Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Cuba fikir elok elok

..anda rasa anda dah cukup bersyukur?..

Thursday, March 29, 2012

She Is My Gorgeous Lady And She Turns Into 23.


Sila anggap tarikh entry ini dipost adalah 28/3/2012. Wink!

To a pretty friend of mine, BALQIS RIZA BAKRI, I dearly wishing you a GREAT HAPPY BIRTHDAY!

Hehe.

Kinda busy lately, so baru arini sempat update blog. Wish you all the best. Inner and outer. Becoming 23 must be great, trust me. And Kelantan surely the best turning point for the beginning of 23. 

You're starting off your career, wishing that all the best and succeed! May the drugs you're handing on will cure people with the bless from God. Amin~

I can see you're doing great there. See, the tears you wasted that day was totally nothing. Haha. You're awesome girl!

So, young lady, be a good pharmasist. Give the best services to the masyarakat. 

I'm looking forward the day we can meet up again.

Love from afar! Muah! Thanks for being such a great friend and advisor. Words can never describe how grateful I am with this friendship. =')

Us! At Hot Air Balloon Festival 2012.

Sorry babe, I curi your photo from FB, :P
♥GIVE IT A CLICK IF YOU LIKE IT AND SHARE IT♥ ▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒

Monday, March 26, 2012

Buat apa nak sedih sebab jerk like you


Bf : Kenapa awk tak kisah sy baik dengan girl lain?
Gf : Sebab sy nak awk sedar yg ramai lagi girl yg jauh lebih baik drpd sy dan sy tak nak awk nyesal kawin dengan sy nanti.
Bf : Kalau sy suka kat girl lain nanti camne? awk tak sedih ke sy suka girl lain?
Gf : Maksudnya awk tak betul2 suka sy la...watpe nak sedih sebab jerk like you.

girls, why nak control ur bf? tak perlu kot. kalau dia betul suke gf dia, dia xkan buat mende2 terlarang - AG

 ***

Copy-pasted this from Encik Mimpi's page just now.

Inded, he's right. Kenapa bersusah payah nak control your boyfriend. He's just a boyfriend afterall.

We're talking about boyfriend je ok, dont include husband thingy.

Kalau betul dia sayang kau, dia pasti akan jaga diri dia, jaga hati dia dari anasir luar. Kan? Dia pasti tak akan buat benda benda such as 'curang'. And like the GF said, watpe nak sedih sebab jerk like you. 'He' might a good guy, but in a certain point in a girl's life, he might a jerk. Tapi jangan pula kita judge dia as totally a jerk. 

So kawan kawan, kalau sayang partner anda, jangan buat benda yang bukan bukan. Dan anda pun kalau sayang partner anda, jangan terlalu mengongkong. It sucks, really. Tapi kalau nak sanngat kongkong, senyap senyap sudah. Jangan sampai dalam FB/Twitter pun nak bagitau. Dari tak tahu, kami pun jadi tahu what kind of BF/GF you are. Put some trust, asleast to God kalau rasa susah nak percaya kat si dia.

*Peringatan juga untuk diri sendiri, jangan terlalu jadi Queen Control if one day later dapat life partner. :)


♥GIVE IT A CLICK IF YOU LIKE IT AND SHARE IT♥ ▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒

Sunday, March 25, 2012

Final Year Project.


Being a final year student for degree level, a final year project is a must. In UKM, the student tends to call the FYP as THESIS. Walaupun hakikat sebenarnya thesis is firmly used by the PhD student. Heh!

So, please let me use the thesis term in replace of the FYP ok. Sebab currently pun, memang dah terbiasa pakai term thesis.

Proses untuk thesis bagi seluruh warga Fakulti Sains Kesihatan, UKM adalah bermula pada Semester Satu Tahun Empat. Perkara pertama yang terlibat adalah, pembahagian tajuk.

Untuk batch kami, tajuk diberi secara paksa rela. Ngee. Maksudnya, pihak jabatan dah tentukan student ni dapat tajuk ni. Compared to our seniors, they picked theirs by themselves, phew~

Tajuk didedahkan pada seawal penghujung semester dua tahun tiga. Jadi, kami ada masa untuk cari journal. Ada supervisor yang dah awal awal pesan, cuti cari journal. Mine, supervisor senyap je. Tapi naik je cuti after Latihan Industri, terus dapat arahan "Siapkan proposal dan hantar sebelum naik sem". Me, blur. Tak pe, cuti sebulan ni. Ha ha.

