Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Cuba fikir elok elok

..anda rasa anda dah cukup bersyukur?..

Wednesday, December 21, 2011

Carta Hati - Najwa Latif

hye!

walaupun ramai orang suka lagu Cinta Mukabuku sampai masuk final Muzik Muzik, aku lagi suka lagi Carta Hati. kalau tak salah lagu ni baru nak up. sedangkan lagu Carta Hati nie lebih awal dinyanyikan compared to Cinta Mukabuku (kalau tak salah la). 

the main reason aku suka lagu ni, sebab 1st time dengar dulu aku terbayangkan all my sweet and great friends. bukannya ehem ehem. ha ha. ye la, cinta bukan terbatas pada pasangan kekasih sahaja. kawan pun masuk sekali k.

so, disebabkan suka sangat lagu ni dulu, 1st time belajar main gitar dengan gitar sendiri, i practised through this song. dulu sebelum ada gitar sendiri, pakai lagu Sampai Tua-Fynn Jamal. sekarang dah lupa macam mana nak main lagu tu. ha ha. lepas tu dah lama gak la tinggal gitar, busy busy. then sekarang ni, main balik, seriousssssss dah lupa juga lagu Carta Hati -.- so, ni nak belajar balik, cari balik rhythm dia. ha ha. 

sekarang ni dok tingtang tingtang dengan gitar even dah malam buta pun, semuanya stressssss dengan thesis punya pasal. huk huk huk. harap harap jiran sebelah sebelah tak ikut stress la dok dengar bunyi cam petir dari bilik ni. heeee

nah, bagi korg juga chord kalau korg nak ;P

Carta Hati - Najwa Latif with chord

Intro C Am F G 

C Am 
Engkau duduk di situ 
Diam tersipu malu 
Mahu mendekati aku 

C Am 
Aku mulai resah 
Hati ku jadi kebah 
Melihat diri mu aku rebah 

C Am 
Tapi hati ini kuat menyatakan 
F G 
Kau terkini duduk di carta hati 
lagu cinta kita bermula 
Am 
dari mata turun ke jiwa 
dari teman menjadi cinta 
dan berjanji untuk setia 
C Am 
sehidup semati kita 
menjanji kan bahagia 
untuk kita berdua selamanya 

C  Am  F  G  

C Am 
jangan engkau jangan pergi 
jangan tinggal ku sendiri 
jangan tinggal kan carta hati 
Am kau janji kan bahagia 
ku janji kau tak terluka 

teruslah berada di carta hati kita 


♥GIVE IT A CLICK IF YOU LIKE IT AND SHARE IT♥ ▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒

Monday, December 19, 2011

Awak comel. Awak cantik.


comel ke? cantik ke?

uishhh.. MESTI LAAAA. nama pun la si GADIS. kalau tak comel, tak cantik, siapa lagi ye dak. tak kan nak kata lelaki pula comel cantik. lain maksud dah tu. ha ha.

*bangun dan menuju ke pintu bilik menghirup sesisip air teh susu yang dah tak sejuk tersangkut kat tombol pintu. kelat*

meh la, nak bercerita. 

semalam, main golek golek kat satu page di FB. page apa? anda rasa? kalau anda friend dengan sy di laman FB, dan anda subscribe sy, anda tahu la kut. 

so, semalam pakai profile picture gambar yang ambil thru webcam FB. ala, gambar yang ambil masa praktikal kat S**M aritu. yang aku curi ambil gambar pakai laptop Min masa dia pergi solat jumaat. sekilas tengok, perghh comel. ye la, senyum punya la control ayu. gambar lak ala ala edit je kecerahan. (apa rahsia webcam laptop min tu tak tahu la). aku tanpa segan silu kata gambar tu comel, sebab aku rasa gambar tu fake gila. kalau kau jumpa aku realiti, mesti kau kata aku edit gambar tu. betul. gambar tu nampak fake sangat sangat weis. 

segan pun ada pakai gambar tu. sebab nanti kalau jumpa FTF muka cantik tak seperti yang disangka sangka pun. pffffft

then, tiba tiba ada orang add. sejak main lumpur kat page tu, ada je unknown yang add. kalau dah nama unknown, memang den buat dunno jek. then, aku pun up la post.


