyik buat butter prawn je. Jadi tak jadi, belakang kira, yang penting dah try. Nanti dah kahwin, boleh masak untuk encik suami. Ha Ha Ha Ha !

Sebelum buat, godek godek internet tengok resepi dan cara buat. Lain orang lain cara, so in the end I make it with my own way. Yang penting main ingredient ada. Udang, butter, daun kari, telur, tepung gandum, tepung beras, susu cair dan paling penting nestum!

Kalau ikutkan tak perlu buang kulit udang tu, just buang kepala dan urat hitam dia. Tapi aku rasa leceh nak buang urat hitam dia kalau ada kulit tu, so aku buang la semua. Tu yang nampak tak berapa nak rangup udang tu eventho digoreng.

Kalau tengok secara overall, cara buat lebih kurang macam buat butter prawn gak. Just ubah sikit sikit, jadi la nestum prawn. Tu yang kalau buat ikut sendiri punya cara, jadi juga. Tapi nak buat exactly macam kat kedai tu, susah sikit la. Even masa survey resepi pun ada juga yang kata tak jadi macam yg kat kedai, nestum rangup rangup gitu. Aku pun rasa cam tak berapa nak rangup. Tapi aku tuang je nestum tu.

Tapi sekarang bila fikir balik, aku rasa aku tahu kenapa kat kedai jadi rangup. Dia dah angkat prawn letak atas pinggan, baru taruh nestum. Yang aku dan orang orang yang aku usha dah buat, nestum tu letak sekali dalam kuali pastu gaul. Memang la takkan rangup eventho api dah tutup masa tu. Hurm, aku dah dapat trick dia. Tengok la nanti aku try masak lagi.

Tadi my mom and my aunty buat lawak. Lepas deep fry yang tak serupa deep fry udang ni, aku letak atas meja makan. Tunggu nak dekat dinner baru masak balik. But they thought it's done already. My mom confident je makan and my aunt ikut makan juga. =.=" Tapi kan, sedap juga kalau ratah eventho tak siap lagi. Ha ha

By the way, a couple of days ago, aku ada masak sejenis seafood ni. Akak aku beli lepas yang aritu ktorg beli sikit sangat. Kali ni, dia beli banyakkkkkkk.

Tadaaaaa~

Ni nama dia LOKAN.

Lokan ni aku terfikir nak letak dalam entri kali ni adalah disebabkan si gadis bernama Fatin Othman. Dia bagitau, aritu dia ada makan lokan, tapi tak pernah tengok the real appearance of lokan. Yang dia beli tu isi je. So Fatin, tatap puas puas gambar ni! :P

Ni isi dalam dia.

Kalau tengok betul betul, lokan ni serupa kerang yang di-giant-kan.

Nak keluarkan isi ni, tak boleh main buka. Kena panaskan dalam kuali. Nanti dia terbuka la sendiri. Sedapppp tapi liat sikit la. Kalau penggemar seafood, wajip tahu lokan ni. Ha ha.

Family aku masak sup je seafood macam ni. Masa panaskan dalam kuali, nanti air dia ikut keluar sekali, air dia tu jangan buang. Taruh sekali dalam sup dia. Letak garam, bawang putih, lada, dah siap! Simple kan. Sebelum buat apa pa, make sure bersihkan betul betul tau. Ktorg siap berus pakai wool yang bersih periuk tu ha. Nanti tak ada la kotor sangat air sup dia. He he.

Oh, English aku tersangkut tengah jalan rupanya. Ha ha. Papepun, enjoy your blogwalking~!


♥GIVE IT A CLICK IF YOU LIKE IT AND SHARE IT♥ ▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒

1 comment:

NOOR FATIN said...

hai yang!

aku baru baca entry ni.. ekekeke amboii terliur aku tgk gambar prawn nestum tu. nampak mcm simple je nak buat. dan aku rasa mcm nak try jugak la nanti :P

lokan mmg sedapp tapi tu la sapa suruh dia jual isi je. hahahaha.. skrg baru tgk rupa betol2 :P

lpas ni kalau makan lokan ingat aku k! ;P

Related Posts with Thumbnails