After a month of struggling (due to lacking of internet access), at last siap dan hantar! Group ktorg adalah group first yang siapkan proposal. Kah kah kah.

Siap black and white proposal, in which after some correction, we got prepared for presentation. Kena present proposal depan almost semua lecturer/supervisor. The scary part here is the Q&A section. Q&A, lecturer akan shoot any presentation yang dorg rasa tak kena. And most of the Q they asked were; "How would you define blablabla?". DEFINE - the word of the day.

Tajuk aku adalah: Environmental Effects On Lip Print In Malaysian Population. Ni pun selepas ditukar couple of times. Each of us atleast ada 3 Specific Objectives. One of mine is, to determine the association in lip print characteristic with spicy porridge. SPICY PORRIDGE. So, soalan yang aku dapat adalah "Macam mana you nak standardise level pedas bubur you?". Aku jawab, "Since there are no research on spicy level, so saya buat small experiment untuk tentukan berapa banyak cili padi yang boleh bagi heat sensation kepada 10 orang subjek yang dipilih randomly. So, saya akan masak sendiri untuk pastikan setiap spicy level adalah sama".

Phew~

Paling kesian budak thesis DNA la. Banyak kena shoot.

Aku pilih 15 biji cili padi dalam anggaran 8-10g untuk setiap 100g beras. Setakat ni, response subjek ada yang kata pedas sangat, pedas biasa biasa, and ada juga yang kata tak pedas pun. +.+

Untuk aku, dalam tiga sudu bubur, perut aku dah rasa panassssssssss @.@

Papepun, just hope things turn out smoothly throughout this semester. Sorry, no photos included. Malas pula nak upload. Ha ha. 

Info:
Dalam penyiasatan forensik, cap bibir (lip print) adalah salah satu bukti surih yang penting. Cap bibir bagi setiap individu adalah unik dan tidak berubah sepanjang hidup, sama seperti cap jari (fingerprint). Kajian tentang cap bibir (Cheiloscopy) dan kegunaannya dalam penyiasatan terutamanya pengenalpastian individu masih lagi dijalankan. Penemuan cap bibir dalam satu satu tempat kejadian adalah jarang bergantung pada satu kes, namun cap bibir boleh dijadikan sebagai bukti kukuh untuk pendakwaan. 

Pengenalpastian melalui cap bibir adalah melalui perbandingan cap bibir yang dijumpai dengan rekod antimortem. Cap bibir dibezakan melalui corak alur (groove pattern) yang berbeza berdasarkan Tsuchihashi Classification Method, salah satu contoh pengelasan. Corak alur adalah berbeza di antara jantina dan kaum. Jadi, cap bibir boleh diaplikasi untuk mengecilkan skop suspek (narrowing down the suspect list). Yang mana akan memudahkan penangkapan suspek.


Tsuchihashi Classification Method

*Sounds easy kan. Yeaa, easy. Hantuk kepala sepanjang buat thesis ni.

Secara general, setakat ini tiada penggunaan cap bibir sebagai salah satu bahan bukti dalam kes kes jenayah di Malaysia. 

But if there are, let me know ok! Wink.


♥GIVE IT A CLICK IF YOU LIKE IT AND SHARE IT♥ ▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒

Saturday, March 24, 2012

Bila budak tak puas hati dengan message alert aku.


As some might knew, I am currently a home tutor. Wink!

So, ni nak cerita ringkas pasal satu malam ni ktorg ada kelas. Usually I keep my phone silent when I had my class with dear student, but this one night, I was malas nak switch into silent mode. Then, time tu banyak pula la sms masuk dan masuk. And the ringtone I'm using was the song that Jozan sang during the opening of Maharaja Lawak Mega's final show.

And my student, dia tegur. "Apa ringtone cikgu ni?"

"Urm?"

I just ignored him. Sebab dia nakal. Ha ha. Another sms came in. Dan dia tegur lagi. "Apa lagu cikgu ni? Dia cakap assalamualaikum ke?"

Aku, "Bukan la. Aish!"

Another sms in,
Him, "Apa lagu cikgu ni??? Tukar la cikgu!"

Me, =.=!

Aku pula yang kena ye. Cet!

The ringtone I'm using: Selamat mendengar!