"anda nak add sy, tego la dulu dalam ni. main add, memang dak kena layan lerrrr~"


this early petang, aku tukar pakai profile pict lain. yang tak dak la comelnya. gambar aku and besfriend together with Balqis's younger sister. senyap terus kot FB. 

sebenarnya memang hobi masa lapang aku tukar tukar profile picture ni.

so, experiment aku terbukti. orang akan add kita kalau profile pict kita comel ! ha ha ha.

ayat aku cam minta pelempang lak situ. well, science student. takkan pernah lekang dari membuat experimentasi.

sebenarnya pakai profile picture yang comel katanya tak ada pun niat nak tarik orang add. and selalunya kalau aku up post, tak sangat pun orang nak komen. tapi post yang atas nie. beratus komen masuk. salah gambar atau post terlalu attractive?

tu yang cepat tukar gambar tak comel balik.

ok. entri merapu.

btw, kalau ada siapa siapa yang baru friend dengan aku kat FB then terbaca entri ni then rasa "gila annoying saiko gadis ni". anda boleh unfriend sy. sy berbesar hati nak berkawan, tapi kalau rasa sy bukan kawan cantik yang dicari. sy boleh faham. walaupun sekejap je kenal, tapi tetap terhibur melihat telatah korg. ni yang best kalau kita single, ye dak. ha ha ha. 

apasal aku rasa sarcastic sangat gelak ni?

sekarang ni aku rajin ler approve orang yang bukan kenal di dunia sebenar. nanti nanti, tengok ler apa aku buat. especially to those that adding but remains in silent. 

ok la. nak mengundur diri dulu. sila jaga diri masing masing. best main kat page nie, sakan kot aku gelak gelak. macam lagi dua minggu bukan exam week. 


♥GIVE IT A CLICK IF YOU LIKE IT AND SHARE IT♥ ▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒

Friday, December 16, 2011

makan tak habis; nama pun perempuan


izinkan sy terus ke topik utama tanpa sy bersimpang siur..

bercakap pasal 'makan tak habis', sinonim bukan dengan perempuan. tak kira la, pergi dating ke, keluar ramai ramai dengan girlfriendssss ke, mana mana la. mesti ada salah seorangnya macam nie; asal makan tak pernah nak habis.

terasa ke? ha ha. dont worry. aku pun macam ni, tapi aku tak terasa pun. entry aku kan.

setiap kali makan, sekarang nie, pasti aku teringat dengan post seseorang yang aku tengok di satu page di fb. ayat dia lebih kurang macam ni;
"perempuan ni suka betul ajak pergi kfc. pastu tak habis makan. membazir je. blablabla"

banyak dia bebel, tapi aku dah lupa. takpa, bukan point aku nak cakap pasal post dia.

aku jenis yang seriously susah nak habiskan makan. sebab tu kalau keluar berdua, sekarang nie aku elak dari orang belanja aku. tapi kalau dia keluarkan duit, aku diamkan aje. lalalala. tapi selagi boleh bayar sendiri, bayar la sendiri. jangan berlagak anda tu tak berduit ye saudara saudari. sebenarnya segan bila orang belanja, tapi kita tak habis makan. kalau aku, segan la. kalau duit sendiri, tak la rasa sangat. 

kalau keluar berdua, aku selalu cakap "kongsi ea". sebab aku tahu aku comfirm tak leh habiskan walau aku lapar cam buaya time tu. betul. sangat lapar pun takkan menjamin aku boleh telan banyak cam ular. pelik kan perut aku. aku pun tak tahu nak cakap apa dah.

disebabkan itu lah. aku nak cari suami kuat makan. sebab tu aku tak kisah kalau suami aku nanti perutnya ke depan. kui kui. tapi takmo la badan besar sangat. aku ni kecik ja weis! -.-

eh, cakap pasal suami lak ye. tak sabar nak kahwin. ha ha ha. tadi aku beli McD Prosperity. baru makan separuh. separuh lagi tak larat nak telan. sebenarnya bukan tak larat, tak nak paksa. kang muntah balik semua benda. lagi sayang wooo. so, simpan dulu. kejap lagi comfirm lapar balik.

kebiasaannya, kalau aku tak lapar, memang aku taknak makan. nie kalau makan kat luar la. kalau tapau, aku ambik jeeee. kalau tapau, kita boleh simpan simpan. kan. tak risau habis tak habis. selalu juga orang tanya, "eh lyne, tak makan?". tak ler, tak lapar. takpun kalau aku tak lapar, tapi nafsu membuak buak, aku ratah ayam goreng. uih, fav nih!. pastu nanti ada lagi orang tanya "eh, lyne, makan ayam goreng je, tak makan nasi?". aku sengih je. kalau rajin, aku cakap la juga "tak lapar, takut nanti beli nasi tak habis makan". tapi. kalau ada orang tegur lagi "apasal tak makan nasi, kang lapar" pastu buat pula kepala geleng geleng. ni nak kena dengan aku. aku pun fire la balik "yela, kang tak habis makan bebel pula kata membazir". sambil muka buat buat tak puas hati.

