Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Cuba fikir elok elok

..anda rasa anda dah cukup bersyukur?..

Tuesday, February 1, 2011

jiwa goyah vs telefon bimbit


sweet greeting readers *broad smile*

ahad lepas hujan dari pagi sampai malam. walau tak lebat, tapi cukup lama untuk banjir menjenguk. isnin, bangi mendung. tanpa hujan, tanpa matahari. dan arini, matahari mulai muncul menderma senyumannya. aku basuh baju, jemur dan kering. *puas hati*

arini cerah, cuaca molek sangat. dari pagi sampai petang. tapi jiwa aku. ya, jiwa aku. redup je. petang ini, aku rasa jiwa aku sedikit goyah. dan kepala aku berpusing, berpinar. walau aku baring seenak mana, kepala tetap tak selari dengan keinginan hati untuk tidur. orang kata, tak elok tidur petang. *terdiam* nak sambung buat assignment, aku dah tak mampu nak berfikir. nak tidur, kepala lak macam tak sudi. nak makan paracetamol, hurmm, bukan kebiasaan aku memanjakan badan dengan dadah. aku lebih suka biar ia baik sendiri. melainkan perlu, baru aku ambil. selalunya kalau nak demam masa exam week or ada program around the corner, baru aku makan ubat. precaution. takut mengganggu perjalanan hari. 

dah lama kan aku tak update blog. bukan tak nak, bukan busy sangat. cuma idea agak tersangkut di road block otak. dan tiba2 arini aku ber-idea. assignment aku sebenarnya tak siap lagi, bilik aku pun tak kemas lagi. aku rancang nak balik kuantan esok, mudahan tiada halangan. sudah 2kali aku postpone balik kuantan. sepatutnya balik isnin, tapi aku tukar selasa. arini dah selasa, tadi abang call, akak ipar sms juga, tanya bila balik. aku dah serba salah, assignment aku tak siap lagi. aku sungguh2 nak siapkan sebelum balik, sebab aku yakin, balik nanti comfirm aku tak sentuh kerja2 nie semua. jadi aku khabarkan, esok aku balik kalau kerja tak sempat nak siapkan petang nie. untuk balik malam, aku tak yakin. takut. aku perempuan, kenit lak tu. sekali tolak ngan jari je dah tergolek masuk sungai. lagipun aku tak pernah naik bus kat bukit jalil or pekeliling. ye, tak pernah. sebelum nie, aku pernah naik kat pudu je.

*termenung*

rasa pedih kat hati. (punca jiwa goyah) payah nak buang suatu perasaan bila kita dah mula 'mengharap'. sekarang, aku sedikit sebanyak dah mula menyerah pada takdir, pasrah pada jodoh. kalau ada jodoh, ada la. aku nak yakin dengan jodoh aku. kalau ditakdirkan seseorang yang aku nak bukanlah jodoh terbaik aku, aku redha *terdiam* ayat aku macam Islamic lak. *sengih* takpe, in christian, i'll say, we should have faith in God. kan?. dan kalau ditakdirkan aku berjodoh dengan seseorang yang aku harap nie, aku terima dengan hati terbuka. dan aku akan sangat2 bersyukur dengan apa yang aku bakal ada. kalau bukan dia, aku akan cuba terima sebaiknya. pasti ada hikmah disebalik apa yang Tuhan tunjuk kat kita kan. banyak sebab kenapa aku susah nak lepaskan seseorang. mungkin ramai yang tak paham. mungkin juga ramai yang rasa aku tak patut tunggu seseorang walhal aku lebih layak dapat orang lain. it's all about chemistry. aku sangat susah untuk jumpa kimia dengan manusia bertentangan jantina. dan aku malas nak cari kimia itu berulang kali. dengan dia saja, aku ambik masa hampir 2tahun untuk merasa serasi. 

aku jenis tak main sms. ye la, tak ada orang nak ajak bermain. sebab lain, aku rasa ibu jari aku sakit tekan keypad. jadi, aku just reply msg ala2 kadar. hp aku adakalanya seperti useless, sampai aku berfikir, hp nie macam cukup syarat aku adalah manusia di zaman teknologi je. hp aku menghampiri tahap bisu, jarang berbunyi. dari form4 sampai 1st year di ukm. sehinggalah aku menjangkau tahun kedua pengajian. hp aku mula aktif berbunyi. hanya beberapa orang saja yang mampu buat aku melekat dengan hp. dan orang pertama adalah kawan lelaki pertama yang aku rapat. kawan baik. walaupun dia bengong orangnya tapi dia adalah kawan yang baik. kami mula tak berhubung bila dia dah ada 'ehem2'. aku pun bila dapat tahu, kena la faham2 sendiri. bf orang, takkan kau nak contact lagi macam dulu. lagipun aku tak suka contact bf org. itu bukan aku. lepas aku tak contact membe nie, hp aku senyap balik. tapi masa cuti, hp aku bising balik. kawan perempuan aku yang seorang nie, sangat rajin msg aku. pagi2 wish morning, dan aku tak tahu kenapa aku senang dengan dia dan aku boleh layan msg dengan dia walau baru sekali jumpa. sebelum nie, bukanlah aku tak ber-msg dengan siapa2, cuma aku tak 24/7 pegang hp msg siapa2. kemudian, naik sem, aku rapat dengan seorang lagi kawan lelaki. dia adalah kawan lelaki kedua yang aku rapat, maksud aku sangat rapat. jadi, masa nie, inbox hp aku penuh dengan nama kawan perempuan and kawan lelaki nie. 

sekarang hp aku dah bisu balik. kadang2 ada juga dia bising, tapi aku ikut mood juga nak layan. tambah pula balqis balik cuti, dengan dia la aku msg. tapi xda la setiap hari. msg sebab hang out and a lil' bout personal things. kadang2 aku msg dengan cik diary aku, ngadu pasal seseorang. kadang2 rasa bersalah pun ada, sebab aku msg dia bila aku ada masalah, bila aku happy, tak contact pun dia. just contact kat fb je. *mengeluh* aku tak harap nak jadi kawan yang lupa diri, jadi mulai sekarang aku akan ingatkan diri aku, orang ini yang bangkitkan aku dari zaman kegelapan, jadi aku harus utamakan kewujudan dia. dia mungkin bestfriend orang lain, bukan bestie aku. tapi itu bukan alasan untuk aku ketepikan dia. kan? lagipun, dia sayang aku, and aku akan sayang dia lebih dari dia sayang aku. aku rasa dia ada masalah tapi aku segan nak bertanya, aku bukan jenis yang pandai bertanyakan masalah orang. jadi aku nak cakap kat sini, 'kalau ko ada masalah, ko leh share ngn aku tau. aku akan dengar macam ko dengar aku selama nie. :) '

nota bersepah:
..rindu seseorang. jadi aku agak mental arini..
..tambah pula, semut cari gaduh. aku penat la. aku rasa cam dah sampai tahap nk mencarut dengan semut nie dah..



♥GIVE IT A CLICK IF YOU LIKE IT AND SHARE IT♥ ▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒

6 comments:

Noor Fatin said...

kalau ada apa2. msj je tau.. :)

emmalin the french said...

take a deep breath...

Unknown said...

msg aku juge.. available 24/7 :D

►içéq◄ said...

fatin:
baik! surely will.. hehe ;)

wen:
:)

ev:
errr.. number? ehehehe~ :P

Unknown said...

number aku sntiasa ade kat fb.. :D

►içéq◄ said...

ev:
eh, ad ea?? ehehehhehe.. siap la ko kena kacau ngn aku t.. kui3~~~

Related Posts with Thumbnails