Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Cuba fikir elok elok

..anda rasa anda dah cukup bersyukur?..

Tuesday, March 13, 2012

Jatuh & Bangkit


Jam di laptop menunjukkan 2:06 am. Aku? Masih belum tidur, dan lampu bilik masih terang benderang. Sebelum aku menutup mata, untuk tidur, izinkan aku menjenguk sebentar ke laman ini ok. *wink*

Di atas meja, tak pernah kosong dari harta benda. Dan sekarang yang ada, sebiji mug yang bersisa teh susu dan pinggan kecil yang sebelumnya sarat dengan dua biji telur goreng. Bila lapar di tengah malam, itu je yang mampu untuk di galas ke dalam perut.

Hidup.
Sudah lama kan tak berbicara pasal hidup. Tentang jatuhnya kita, dan bangkitnya kita untuk menempuh kembali hidup. Nah! Blog ini sendiri pun aku dah lama tak tengok, apatah lagi mencoret apa apa kisah. Rindu? Kind of, ha ha.

Memulakan hidup yang baru, been easier kalau kita jumpa orang yang baru. Tak kisah la apa peranan dia. Dan aku pula, enggan meletak harapan. Enggan. Khuatir jatuh dan tersungkur, lantas payah untuk bangkit semula. Sedangkan mahu berlutut untuk bangun pun aku rasa berat.

Kisah dulu. Ya. Kisah lama.

Siapa agaknya yang tiada kisah pahit di masa lalunya kan? Susah barangkali untuk mendengar seseorang yang hidupnya sentiasa berseri. 

Walau tidak meletakkan harapan waima yang kecil sekalipun, tak salah kita berdoa bukan. Meminta agar dipermudahkan segala yang kedengaranya mustahil. Meminta dilembutkan hati insan yang hadir. Dan meminta dijauhkan segala yang memberi keburukan. Meminta. Pinta la pada Tuhan. Dia pasti suka, kan?

Hari demi hari, hidup aku kembali pada track yang asal. Bahagia. Senyum. Gelak ketawa dalam erti yang sebenar. Bila mendengar teguran kawan yang sedar perubahan yang positif, hati rasa berbunga. Kerana, sudah lama muka yang lesu ni menunjukkan wajah yang muram tanpa seri. Dan kini, muka yang sama terasa terpancar sedikit cahaya.

Mereka jarang bercerita, jarang berterus terang. Tapi sesekali mereka berterus terang, ia menusuk ke hati. Mereka kata, "Tak nak tengok Lyne sedih sedih, tak suka". Jadi, aku cuba cari balik apa yang hilang. Syukur. Mungkin hati ikhlas mahukan diri ini tidak lagi diulit sedih, kebahagian itu muncul. Dan mereka, suka. Melihat mereka tersenyum bila aku bercerita, hidup ini terasa sangat sangat bermakna.

Apa la ertinya kawan kawan kalau tidak melihat mereka tersenyum melihat kita. Bagi aku, itulah kegembiraan sebenar. *senyum*

psssst: rindu abg^^


♥GIVE IT A CLICK IF YOU LIKE IT AND SHARE IT♥ ▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒

2 comments:

Noor Fatin said...

tak nak tengok ko sedih jugak.

love you :)

►içéq◄ said...

fatin:
syg ko jugak! aku pun xnak tgk ko sedih2 tau.. ^^

Related Posts with Thumbnails