ketidakbolehan aku habiskan makanan ni amatlah dikenali oleh sekalian budak kelas. sampaikan kalau aku boleh habiskan sepinggan nasi, mereka akan terlopong sekejap. pastu cakap "lyne! kau boleh habiskan??" "wahhh, lyne habis makan la". sila bayangkn muka mereka yang excited walaupun anda tak kenal mereka. kadang kadang mereka terlopong tanpa berkata apa apa. speechless barangkali. sebenarnya aku sendiri pun excited kalau aku boleh habiskan sepinggan nasi. terasa diri ni campion. poyo.

kalau makan dengan semua budak kelas. contoh dorang nak buka puasa. aku suka duduk sebelah sebelah budak lelaki. terutamanya Ijat. Edi dan Fady juga. eh, Fady bukan lelaki k. kenapa? sebab mereka inilah tong sampah aku yang paling masyurrrrrr. dengan adanya mereka, pinggan aku comfirm licin walau penuh menggunung pinggan aku pada awalnya. he he. hebat kan mereka. aku suka kalau dorang ada di meja makan.

kalau dulu dulu, aku boleh sengih memanjang kalau orang tegur. tapi sekarang, kalau tak kena mood aku, orang tegur 'membazir' nie, memang aku hangin terus la. ye la, kadang kadang bukan niat kita taknak habiskan. perut dah tak boleh nak terima. karang, aku wek wek sebab angin, ada korang nak tolong urutkan badan aku??


♥GIVE IT A CLICK IF YOU LIKE IT AND SHARE IT♥ ▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒

Friday, December 9, 2011

simple note#25


"Kadang - kadang kita memilih untuk meninggalkan seseorang, bukan kerana kita berhenti mencintai, tapi kerana kita merasa tak lagi dihargai.."

got them from someone else


♥GIVE IT A CLICK IF YOU LIKE IT AND SHARE IT♥ ▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒

Thursday, December 8, 2011

sebelum kahwin, kita kena buat apa.


bila kita kata nak kahwin, banyak perkara yang kita nak pertimbangkan. duit belanja la, simpanan masa depan la, kursus kahwin la dan sebagainya. eh, aritu saya pesan kat awak suh ambik kursus kahwin siap siap, pergi ke tak?. 

cilok kat HKL

tapi sejak beberapa tahun ke belakang ni, selain dari duit ada lagi perkara lain yang termasuk ke dalam pertimbangan. pemeriksaan HIV, pencegahan cervic cancer. familiar kan dengar. ni, saya cakap wajip buat. wajip sebab melibatkan masa depan. dan melibatkan anak anak kita. dan terbaru, sila check tahap Rhesus anda. ok, ini bukan lah masalah critical. ha ha. 

Rhesus adalah protein yang attach pada red blood cell. may be present or absent. jadi Rhesus boleh jadi positive or negative. tak seperti kebanyakan gene (aku bukan kata Rhesus nie gene, sebab aku pun tak pasti, boleh kata gene ke dak) yang diturunkan mengikut ibu, Rhesus diturunkan mengikut ayah. kalau ayah Rh-, anak Rh-. kalau Rh+, begitu juga anak. kalau ayah mempunyai Rh dominant dan Rh resessive, anak jadi 50-50 (+) atau (-). jika ibu Rh- dan anak pertama dan kedua diperturunkan Rh+, bahaya timbul pada anak kedua. 

penjelasan...
Rh+ dalam darah anak pertama boleh memasuki bloodstream ibu melalui placenta semasa kehamilan. Rh+ ini dikenali sebagai threat atau ancaman oleh sistem imunisasi ibu. sistem imunisasi ibu akan menghasilkan antibody, dikenali sebagai anti-D yang akan memerangi Rh+. kalau anda belajar human imunisation, faham la kot apa aku cakap. bila dalam badan manusia dimasuki foreigner, dalam case ini adalah Rh+, badan akan bertindak menghasilkan antibody untuk menyingkirkan foreigner tersebut. tapi antibody ibu takkan menyerang Rh+ pada baby pertama. jadi, baby lahir dengan selamat. jika ibu mengandung untuk kali kedua dan Rh+, antibody ibu akan menyerang red blood cell anak kedua dimana, antibody akan bergerak melalui placenta. antibody bertindak merosakkan red blood cell, yang nie tak ingat either dia burst out the cell or shrink it off. tapi last last kalau baby dah takda red blood cell, boleh membawa kepada kematian. complication semasa kehamilan ini dikenali sebagai Rhesus disease.

