Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Cuba fikir elok elok

..anda rasa anda dah cukup bersyukur?..

Sunday, January 9, 2011

kau akan tabah bukan?

sweet greeting!
*********************************
babe, everything happened for reasons.
kau akan tabah kan menempuh hidup nie? 
kalau selama nie kau kuat, kenapa sekarang tak? 
kalau orang lain boleh buat, boleh survive hidup sendiri, kenapa kau tak? 
jangan carikan alasan yang tak munasabah sayang. 
kau masih punya perjalanan hidup yang panjang. 
perjalanan itu perlukan kau untuk hiaskan ia. 
kalau sekarang kau jatuh dan enggan bangun, kesian kepada masa depan. 
mereka layak mendapat yang lebih baik dari rasa kecewa kau. 
kekecewaan kau itu hanyalah secubit dari kekecewaan di dunia. 
jadi kau harus tabah sayang. 
kalau sekarang kau masih ada rasa mahu menangis, menangislah. 
tidak akan pernah ada istilah menangis puas-puas. 
tapi harus kau sematkan dalam hati, tangis itu perlu kau sertakan anugerah dan jangan biarkan airmata itu sia-sia. 
pastikan airmata itu menguatkan jiwa kau, hati kau. 
kau juga harus ingat, tersungkur sekarang adalah lebih baik dari kau tersungkur di masa kelak. 
merasa kekecewaan sekarang lebih baik bilamana kau ada teman-teman yang memahami.
yang akan sentiasa ada untuk kau.
teman-teman yang ada untuk menasihat, untuk tunjukkan jalan kepada kau
jadi teruskan hidup ini seperti yang sepatutnya. 
hidup baik-baik demi orang yang layak untuk kau.
hilang seseorang bukan bermakna dunia ini turut hilang. 
kau masih punya teman bukan. 
sayang, mereka bersungguh-sungguh risaukan kau. 
dan mereka sentiasa ada untuk kau tanpa kau sedar. 
demi mereka, kau juga harus kuat. 
tidakkah kau kesian akan mereka yang bersungguh mahukan kau kembali seperti dulu?


antara komen kawan2 yang main game nombor kat fb:

1. 
jujur, aku taknak lihat ko sedih lg. tlglahh. xkira la pasal apa pn, jgn terlalu bersedih. nanti memakan diri. ramai org sygkan ko..dan kalau pasal laki la, ko jadi mcm ni, aku automatik benci lelaki tu walau dia penah kawan dgn aku. chill k,


2. hehe kite knal kt group89..u said ure very lucky sbb dpt kenal aku..hihi vice versa..i dont really like it bl ko sdh sbb yg aku rasa tak patut..ure the kind of girl that deserves to be happy..so jgn la g sdh2kan diri ko dgn bnde kecik..k..lav ya~

3. 
si comel..si kenet..hehe dulu slalu sgt borak kt ym..mcm2 cerite terkuar kan..? tgk kau ni mcm childish..aku yakin yg tuh..kau bab posing bg la kat kau kan..aku xnak tgk la kau sedeh2 psal die weh.. btw..kau memang sweet gile!


4. 
die nie pun kecik molek lote..em sgt sentitif org nyer..jgn sediy2 ye wahai cik adik..kite kn gembira walau ape pun org wat kt kite..lyn kite ke..jgn biarkn kesedihan membelenggu diri anda...nnt jd cm panda tau!!




nota bersepah:
..dan aku rasa lagu 'pujaan hati' sangat menyindir hidup aku saat ini..

♥GIVE IT A CLICK IF YOU LIKE IT AND SHARE IT♥ ▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒

2 comments:

Noor Fatin said...

kawan risau sebab kawan sayang :)

►içéq◄ said...

fatin:
yerp! ;)

Related Posts with Thumbnails