Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Cuba fikir elok elok

..anda rasa anda dah cukup bersyukur?..

Friday, December 16, 2011

makan tak habis; nama pun perempuan


izinkan sy terus ke topik utama tanpa sy bersimpang siur..

bercakap pasal 'makan tak habis', sinonim bukan dengan perempuan. tak kira la, pergi dating ke, keluar ramai ramai dengan girlfriendssss ke, mana mana la. mesti ada salah seorangnya macam nie; asal makan tak pernah nak habis.

terasa ke? ha ha. dont worry. aku pun macam ni, tapi aku tak terasa pun. entry aku kan.

setiap kali makan, sekarang nie, pasti aku teringat dengan post seseorang yang aku tengok di satu page di fb. ayat dia lebih kurang macam ni;
"perempuan ni suka betul ajak pergi kfc. pastu tak habis makan. membazir je. blablabla"

banyak dia bebel, tapi aku dah lupa. takpa, bukan point aku nak cakap pasal post dia.

aku jenis yang seriously susah nak habiskan makan. sebab tu kalau keluar berdua, sekarang nie aku elak dari orang belanja aku. tapi kalau dia keluarkan duit, aku diamkan aje. lalalala. tapi selagi boleh bayar sendiri, bayar la sendiri. jangan berlagak anda tu tak berduit ye saudara saudari. sebenarnya segan bila orang belanja, tapi kita tak habis makan. kalau aku, segan la. kalau duit sendiri, tak la rasa sangat. 

kalau keluar berdua, aku selalu cakap "kongsi ea". sebab aku tahu aku comfirm tak leh habiskan walau aku lapar cam buaya time tu. betul. sangat lapar pun takkan menjamin aku boleh telan banyak cam ular. pelik kan perut aku. aku pun tak tahu nak cakap apa dah.

disebabkan itu lah. aku nak cari suami kuat makan. sebab tu aku tak kisah kalau suami aku nanti perutnya ke depan. kui kui. tapi takmo la badan besar sangat. aku ni kecik ja weis! -.-

eh, cakap pasal suami lak ye. tak sabar nak kahwin. ha ha ha. tadi aku beli McD Prosperity. baru makan separuh. separuh lagi tak larat nak telan. sebenarnya bukan tak larat, tak nak paksa. kang muntah balik semua benda. lagi sayang wooo. so, simpan dulu. kejap lagi comfirm lapar balik.

kebiasaannya, kalau aku tak lapar, memang aku taknak makan. nie kalau makan kat luar la. kalau tapau, aku ambik jeeee. kalau tapau, kita boleh simpan simpan. kan. tak risau habis tak habis. selalu juga orang tanya, "eh lyne, tak makan?". tak ler, tak lapar. takpun kalau aku tak lapar, tapi nafsu membuak buak, aku ratah ayam goreng. uih, fav nih!. pastu nanti ada lagi orang tanya "eh, lyne, makan ayam goreng je, tak makan nasi?". aku sengih je. kalau rajin, aku cakap la juga "tak lapar, takut nanti beli nasi tak habis makan". tapi. kalau ada orang tegur lagi "apasal tak makan nasi, kang lapar" pastu buat pula kepala geleng geleng. ni nak kena dengan aku. aku pun fire la balik "yela, kang tak habis makan bebel pula kata membazir". sambil muka buat buat tak puas hati.

ketidakbolehan aku habiskan makanan ni amatlah dikenali oleh sekalian budak kelas. sampaikan kalau aku boleh habiskan sepinggan nasi, mereka akan terlopong sekejap. pastu cakap "lyne! kau boleh habiskan??" "wahhh, lyne habis makan la". sila bayangkn muka mereka yang excited walaupun anda tak kenal mereka. kadang kadang mereka terlopong tanpa berkata apa apa. speechless barangkali. sebenarnya aku sendiri pun excited kalau aku boleh habiskan sepinggan nasi. terasa diri ni campion. poyo.

kalau makan dengan semua budak kelas. contoh dorang nak buka puasa. aku suka duduk sebelah sebelah budak lelaki. terutamanya Ijat. Edi dan Fady juga. eh, Fady bukan lelaki k. kenapa? sebab mereka inilah tong sampah aku yang paling masyurrrrrr. dengan adanya mereka, pinggan aku comfirm licin walau penuh menggunung pinggan aku pada awalnya. he he. hebat kan mereka. aku suka kalau dorang ada di meja makan.

kalau dulu dulu, aku boleh sengih memanjang kalau orang tegur. tapi sekarang, kalau tak kena mood aku, orang tegur 'membazir' nie, memang aku hangin terus la. ye la, kadang kadang bukan niat kita taknak habiskan. perut dah tak boleh nak terima. karang, aku wek wek sebab angin, ada korang nak tolong urutkan badan aku??


♥GIVE IT A CLICK IF YOU LIKE IT AND SHARE IT♥ ▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒

No comments:

Related Posts with Thumbnails