tapi, ibu ibu jangan risau. benda ni ada penyelesaian. jika dikenalpasti ibu ada anti-D, second pregnancy, doctor akan bagi injection untuk halang imunisation take place. so, no anti-D kacau red blood cell baby. :D

sebenarnya, benda nie tak da la penting as much as HIV checking and cervic cancer PAP smear. tapi saja nak bebel bebel, sebab aritu belajar balik pasal nie untuk subjek bukti biology. kan ada belajar nie juga dulu masa biology kat sekolah. *tongue*

korang dah buat Pap Smear? nie untuk ladies je k. aku tak buat lagi. bila ntah.


♥GIVE IT A CLICK IF YOU LIKE IT AND SHARE IT♥ ▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒

Monday, December 5, 2011

Penerang Hati - Sixth Sense & Saujana


mula mula dengar lagu nie dalam radio, ingatkan lagu cinta cinta. ha ha. biasa la. dengar word cinta mesti ingat lagu yang tergolong dalam jiwang jiwang punya group. fuuuuh. lepas dengar lagu nie tengah malam yang lepas dan lepas kat Hotfm, aku pun buat buat pejam mata tak peduli kat thesis sebab nak cari dulu lagu nie kat internet. jangan SV aku gigit kepala aku kalau dia tau aku tolak thesis ke tepi semata mata cari benda la. ha ha. jumpa kat 4shared.com, download terus dan dengar sampai sekarang. tapi terdetik nak cari lirik dia, baru arini. lepas baca lirik dia and siapa yang sebenarnya colaborate dengan sixthsense, baru tahu nie bukan lah lagu cinta seperti yang digempar gemburkan. bm salah, abaikan. duet dengan kumpulan nasyid rupanya, so Mu yang dinyatakan is actually Tuhan. wah! patut lagu nie best sangat, ye dak. kui kui. so sila hayati dan dengar. *senyum*

Penerang Hati - Sixth Sense & Saujana




Mencinta Mu tenangkan jiwa
Merindu Mu hatiku selalu
Hanya diri Mu satu cintaku

Oh takkan mampu ku jauh dari Mu
Satu nafas ku harap Kau ada
Hanya pada Mu Tuhan ku rayu

Ku akan mencinta Mu
Selalu merindu Mu seluruh jiwaku
Kau terangi aku

Engkau penjaga hatiku
Pendamping jiwaku
Cerahkan cintaku
Cinta yang abadi

Jangan pernah kau menjauh
Ku akan mencinta Mu
Selalu merindu Mu seluruh jiwaku
Kau terangi aku

Engkau penjaga hatiku
Pendamping jiwaku
Cerahkan cintaku
Cinta yang abadi

Ku akan mencinta Mu
Selalu merindu Mu seluruh jiwaku
Kau terangi aku

Engkau penjaga hatiku
Pendamping jiwaku
Cerahkan cintaku
Cinta yang abadi


♥GIVE IT A CLICK IF YOU LIKE IT AND SHARE IT♥ ▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒

Friday, December 2, 2011

Sequel mimpi aku. korang pernah?


tadi dalam twitter, aku bercerita pasal mimpi. jadi, ini aku pindahkan masuk ke sini. kan dah lama tak update blog. urmmmm

semalam, or sebetulnya pagi tadi. aku mimpi. mengingatkan aku dengan mimpi mimpi aku yang terdahulu. seolah olah bersambung. pernah aku cerita pasal mimpi aku yang dulu dulu tu?

first mimpi...
aku mimpi aku tunang. pakai cantik cantik. phewitttt! tapi yang peliknya, aku tunang pakai kebaya. or maybe just baju kurung moden. pelik. kenapa aku tunang tak pakai dress, ye dak? aku tengah tunggu orang, tepi tingkap yuuuuu. ke pintu sebenarnya ea? aku rasa tingkap kot. then datang seorang lelaki. dari belakang. aku pun senyum lebar lebar. tunang aku la tu kot. tapi muka dia tak nampak langsung haaaaaa. nampak badan ja. dah, sampai sini ja mimpi aku.