♥GIVE IT A CLICK IF YOU LIKE IT AND SHARE IT♥ ▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒

Tuesday, March 20, 2012

For the past 3 years and a half.


For the past 3years and a half, I've been seeing the same faces. During the 1st year, saw them almost 24/7. In the bus from KL - Bangi and return back to KL, in the classes, in the cafe and some time along the road way. The only time we didn't meet each other was when everyone is in their own room. Most of our days, we spent them in the bus. KL - Bangi, 45minutes. Bangi - KL, minimum 45minutes, can be dragged till 4hours if the traffic are crazily insane.

I still can recall the day we stucked in the jammed road for 4 hours. We got our lab finish by 6, and yaaaa, it was the peak hour. All working fellas are rushing back to home. And we're stucked between them. Reached KL around 10, and each of us, directly walked to the cafe. Starving. Everyone took their eyes on us. Well, what are you expecting to when seeing people still dress up in kuliah attire?

For the past 3years and more less, we start to know each other better. What he/she likes to eat, what he/she hate of. Who's the keeper of their heart, what are their capability. And might as well, what are the bad side they had.

Tergeliat lidah speaking?


♥GIVE IT A CLICK IF YOU LIKE IT AND SHARE IT♥ ▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒

Sunday, March 18, 2012

Penat tapi tak boleh tidur. Merapu.


Sakit jiwa kan bila kita nak tidur tapi mata enggan lelap. Badan dan otak terasa penat tapi mata terasa ringan, seringan kapas. Kinda stress juga bila selalu jadi macam ni.

Me. Always happen.

Seharian kita di luar. Seharian kita digelumungi manusia manusia pelbagai ragam. Dan pulang ke rumah, kita harapkan tilam dan bantal empuk mampu melegakan kita. Tapi? 

Tilam kata pergi, bantal kata nanti nanti la landing. Penghujungnya, aku di laptop. Online. Busan. Facebook. Busan. Twitter. Dua kali lima. Akhirnya aku tonton RunningMan Episode 67.

Sedikit lapar. Dan aku tak mandi lagi. Jam, 10PM.

Aku masak air, rendam uncang teh Liptop dalam cawan kecil. Terus, aku mandi. Selesai mandi, aku bancuh teh susu kegemaran. Kalau ikutkan hati dan otak ketagih, aku bancuh kopi susu dah ni. Mengenangkan perlunya aku tidur tidak lewat malam ini, esok kena bangun awal, aku cuba ketepikan kopi. Walau mata sentiasa melilau ke bekas kopi.

Selesai teh siap, aku pecahkan sebiji telur. Letak sedikit serbuk pati ayam. Nyalakan dapur. Goreng.

Enak bila malam malam makan telur goreng dan teh panas. Ahhhhhhhh~ Tapi lagi sedap kalau kopi sebenarnya.

Setiap kali aku membangkitkan perihal kopi, Adila pasti marah. Dia tak bagi aku minum kopi banyak banyak. Sebab dia pernah nampak betapa gilanya aku dengan kopi semasa Tahun Tiga dahulu.

Hari yang penat. Perut aku pun sentiasa minta diisi. Lunch pukul 230PM, makan nasi berlaukkan ikan patin masak tempoyak. Pukul 6 lapar lagi, makan roti telur bersama teh tarik. Sampai rumah, lapar lagi. 

Sigh. 

Perut lembu mungkin.

Mengusir kebusanan di Facebook, aku buka online shopping page. Baju. Baju cantik. Dan aku mengganggu dia di sebelah yang kusyuk menonton Mentalist dengan pertanyaan "Tengok la ni, cantik tak?", "Tengok tengok, mana lagi cantik, warna hitam or beige?", "Ahhhhhh, comelnyaaaa!". Dia, sabar je la.

Rumate aku.

Keinginan untuk shopping lagi buat aku terfikir. Aku tak buat lagi bugdet. Well, JPA dah masuk kan. Pffffttt~!

Semalam shopping kain ela, baju sehelai, sepasang sandal untuk ke kelas. Aku risau kalau siapa siapa akan marah kalau aku asyik ke kelas dengan seliper toilet. Dan aku juga risau, bila hujan, seliper aku jadi licin. Lagi aku rasa macam tak berapa sesuai pakai seliper toilet dan baju kurung. Hurmmm

Aku tak sepatutnya shopping lagi. Melainkan duit jatuh dari langit ke riba aku.

