Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Cuba fikir elok elok

..anda rasa anda dah cukup bersyukur?..

Sunday, March 18, 2012

Penat tapi tak boleh tidur. Merapu.


Sakit jiwa kan bila kita nak tidur tapi mata enggan lelap. Badan dan otak terasa penat tapi mata terasa ringan, seringan kapas. Kinda stress juga bila selalu jadi macam ni.

Me. Always happen.

Seharian kita di luar. Seharian kita digelumungi manusia manusia pelbagai ragam. Dan pulang ke rumah, kita harapkan tilam dan bantal empuk mampu melegakan kita. Tapi? 

Tilam kata pergi, bantal kata nanti nanti la landing. Penghujungnya, aku di laptop. Online. Busan. Facebook. Busan. Twitter. Dua kali lima. Akhirnya aku tonton RunningMan Episode 67.

Sedikit lapar. Dan aku tak mandi lagi. Jam, 10PM.

Aku masak air, rendam uncang teh Liptop dalam cawan kecil. Terus, aku mandi. Selesai mandi, aku bancuh teh susu kegemaran. Kalau ikutkan hati dan otak ketagih, aku bancuh kopi susu dah ni. Mengenangkan perlunya aku tidur tidak lewat malam ini, esok kena bangun awal, aku cuba ketepikan kopi. Walau mata sentiasa melilau ke bekas kopi.

Selesai teh siap, aku pecahkan sebiji telur. Letak sedikit serbuk pati ayam. Nyalakan dapur. Goreng.

Enak bila malam malam makan telur goreng dan teh panas. Ahhhhhhhh~ Tapi lagi sedap kalau kopi sebenarnya.

Setiap kali aku membangkitkan perihal kopi, Adila pasti marah. Dia tak bagi aku minum kopi banyak banyak. Sebab dia pernah nampak betapa gilanya aku dengan kopi semasa Tahun Tiga dahulu.

Hari yang penat. Perut aku pun sentiasa minta diisi. Lunch pukul 230PM, makan nasi berlaukkan ikan patin masak tempoyak. Pukul 6 lapar lagi, makan roti telur bersama teh tarik. Sampai rumah, lapar lagi. 

Sigh. 

Perut lembu mungkin.

Mengusir kebusanan di Facebook, aku buka online shopping page. Baju. Baju cantik. Dan aku mengganggu dia di sebelah yang kusyuk menonton Mentalist dengan pertanyaan "Tengok la ni, cantik tak?", "Tengok tengok, mana lagi cantik, warna hitam or beige?", "Ahhhhhh, comelnyaaaa!". Dia, sabar je la.

Rumate aku.

Keinginan untuk shopping lagi buat aku terfikir. Aku tak buat lagi bugdet. Well, JPA dah masuk kan. Pffffttt~!

Semalam shopping kain ela, baju sehelai, sepasang sandal untuk ke kelas. Aku risau kalau siapa siapa akan marah kalau aku asyik ke kelas dengan seliper toilet. Dan aku juga risau, bila hujan, seliper aku jadi licin. Lagi aku rasa macam tak berapa sesuai pakai seliper toilet dan baju kurung. Hurmmm

Aku tak sepatutnya shopping lagi. Melainkan duit jatuh dari langit ke riba aku.

Benda pelik lagi mustahil.

Sakit kepala. Dan aku sebenarnya lapar lagi. Dan aku harap, kopi tak goda aku dalam tempoh beberapa jam ni.

Night peeps!


♥GIVE IT A CLICK IF YOU LIKE IT AND SHARE IT♥ ▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒

No comments:

Related Posts with Thumbnails