second mimpi...
aku mimpi aku pakai white wedding dress. waaaaaahhhh. aku ada impian untuk design baju wedding sendiri tau. dress kembang, long sleeve, white creamy, veil aku tak fikir lagi, kembang tak meleret, cukup sampai ankle ja. hi hi. design ja tau, bukan jahit. kang bukan jadi baju kahwin, jadi alas meja makan ja. huu. ok sambung. aku tengah tunggu kemungkinan-besar-groom-aku. tapi aku tak tunggu kat church, bukan kat rumah aku sendiri juga. rumah mertua aku kot. another kepelikan lagi di situ. aku tunggu dan tunggu. well, hidup aku memang salah satu hobi yang tersenarai adalah menunggu seseorang. ha ha. ini, aku gelak sinis. then datang seseorang in white tuxedo. tadaaaaaa. bakal suami aku kot. tapi aku tak nampak pun muka dia. kabur. misteri kan. later, aku tak mimpi pun upacara perkahwinan. and i dont even see a Father who should come to bless the marriage. urmmm. tengok tengok dah terjaga.
macam nie haaaa yang aku nak. ngeee


third mimpi...
mimpi ketiga ni aku mimpi, jeng jeng jeng. aku mimpi, aku dah ada anak. anak??! seingat aku, aku tak pernah lagi mimpi aku pregnant. tup tup dah ada anak. tengah menyusukan anak lak tu. pandai pula aku jadi mak ye. kui kui. aku dapat rasa anak aku comel. montel. tak macam pipi aku pun. ikut gene ayah ye. ha ha. dalam mimpi ni, aku rasa tak ada suami aku muncul. tapi ada ramai orang. and aku tak tau kalau aku kenal ke dak orang orang dalam tu. mimpi ni kejap ja. just mimpi susukan baby. tapi kan, kenapa aku rasa baby aku besar? errrrr~

forth mimpi...
haaaa. mimpi yang nie aku anggap mimpi ke empat as the sequel from the previous one. mula mula aku tak ingat apa apa pun. tapi bila aku cerita kat kawan kawan (perempuan kan suka bergosip) tiba tiba aku teringat balik kat mimpi mimpi aku yang lepas. eh? bersambung ka? tu yang aku teringat nak tweet then masuk pula dalam blog nie. so mimpi yang ke empat nie, aku mimpi aku kat rumah mertua. la la la la la. aku tengah makan ngan mertua. ada suami aku juga. then, habis makan. aku gaduh dengan suami aku. sebab, aku tak pasti. aku minta hp dia. aku tengok la inbox, call log. apa yang aku tengok dalam hp aku rasa kabur. tapi yang pasti aku tak suka apa yang aku nampak. suami lak dok minta balik hp, tapi aku tak nak bagi. siap lari lari lagi dari dia tak nak bagi balik. dia pula dok nak juga hp tu. macam sembunyikan sesuatu. last last aku tak puas hati, aku baling hp tu then aku sepak. sepak cam bola aku cakap kat kau. depan aku ada pintu, aku sepak masuk pintu. then aku jerit. "GOLLLLLL!!!!" gila bongok aku weis. jadi isteri perangai camni lagi?? aish! tapi yang aku respect gila. dia langsung tak marah. walau merengus pun tak. muka tak payah cerita, tak nampak pun. lepas aku sepak masuk gol hp, aku masuk dapur. bibik tengah masak air. tapi dah nampak jug teh atas meja. banyak pula bibik nie nak buat air. bila air masak, aku tutup api. aku masuk dapur lagi satu jenguk bibik. konon nak lari dari suami. merajuk la tuu. suami lak ikut ja belakang. sebab rasa kekok tengok suami dok ikut, aku pun cakap la kat bibik "bibik, saya buat air teh k". aku pun terus la ke tempat air panas tadi. tup tup, suami aku lak yang tengah bancuh air teh. eh?! cepat sungguh. tiba tiba aku terjaga sebab ada orang ketuk pintu bilik. eh, dah pagi. tengok jam. pukul 830. lab explosion pagi ni pukul 9. alamak! malasnyaaaaaaaa. haaa, masa nie la aku recall mimpi aku tu. aku ada keyakinan lelaki tu someone yang aku kenal. dari cara aku treat dia, dari cara dia sabar. sama. entah kenapa dalam mimpi tu feel aku kuat tu dia. sampai aku rasa memang aku nampak dia walaupun muka dia aku tak nampak pun. tapi bila dah bangun, aku pula "yeke tu dia tadi?".

notabersepah:
.. lab explosion arini, berlaku sedikit letupan. Mr Puan kata maybe sebab buang fuel oil dalam sink... dengar gak la tadi cam bunyi belereng meletup. pastu ada bau belerang. nie aku suka. ha ha. tapi then, hidung jadi sakit. rasa tak selesa gila kot.. 

♥GIVE IT A CLICK IF YOU LIKE IT AND SHARE IT♥ ▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒
Related Posts with Thumbnails