Benda pelik lagi mustahil.

Sakit kepala. Dan aku sebenarnya lapar lagi. Dan aku harap, kopi tak goda aku dalam tempoh beberapa jam ni.

Night peeps!


♥GIVE IT A CLICK IF YOU LIKE IT AND SHARE IT♥ ▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒

Thursday, March 15, 2012

My 1st day of February.



Ok Ok, i know it's entering March but still, I want to talk about my last February storyline. :P

My early February started by helping Teo with his thesis fieldwork.



Mayat second rabbit yang digali. Tak sempat tengok yang first sebab Teo started before we arrived.

Ini Teo nak ambil sample tanah bawah mayat rabbit.

Ini Yew tolong Teo ambil gambar sebab tangan Teo kotor. So nak senangkan Teo tak payah nak buka glove, Yew tolong ambilkan. Aku pula ambil gambar dorg. He he

Ambil gambar rabbit yang terdedah di sebalik sarang dan baju. Subjek yang ni, arnab pakai baju tebal. Lagi dua, arnab bogel dan arnab pakai baju nipis.

Nampak tak arnab tu? Badan dia dah deflatted. Ini dah lepas bloating phase; active decay i think. Masa ni Teo kuis kaki rabbit, skin totally dah take off from the bone. Teo kata, kalau kasar sangat, kaki dia tercabut. And yaaa, memang tercabut T.T

Ini lubang ketiga. Dalam ni ada rabbit yang bogel. Lubang first pakai baju nipis tu Teo dah gali dulu sebelum aku and Yew sampai. So just sempat tolong timbus balik je yang lubang first. Aku la yang tolong timbus tuuu, jadi  lubang dia tak completely tertimbus, aku pun tak nak ambil gambar. Ha ha

Dia tanpa baju. So decomposition yang ni is the fastest among three. Ditanam pada hari yang sama dengan yang pakai baju tadi. Yang ni dah nampak tulang, yang tadi tu belum lagi kan. Tapi yang ni tak ada maggot, kalau yang pakai baju tadi ada maggot.

Ini Teo timbus balik. Yang gali dan timbus balik banyak Teo and Yew, aku tolong sikit sikit. Sebab aku lembik sangat nak pegang cangkul. :(



Ambil video. He he

Ini boot dalam cabin forensik. Aku pakai, terasa macam McDonald je. Sangat besar. Jalan pun macam robot. I mentioned that to Teo and he just laughed. T.T

Bekal perfume. Sementara tunggu Teo kemas kemas, aku sembur perfume kaw kaw. Nak bagi bau bangkai hilang. Ngeee. Kan lepas  ni nak pergi Mcd pula.





McD! Teo belanja. Nyum nyum :D

Info:
Decomposition takes place in several processes. Fresh, bloat, active and advanced decay and dry/remains. 

Fresh: 
Right after heartbeat stops. Masa ni, blood dah tak circulate in blood system. Due to gravity, blood akan termendap ke bawah. Jadi kalau jumpa mayat pada fasa ni, kita boleh nampak lebam merah (postmortem hypostasis) pada bahagian bawah yang menghadap graviti. Kalau dia baring terlentang, boleh nampak pada bahagian belakang, contoh. Masa ni tak salah, serangga macam blowfly dah mula datang.

Bloat:
In this phase, mayat akan mula swelling. Saiz mayat akan lebih besar/bengkak dari biasa. Masa ni, gases are produced. At this phase, maggot hatch and start to feed on the body. Maggot yang dah hatch, kita ambil untuk estimate umur maggot. Dari situ boleh estimate masa kematian.

Active/Advanced decay:
Masa ni, mass loss is at the greatest. Maggot pun dah mula bergerak jauh dari body. Kalau dah phase ni, try cari maggot dan anggar jarak maggot-body. Dari situ, boleh estimate berapa lama mayat tu dah ada kat situ. Roughly estimation la, bukan the real one, boleh anggar in hari bukan jam.

Dry/Remains:
Ini dah tinggal tulang. Referred to as completely skeletonized. 

Pig carcass in the different stages of decomposition: Fresh > Bloat > Active decay > Advanced decay > Dry remains. [Source: Wikipedia]

Sekian, kelas decomposition dari sy.

*Yawn*



♥GIVE IT A CLICK IF YOU LIKE IT AND SHARE IT♥ ▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒
Related Posts with Thumbnails