aku punya satu rahsia
yang tersimpan kemas
tersorok dalam poket
jaket berwarna merah hitam
rahsia ini wujud kerana kamu
datangnya ia kerana kamu
terkunci sepi kerana kamu
terdiam aku juga kerana kamu
kerana kamu
aku kini perahsia
demi menjaga
rasa hati rahsia kamu
kerana kamu
aku kini berjaga-jaga
menutur yang perlu
agar rahsia tidak bolos lepas
kerana kamu
dan mungkin juga mereka
demi menjaga hati-hati
yang mungkin tercalar luka
nukilan sadelinevateriabadar
note bersepah:
rahsia??
♥GIVE IT A CLICK IF YOU LIKE IT AND SHARE IT♥
▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒
Ajar diri
8 years ago
No comments:
Post a Comment